You are on page 1of 3

TUGASAN INDIVIDU

NAMA:MUHAMMAD SYAUQI BIN AZMI

NO MATRIKS:E20181020846

SUBJEK:MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

KOD KURSUS: (HNS2042)


TAJUK: REALITI KEPELBAGAIAN KAUM KE ARAH PERPADUAN NASIONAL PASCA
MERDEKA

Artikel ini dikarang oleh Abd Aziz Azmi,Farah Wahida Mustafar dan Nurliana Suhaini.Mereka
telah menulis artikel yang bertajuk realiti kepelbagaian kaum kearah perpaduan nasional
pasca merdeka.

Isi yang pertama adalah Realiti Cabaran Pembinaan Negara-Bangsa dan Merintis
Perpaduan Nasional.Dalam isi ini huraian yang telah diberikan oleh pengarang adalah.
sebagai negara yang dikira masih baru, yang diasaskan pada 1963, negara kita terlalu muda
untuk mencapai satu tahap perpaduan nasional ideal. Situasi ini bukan bersifat domestik
kerana di kebanyakan negara lain yang juga sifatnya majmuk seperti Malaysia.

Seterusnya adalah Dasar Afirmatif dan Tuntutan Hak Sama Rata dan isi yang diberikan
adalah kerencaman masyarakat perlu sentiasa diambil kira dalam setiap keputusan demi
mencapai perpaduan nasional ideal.Secara asasnya penentangan terhadap elemen utama
kebudayaan atau ciri-ciri yang dimiliki.

Tambahan pula, Sistem Persekolahan Vernakular. Sistem iaitu pendidikan memainkan


peranan penting dalam menyemai benih perpaduan terutamanya dalam kalangan generasi
muda.Penggunaan bahasa ibunda masing-masing di sekolah yang berbeza telah menjadi
penghalang utama. Sistem ini sentiasa dikaitkan dengan penghalang pembentukan
perpaduan nasional.

Selain itu, Polarisasi Kaum dan Agama.Migrasi masyarakat bukan Melayu ke negara ini
sama ada ada disebabkan oleh penjajahan kuasa asing ataupun kerana faktor pergolakan
politik . Corak perhubungan masyarakat di negara ini cenderung kepada dikotomi Melayu-
Islam dengan Bukan Melayu-Bukan Islam.

Lantaran itu,, Asimilasi di Indonesia. Lebih dari dua dekad selepas reformasi Suharto
bermula, orang Cina di Indonesia tidak lagi berhadapan dengan asimilasi paksaan.
Pengalaman masjid Cheng Hoo yang terdapat di Surabaya, Indonesia merupakan antara
faktor utama dalam proses asimilasi bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.
Pemerintah dan masyarakat sedaya upaya untuk Malaysia tidak mengubah atau
menghilangkan kebudayaan masing-masing.

Akhir sekali,hasil artikel ini telah memberikan saya banyak pengetahuan baru dalam realiti
kepelbagaian kaum kearah perpaduan nasional pasca merdeka.Dengan pengetahuan yang
baru saya pelajari daripada artikel tersebut saya akan lebih berpendapat terbuka dan tidak
menilai sesuatu kaum tersebut secara langsung.

You might also like