You are on page 1of 22

Topik X Penilaian

Persekitaran
4 Usaha Niaga
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti dua komponen persekitaran perniagaan;
2. Menerangkan empat elemen persekitaran makro dan enam elemen
p
persekitaran mikro;
3. Menjelaskan tiga elemen persekitaran dalaman organisasi;
4. Menghuraikan peluang perniagaan; dan
5. Menilai suatu peluang perniagaan.

X PENGENALAN
Persekitaran perniagaan biasanya dibincangkan dengan kaitan kepada
pemasaran dan pengurusan ekonomi. Di dalam topik ini, kita akan
membincangkan kepentingan persekitaran dalam menyediakan peluang dan
memberikan ancaman kepada usaha mencipta perniagaan baharu. Terdapat
banyak cara untuk menilai persekitaran perniagaan baharu.

Pertama sekali, kita akan menilai komponen persekitaran di mana suatu


perniagaan itu beroperasi. Kemudian, kita akan membincangkan langkah-
langkah mengenal pasti peluang perniagaan dan bagaimana untuk menilai dan
merebut peluang memulakan perniagaan baharu.
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 37

4.1 KOMPONEN-KOMPENAN PERSEKITARAN


USAHA NIAGA
Usahawan perlu menilai persekitaran bukan sahaja sebelum memulakan
perniagaan tetapi juga semasa membangunkan perniagaan tersebut. Persekitaran
adalah situasi di mana perniagaan itu beroperasi. Persekitaran perniagaan boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
x Pandangan makro terhadap persekitaran luaran; dan
x Pandangan mikro terhadap persekitaran luaran dan dalaman.

Setiap bahagian ini mempunyai banyak komponen yang perlu dinilai, seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Komponen persekitaran perniagaan


38 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

(a) Persekitaran Luaran


Ini terdiri daripada persekitaran makro dan mikro. Persekitaran luaran
boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk
jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran makro terdiri daripada empat unsur iaitu:


(i) Politik dan undang-undang;
(ii) Ekonomi;
(iii) Sosiobudaya; dan
(iv) Teknologi.

Persekitaran mikro pula, mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), adalah


sebahagian daripada persekitaran luaran perniagaan tetapi boleh
mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan secara langsung. Ia
dikenali sebagai persekitaran industri atau persekitaran tugas. Persekitaran
mikro mempunyai enam elemen iaitu:
(i) Pelanggan;
(ii) Pesaing;
(iii) Pembekal;
(iv) Institusi kewangan;
(v) Organisasi bukan kerajaan; dan
(vi) Agensi kerajaan.

Persekitaran mikro atau persekitaran industri juga dikenali sebagai


persekitaran persaingan dalam Model Lima Kuasa Porter yang termasuk
ancaman pesaing baharu, produk pengganti dan kuasa tawar-menawar
pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh diletakkan di bawah
persekitaran umum, manakala organisasi bukan kerajaan dan agensi
kerajaan boleh diletakkan di bawah kategori politik dan undang-undang.

(b) Persekitaran Dalaman


Persekitaran dalaman juga boleh mempengaruhi pembuatan keputusan
usahawan secara langsung. Bagaimanapun, usahawan boleh mengawal
unsur ini. Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:
(i) Struktur organisasi;
(ii) Budaya; dan
(iii) Sumber.
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 39

AKTIVITI 4.1
Apakah yang anda fikir akan berlaku jika usahawan memulakan
perniagaan tanpa menganalisa persekitaran di mana perniagaan itu
akan beroperasi? Bandingkan dan bincangkan jawapan anda dengan
rakan dan tutor anda.



LATIHAN 4.1
Senaraikan semua segmen dan komponen persekitaran perniagaan.


4.2 PERSEKITARAN MAKRO


Sebelum ini, kita telah menyebut bahawa persekitaran makro terdiri daripada
elemen politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi dan sosiobudaya. Di
dalam subtopik ini, kita akan menjelaskan unsur-unsur ini dan pengaruh mereka
terhadap usahawan. Rajah 4.2 menunjukkan pemboleh ubah persekitaran.



Rajah 4.2: Pemboleh ubah persekitaran
Sumber: Diadaptasi daripada Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entrepreneurship:
A contemporary approach (6th ed.).
40 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.2.1 Politik dan Undang-undang


Politik dan undang-undang dalam persekitaran makro adalah ruang di mana
kumpulan berkepentingan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi
perhatian dan sumber. Ini adalah persekitaran di mana para usahawan
menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya, usahawan terpaksa
menerima unsur politik dan undang-undang untuk perniagaan baharu mereka.
Mereka perlu patuh dan mengikut polisi, undang-undang dan peraturan di
tempat perniagaan tersebut dijalankan.


SEMAK KENDIRI 4.1

Pada pendapat anda, apakah peranan segmen politik dan undang-


undang dalam persekitaran perniagaan?


Rajah 4.3 menunjukkan segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran
makro.



Rajah 4.3: Segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran makro

Terdapat banyak perbezaan politik dan undang-undang dari satu negara dengan
negara yang lain. Usahawan perlu menyedari isu global seperti halangan
perdagangan, tarif dan risiko politik serta hubungan dua hala dan pelbagai hala.
Kesemua isu ini adalah berhubung kait antara satu sama lain.

(a) Halangan Perdagangan dan Tarif


Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan
perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ia
menghalang aliran bebas sumber dari negara lain untuk melindungi
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 41

industri tempatan. Contohnya, sekatan perdagangan dikenakan terhadap


industri automobil di Malaysia.

(b) Risiko Politik


Ini merujuk kepada kemungkinan berlakunya ketidakstabilan, rasuah dan
keganasan di dalam negara atau di kawasan di mana perniagaan
dijalankan. Di kawasan di mana risiko politik adalah tinggi, adalah sukar
dan mahal bagi usahawan untuk membeli, melindungi dan menggunakan
sumber. Risiko lain termasuk keganasan politik dan fizikal, pemerasan dan
penyelewengan yang melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak
beretika. Ini akan menambah kepada kos perniagaan baharu.

(c) Perjanjian Perdagangan


Perjanjian perdagangan antara negara kian meningkat, contohnya
perjanjian AFTA yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan Malaysia
dalam membuat keputusan dalam menjalankan perdagangan di pasaran
antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produktiviti
ekonomi dalam pasaran serantau. Usahawan perlu peka terhadap beberapa
isu nasional seperti pencukaian, peraturan dan perbelanjaan kerajaan.
Kesemua isu ini adalah berhubung kait.

(d) Pencukaian
Ini merupakan faktor politik utama yang dihadapi oleh usahawan pada
peringkat nasional. Kesan cukai ke atas operasi perniagaan adalah seperti
berikut:
x Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan perniagaan; dan
x Sesetengah cukai adalah baik bagi perniagaan tertentu dan tidak baik
bagi perniagaan lain.

(e) Peraturan
Contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau
bagaimanapun, adakalanya peraturan memberikan kesan negatif kepada
perniagaan. Kadangkala pula, peraturan menambahkan kos perniagaan
dari segi pekerjaan tulis-menulis, ujian, pemantauan dan pematuhan.

Oleh sebab itu, usahawan harus menilai persekitaran politik dengan


terperinci untuk mengenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara
amnya, kestabilan politik sesuatu negara di mana perniagaan dilakukan
memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan atau
mengembangkan perniagaan mereka.


42 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

AKTIVITI 4.2
Apakah peranan AFTA? Bincangkan dalam myVLE.


4.2.2 Ekonomi
Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
atau kegagalan sesuatu perniagaan. Persekitaran ekonomi makro meliputi
kesemua produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan
diguna. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global,
nasional dan tempatan di mana perniagaan mereka dijalankan. Setiap
perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di tiga paras
persekitaran ekonomi makro ini. Walau bagaimanapun, usahawan harus tahu
paras mana yang mempunyai kesan terbesar kepada perniagaan mereka. Mereka
harus meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro
ekonomi yang memberi kesan kepada perniagaan baharu mereka. Usahawan
harus berupaya melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan berupaya
menentukan pemboleh ubah yang berkaitan untuk dianalisa.

Rajah 4.4 menyenaraikan beberapa soalan penting untuk dijawab oleh usahawan
berkenaan persekitaran ekonomi perniagaan baharu untuk memberikan
gambaran keseluruhan iklim perniagaan:



Rajah 4.4: Soalan untuk dipertimbangkan bagi perniagaan baharu
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 43

4.2.3 Sosiobudaya
Persekitaran sosiobudaya terdiri daripada dua aspek yang berkait rapat iaitu:
x Demografik; dan
x Aliran budaya dalam masyarakat.

Peluang perniagaan wujud dalam budaya popular masyarakat, contohnya


peluang perniagaan untuk barangan pengguna dan barang tahan lama,
peruncitan dan perkhidmatan, waktu lapang, hiburan, perumahan dan
pembinaan.

(a) Perubahan demografik


Ini berlaku akibat perubahan penduduk, kumpulan etnik dan struktur
penduduk menurut umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan
pendapatan penduduk. Kesemua unsur ini menyumbang kepada
permintaan pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Usahawan
perlu menyelidik dengan teliti unsur-unsur ini yang menyumbang kepada
penciptaan pasaran. Walau bagaimanapun, perubahan aliran demografik
adalah di luar kawalan usahawan. Contohnya, bilangan kanak-kanak yang
bertambah dalam suatu masyarakat boleh mewujudkan peluang untuk
aktiviti perniagaan yang tertumpu kepada pendidikan, makanan dan
pakaian kanak-kanak.

(b) Aliran sosial


Ini berkaitan dengan cara hidup, di mana ia menggambarkan cita rasa dan
kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau
pertukaran cara hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan.
Pemboleh ubah yang memerlukan perhatian adalah pembentukan rumah
tangga, ragam pekerjaan, kadar penglibatan tenaga buruh, tahap
pendidikan, corak perbelanjaan dan corak waktu lapang. Usahawan boleh
menggunakan maklumat yang didapati dari sumber umum dan
persendirian untuk menilai dan memantau perubahan ini. Mereka juga
perlu meramal dan menilai erti perubahan untuk perniagaan mereka
dengan menjaga kepentingan diri sendiri. Dengan ini, mereka boleh
meramalkan gelagat orang ramai.


SEMAK KENDIRI 4.2


Mengapakah persekitaran sosioekonomi penting untuk usahawan?


44 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.2.4 Teknologi
Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan seni industri, sains gunaan,
kejuruteraan, proses, penciptaan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi.
Analisis teknologi memerlukan penelitian dan pemantauan dari masa kajian asas
dilakukan kepada masa suatu produk itu dibangunkan dan kemudiannya
dikomersialkan. Perubahan teknologi berlaku dalam dua bentuk iaitu:

(a) Penciptaan Tulen


Penciptaan tulen merujuk kepada penciptaan benda baharu yang berbeza
daripada teknologi atau produk yang sedia ada. Oleh itu, penciptaan biasanya
mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal
dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-
undang terhadap penciptaan tersebut. Namun demikian, penciptaan
mempunyai kelemahan kerana tidak ada pasaran untuk ciptaan tersebut pada
peringkat awal. Walaupun begitu, ciptaan baharu boleh membuka pasaran
dan peluang perniagaan yang baharu. Contohnya, penciptaan semikonduktor
membuka peluang perniagaan dalam bidang komputer.

(b) Proses Inovasi


Proses inovasi merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk,
pembentukan dan pengeluaran produk, bahan dan pengedaran. Ini akan
dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam seksyen tentang mengenal
pasti peluang. Meneliti dan memantau perubahan teknologi bukan mudah
kerana bukan senang untuk memperoleh maklumat. Malah, saintis yang
terlibat dalam kajian awal tidak mengetahui bila tahap pengkomersialan
dicapai. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang
untuk usahawan sekiranya ia mengetahui maklumat tersebut.

4.3 PERSEKITARAN MIKRO


Persekitaran mikro perniagaan baharu juga merujuk kepada persekitaran
industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk
usahawan mempengaruhi elemen ini dalam industri. Mereka perlu merancang
dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing dalam
sesuatu industri. Pengaruh utama dalam industri adalah:
x Pelanggan;
x Pesaing;
x Pembekal;
x Institusi kewangan;
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 45

x Agensi kerajaan; dan


x Organisasi bukan kerajaan.

(a) Pelanggan
Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama dalam perniagaan. Mereka
mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri.
Pengguna boleh merupakan individu dalam masyarakat seperti suri
rumah, pekerja, pelajar atau kumpulan orang. Pengguna adalah „raja‰
dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna
industri seperti pengedar, ejen, pemborong dan peruncit. Kumpulan seperti
ini mempengaruhi keputusan usahawan.

(b) Pesaing
Usahawan dalam perniagaan baharu mesti menganalisa pesaing mereka
dalam industri yang diceburi. Pesaing adalah perniagaan yang memenuhi
kehendak pengguna yang sama atau berpeluang untuk berkhidmat kepada
pengguna tersebut. Mereka boleh dikenal pasti dengan menanyakan
pengguna perniagaan yang sedia ada atau bakal pengguna perniagaan
baharu di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan tertentu.
Usahawan juga boleh mengenal pasti persaingan mereka melalui direktori
perniagaan.

Grid analisis persaingan berdasarkan sumber boleh digunakan untuk


menganalisa dan menentukan tahap pesaing-pesaing dalam industri.
Usahawan juga boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan para
pesaing mereka dengan alat ini dan menggunakannya untuk membantu
mereka dalam memulakan perniagaan baharu. Jadual 4.1 menunjukkan
analisis persaingan berdasarkan sumber.
46 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Jadual 4.1: Analisis Persaingan Berdasarkan Sumber


Arahan: Dari skala 1 hingga 7, berikan penilaian sumber pesaing. Nilai 1 bererti syarikat
tersebut tidak mempunyai kelebihan langsung dari segi sumber; nilai 4 bererti syarikat
itu mempunyai kemampuan sumber yang sama dengan peserta lain dalam industri; dan
nilai 7 bererti syarikat itu mempunyai kelebihan mutlak dari segi sumber.

Jenis sumber dan sifat Syarikat sendiri 1 2 3 4 5 6 7


Sumber kewangan
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber fizikal
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber manusia
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber teknikal
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber reputasi
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber organisasi
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan

Markah Keseluruhan ________________________
Purata besar _______________________________
+/–Daripada Purata_________________________
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 47

(c) Pembekal
Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti
keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau
perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti
produk dan perkhidmatan yang berada di pasaran.

(d) Institusi Kewangan


Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai perniagaan
baharu atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman daripada
institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baharu
kerana tidak mempunyai rekod prestasi tetapi juga kerana pembayaran faedah
yang membebankan perniagaan baharu. Oleh itu, institusi kewangan
mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

(e) Agensi Kerajaan


Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi.
Contohnya, Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian
yang telah dilaksanakan di negara kita. Sesetengah polisi memberi kesan
secara langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan
kerajaan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga
menyediakan sokongan untuk usahawan. Ini telah dibincangkan di dalam
topik-topik yang terdahulu.

(f) Organisasi Bukan Kerajaan


Persatuan pengguna, organisasi politik, kumpulan agama, persatuan
perniagaan, kumpulan pencinta alam sekitar dan sebagainya adalah antara
kumpulan berkepentingan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini
mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau
perkhidmatan tertentu dan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk.
Tindakan sebegini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan
kepada kerajaan untuk mengambil tindakan dalam isu tertentu.


LATIHAN 4.2
Kenapakah usahawan perlu menganalisa setiap komponen
persekitaran makro dan mikro?




48 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.4 PERSEKITARAN DALAMAN ORGANISASI


Persekitaran dalaman sebuah organisasi terdiri daripada:
x Sumber;
x Struktur; dan
x Budaya.

Kesemua unsur ini mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Usahawan


perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat
sebarang keputusan atau membentuk sebarang strategi.

(a) Sumber
Antara sumber dalaman sebuah organisasi adalah usahawan itu sendiri,
kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata,
teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi, kemahiran, tenaga, idea,
pengetahuan dan pengalaman keusahawanan adalah sebahagian daripada
sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan diproses bersama dalam
perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

(b) Struktur
Struktur organisasi mestilah sesuai dengan perniagaan baharu yang
berkenaan untuk membolehkan penyesuaian dengan perubahan persekitaran.

(c) Budaya
Budaya dan nilai positif harus disemai dalam organisasi perniagaan untuk
kebaikan kesemua sumber manusia. 

4.5 MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN


Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar
situasi yang buruk atau merugikan kepada situasi yang baik atau
menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang boleh ditakrifkan sebagai
suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan
nyata yang ditawarkan oleh suatu perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan
kewangan. Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan
persekitaran sosial usahawan.

Peluang juga ditakrifkan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang
menyediakan kemungkinan yang unik dan jelas untuk melakukan inovasi dan
mencipta nilai. Peluang juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 49

mencipta sesuatu yang baharu yang melibatkan perubahan dalam pengetahuan,


teknologi, ekonomi, politik serta keadaan sosial dan demografik.

Kebanyakan peluang baik dalam perniagaan tidak muncul secara tiba-tiba tetapi
adalah berpunca daripada sikap usahawan yang bersiap-sedia dalam mengenal
pasti peluang. Kebanyakan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk
mengenal pasti peluang perniagaan. Sebaliknya, pengguna, rakan perniagaan,
rakan dalam sistem pengedaran dan pakar teknikal adalah sumber terbaik untuk
mendapatkan idea perniagaan yang baharu.


SEMAK KENDIRI 4.3

Pada pendapat anda, apakah itu peluang perniagaan?




4.5.1 Mengenali Peluang: Fasa Perspektif Proses


Tentang Keusahawanan
Mengenali peluang adalah salah satu fasa utama dalam perspektif proses tentang
keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih
daripada seorang mengenal pasti suatu peluang. Peluang ini dihasilkan oleh
faktor ekonomi, teknologi dan sosial. Penumpuan faktor ini memberikan
peluang untuk perniagaan baharu yang menarik (rujuk Rajah 4.5).

Rajah 4.5: Peluang muncul dari penumpuan faktor


Sumber: Baron & Shane (2004).
50 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Menurut Mukesh Chatter dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi,
teknologi dan keadaan sosial menjana peluang tetapi apa pun tidak akan berlaku
dengan peluang itu sehingga ada orang yang bermotivasi tinggi dan bertenaga
yang mengenal pasti peluang tersebut.

Usahawan patut boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan.
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut peluang.
Sesetengah usahawan mendapat peluang melalui penerokaan dan sesetengah
pula mendapat peluang kerana bernasib baik. Usahawan yang mengejar peluang
harus mempunyai nilai tambahan untuk menarik pelanggan, pengedar dan
peruncit. Peter Drucker, seorang penulis dalam bidang pengurusan yang
terkenal, telah mengenal pasti tujuh sumber peluang yang kemungkinan berlaku
dalam konteks luaran seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2: Sumber Peluang

Sumber Peluang Situasi


Situasi yang Peluang boleh diperolehi apabila situasi dan kejadian yang
tidak diduga tidak dijangka berlaku seperti berita kejayaan/baik atau berita
kegagalan/buruk yang boleh menjadi peluang untuk dikejar
oleh usahawan.

Situasi yang Apabila ada situasi yang tidak konsisten, contohnya apabila
janggal cara pemikiran konvensional tidak lagi diguna pakai dalam
sesuatu perkara, akan wujud peluang untuk direbut. Dalam
situasi begini, usahawan yang berupaya berfikir di luar kotak
mungkin memperolehi peluang tersebut.

Keperluan Peluang keusahawanan boleh diperolehi daripada proses


proses penemuan. Contohnya daripada proses kajian dan
pembangunan yang dilakukan oleh para penyelidik dan pakar
teknikal yang menghasilkan produk dan perkhidmatan
tertentu. Malah sebelum sesuatu penemuan dibuat, akan
wujud pelbagai peluang yang boleh diambil oleh usahawan
semasa proses tersebut berlaku.
Struktur Perubahan dari segi teknologi, nilai sosial dan cita rasa
industri dan pengguna boleh menukar struktur industri dan pasaran.
pasaran Situasi seperti ini memberikan usahawan peluang untuk
melakukan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan
mereka.
Demografik Pertukaran demografik akan mempengaruhi pasaran sasaran
dan segmen pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada
usahawan untuk menjangka dan memenuhi kehendak
penduduk.
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 51

Perubahan Persepsi adalah pandangan individu terhadap realiti. Ia


dalam persepsi melibatkan nilai-nilai dan kepercayaan mereka serta apa yang
mereka titikberatkan. Hal ini termasuk dalam bidang
psikografik. Apabila nilai dan kepercayaan individu
mengalami perubahan, ia boleh mewujudkan peluang pasaran
untuk usahawan yang telah membuat persediaan sewajarnya.
Pengetahuan Pengetahuan baharu adalah sumber peluang untuk
baharu usahawan. Contoh pengetahuan baharu adalah teknologi dan
penemuan baharu yang boleh menjadi sumber maklumat bagi
inovasi keusahawanan. Usahawan boleh menggunakan
pengetahuan baharu untuk menghasilkan produk dan proses
baharu yang boleh bersaing dengan produk lain.

4.5.2 E-dagang Sebagai Peluang Baharu


Evolusi perdagangan elektronik telah mencipta banyak peluang dan perniagaan
baharu. Namun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-dagang boleh
memakan kos yang tinggi. E-dagang memberi usahawan peluang untuk
mengubah idea kepada pasaran baharu yang menarik. Usahawan boleh
menggunakan katalog di laman sesawang untuk mempromosi dan menjual
produk mereka di atas talian. Teknologi yang menggunakan e-dagang
menawarkan maklumat yang membantu pengguna membuat keputusan.

Makluat e-dagang boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang dikemaskini
setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat terbabit). Ini membolehkan
syarikat tersebut menyediakan aktiviti berasaskan laman sesawang untuk
pengguna dari permulaan sehingga penamatan aktiviti pengguna. Ia juga boleh
menawarkan perkhidmatan mengikut keperluan individu dan membolehkan
pengguna berhubung dengan syarikat itu. Paling penting, e-dagang boleh
mengurangkan kos transaksi.


AKTIVITI 4.3

Apakah kelebihan dan kekurangan e-dagang kepada usahawan


dalam mencipta peluang baharu?



52 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.6 PENILAIAN PELUANG PERNIAGAAN


Sama ada peluang dikenal pasti menerusi pandangan pengguna, rakan perniagaan,
ahli saluran atau pakar teknikal, setiap peluang mesti ditapis dan dinilai dengan
teliti. Penilaian merupakan unsur yang paling kritikal dalam proses keusahawanan.

Jadual 4.3 menunjukkan proses penilaian yang melihat penciptaan dan jangka
masa peluang, nilai sebenar dan nilai tanggapan peluang, risiko dan ganjaran
peluang serta kesesuaiannya dengan matlamat peribadi usahawan dan
kelebihannya yang berbeza dalam persekitaran persaingannya.

Peluang mesti sesuai dengan kemahiran dan matlamat usahawan. Pelan taksiran
peluang patut pendek, berfokus kepada peluang tersebut dan bukan kepada
keseluruhan perniagaan. Ia mesti menyediakan asas untuk membuat keputusan
sama ada untuk bertindak terhadap sesuatu peluang atau tidak. Pelan perniagaan
yang baik mesti dibangunkan untuk merebut peluang yang ada. Sumber untuk
peluang tersebut mesti juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mesti menggunakan
sumber tersebut menerusi pelaksanaan pelan perniagaan tersebut.

Jadual 4.3 menunjukkan aspek-aspek proses keusahawanan.


Jadual 4.3: Aspek-aspek Proses Keusahawanan

Mengenal pasti dan Membina Pelan Sumber yang Mengurus


Menilai Peluang Perniagaan Diperlukan Syarikat
x Penciptaan dan x Muka surat tajuk x Sumber sedia x Cara
jangka masa x Jadual kandungan ada usahawan pengurusan
peluang x Jurang antara x Pemboleh
x Ringkasan eksekutif
x Nilai sebenar dan sumber dan ubah utama
1. Penerangan
nilai tanggapan bekalan yang untuk
perniagaan
peluang ada kejayaan
2. Penerangan
x Risiko dan x Akses kepada x Mengenal
industri
ganjaran peluang sumber yang pasti
3. Pelan pemasaran diperlukan masalah
x Peluang lawan
kemahiran dan 4. Pelan kewangan sedia ada
matlamat 5. Pelan pengeluaran dan yang
mungkin
x Situasi 6. Pelan organisasi
timbul
persaingan 7. Pelan operasi
x Pelaksanaan
8. Ringkasan sistem
x Apendiks (Pameran) kawalan

Sumber: Histrich & Peters (2000)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 53

SEMAK KENDIRI 4.4


Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang usahawan menilai
suatu peluang perniagaan?



LATIHAN 4.3

Bincangkan tujuh sumber peluang yang berpotensi dalam konteks


luaran.


4.6.1 Magnitud Peluang


Betapa besarnya peluang itu bergantung pada faktor-faktor berikut:
x Nilai yang ingin dicipta oleh usahawan;
x Saiz peluang yang akan menarik minat pelabur;
x Faktor ekonomi yang memerlukan penggunaan aset dengan cekap; dan
x Keperluan perniagaan untuk menarik ahli pasukan yang penting untuk
menjayakan perniagaan.

Namun demikian, usahawan berorientasikan pertumbuhan tidak hanya


mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi juga kadar pertumbuhan
yang diharapkan. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka masa
yang lama akan memberikan kesan negatif kerana ia memerlukan peruntukan
kewangan yang banyak dan berterusan. Kadar pertumbuhan yang terlalu rendah
pula akan menyebabkan usahawan gagal mencipta nilai yang diinginkan dan
menarik minat pemegang taruh.

Peluang yang baik datang dalam tiga keadaan:


x Peluang asal mesti membawa kepada peluang lain;
x Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan;
kemahiran yang boleh digunakan untuk mencari banyak idea baharu; dan
x Pelaksanaan peluang mesti dilakukan secara berkumpulan atau perkongsian.

Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan, contohnya


syarikat-syarikat baharu yang telah bertahan dalam arena industri yang luas dan
sedang cuba bersaing dan membuat duit.

54 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.6.2 Sumber Peluang: Asal Perniagaan Baharu


Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang adalah keadaan di mana
perubahan dalam teknologi, (terutamanya) ekonomi, politik, sosial atau
demografik menjana sesuatu yang baharu. Jadual 4.4 menunjukkan contoh lima
jenis peluang yang berbeza untuk perubahan teknologi.

Jadual 4.4: Contoh Jenis Peluang Keusahawanan Berbeza yang Lahir
daripada Perubahan Teknologi

Contoh Idea
Perubahan Perniagaan Sebagai
Bil. Jenis Peluang Alasan
Teknologi Jawapan Kepada
Peluang Tersebut
1. Produk atau Enjin Kereta Enjin pembakaran
perkhidmatan pembakaran dalam digunakan
baharu dalam untuk menggerakkan
kereta.
2. Cara baru Internet Jualan buku atas Internet membenarkan
mengurus talian orang menjual produk
tanpa kedai runcit.
3. Pasaran Peti ais Kapal muatan Kapal muatan dingin
baharu dingin membenarkan
penternak di satu
negara menjual daging
ternakan mereka di
negara lain.
4. Kaedah Komputer Reka bentuk Komputer
pengeluaran berbantukan membolehkan pereka
baharu komputer membuat produk tanpa
membina contoh dasar
fizikal.
5. Bahan mentah Minyak Menghasilkan Minyak ditapis menjadi
baharu gasolin gasolin untuk
digunakan bagi
menggerakkan
kenderaan.

Sumber: Baron & Shane (2004)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 55

4.6.3 Peluang dan Syarikat Baharu


Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik dalam
menggunakan peluang berbanding dengan syarikat baharu. Apabila syarikat telah
berniaga buat seketika, mereka mula mempunyai beberapa kelebihan berbanding
dengan syarikat baharu, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Kelebihan Syarikat yang Sudah Mantap Berbanding dengan Syarikat Baharu

Bil Kelebihan Alasan

1. Keluk Organisasi baharu belum habis belajar dan masih belum


Pembelajaran bijak dalam menghasilkan dan memasarkan produk.
Namun, apabila sesebuah syarikat itu menghasilkan sesuatu
dengan banyak, ia akan bertambah baik dalam usaha
tersebut.

2. Reputasi Kajian menunjukkan bahawa orang lebih suka membeli


produk daripada pengedar yang mereka kenali dan
percayai.

3. Aliran Tunai Sekiranya suatu perniagaan itu berjaya, ia akan mempunyai


aliran tunai positif yang boleh digunakan untuk
membangunkan produk dan perkhidmatan baharu. Ia juga
boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam
penghasilan produk dan perkhidmatan baharu yang
memenuhi permintaan pengguna.

4. Skala Ekonomi Skala ekonomi memberi manfaat kepada syarikat yang telah
mantap berbanding dengan syarikat baharu kerana ia
telahpun mula menghasilkan produk dan perkhidmatan.
Syarikat yang telah mantap menghadapi kos yang lebih
rendah berbanding syarikat baharu kerana ia telah
menghasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan.

5. Aset Aset sampingan digunakan oleh usahawan untuk


Sampingan menghasilkan atau mengedarkan produk baharu. Syarikat
baharu selalu menghadapi masalah untuk bersaing dengan
syarikat yang mantap kerana kekurangan aset sampingan.

Jadual 4.6 meringkaskan jenis peluang untuk perniagaan yang sudah mantap
dan perniagaan baharu.
56 X TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Jadual 4.6: Jenis Peluang Untuk Perniagaan yang Sudah Mantap dan Perniagaan Baharu

Perniagaan Mantap Perniagaan Baharu

x Sangat bergantung pada reputasi. x Menggunakan inovasi yang


x Mempunyai keluk pembelajaran memusnahkan kecekapan.
yang kuat. x Tidak memenuhi keperluan
x Menggunakan modal yang pelanggan utama syarikat yang
banyak. sedia ada.
x Memerlukan ekonomi ikut skala. x Berdasarkan inovasi diskret.
x Memerlukan aset sampingan x Sangat bergantung pada modal
dalam pemasaran dan insan.
pengedaran.
x Bergantung pada peningkatan
penambahbaikan produk.

Sumber: Baron & Shane (2004)

SEMAK KENDIRI 4.7

Jelaskan kelebihan syarikat yang sudah mantap berbanding dengan


syarikat yang baharu dalam mencipta peluang.


x Komponen persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada:


(i) Persekitaran luaran; dan
(ii) Persekitaran dalaman.
x Persekitaran makro melibatkan unsur-unsur berikut:
(i) Politik dan undang-undang;
(ii) Ekonomi;
(iii) Sosiobudaya; dan
(iv) Teknologi.
x Persekitaran mikro sangat dipengaruhi oleh:
(i) Pelanggan;
(ii) Pesaing;
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA W 57

(iii) Pembekal;
(iv) Institusi kewangan;
(v) Agensi kerajaan; dan
(vi) Organisasi bukan kerajaan.
x Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:
(i) Sumber;
(ii) Struktur; dan
(iii) Budaya.
x Peluang boleh ditakrifkan sebagai suatu konsep perniagaan yang jika ditukar
menjadi produk atau perkhidmatan nyata yang ditawarkan oleh suatu
perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan kewangan.
x Peluang perniagaan patut dipertimbangkan dan dinilai dengan berhati-hati
sebelum sebarang tindakan diambil. Ini akan menentukan sama ada ia akan
berjaya atau gagal.

Analisis persaingan Persekitaran industri


Berdasarkan sumber Persekitaran luaran
Halangan perdagangan dan tarif Persekitaran perniagaan
Peluang perniagaan Sosiobudaya
Persekitaran dalaman

You might also like