You are on page 1of 5

LAPORAN PROGRAM SI COMEL PINTAR PRASEKOLAH

DAERAH LIMBANG

LAPORAN TAHUN :
2019

Nama Sekolah : SK LUBOK TEKUROK


Kod Sekolah : YBA5121
Nama Guru Besar : JANUDIN BIN HJ. AJI
Nama Guru Prasekolah : RAFEDAH BINTI HJ. JUNAIDI
Nama PPM : ROHANA BINTI HJ. MAHMUD
Tahun Beroperasi : 2002

Tajuk

SI COMEL PINTAR

Pengenalan

Membaca merupakan kemahiran yang amat penting dalam kehidupan harian.


Kanak kanak yang berjaya menguasai kemahiran ini dari usia yang muda biasanya
dapat mengharungi dunia akademik dan kerjaya professional dengan jayanya.
Kemahiran membaca boleh dikuasai oleh kanak-kanak dengan ada pelbagai teknik
pembelajaran yang menarik oleh guru dan ibubapa ini memberi lebih pendedahan
secara terperinci tentang bunyi dan bentuk huruf seterusnya dapat membaca suku kata,
perkataan dan ayat mudah.

Tarikh, Masa Pelaksanaan Program

Tarikh : Januari hingga Oktober 2020


Masa : 15 minit setiap hari semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Kumpulan Sasaran Program Si Comel Pintar

Murid- murid prasekolah KPM yang berumur 6 tahun yang belum mengenal huruf dan tidak
dapat membaca suku kata bagi murid prasekolah Daerah Limbang

Jumlah Murid yang terlibat :


5 ORANG

Objektif

I. Program ini diharapkan dapat membolehkan murid prasekolah membaca


sebelum masuk ke tahun 1
II. Mendorong dan menarik perhatian murid prasekolah untuk berusaha dengan
lebih gigih lagi untuk membaca.
Rekod Pencapaian Murid

Tahun April Peratus Julai Peratus Oktober Peratus


2/6 orang 33.3% 4/6 orang 66.6% 5/6 orang 83.3%
2018

2/5 orang 40% 3/5 orang 60% 5/5 orang 100%


2019

Laporan / Cadangan / Penambaikan

Kekuatan program ini ialah ia akan berjaya jika aktiviti ini kerap diulang dan
diingatkan oleh guru. Bagi murid yang cepat ia mudah untuk dilaksanakan. Tetapi
bagi murid yang lemah dan lambat, ia memerlukan tenaga dan usaha bagi kedua-
dua pihak. Adakalanya murid dilihat letih dan berputus asa apabila tidak dapat
melaksanakan tugasan yang diberi. Inisiatif guru ialah melakukan pelbagai aktiviti
dan permainan supaya diakhirnya murid dapat mempelajari dan mengikuti aktiviti
dengan baik dan berkesan.

Kelemahan semasa melaksanakan aktiviti ini ialah apabila kurang mendapat


kerjasama yang baik daripada ibu bapa di rumah yang mana mereka hanya
mengharapkan anak-anak belajar di sekolah sahaja. Jadi apabila kurangnya
perhatian dan bimbingan anak-anak di rumah, murid kurang mengingat dan fokus
dengan apa yang telah dipelajari di sekolah.

Penambahbaikan yang mungkin boleh dilaksanakan ialah guru


mempelbagaikan kaedah untuk mentaksir murid agar mereka bersedia naik ke tahun
satu. Selain itu perlunya format pentaksiran yang terperinci, sesuai dan seragam
digunakan di seluruh daerah agar ianya lebih praktikal dan berkesan.
Gambar Pelaksanaan Program :

Murid mengenal
Hasil murid bermain
huruf.
mengenal huruf.

Guru
memperkenalkan
huruf.

Murid mencari
huruf yang disebut
oleh guru.

Murid membuat kolaj huruf


vocal menggunakan batu.

Murid bermain
mengenal huruf/
sukukata ‘siapa banyak
dia menang.’

Murid membuat kolaj huruf


menggunakan tanah liat. Hasilnya..
Murid bersedia
mencari huruf
yang akan
disebut oleh guru.

Bermain
memadankan
huruf..

Berlatih menulis
huruf/ sukukata
menggunakan
screen projector.

Bermain
menyusun huruf..

Bermain menyusun Mengenal huruf dengan


sukukata mengikut menggunakan dam ular..
huruf awal..

Murid cepat dapat membaca


apabila telah mengenal huruf
dan sukukata.

Hasil daripada program ini murid


sudah boleh membaca ayat mudah

You might also like