You are on page 1of 8

LAPORAN PELAKSANAAN AMALI SAINS SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SIKAT MUKAH

KELAS TAHUN 5 SENTOSA TEMA SAINS HAYAT

SUBJEK SAINS
TAJUK MODEL RANGKA MANUSIA

GURU ONESIFORUS BIN MEJIT TARIKH 27 APRIL 2022

ANJURAN PANITIA SAINS AKTIVITI INDIVIDU

1.0 PENGENALAN

1.1 Amali Sains yang bertajuk “Model Rangka Manusia” ini merupakan salah satu “Aktiviti
Ria” bagi mata pelajaran Sains Tahun 5.

1.2 Aktiviti ini memakan masa selama tiga hari untuk dilaksanakan sepenuhnya. Jadual berikut
menerangkan tempoh pelaksanaan serta aktiviti yang dilaksanakan sepanjang pelaksanaan
Amali Sains ini :

TARIKH / HARI MASA AKTIVITI MURID

27 APRIL 2022 0850 am a) Murid dan guru menyediakan alatan dan


(Rabu) hingga bahan untuk pelaksanaan aktiviti Amali
0950 am Sains.

b) Murid mendengar penerangan atau taklimat


tentang aktiviti Amali Sains yang akan
dilaksanakan.

c) Murid memulakan aktiviti mencetak dan


menggunting gambar model rangka manusia
dengan bantuan guru.

09 MEI 2022 0820 am d) Murid menampal gambar model rangka


(Isnin) hingga manusia pada kad manila.
0920 am
e) Murid melabelkan fungsi rangka utama dan
fungsi sendi manusia.

11 MEI 2022 0850 am f) Murid membentangkan hasil kerja individu


(Rabu) hingga secara lisan di hadapan kelas.
0950 am
g) Guru melaksanakan pentaksiran terhadap
hasil kerja murid.
1
2.0 OBJEKTIF

Pada akhir pelaksanaan Amali Sains ini, murid-murid diharapkan dapat :

2.1 Menguasai standard pembelajaran melalui kaedah inovasi secara kreativiti.

2.2 Menghasilkan “Model Rangka Manusia” secara kreatif dengan mengaplikasikan ilmu berkaitan
dengan Sistem Rangka Manusia dan Fungsi Sendi Manusia.

2.3 Menjelaskan fungsi rangka utama manusia dan fungsi sendi manusia melalui aktiviti
pembentangan.

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Kumpulan sasaran bagi aktiviti Amali Sains ini ialah semua murid Tahun 5 Sentosa Sekolah
Kebangsaan Nanga Sikat, Mukah.

3.2 Berikut merupakan senarai nama murid Tahun 5 Sentosa yang terlibat dalam Amali Sains ini :

BIL. NAMA MURID JANTINA


1 James Masing anak Pirak Lelaki

2 Mella Kenta anak Sandum Perempuan

3 Velaintina Engkerandang anak Dali Perempuan

JUMLAH KESELURUHAN 3 ORANG MURID

4.0 RAKAMAN GAMBAR

4.1 Berikut merupakan koleksi rakaman gambar yang sempat dirakam sepanjang pelaksanaan
Amali Sains “Model Rangka Manusia”.

4.1.1 Gambar 1 : Penyediaan Alat dan Bahan

“Kita memerlukan alat


seperti gunting, gam dan
plastisin untuk mencipta
Model Rangka Manusia”.

4.1.2 Gambar 2 : Penyediaan Alat dan Bahan

“Selain itu, kita juga perlu


mencetak gambar model
rangka manusia terlebih
dahulu”.
4.1.3 Gambar 3 : Penyediaan Alat dan Bahan

“Kita juga memerlukan


kertas berwarna-warni
dan kad manila untuk
aktiviti amali ini. Sakit
kepalakah kamu,
Mentie?”.

4.1.4 Gambar 4 : Aktiviti


Amali Sains Bermula

“Kita perlu berhati-hati ketika


menggunakan alatan tajam
seperti gunting atau pisau bagi
mengelakkan kecederaan”.

4.1.5 Gambar 5 : Aktiviti Amali Sains Bermula

“Di samping itu, fokuskan


mata terhadap gambar yang
digunting agar tidak terpotong
benda lain. Misalnya,
tergunting jari sendiri. Aduh,
sakit tu!”.
4.1.6 Gambar 6 : Aktiviti Amali Sains Bermula

“Betul kata kamu itu, Mella.


Apabila kita fokus semasa
aktiviti menggunting, gambar
yang kita gunting akan lebih
kemas dan cantik”.

4.1.7 Gambar 7 : Aktiviti Tampal dan Label

“Selepas selesai menggunting,


kita perlu menampal gambar
model rangka manusia pada
kad manila dengan betul”.
4.1.8 Gambar 8 : Aktiviti Tampal dan Label

“Jika tiada gam, kita boleh juga


menggunakan pita pelekat untuk
menampal gambar pada kad
manila. Wah,
bijaknya saya!”.

4.1.9 Gambar 9 : Aktiviti Tampal dan Label

“Eh, masuk bakul angkat


sendiri Si Mella! Perasan-
perasan juga, jangan lupa untuk
melabelkan gambar ini
menggunakan kertas
berwarna”.
4.1.10 Gambar 10 : Aktiviti Pembentangan Hasil Kerja Murid

“Assalamualaikum semua.
Tahukah kamu bahawa dalam
badan kita ada tengkorak,
tulang rusuk, tulang kaki dan
tulang tangan”.

4.1.11 Gambar 11 : Aktiviti Pembentangan Hasil Kerja Murid

“Bukan setakat ada tulang-


temulang sahaja, dalam badan
kita juga ada sendi. Kanyau,
jangan kamu ketawa-ketawa
sana”.

4.1.12 Gambar 12 : Aktiviti Pembentangan Hasil Kerja Murid


“Tulang dan sendi bagai aur
dengan tebing. Kedua-duanya
bekerjasama agar badan kita
dapat bergerak dengan
sempurna”.

5.0 PENUTUP

5.1 Guru mata pelajaran Sains menaruh harapan setinggi langit agar aktiviti Amali Sains yang
bertajuk “Model Rangka Manusia” ini memberikan impak positif terhadap kemenjadian
murid-murid Tahun 5 Sentosa khususnya.

5.2 Sepanjang tempoh pelaksanaan aktiviti ini, murid-murid tampak seronok ketika melakukan
aktiviti amali Sains. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam aktiviti Sains ini, terdapat
elemen mata pelajaran lain seperti ilmu Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu diselitkan
bersama.

5.3 Bagi mengatasi kelemahan semasa aktiviti pembentangan hasil kerja murid, guru mata
pelajaran Sains disarankan untuk menyediakan skrip. Dengan adanya skrip, murid-murid dapat
melaksanakan aktiviti pembentangan dengan lancar dan sistematik.

5.4 Akhir sekali, sejuta penghargaan diberikan kepada semua murid Tahun 5 Sentosa kerana telah
memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan Amali Sains ini. Semoga perkara yang
anda pelajari itu dapat difahami dengan mudah dan diingati hingga ke akhir hayat. Sekian,
terima kasih semua.

Laporan disediakan oleh :

.........................................
(ONESIFORUS BIN MEJIT)
Guru Sains Tahun 5 Sentosa,
Sekolah Kebangsaan Nanga Sikat.

Tarikh : ...............................................
Laporan disemak oleh :

..............................................................
(HABIB SAIFUL SEBASTIAN BIN KADIR)
Ketua Panitia Sains,
Sekolah Kebangsaan Nanga Sikat.

Tarikh : ...............................................

You might also like