You are on page 1of 3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19 ini dilihat sedang berleluasa dan hampir tidak
terkawal. Justeru, pihak kerajaan atau pihak berkuasa haruslah mengambil inisiatif bagi
mengawal hal ini dari terus membayangi situasi negara yang sedang menghadapi saat kritikal.
Penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19 ini mampu menjejaskan Program Pemulihan Negara
yang telah dirancang oleh kerajaan bagi menangani serta mengurangkan penularan wabak ini di
kalangan rakyat Malaysia. Untuk itu, beberapa langkah boleh diambil bagi meningkatkan
penguatkuasaan bagi mengawal penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19 ini di atas talian.
Antaranya ialah :

1. Membentuk Pasukan Khas Bagi Menjejak Dan Menangkap Penyebar Berita Palsu
Pasukan Khas yang dibentuk perlulah terdiri daripada pakar dalam bidang teknologi
maklumat, anggota terlatih untuk tujuan penangkapan serta anggota yang pakar dalam
bidang penyiasatan. Pasukan ini mungkin boleh dicampur sama ada daripada anggota
polis, tentera, Suruhanjaya Komunikasi serta pelbagai lagi agensi yang mempunyai
anggota terlatih bergantung kepada kriteria yang telah ditetapkan. Pasukan khas ini
penting bagi membendung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19 ini berikutan ia
mampu mendatangkan kemudaratan kepada negara. Pihak berkuasa awam yang ada
sekarang mungkin tidak mampu untuk menangani hal ini dengan baik kerana perlu
menumpukan perhatian kepada kes-kes lain yang lebih penting. Untuk itu, pasukan khas
ini bertujuan untuk kes-kes yang melibatkan penyebaran berita palsu bermula daripada
penyiasatan sehinggalah kepada tangkapan.

2. Menambah Hukuman Bagi Penyebar Berita Palsu


Penambahan hukuman bagi penyebar berita palsu mungkin akan meningkatkan ketakutan
di kalangan mereka yang berniat untuk menyebarkan berita palsu. Buat masa sekarang,
hukuman bagi penyebaran berita palsu atas talian ialah denda tidak melebihi RM50,000
atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. Kemungkinan hukuman atau
denda ini boleh ditingkat bagi memberi kesedaran dan ketakutan di kalangan pengguna
internet. Penambahan hukuman ini bukanlah untuk menghukum sahaja, sebaliknya lebih
kepada memberi kesedaran untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan medium
penyebaran maklumat atas talian.

3. Menawarkan Hadiah Kepada Pemberi Maklumat Tentang Penyebar Berita Palsu


Penawaran hadiah kepada pemberi maklumat penyebar berita palsu mungkin akan dapat
memberi motivasi serta semangat kepada pemberi maklumat untuk membantu pihak
berkuasa. Ketika ini, tiada lagi tawaran hadiah kepada pemberi maklumat bagi
penyebaran berita palsu atas talian. Selain daripada tawaran hadiah, pihak kerajaan atau
pihak berkuasa haruslah mengambil tanggungjawab dalam memastikan keselamatan
pemberi maklumat.

4. Memberi Peringatan Serta Amaran Berkaitan Kesalahan Penyebaran Beita Palsu


Peringatan dan amaran berkaitan penyebaran berita palsu ini boleh dihebahkan melalui
pelbagai medium seperti whatsapp, sms, facebook, twitter, Instagram dan pelbagai lagi
medium yang menjadi tumpuan pengguna. Dengan kaedah ini, sedikit sebanyak
pengguna akan mengambil endah tentang kesalahan penyebaran maklumat yang tidak
benar dan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan media sosial sebagai medium
penyebaran berita palsu. Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) telah menubuhkan saluran rasmi melalui aplikasi telegram bagi
membendung isu berkaitan penyebaran berita palsu ini.
https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-clippings/berhenti-sebar-sms-palsu-atau-sedia-
didakwa-skmm

https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-releases/kenyataan-media-saluran-telegram-rasmi-
tangani-pen

You might also like