You are on page 1of 5

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MINGGU : 35 HARI : SELASA TARIKH : 22/9/2020


MATA
SAINS SUKAN
PELAJARAN STRATEGI PdP
TINGKATAN Pembelajaran Berasaskan
5 MAJU /
Inkuiri
MASA Pembelajaran Berasaskan
8.30 pg – 10.30 pg /
Masteri
TAJUK Pembelajaran Berasaskan
KECERGASAN DAN PERSEDIAAN FIZIKAL
Projek
/
STANDARD KAEDAH LATIHAN FIZIKAL Tgfu
KANDUNGAN Pendekatan Bersepadu
STANDARD Murid boleh: Pembelajaran Kontekstual /
PEMBELAJARAN 1. Menyenarai latihan yang meningkatkan kecekapan Kecerdasan Pelbagai /
sistem tenaga aerobik dan anaerobik.
2. Menyenarai latihan yang meningkatkan sistem otot Pdp Abad 21
rangka. Kreativiti dan Inovasi //
Pemikiran Kritis /
AKTIVITI Senario : Komunikasi dan Kolaborasi /
• Anda ialah seorang jurulatih kecergasan olahraga yang Penyelesaian Masalah /
ditugaskan merangka beberapa Kaedah Latihan Aerobik Literasi Teknologi Maklumat /
dan Latihan Anaerobik yang bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan pengunaan tenaga dan sistem
otot rangka atlet anda mengikut keperluan spesifik. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
• Kaedah latihan yang diaplikasikan bertujuan untuk (KBAT)
meningkatkan kecekapan pengunaan tenaga dan sistem Mengaplikasi /
otot berdasarkan keperluan spesifik atlet.
• Murid
Menganalisis
BBM – artikel, video dan imej yang berkaitan. /
Menilai
Pengetahuan, kemahiran dan nilai. /
Mencipta
• Mengenal pasti jenis latihan yang spesifik.
• Menghubungkait kaedah latihan yang bersesuaian
dengan keperluan spesifik.
• Mengaplikasikan prinsip latihan fizikal kepada kaedah ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)
latihan yang dipilih. Bahasa Melayu /
• Mendapat pendedahan tentang prosedur kaedah latihan. Kelestarian Alam Sekitar
• Melahirkan rasa tangungjawab dan kerjasama dalam Nilai Murni
kumpulan. Sains Dan Teknologi /
Patriotisme

PENTAKSIRAN
Prestasi kemahiran /
Senarai semak /
REFLEKSI Sesi PdP telah mencapai / tidak mencapai objektif yang diingini. rubrik /
portfolio /
Murid-murid dapat menguasai kesemua aras PdP Penilaian kendiri /
Kertas-pensel
___ daripada 36 murid-murid tidak menguasai hasil
pembelajaran.

__ daripada 36 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran.

__ daripada 36 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada


hasil pembelajaran.

Murid-murid telah menyertai aktiviti PdP dengan jayanya.


JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI / KAEDAH PDP.

Topik kaedah latihan fizikal merupakan topik yang perlu disampaikan melalui kepelbagaian
kaedah bantuan mengajar. Pemilihan aktiviti juga haruslah berdasarkan teori pembelajaran yang
bersesuaian. Bagi pelaksanaan kandungan ini, perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(PdP) adalah dipecahkan beberapa fasa yang memberi fokus kepada mana-mana kaedah latihan
fizikal dan memberi pengalaman asas Sains Sukan kepada murid.

Fasa Persediaan

Rancangan pengajaran ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama adalah
bahagian persediaan iatu fasa sebelum PdP. Bagi fasa persediaan, bahan ransangan seperti majalah,
artikel, video yang berkaitan dengan Program Latihan Fizikal yang akan diguna pakai. . Bahan bantu
mengajar yg digunakan seperti artikel, majalah, web, atau video adalah dari sumber yang berkait
dengan personaliti sukan di dalam dan luar negara yang sudahpun menempa nama di mata dunia
supaya ia menjadi satu motivasi kepada murid-murid untuk terus menikuti proses pembelajaran. Bahan
dan peralatan sukan seperti kon, marker, jam randik dan alatan bebanan yang bersesuaian juga akan
disediakan sebelum PdP bermula supaya murid dapat memaksimakan proses pembentangan yang
akan dijalankan.

Fasa Semasa

Untuk fasa seterusnya, murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang dianggotai 4-
5 orang setiap kumpulan. Aktiviti ini melibatkan pembelajaran secara kolaboratif. Menurut T. Panitz
(1996), “Collaboration is a philosophy of interaction and personnel lifestyle whereas cooperation in a
structure of interaction designed to facilitate the accomplishment of end product or goal”. Melalui
definisi yang diberikan oleh T. Panitz, pembelajaran kolaboratif ialah proses pembelajaran di mana
seorang pelajar berhubung atau berinteraksi dengan orang lain. Pendekatan yang akan digunakan
adalah Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Melalui kaedah ini, murid dapat mengenal pasti
masalah yang perlu diselesaikan, menentukan konsep yang mereka akan pelajari, dan mengunakan
bahan-bahan untuk menyelesaikan sesebuah masalah. Penerapan pembelajaran ini sangat sesuai
pada era Pendidikan waktu kini kerana sesi pembelajaran yang berterusan, berpusatkan murid dan
dapat mengintergrasikan isu dan amalan dalam dunia yang sebenar. Ia adalah pendekatan jangka
masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid.

Sebelum pembahagian tugas mengikut kaedah-kaedah latihan fizikal, ujian pra akan dilakukan
ke atas murid untuk mengukur tahap kefahaman murid-murid sebelum topik ini di pelajari dengan lebih
mendalam. Untuk mencetus minda murid, set induksi seperti tayangan video tentang beberapa jenis
sukan yang mementingkan kaedah latihan anerobik dan anaerobik akan ditayangkan. Pada masa yang
sama juga, murid diminta untuk mencatat pemerhatian dan masalah yang akan diselesaikan mereka.
Dalam metodologi ini, ia meransang tahap kepekaan murid terhadap isu dan kepentingan, dapat
membuat pemerhatian dan mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan kaedah latihan terkini.

Seterusnya, murid akan berbincang dalam kumpulan untuk penyelesaian masalah dalam
menyediakan kaedah latihan yang ditugaskan. Dengan kaedah ini, murid boleh meneroka, mencari
maklumat, menyatakan kepentingan komponen kecergasan dan menyenaraikan maklumat serta ciri-
ciri yang berkaitan. Dalam masa yang sama, bimbingan terhadap murid amat perlu dalam membantu
murid merancang dan melaksanakan kerja berkumpulan supaya murid tidak tersasar dari objektif
pembelajaran. Murid diarahkan untuk mereka bentuk beberapa draf program latihan dan mencetuskan
idea yang kreatif dan inovatif berdasarkan maklumat yang mereka perolehi. Ia melibatkan kerja
berpasukan dengan pengunaan teknologi yang sesuai.

Selesai perbincangan, murid akan membentangkan kaedah latihan, menerangkan, dan


melaksanakan program latihan yang dipilih mengikut justifikasi dan eviden yang kukuh. Untuk
menerapkan komunikasi dua hala, soalan-soalan akan dilontarkan oleh guru dan kumpulan lain untuk
mencungkil pemikiran murid dalam pemilihan kaedah latihan. Ia memberi penyelesaian yang kreatif
dan inovatif serta menambah baik idea atau program. Selesai pembentangan, murid akan diminta
untuk mendokumentasikan Projek berkumpulan supaya ia dapat menjadi rujukan di masa hadapan.
Fasa Selepas

Tamat sesi perbincangan, setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat rumusan tentang PdP
yang berlansung. Murid akan diberikan kuiz pendek untuk mengukur tahap kefahaman pembelajaran
yang mereka lalui sebelum dan selepas PdP. Hasil kerja yang berkualiti oleh murid-murid akan
disimpan dan dijadikan sebagai bahan contoh atau pameran supaya ia dapat meningkatkan motivasi
murid untuk memberikan komitmen yang maksima ketika proses PdP dijalankan. Murid akan diarahkan
untuk membuat penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya dan Exit Card untuk penilaian dan refleksi
PdP. Data refleksi yang terkumpul akan dianalisis dan dikaji untuk penambahbaikan untuk PdP
seterusnya.
Rujukan

T. Panitz (1996). Collaborative versus cooperative learning. A Comparison of the Two Concepts Which Will
Help Us Understand the Underlying Nature of Interactive Learning.

Sarabani, S. B. (2021). Tahap Penggunaan Dan Kefahaman Murid Dalam Penggunaan Gabungan Pakej Bahan
bantu Mengajar multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran sejarah. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 252–258.

Md. Rahim, M., & H. Iksan, Z. (2015). Model Refleksi Guru Cemerlang Terhadap “Video Critique”.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Bstem Sains Sukan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Sains Sukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Huraian Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Sains Sukan.

You might also like