You are on page 1of 9

3.

3 Kemajuan Pendidikan
Sistem Pendidikan di Perancis pada Abad Ke -18 dan 19

 Perkembangan sistem pendidikan awam di Perancis dapat dikesan


sejak kebangkitan Revolusi 1789
 Pemimpin – pemimpin reolusi yang dipengaruhi oleh idea demokrasi
percaya pendidikan awam penting untuk menentukan kelangsungan
pemerintahan republik
 Oleh itu , menerusi konvensyen pada tahun 1793 , sekolah – sekolah
rendah ditubuhkan di seluruh Perancis
 Pada masa yang sama , undang – undang yang mewajibkan sistem
pendidikan di peringkat sekolah rendah dalam kalangan kanak –
kanak diwartakan

Dasar Pendidikan
 Dasar pendidikan di Perancis pada abad ke -18 dan 19 telah mengalami perubahan dan perkembangan
mengikut ideologi golongan pemerintah .
 Pada akhir abad ke -18 , timbul kesedaran untuk mewujudkan sistem pendidikan popular dalam
kalangan pemimpin . Kesedaran ini lahir ekoran daripada perkembangan idea demokrasi dalam
kalangan masyarakat . Walau bagaimanapun , idea ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila
tampuk pemerintahan negara dikuasai oleh Napoleon . Napoleon telah memperkenalkan sistem
pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis .
 Beliau berjaya menyatukan institusi pendidikan di bawah satu badan induk yang dikenali sebagai
Universiti Perancis . Walau bagaimanapun , sistem pendidikan tersebut tidak dapat dilaksanakan
sepenuhnya kerana Napoleon memberi keutamaan kepada dasar peluasan kuasa .
 Selepas zaman Napoleon , perubahan telah dilakukan oleh pemerintah terhadap dasar pendidikan
popular . Kerajaan reaksioner yang memerintah Perancis memberi penekanan kepada pendidikan
berteraskan teologi dan moral . Sehubungan dengan ini , sistem pendidikan di Perancis telah
diletakkan di bawah penguasaan golongan gereja
 Selepas Revolusi 1830 , berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem pendidikan di Perancis .
Kerajaan di bawah pemerintahan Louis Phillipe bertindak memantapkan semula sistem pendidikan
yang diperkenalkan oleh Napoleon . Perubahan yang amat signifikan pada zaman ini ialah sistem
pendidikan dibebaskan daripada kongkongan golongan gereja . Selaras dengan perkembangan ini ,
sistem pendidikan diletakkan di bawah penguasaan kerajaan . Dengan demikian , maka wujud sistem
pendidikan kebangsaan yang seragam di seluruh Perancis .
 Beberapa langkah diambil untuk memantapkan sistem pendidikan popular di Perancis . Antaranya
ialah :
(a) Sekolah – sekolah didirikan di setiap daerah ;
(b) Bangunan sekolah didirikan di seluruh negara ;
(c) Kaedah pengajaran dan pembelajaran saintifik diperkenalkan ;
(d) Sekolah Latihan perguruan ditubuhkan
 Perkembangan ini telah melahirkan kesedaran dalam kalangan rakyat di Perancis terhadap pendidikan
.
 Menjelang pertengahan abad ke -19 , langkah – langkah untuk memantapkan sistem pendidikan
dilakukan oleh kerajaan Republik Kedua . Kerajaan Republik Kedua mengambil langkah untuk
mengkaji semula undang – undang berkaitan dengan sistem pendidikan . Di samping itu , kerajaan
Republik Kedua juga telah melakukan sedikit pembaharuan dalam undang – undang tersebut .
 Majlis Tertinggi yang diketuai oleh Menteri Pendidikan telah ditubuhkan untuk menguruskan sistem
pendidikan di Perancis . Majlis ini merupakan pihak yang mempunyai kuasa tertinggi dalam hal ehwal
yang berkaitan dengan pendidikan . Bagi melicinkan pengurusan pentadbiran , wilayah – wilayah
dibahagikan kepada 17 daerah atau akademi . Sebuah Majlis Akademi ditubuhkan di setiap daerah .
Majlis Akademi menguruskan segala hal ehwal berkaitan dengan pendidikan di peringkat daerah .
Majlis ini diletakkan di bawah pengawasan secara langsung oleh Menteri Pendidikan . Di samping
majlis akademi , sebuah majlis ditubuhkan di peringkat wilayah yang dianggotai oleh seorang ketua ,
inspektor akademi dan inspektor bagi sekolah rendah . Selain itu , sebuah majlis tempatan
ditubuhkan di peringkat bandar untuk mengawasi sekolah – sekolah kerajaan dan swasta . Majlis
tempatan yang ditubuhkan di bandar – bandar diterajui oleh Datuk Bandar

Institusi Pendidikan
 Sistem pendidikan yang diamalkan di Perancis sehingga kini berasaskan kepada sistem yang
diperkenalkan oleh Napoleon .
 Menjelang tahun 1806 , Napoleon Berjaya menyatukan pendidikan di bawah sebuah badan induk yang
dikenali sebagai Universiti Perancis . Pentadbiran universiti tersebut diterajui oleh seseorang grand
master dan dibantu oleh sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Universiti
 Terdapat tiga cabang utama dalam Universiti Perancis , iaitu pendidikan rendah , pendidikan
menengah , dan pendidikan tinggi . Peranan dan perkembangan institusi – institusi pendidikan di
Perancis adalah seperti berikut :

Pendidikan Rendah
 Pendidikan rendah di Perancis dikendalikan oleh sekolah – sekolah rendah . Peraturan berhubung
dengan penubuhan dan pengurusan sekolah – sekolah rendah terkandung dalam undang – undang
1795 .
 Antara perkara yang terkandung dalam undang – undang 1795 adalah seperti berikut
(a) Setiap komuniti dikehendaki menyediakan bangunan dan kemudahan fizikal untuk pendidikan rendah
(b) Selain bangunan sekolah ,rumah guru disediakan oleh komuniti
(c) Guru – guru bertanggungjawab kepada pihak berkuasa tempatan
(d) Sekolah – sekolah akan diselia oleh ketua – ketua jabatan
(e) Gaji guru – guru diperoleh daripada yuran yang dikutip daripada pelajar

 Pendidikan sekolah rendah dimantapkan berasaskan Undang – undang 1833 . Undang – undang ini
digubal berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Victor Cousin (1792 – 1867).
 Undang – undang ini menekankan kepentingan sekolah rendah dan menetapkan peraturan –
peraturan berikut :
(a) Mewajibkan setiap komuniti menguruskan pentadbiran sekolah rendah .
(b) Mendirikan sekolah rendah tinggi di bandar – bandar .
(c) Mendirikan sekolah normal untuk memberi Latihan kepada guru – guru sekolah rendah .
(d) Mewujudkan satu pasukan pegawai pemeriksa sekolah – sekolah rendah .
(e) Mewajibkan guru – guru memperoleh sijil latihan perguruan untuk mengajar di sekolah – sekolah
rendah .

Pendidikan Menengah
 Institusi pendidikan menengah di Perancis terdiri daripada Lyceum dan Kolej Awam . Sekolah –
sekolah menengah tersebut ditubuhkan berdasarkan Undang – undang 1802 . Sekolah menengah ini
menggantikan sekolah tinggi pusat yang ditubuhkan pada tahun 1795 .
LYCEUM

 Kerajaan menyediakan kemudahan seperti bangunan sekolah .


 Peralatan mengajar dan perabot disediakan oleh Majlis Perbandaran .
 Dana untuk pengurusan sekolah diperoleh daripada kutipan yuran pelajar .
 Pentadbiran Lyceum diterajui oleh seorang ketua pentadbir dan dibantu oleh penyelia pengajian .
 Setiap Lyceum mempunyai sekurang – kurangnya lapan orang professor .
 Pengajian di Lyceum dibahagikan kepada tiga bahagian , iaitu bahagian elementori , bahagian nahu ,
dan bahagian tertinggi .
 Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa – bahasa kuno , Retorik , Logik , Etika , Matematik , Lukisan ,
dan Sains
KOLEJ AWAM

 Kolej – kolej awam ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran .


 Sekolah ini menekankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Latin , Bahasa Perancis , Sejarah ,
Geografi , dan Matematik .
 Pengurusan kolej awam dikehendaki mendapat lesen daripada kerajaan .
 Menjelang tahun 1804 , terdapat 46 Lyceum , 378 sekolah menengah , dan 361 sekolah menengah
swasta .
 Sekolah – sekolah menengah akan diselia oleh tiga orang pesuruhjaya sekolah menengah .
 Dalam hal ini , Pengarah Pendidikan bertanggungjawab dalam menentukan dasar sekolah menengah
yang meliputi perkara – perkara berikut :
(a) Mata pelajaran yang diajar
(b) Peraturan pentadbiran
(c) Menyediakan buku – buku teks
(d) Melantik professor

Sekolah Tinggi
 Undang – undang 1802 memperuntukkan penubuhan sekolah – sekolah tinggi atau sekolah – sekolah
khas .
 Menjelang tahun 1803 , sebuah sekolah sastera dan perdagangan ditubuhkan .
 Pada tahun 1804 , sekolah teologi yang menekankan pengajian agama Katolik diwujudkan .

Sekolah Teknik
 Di samping itu , sekolah – sekolah teknik juga ditubuhkan di Perancis . Antara sekolah Teknik yang
ditubuhkan adalah seperti berikut :
(a) Politeknik Paris
(b) Sekolah tinggi pengajian perniagaan
(c) Konservatori kebangsaan bagi sastera dan perdagangan

Universiti
 Pada tahun 1808 , Napoleon telah mengeluarkan Undang – undang Imperial yang memberikan kuasa
kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti .
 Universiti yang ditubuhkan oleh Napoleon dikenali sebagai Universiti Perancis . Penubuhan universiti
ini merupakan sumbangan besar Napoleon kepada perkembangan pendidikan tinggi di Perancis .
Universiti ini merupakan organisasi pendidikan yang ditubuhkan berasaskan idea pemerintahan yang
dianjurkan oleh kerajaan Perancis .
 Menurut Undang – undang 1808 , bidang pendidikan di Perancis terletak di bawah pengawasan
Universiti Perancis . Semua institusi pendidikan hanya boleh ditubuhkan selepas mendapat kelulusan
daripada ketua pentadbir Universiti Perancis .
 Pentadbiran universiti ini diterajui oleh seorang ketua pentadbir dan dibantu oleh sebuah majlis yang
dianggotai oleh 26 orang anggota . Dalam menjalankan tugas , Majlis Universiti dibantu oleh inspektor
bagi perubatan , undang – undang , teologi , persuratan dan sains .
 Antara bidang tugas Majlis Universiti ialah :
(a) Mengadakan lawatan ke pusat – pusat pengajian
(b) Memeriksa pengajaran dan pembelajaran di pusat – pusat pengajian
(c) Memantau keadaan disiplin di pusat – pusat pengajian
(d) Mengadakan peperiksaan untuk menguji kemahiran pelajar
(e) Menjalankan kajian lengkap tentang pusat – pusat pengajian

 Ketua pentadbir dan Majlis Universiti dibantu oleh rector , majlis yang dianggotai oleh 10 orang
anggota , dan inspektor . Pegawai – pegawai tersebut dilantik oleh ketua pentadbir universiti dan
mereka akan mentadbir daerah pentadbiran yang dikenali sebagai ‘Academies’ .

Latihan Perguruan
 Menjelang tahun 1808 , Napoleon telah menubuhkan sebuah sekolah yang dikenali sebagai ‘superior
normal school’ untuk melatih pelajar – pelajar lepasan Lyceum dalam bidang perguruan .
 Menjelang tahun 1810 , seramai 37 orang guru pelatih mendapat Latihan di sekolah Latihan ini .
Pelajar – pelajar akan menerima Latihan perguruan di sekolah ini selama dua tahun . Pada tahun 1815 ,
tempoh pengajian di sekolah Latihan perguruan ditambah kepada tiga tahun . Pada tahun ketiga ,
pelajar – pelajar akan mempelajari kaedah dan menjalani Latihan praktikal sebelum mereka dilantik
sebagai guru .

Bantuan Kewangan
 Kerajaan turut memberi bantuan kewangan untuk pembangunan sistem pendidikan .
 Pada tahun 1816 , sebanyak 50 000 franks telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk menyediakan
buku – buku sekolah . Sebahagian daripada wang tersebut digunakan untuk memberi insentif kepada
guru – guru sekolah rendah .
 Menjelang tahun 1820 , peruntukan yang disediakan oleh kerajaan bertambah kepada 300 000 franks .
 Menjelang tahun 1847 , peruntukan sebanyak 1 500 000 franks diberikan kepada 54 buah Lyceum di
Perancis . Semasa pemerintahan monarki pada tahun 1830 , langkah – langkah diambil untuk
memajukan sistem pendidikan . Langkah pertama ialah kerajaan memberikan bantuan kewangan
sebanyak satu juta franks untuk membangunkan institusi pendidikan rendah .

Kurikulum
Kurikulum Pendidikan Rendah
 Undang – undang 1833 memberi penekanan kepada usaha untuk memantapkan sekolah – sekolah
rendah . Sekolah – sekolah rendah memberi penekanan kepada aktiviti membaca , menulis , mengira ,
bahasa Perancis , moral dan agama .
 Dalam pada itu , sekolah rendah tinggi menawarkan pembelajaran dalam mata pelajaran Geometri ,
Lukisan Linear , Sains , Sejarah , Geografi dan Muzik .

Kurikulum Pendidikan Menengah


 Pendidikan di peringkat menengah dikendalikan oleh Lyceum dan kolej – kolej awam . Mata pelajaran
yang diajar ialah bahasa – bahasa kuno , Retorik , logik , Etika , Matematik , Lukisan dan Sains .
Sekolah ini menekankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Latin , Bahasa Perancis , Sejarah ,
Geografi dan Matematik .
Kurikulum Universiti
 Pendidikan di peringkat tinggi disampaikan melalui fakulti – fakulti seperti fakulti Sastera , Sains ,
Perubatan , Undang – undang dan Teologi . Fakulti – fakulti tersebut tidak disatukan di bawah satu
unit pentadbiran yang seragam . Sebaliknya , fakulti – fakulti tersebut berfungsi sebagai sekolah –
sekolah professional yang berasingan .
 Antara fakulti yang diasaskan di Perancis ditunjukkan dalam jadual berikut :

Fakulti Lokasi Fakulti


Fakulti Teologi Paris , Aix , Bordeaux , Lyons , Rouen ,
Montauban
Fakulti Undang – undang Paris , Dijon , Grenoble , Toulouse ,
Poitiers , Douai , Aix , Rheims , Naney , Caen
, Bordeaux
Fakulti Sains Paris , Clermont , Nancy , Besancon , Poiters
, Lyons , Rennes , Dijon , Marseilles , Caen ,
Grenoble , Montpellier , Bordeaux , Lille ,
Toulouse
Fakulti Sastera Paris , Clermont , Montpellier , Aix , Dijon ,
Poitiers , Besancon , Douai , Rennes ,
Bordeaux , Grenoble , Toulouse , Caen ,
Lyons

 Di samping itu , fakulti – fakulti ini juga terlibat dalam pengendalian peperiksaan dan pengurniaan
ijazah kepada pelajar – pelajar .
 Menjelang tahun 1890 , 15 fakulti yang berasingan telah disatukan menjadi universiti negeri .

Sistem Pendidikan di Jerman pada Abad ke -18 dan 19

Dasar Pendidikan
 Menjelang abad ke -18 , pentadbiran dan pengurusan sekolah – sekolah di Prusia terletak di bawah
penguasaan gereja .
 Semasa pemerintahan Raja Frederick II , kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal pentadbiran
sekolah . Bagi tujuan tersebut , Raja Frederick II telah menggubal kod undang – undang sekolah pada
tahun 1763 dan 1765 .
 Mengikut undang – undang ini , seorang inspektor dilantik oleh kerajaan pusat untuk menjalankan
pemeriksaan terhadap sekolah – sekolah . Selepas melakukan pemeriksaan , laporan pemeriksaan
akan dihantar ke Berlin Consistory dan Catholic Silesia .
 Pada akhir abad ke -18 , Lembaga Sekolah (Obersshulcollegium) ditubuhkan untuk melaksanakan
kawalan pusat terhadap sekolah – sekolah menengah dan sekolah tinggi di Prusia .
 Pada abad ke -19 , sistem pendidikan di Jerman berada di bawah kawalan dan penguasaan kerajaan
sepenuhnya . Segala hal ehwal yang berkaitan dengan pendidikan terletak di bawah Menteri
Pendidikan . Menteri Pendidikan mendapat bantuan daripada Lembaga pengelola sekolah yang
ditubuhkan di peringkat wilayah , regensi , dan daerah . Kerajaan pusat secara langsung atau tidak
langsung akan mengawal segala dasar yang berhubung kait dengan pengurusan sekolah .
 Bagi memudahkan kawalan kerajaan pusat terhadap institusi pendidikan , Jabatan Pendidikan Awam
telah ditubuhkan pada tahun 1809 . Kerajaan pusat menetapkan mata pelajaran serta buku – buku
teks yang digunakan oleh pelajar – pelajar di sekolah . Di samping itu , kerajaan pusat juga memainkan
peranan dalam pelantikan guru – guru serta penyeliaan sekolah . Semasa pemerintahan Raja
Frederick II , kanak – kanak yang berumur lima hingga 14 tahun diwajibkan menerima pendidikan.
Kod Undang – undang Pendidikan
 Pemerintahan mengambil langkah untuk memastikan sistem pendidikan dijalankan dengan lancer dan
teratur . Dalam konteks ini , undang – undang berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran sistem
pendidikan diperkenalkan .
 Pada tahun 1713 , Raja Frederick William I (1713 – 1740) mengisytiharkan kod undang – undang bagi
sekolah – sekolah Latin dan sekolah yang dikendalikan oleh golongan mubaligh .
 Menjelang tahun 1717 , baginda mengeluarkan ‘Advisory Order’ berhubung dengan pengendalian
sekolah – sekolah awam . Dalam arahan ‘Advisory Order’ tersebut , ibu bapa diwajibkan menghantar
anak – anak ke sekolah . Dalam hal ini , ibu bapa yang enggan menghantar anak – anak ke sekolah akan
dikenakan denda .
 Pada tahun 1737 , Raja Frederick William I mengisytiharkan undang – undang sekolah bagi wilayah
Prusia Timur . Undang – undang ini mengandungi maklumat terperinci tentang pembinaan sekolah ,
yuran pengajian , bantuan kerajaan dan gaji guru .
 Semasa pemerintahan Raja Frederick II , undang – undang penyelenggaraan sekolah diperkenalkan .
 Pada bulan April 1763 , baginda telah memperkenalkan undang – undang sekolah bagi seluruh Prusia .
Undang – undang tersebut digubal oleh Julius Hecker dan diisytiharkan oleh Raja Frederick II pada 23
September 1763 . Undang – undang ini dikenali sebagai ‘General Land-Schule Reglement’ (Peraturan
Sekolah – sekolah di Kawasan Pedalaman) . Undang – undang ini merupakan undang – undang
persekolahan yang pertama bagi seluruh Prusia malahan undang – undang ini meletakkan asas bagi
pengenalan sistem persekolahan rendah di Prusia .

Pembinaan Sekolah
 Semasa pemerintahan Raja Frederick William I , sekolah – sekolah didirikan di seluruh Jerman .
Baginda memperuntukkan sejumlah besar wang bagi tujuan pembinaan bangunan sekolah .
 Semasa pemerintahan baginda , lebih kurang 1000 sekolah rendah telah didirikan di Prusia . Di
samping itu , lebih kurang 8000 sekolah baharu telah didirikan atas usaha Raja Frederick William I .
 Raja Frederick William I mengambil inisiatif untuk mendirikan sekolah di wilayah Pomeranin yang
ditawan daripada Sweden . Dalam pada itu , usaha untuk membina sekolah – sekolah di Prusia
diteruskan oleh Raja Frederick II . Baginda turut memberikan penekanan kepada usaha
membangunkan institusi – institusi pendidikan .

Bantuan Kewangan
 Raja Frederick William I memberikan sumbangan kewangan untuk menyediakan prasarana dan
peralatan di sekolah . Baginda memberikan bantuan sebanyak 50 000 thaler untuk membina bangunan
sekolah dan membaiki bangunan yang usang . Di samping itu , baginda juga mengurniakan tanah yang
luas untuk tujuan pembinaan sekolah .

Sistem Pendidikan
 Sistem pendidikan yang diamalkan di Jerman pada abad ke -18 dan 19 terdiri daripada beberapa
peringkat . Menjelang awal abad ke -19 , terdapat sistem pendidikan di peringkat rendah , menengah
dan teknikal .
 Perkembangan sistem pendidikan di peringkat – peringkat ini adalah seperti berikut :

Pendidikan Rendah
 Menjelang akhir abad ke -18 , sekolah – sekolah rendah telah ditubuhkan di seluruh Prusia .
 Semasa pemerintahan Raja Frederick William I , lebih kurang 1000 sekolah rendah dibina di seluruh
negara . Selain itu , lebih kurang 1800 sekolah baharu didirikan di seluruh negara atas inisiatif Raja
Frederick William I .
 Menjelang awal abad ke -19 , langkah – langkah telah diambil untuk memantapkan sistem pendidikan
rendah di Jerman .
 Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan dengan Napoleon , Raja Frederick William III
mengalihkan perhatian terhadap usaha membangunkan sistem pendidikan di Jerman . Baginda turut
mendapat sokongan padu daripada menteri – menteri yang berwibawa dan berkebolehan .
 Sekolah – sekolah rendah di Jerman dikenali sebagai Volksschulen terbuka kepada semua lapisan
penduduk di Jerman dan kanak – kanak yang berumur tujuh tahun dikehendaki mendaftar di sekolah –
sekolah rendah .
 Pendidikan di sekolah – sekolah rendah akan berlanjutan hingga kanak – kanak mencapai umur 14
tahun . Pengajian di sekolah – sekolah rendah meliputi pembelajaran seperti agama , membaca ,
menulis , mengira , geografi , sejarah dan gimnastik .

Pendidikan Menengah
 Pendidikan di peringkat menengah terdiri daripada dua aliran , iaitu sekolah gymnasium dan sekolah
awam (real-school) . Pengajian di gymnasium memberi keutamaan kepada pembelajaran dalam
bahasa Latin dan Greek . Sekolah gymnasium ditubuhkan untuk menyediakan pelajar – pelajar untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat universiti .
 Sekolah - sekolah awam pula memberi penekanan kepada pembelajaran bahasaa ibunda ,
Matematik , sains tabii , dan bahasa – bahasa moden .
 Matlamat utama sekolah – sekolah awam adalah melahirkan pelajar – pelajar yang dapat menjalani
kehidupan seharian dengan teratur .
 Kerajaan Jerman di bawah pimpinan Raja Frederick William III memberi penekanan kepada sekolah –
sekolah awam . Pengajian di sekolah – sekolah menengah termasuk gymnasium dan sekolah awam
meliputi jangka masa sembilan tahun .

Pendidikan Teknikal
 Kerajaan Jerman turut memberi keutamaan kepada pendidikan dalam bidang teknologi .
 Penekanan diberikan kepada bidang teknologi selaras dengan usaha untuk membangunkan sektor
perindustrian dan perdagangan di Jerman . Perkembangan ini telah menyebabkan sistem
pembelajaran tradisional telah diubah suai dengan memberi penekanan kepada mata pelajaran
teknikal . Selaras dengan ini , sekolah – sekolah teknik seperti politeknik dan sekolah – sekolah
perdagangan telah ditubuhkan .

Universiti
 Kerajaan Jerman turut memberi penekanan kepada penubuhan institusi pengajian tinggi atau
universiti .
 Pengajaran di universiti dibahagikan kepada empat fakulti , iaitu Teologi , Undang – undang ,
perubatan dan falsafah . Pengajian di Fakulti Falsafah turut meliputi Matematik , Sejarah , Geografi ,
Kesusasteraan , Sains Tabii dan Filologi . Pentadbiran universiti akan dikendalikan oleh seorang rector
yang dipilih oleh professor .
 Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor dan terbesar di Jerman yang mempunyai 200
profesor dan 5000 pelajar . Idea asal penubuhan universiti tersebut dating daripada Fichte , seorang
professor daripada universiti di Jena . Cadangan Fichte mendapat sokongan daripada Humboldt yang
merupakan Menteri Pengajian Awam . Penubuhan Universiti Berlin mendapat kelulusan daripada
Kabinet dan kerajaan memberikan geran kewangan untuk memulakan operasi .
Pentadbiran Sekolah
 Langkah – langkah juga diambil untuk mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang seragam bagi
sekolah – sekolah di Prusia .
 Semasa pemerintahan Raja Frederick William II , pentadbiran sekolah – sekolah diletakkan di bawah
pengawasan ‘Berlin Consistory’ . Sistem pentadbiran pusat meletakkan asas bagi kelahiran sekolah –
sekolah Gymnasien yang menggantikan sekolah Latin .

Kurikulum
Kurikulum Sekolah Rendah
 Pendidikan di sekolah – sekolah rendah berasaskan kepada teori yang dikemukakan oleh Pestalozzi .
Dalam konteks ini , penekanan diberikan kepada perkembangan mental kanak – kanak dan latihan
menggunakan deria .
 Kanak – kanak diajar mata pelajaran Geografi , Sejarah dan bahasa Jerman bagi melahirkan semangat
patriotisme dalam kalangan pelajar . Di samping itu , penekanan juga diberikan kepada mata pelajaran
Muzik . Kemahiran dalam muzik membantu pelajar – pelajar apabila mengambil bahagian dalam
pertandingan lagu – lagu patriotik .
 Selain itu , penekanan juga diberikan kepada mata pelajaran Lukisan , Matematik dan Latihan Jasmani .
Pelajar – pelajar juga mempelajari mata pelajaran Agama terutama tentang nilai – nilai moral , hormat
– menghormati dan rendah diri .

Kurikulum Sekolah Menengah


 Menjelang tahun 1816 , langkah – langkah telah diambil untuk menyeragamkan pembelajaran di
sekolah – sekolah menengah . Antara mata pelajaran di sekolah – sekolah tersebut adalah Bahasa
Latin , Bahasa Greek , Bahasa Jerman , Matematik , Sejarah , Geografi , Agama dan Sains .
 Selepas tahun 1837 , penekanan diberikan kepada pengajian mata pelajaran humanism (kemanusiaan)

Tenaga Pengajar
 Malah bilangan guru yang berkhidmat di luar bandar dan Kawasan pedalaman amat kurang .
 Selain itu , golongan seperti tukang kasut , tukang jahit , pengawal keselamatan dan gembala
diberikan Latihan untuk mendidik kanak – kanak .
 Semasa pemerintahan Raja Frederick William I , seorang pesuruhjaya telah dilantik bagi menangani
masalah kekurangan guru .
 Pada tahun 1722 , baginda mengambil langkah untuk membekalkan tenaga pelajar terlatih untuk
mengajar di Kawasan luar bandar .
 Semasa pemerintahan Raja Frederick II , guru – guru yang berwibawa direkrut untuk berkhidmat di
sekolah – sekolah .

Latihan Perguruan
 Kerajaan mengambil langkah untuk memberikan Latihan kepada guru – guru yang terlibat dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Latihan diberikan bagi melahirkan tanaga pengajar yang mahir
dan mempunyai pengetahuan .
 Latihan perguruan guru – guru di Jerman diadakan julung kali di Halle pada tahun 1693 . Latihan
perguruan tersebut dianjurkan oleh tokoh pendidik terkenal , iaitu Francke .
 Pada tahun 1738 , Johann Julius Hecker telah menganjurkan seminar bagi guru – guru di Prusia .
Seminar ini diadakan bagi melatih pelajar – pelajar daripada aliran Teologi untuk menjadi guru – guru
di sekolah Latin .
 Pada tahun 1747 , Johann Julius Hecker menubuhkan pusat Latihan guru yang dikenali sebagai
Lehrerseminar di Berlin . Kejayaan yang dicapai oleh pusat latihan guru tersebut menyebabkan Raja
Frederick II memberikan dana kepada institusi tersebut . Malah Raja Frederick II juga memberikan
piagam diraja kepada institusi perguruan tersebut .
 Kejayaan Johann Julius Hecker menyebabkan muncul pusat – pusat latihan guru di seluruh Jerman .
Menurut kod Silesia (1765) , Raja Frederick II menyatakan enam institusi sebagai sekolah latihan guru .
 Selepas Prusia , pusat Latihan perguruan ditubuhkan di wilayah – wilayah Jerman yang lain , iaitu
Austria (1771) , Saxe – Weimar (1783) dan Saxony (1788) .

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


 Menjelang tahun 1808 , Jabatan Pendidikan Awam telah ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal
pendidikan di Jerman . Tindakan pertama jabatan ini adalah menghantar 17 orang guru dari Prusia ke
Switzerland . Guru – guru tersebut dihantar untuk mempelajari idea dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dianjurkan oleh Pestalozzi .
 Pada tahun 1809 , Carl August Zellar dijemput oleh kerajaan untuk mengendalikan bengkel kaedah
pengajaran dan pembelajaran Pestalozzi kepada guru – guru .
 Dalam pada itu , guru – guru yang menerima Latihan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
Pestalozzi di Switzerland dilantik sebagai pengarah institusi latihan perguruan
 Di samping itu , tokoh – tokoh yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran baharu turut diundang untuk melatih guru – guru di Jerman .
 Gustavus Friedrich Dinter ( Pengetua Pusat Latihan Saxony ) telah dilantik sebagai pesuruhjaya
pendidikan bagi wilayah timur Prusia .

Yuran Pengajian
 Menjelang abad ke -18 , khususnya semasa pemerintahan Raja Frederick William I (1713-1740) pelajar
– pelajar dikehendaki membayar yuran persekolahan . Dalam pada itu , pelajar – pelajar daripada
kalangan keluarga miskin mendapat bantuan daripada tabung kebajikan kanak – kanak miskin .
 Semasa pemerintahan Raja Frederick II , yuran persekolahan bagi semua sekolah di Prusia telah
diseragamkan

You might also like