You are on page 1of 4

COU3201

CONFIDENTIAL
SULIT

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PEPERIKSAAN PENILAIAN BERTERUSAN 1


CONTINOUS ASSESSMENT 1

SEMESTER II SESI 2021/2022 (SARJANA MUDA)

KURSUS : TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

KOD KURSUS : COU3201

TARIKH :

TEMPAT : atas talian (e-LEARN)

MASA :

NAMA : SANDYA A/P RADHAKRISHNAN


NO MATRIKS : S61449

ARAHAN KEPADA CALON

i. Arahan untuk menonton telefilem diberikan pada pelajar pada 25 Jun 2022
ii. Soalan PENILAIAN BERTERUSAN 1 berkaitan telefilem dihebahkan kepada
pelajar pada 27 Jun 2022 dan jawapan PENILAIAN BERTERUSAN1 ini perlu
dihantar pada atau sebelum 4.00 petang pada 27 JUN 2022

iii. Bilangan muka surat jawapan ini antara 3 – 6 mukasurat.


COU3201
SULIT

Arahan
Soalan berikut merujuk kepada Telefilem “Doa Untuk Adik”
(https://rtmklik.rtm.gov.my/program/2-1170281) dan watak-watak dalam
telefilem berkenaan digunakan bagi menjawab soalan-soalan berikut. Pilih dua (2)
watak daripada “Doa Untuk Adik”. Hanya satu (1) watak boleh digunakan bagi
menjawab satu (1) bahagian.

Sila jawab Bahagian A dan Bahagian B. (20 markah)


Bahagian A (10 markah)
Soalan 1, 2 dan 3 perlu dihuraikan menggunakan watak yang sama.
1. Huraikan maksud pemikiran tidak rasional (irrational beliefs). Huraian ini boleh
menggunakan watak dalam telefilem berkenaan. (3 markah)
 Irrational beliefs merupakan pemikiran seseorang yang keterlaluan dan
tidak munasabah. Dalam filem ini, watak Khalid mempunyai pemikiran
tidak rasional bahawa Ilyas, abang Khalid sentiasa memerlukan
pertolongan orang lain dalam kehidupan seharian. Khalid juga
beranggapan bahawa abangnya tidak dapat menjaga orang lain.

2. REBT menyatakan bahawa pemikiran tidak rasional dipelajari daripada individu


yang signifikan semasa zaman kanak-kanak dan terus membentuk kepercayaan
tidak rasional berkenaan sepanjang kehidupan (learn irrational beliefs from
significant others during childhood and re–create these irrational beliefs
throughout our life time). Berdasarkan pernyataan berkenaan, huraikan
bagaimana perkara tersebut berlaku pada satu (1) watak yang dipilih. (3
markah)
 Semasa di sekolah, Ilyas sentiasa dibuli oleh rakan sekelasnya. Khalid
menolong Ilyas daripada dibuli. Pada ketika itu, pemikiran tidak rasional
dipelajari oleh Khalid dan perkara itu menjadi lebih kukuh apabila Tok Ayah
mereka meninggal dunia akibat terjatuh di dalam perigi. Khalid
beranggapan kematian Tok Ayah berlaku disebabkan oleh kecuaian Ilyas.
Pada klimaks filem, isteri Khalid, Sofea yang mengandung meninggal dunia
ketika Khalid berada di Johor. Dia memutuskan bahawa kematian isterinya
juga berlaku akibat abangnya yang tidak boleh menjaga diri sendiri dan
orang lain. Jadi, pemikiran tidak rasional yang Khalid pelajari ketika di umur
persekolahan itu, membentuk sepanjang dia dewasa.

2
COU3201
SULIT

3. REBT juga menyatakan tiga perkara asas “MESTI” yang diamalkan dan
menyebabkan masalah pada diri individu (three basics MUSTS we internalize that
inevitably lead to self-defeat). Huraikan keadaan ini pada watak yang dipilih. (2
markah)
 Saya mesti Khalid mempunyai pemikiran bahawa dia mesti berjaya dalam
apa sahaja yang diceburi olehnya dan persekitarannya mesti selesa dan
memberi apa sahaja yang dia perlukan. Contohnya, dia menjual tanah
pusaka keluarganya supaya dapat membuka chalet di Johor. Dia berusaha
untuk berjaya dalam perniagaan tersebut dan memikirkan tentang
keselesaan yang akan dia dapat selepas membuka perniagaan tersebut.
Hal ini telah menyebabkan Khalid sibuk dengan peniagaannya sehingga
tidak dapat menjaga isterinya yang menggandung dan abangnya. Selepas
kematian isteri dan Ilyas, Khalid mengalami masalah kesihatan mental dan
tekanan.

4. Sekiranya anda mengendalikan sesi kaunseling dengan watak yang dipilih,


nyatakan matlamat sesi tersebut. (2 markah)
 Sesi kaunseling dengan Khalid akan diadakan dengan matlamat untuk
membantu Khalid dalam proses mencapai unconditional self acceptance
dan unconditional other acceptance. Saya juga akan membantu Khalid
belajar untuk mengenalpasti kesinambungan antara pemikiran, emosi, dan
tingkahlaku.

Bahagian B (10 markah)


Soalan 1, 2 dan 3 perlu dihuraikan menggunakan watak yang sama tetapi berbeza
daripada bahagian A.
1. Huraikan maksud tingkah laku adalah hasil dari proses pembelajaran (behavior is
the product of learning). Huraian ini boleh menggunakan watak dalam telefilem
berkenaan. (3 markah)
 Tingkah laku adalah hasil dari proses pembelajaran bermaksud seseorang
bertindak sedemikian kerana mereka belajar tindakan tersebut daripada
persekitaran atau individu lain. Proses pembelajaran ini boleh berlaku
secara formal atau tidak formal. Dalam filem ini, Ilyas menunjukkan ciri-
ciri ini apabila Ilyas belajar melafaskan doa daripada Tok Abah. Tingkah
laku Ilyas ini berterusan sepanjang kehidupannya jika dibandingkan
dengan Khalid yang tidak peka akan pembacaan doa selepas menjadi
dewasa.

3
COU3201
SULIT

2. Tingkah laku normal adalah dipelajari daripada peneguhan dan peniruan ( normal
behavior is learned through reinforcement and imitation). Huraikan pernyataan ini
dengan menggunakan watak dalam telefilem berkenaan. (3 markah)
 Positive Reinforcement digunakan terhadap Ilyas dalam filem ini. Tok
Abah sentiasa memberi sokongan kepada Ilyas walaupun Ilyas
mempunyai kesukaran membaca. Hal ini menyebabkan Ilyas berusaha dan
dapat membaca dengar lancar. Contohnya, pada mulanya Ilyas tidak
dapat melafaskan doa dengan betul. Tetapi lama kelamaan, dia
menyempurkan kelancaran membacanya. Sejajar dengan maksud Positive
Reinforcement, stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan
dalam pembelajaran ataupun perubahan tingkahlaku positif.

3. Tingkah laku tidak normal adalah hasil daripada pembelajaran yang salah
(abnormal behavior is the result of faulty learning). Huraian ini boleh
menggunakan watak dalam telefilem berkenaan. (2 markah)
 Tingkah laku Ilyas yang memerangkap dirinya di dalam rumah dan tidak
makan sehingga dia meninggal dunia merupakan sesuatu yang negatif.
Perkara ini dibelajar oleh Ilyas daripada Khalid yang tidak mahu keluar
dari biliknya dan makan selepas Sofea meninggal dunia.

4. Sekiranya anda mengendalikan sesi kaunseling dengan watak yang dipilih,


nyatakan matlamat sesi tersebut. (2 markah)
 Matlamat sesi kaunseling dengan Ilyas adalah untuk mengenalpasti faktor
yang menyebabkan tingkah lakunya. Selain itu, sesi kaunseling akan
menekankan untuk menyinkirkan tingkahlaku yang negative dalam diri
Ilyas dan menpelajari tingkah laku yang lebih efektif.

-----------SOALAN TAMAT------------

You might also like