You are on page 1of 5

Cikgu Roslan Daud

AMALAN BERSENAM

Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan
betul menggunakan pelbagai teknik bacaan

Baca semua bahan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Dua organ paling penting dalam badan manusia ialah jantung dan otot.
Kedua-duanya mempunyai fungsi tersendiri untuk meningkatkan sistem
kesihatan individu. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di negara
kaya individu yang tidak aktif sebanyak 26 peratus lelaki dan wanita 35
peratus. Berdasarkan statistik itu, WHO menyarankan orang dewasa berusia
18 tahun ke atas perlu bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu
dengan intensiti sederhana atau 75 minit seminggu dengan intensiti berat.
Senaman intensiti sederhana dan intensiti berat terbukti memberikan kesan
positif kepada jantung. Senaman ini bukan sahaja dapat melancarkan
peredaran darah daripada jantung ke seluruh badan tetapi juga berupaya
mengurangkan tekanan darah seseorang.

Kajian mendapati bahawa senaman mengurangkan 21 peratus risiko


mendapat penyakit jantung bagi lelaki dan wanita (29 peratus), selain
mengurangkan kadar kematian sehingga 25 peratus. Senaman terbukti
menghasilkan pelbagai hormon baik untuk kesihatan, antaranya hormon
endorphin yang dikatkan dengan perasaan gembira. Endorphin semula jadi
dirembeskan oleh badan melalui senaman boleh mencegah kemurungan, selain
ada beberapa kajian melaporkan endorphin dapat meningkatkan hormon
serotonin dan dopamin, iaitu hormon yang mengawal perasaan gembira. Bagi
kesihatan otak, kajian pada 2011 mendapati bahawa senaman dapat
mengurangkan penyakit strok sebanyak 27 peratus, manakala pengurangan 15
peratus risiko individu yang hanya bersenam sekali atau dua kali seminggu.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan senaman, senaman ringan boleh
dimulakan terlebih dahulu seperti lari anak, berjalan atau berbasikal.
Sekiranya keadaan badan sudah menjadi biasa dengan tahap senaman, anda
boleh meningkatkan tahap intensiti senaman dengan berlari, berjoging,
berenang dan sebagainya. Di samping itu, senaman bolehlah dijadikan rutin
mingguan bersama rakan dan keluarga sebagai langkah untuk menggalakkan
masyarakat bersenam. Pada peringkat awal, mungkin terasa sedikit mencabar
dan akan rasa sakit pada otot selepas senaman. Kekerapan bersenam individu
akan semakin kurang terasa sakit pada otot walaupun intensiti dan jangka masa
bertambah.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Senaman ubat terbaik jaga jantung dan otak’
oleh Editor Berita Harian,
Berita Harian Online, 3 Oktober 2020

1
Cikgu Roslan Daud

Bahan 2 – Grafik

Bahan 3 – Pantun

PANTUN MARI BERSENAM

1 Kilau berbalam cincin baiduri, 3 Merbah di dahan kicau bertingkah,


Dipakai puteri bermain gamelan; Turun ke busut terkena jala;
Mari bersenam setiap hari, Kempen Berjalan 10,000 Langkah,
Berjoging, berlari juga berjalan. Bersama disahut senaman dimula.

2 Belayar ke Melaka anak kelasi, 4 Kolam di taman berisi kelah,


Berdagang rotan dari Inanam; Diteduh keranji juga meranti;
Kerajaan membina taman rekreasi, Aktiviti senaman dirancang sekolah,
Usaha menggalakkan rakyat bersenam. Budaya terpuji diterap pasti.
Sumber : Internet

Apakah yang perlu anda peroleh selepas membaca semua bahan?

TEMA FOKUS
Tema ialah isu yang dibincangkan dalam Fokus ialah kandungan perbincangan
kesemua bahan misalnya penyakit dalam bahan. Terdapat dua hingga tiga
kencing manis, pelancongan, perpaduan, fokus dalam kesemua bahan yang
membaca dan makanan warisan. diberikan. Antara fokus bahan ialah
Tema perlulah tepat kerana akan faedah, keburukan, punca, langkah,
digunakan untuk menulis kesimpulan. cabaran, ciri dan kesan.

2
Cikgu Roslan Daud

AMALAN BERSENAM

Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan
betul menggunakan pelbagai teknik bacaan

Baca semua bahan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Dua organ paling penting dalam badan manusia ialah jantung dan otot.
Kedua-duanya mempunyai fungsi tersendiri untuk meningkatkan sistem
kesihatan individu. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di negara
kaya individu yang tidak aktif sebanyak 26 peratus lelaki dan wanita 35
peratus. Berdasarkan statistik itu, WHO menyarankan orang dewasa berusia
18 tahun ke atas perlu bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu
dengan intensiti sederhana atau 75 minit seminggu dengan intensiti berat.
Senaman intensiti sederhana dan intensiti berat terbukti memberikan kesan Faedah
positif kepada jantung. Senaman ini bukan sahaja dapat melancarkan
Faedah peredaran darah daripada jantung ke seluruh badan tetapi juga berupaya
mengurangkan tekanan darah seseorang.
Faedah
Kajian mendapati bahawa senaman mengurangkan 21 peratus risiko
mendapat penyakit jantung bagi lelaki dan wanita (29 peratus), selain
mengurangkan kadar kematian sehingga 25 peratus. Senaman terbukti
menghasilkan pelbagai hormon baik untuk kesihatan, antaranya hormon
Faedah endorphin yang dikatkan dengan perasaan gembira. Endorphin semula jadi Faedah
dirembeskan oleh badan melalui senaman boleh mencegah kemurungan, selain
ada beberapa kajian melaporkan endorphin dapat meningkatkan hormon
serotonin dan dopamin, iaitu hormon yang mengawal perasaan gembira. Bagi
Faedah kesihatan otak, kajian pada 2011 mendapati bahawa senaman dapat Faedah
mengurangkan penyakit strok sebanyak 27 peratus, manakala pengurangan 15
peratus risiko individu yang hanya bersenam sekali atau dua kali seminggu.
Langkah
Bagi mereka yang tidak biasa dengan senaman, senaman ringan boleh
dimulakan terlebih dahulu seperti lari anak, berjalan atau berbasikal.
Sekiranya keadaan badan sudah menjadi biasa dengan tahap senaman, anda
boleh meningkatkan tahap intensiti senaman dengan berlari, berjoging,
berenang dan sebagainya. Di samping itu, senaman bolehlah dijadikan rutin
mingguan bersama rakan dan keluarga sebagai langkah untuk menggalakkan
masyarakat bersenam. Pada peringkat awal, mungkin terasa sedikit mencabar Langkah
dan akan rasa sakit pada otot selepas senaman. Kekerapan bersenam individu
akan semakin kurang terasa sakit pada otot walaupun intensiti dan jangka masa
bertambah.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Senaman ubat terbaik jaga jantung dan otak’
oleh Editor Berita Harian,
Berita Harian Online, 3 Oktober 2020

3
Cikgu Roslan Daud

Bahan 2 – Grafik

Faedah

Faedah

Faedah

Faedah

Faedah

Bahan 3 – Pantun

PANTUN MARI BERSENAM

1 Kilau berbalam cincin baiduri, 3 Merbah di dahan kicau bertingkah,


Dipakai puteri bermain gamelan; Turun ke busut terkena jala; Langkah
Mari bersenam setiap hari, Kempen Berjalan 10,000 Langkah,
Berjoging, berlari juga berjalan. Bersama disahut senaman dimula.

2 Belayar ke Melaka anak kelasi, 4 Kolam di taman berisi kelah,


Berdagang rotan dari Inanam; Diteduh keranji juga meranti; Langkah
Kerajaan membina taman rekreasi, Aktiviti senaman dirancang sekolah,
Usaha menggalakkan rakyat bersenam. Budaya terpuji diterap pasti.

Langkah Sumber : Internet

Apakah yang perlu anda peroleh selepas membaca semua bahan?

TEMA FOKUS
Tema ialah isu yang dibincangkan dalam Fokus ialah kandungan perbincangan
kesemua bahan misalnya penyakit dalam bahan. Terdapat dua hingga tiga
kencing manis, pelancongan, perpaduan, fokus dalam kesemua bahan yang
membaca dan makanan warisan. diberikan. Antara fokus bahan ialah
Tema perlulah tepat kerana akan faedah, keburukan, punca, langkah,
digunakan untuk menulis kesimpulan. cabaran, ciri dan kesan.

4
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN RUMUSAN ‘AMALAN BERSENAM’

Analisis Soalan
Tema : bersenam / senaman
Fokus 1 : faedah-faedah bersenam / senaman
Fokus 2 : langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat bersenam
Fokus 3 : tiada

Pendahuluan
Rumusan membincangkan faedah-faedah / manfaat-manfaat / kelebihan-kelebihan / kebaikan-kebaikan /
P1 kepentingan-kepentingan senaman / bersenam dan langkah-langkah / cara-cara / usaha-usaha 2m
menggalakkan masyarakat bersenam.
Rumusan membincangkan faedah-faedah / manfaat-manfaat / kelebihan-kelebihan / kebaikan-kebaikan /
P2 1m
kepentingan-kepentingan senaman / bersenam.
P3 Rumusan membincangkan langkah-langkah / cara-cara / usaha-usaha menggalakkan masyarakat bersenam. 1m
P4 Rumusan membincangkan isu senaman / bersenam kepada masyarakat di negara kita. 0m

Fokus 1 [Faedah-faedah senaman / bersenam]


F1 senaman ini bukan sahaja dapat melancarkan peredaran darah daripada jantung ke seluruh badan [B1] 2m
F2 tetapi juga berupaya mengurangkan tekanan darah seseorang [B1] 2m
senaman mengurangkan 21 peratus risiko mendapat penyakit jantung [B1] atau
F3 2m
meningkatkan kesihatan jantung [B2]
F4 selain mengurangkan kadar kematian sehingga 25 peratus [B1] 2m
F5 senaman boleh mencegah kemurungan [B1] 2m
endorphin dapat meningkatkan hormon serotonin dan dopamin yang mengawal perasaan gembira [B1] atau
F6 2m
meningkatkan paras endorphin [ B2]
F7 senaman dapat mengurangkan penyakit strok sebanyak 27 peratus [B1] 2m
F8 mengurangkan berat badan [B2] 2m
F9 menguatkan tulang dan otot [B2] 2m
F10 mengurangkan risiko penyakit diabetes [B2] 2m

Fokus 2 [Langkah-langkah / cara-cara / usaha-usaha menggalakkan masyarakat bersenam]


L1 senaman ringan boleh dimulakan terlebih dahulu [B1] 2m
L2 senaman bolehlah dijadikan rutin mingguan bersama rakan dan keluarga [B1] 2m
L3 kerajaan membina taman rekreasi [B3] 2m
L4 Kempen Berjalan 10,000 Langkah [B3] 2m
L5 aktiviti senaman dirancang sekolah [B3] 2m

Kesimpulan
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah menggalakkan masyarakat bersenam supaya menjamin keceriaan hidup. 2m
K2 Kesimpulannya, senaman hendaklah dilakukan oleh masyarakat agar meningkatkan produktiviti diri. 2m
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlulah menggalakkan masyarakat bersenam. 1m
K4 Kesimpulannya, senaman amat penting kepada masyarakat. 0m

***B1 bermaksud Bahan 1


***B2 bermaksud Bahan 2
***B3 bermaksud Bahan 3

You might also like