You are on page 1of 11

BMCO 2107

PRAGMATIK DAN WACANA

ANALISIS PENGGUNAAN IMPLIKATUR DALAM KOMUNIKASI HARIAN

Pensyarah:

DR ARINA BINTI JOHARI

Disediakan oleh :

YASMIN AFIFAH BINTI YUSMIZAM (2024010)

Program : MLCOM

Semester : 1 2022/2023

1
1.0 Pendahuluan

1.1 Definisi Implikatur

Menurut Muhamad Safuan Mat Saleh (2011), implikatur merujuk kepada penggunaan bahasa

yang tersurat untuk menyampaikan mesej secara tersirat dan pendengar perlu memprosesnya

berdasarkan konteks ujaran penutur. Implikatur juga ditakrifkan sebagai suatu bentuk pentafsiran

makna yang melangkaui makna tersurat dalam sesebuah ayat. Penggunaan implikatur dalam

komunikasi bertujuan untuk melahirkan hasrat hati penutur kepada pendengar yang diujarkan

dalam bentuk yang berbeza daripada makna yang sebenar. (Raja Shaharudin dan Zaitul Azma,

2015). Secara ringkasnya, implikatur adalah ujaran yang menjurus kepada sesuatu yang ingin

disampaikan, dikatakan atau ditulis oleh penutur namun tidak dinyatakan secara langsung.

1.2 Definisi Komunikasi

Komunikasi merupakan satu proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej. Ini juga

bermakna, komunikasi boleh juga didefinisikan sebagai satu proses di mana manusia berkongsi

pendapat, informasi mahu pun perasaan. Proses interaksi ini berlaku untuk mencapai objektif

seperti bertukar-tukar maklumat, mempengaruhi tingkah laku, memujuk mahupun menukar

keadaan fizikal dan mental manusia. (Azni Ahmad, 2012)

2.0 Latar Belakang

2.1 Implikatur dan Maksim perbualan

Menurut Indirawati Zahid (2018), maksim perbualan diusulkan oleh Grice (1975) dalam usaha

mengurangkan salah faham dalam komunikasi. Dalam teori implikatur perbualan yang direvolusi

oleh Grice (1975), beliau mengusulkan bahawa bagaimana sesebuah bahasa itu digunakan sama

2
ada ianya digunakan dengan cekap dan berkesan utuk mencapai kesefahaman dalam interaksi

rasional ketika berkomunikasi, adalah ditentukan oleh prinsip yang terselindung. Kemudiannya,

pernyataan menyeluruh ini dinamakan sebagai prinsip kerjasama. Prinsip kerjasama inilah yang

membawa kepada empat maksim utama iaitu Maksim Kuantiti, Maksim Kualiti, Maksim

Relevan dan Maksim Cara.

3.0 Transkripsi Konteks Perbualan

Kajian ini dibuat untuk menganalisis wacana pertuturan yang wujud di dalam perbualan spontan

yang kemudiannya di terjemahkan dalam bentuk teks. Perbualan telah direkod secara spontan

tanpa terikat kepada mana-mana tema atau topik perbualan.

3.1 Konteks Perbualan Pertama

Konteks : Perbualan antara seorang ibu dan anaknya menerusi telefon bimbit.

Ibu : Helo Assalamualaiku::::m

Anak : Waalaikumsalam. Busy ke?

Ibu : Haah.

Anak : Buat apa?

Ibu : HA?

Anak : Buat apa:?

Ibu : Bercucuk tanam.

Anak : Siyes ah bercucuk tanam⬆, dh pukul berapa dah ni

Ibu : Haah.

Anak : Tanam apa?

3
Ibu : OI! Semayang: la apa lagi:, (0.3) apa la mu ni.

Anak : Oo::: (0.3), semayang dah ke⬆, eh mestilah dah semayang kan⬆?

Ibu : Oo::: (0.5) dah semayang ke belum kau tanya, semayang subuh je belum, (0.5) semayang

isyak dah.

Anak : Alhamdu-

Ibu : Hekele:::::h pompuan ni:::::

Jadual 3.1.1 : Transkripsi Konteks Perbualan Pertama

Data di atas merupakan konteks perbualan antara seorang anak dan ibunya melalui panggilan

telefon yang berlangsung selepas jam 8.30 malam bertujuan untuk berborak kosong. Si anak

bertanya kepada ibunya yang berada di rumah kerana si anak tertanya-tanya apa yang sedang

dilakukan. Namun, si ibu menjawab dengan jawapan yang berbentuk implikatur. Berikut

merupakan petikan daripada transkripsi perbualan yang mempunyai implikatur.

Konteks : Perbualan antara seorang ibu dan anaknya menerusi telefon bimbit.

Anak : Buat apa:?

Ibu : Bercucuk tanam.

Anak : Siyes ah bercucuk tanam⬆, dh pukul berapa dah ni.

Ibu : Haah.

Anak : Tanam apa?

Ibu : OI! Semayang: la apa lagi:, (0.3) apa la mu ni.

4
Jadual 3.1.2 : Penggunaan Implikatur dalam Konteks Perbualan Pertama

Respon bercucuk tanam dengan soalan sedang buat apa sedangkan waktu adalah selepas isyak

adalah implikatur yang melanggar maksim. Berikutan daripada itu, transkripsi menunjukkan si

ibu menggunakan implikatur yang melanggar maksim relevan. Hal ini disebabkan oleh

penggunaan implikatur bercucuk tanam pada waktu malam selepas waktu isyak adalah tidak

logik. Si ibu mengeluarkan implikatur tersebut untuk menyindir si anak yang bertanya soalan

yang tidak patut di tanya kerana seorang anak sepatutnya mengetahui rutin ibunya pada waktu

malam. Si ibu sepatutnya menjawab soalan si anak dengan pernyataan yang betul dan menjawab

soalan yang diajukan kerana si anak tidak berada di tempat yang sama dengan ibunya.

3.2 Konteks Perbualan Kedua

Konteks : Perbualan antara Daniel dan Era yang terserempak di kafe.

Daniel : Hai Era(0.4), sihat?

Era : Eh(0.5), siapa ni, tak kenal la⬆, kita pernah kenal ke⬇?

Daniel : Hey:::::, jangan ceni::. Sorry a::::h.

Era : E:::leh, cakap macam lepas ni kau tk lupa aku je(0.5). Ni tibe tegur aku sihat ke

tak ni, ada apa-apa ke.

Daniel : Macam tau-tau:::: je kau ni. Jom lepak, aku ada story baru.

Era : Kau bila ada story je cari aku(0.6), kalau tak mana nak ingat. Pandang sebelah mata pun

tak.

Daniel : Era please jangan ceni.

Jadual 3.2.1 : Transkripsi Konteks Perbualan Kedua

5
Daniel menegur Era yang sedang duduk di kafe tanpa ada makna tersirat apa-apa. Tujuan Daniel

menegur hanyalah untuk beramah mesra dan mengajak Era berbual bersama apabila Era ada

masa terluang. Namun Era menjawab soalan Daniel dengan implikatur yang tidak disangka-

sangka oleh Daniel. Berikut merupakan petikan daripada transkripsi perbualan yang mempunyai

implikatur.

Konteks : Perbualan antara Daniel dan Era yang terserempak di kafe.

Daniel : Hai Era(0.4), sihat?

Era : Eh(0.5), siapa ni, tak kenal la⬆, kita pernah kenal ke⬇?

Daniel : Hey:::::, jangan ceni::. Sorry a::::h.

Era : E:::leh, cakap macam lepas ni kau tk lupa aku je(0.5). Ni tibe tegur aku sihat ke

tak ni, ada apa-apa ke.

Jadual 3.2.2 : Penggunaan Implikatur dalam Konteks Perbualan Kedua

Berdasarkan daripada transkripsi, soalan Daniel yang bertanya tentang keadaan Era dijawab

dengan jawapan seperti mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Hal ini

menunjukkan Era melanggar maksim kuantiti kerana Era menjawab soalan Daniel dengan

dengan topik yang berbeza. Era mengeluarkan implikatur tersebut untuk menyindir Daniel yang

sudah lama tidak menegurnya. Era sepatutnya menjawab pertanyaan Daniel dengan mengiyakan

atau menidakkan sahaja. Selepas menjawab soalan tersebut, Era boleh bertanya kenapa Daniel

sudah lama tidak menegurnya tanpa perlu menyindir supaya tidak berlaku perlanggaran maksim.

3.3 Konteks Perbualan Ketiga

6
Konteks : Perbualan santai Irene, Mai dan Az mengenai secawan kopi di dalam bilik

Irene : WAH(0.3), dia buatkan secawan kopi jugak untuk aku:::, siap ada ais lagi:::.

Mai : Fuyoo:::, siap ada ais lagi!::::! Nak rasa?. AHAHAHHAHAAHAH

Irene : Terima kasih Az.

Mai : Cepatlah: Az, kau jeling aku eh?!!!!

Az : Minumlah kalau kau tidak malu.

Irene & Mai : HAHAHAHAHAHAHAH

Mai : memang tak malu pun, kau tu dahla guna nescafe aku:, tnya aku tk malu pulak.

Jadual 3.3.1 : Transkripsi Konteks Perbualan Ketiga

Data di atas menunjukkan perbualan tiga sekawan yang sedang makan bersama-sama di dalam

bilik. Az telah menawarkan secawan kopi yang sudah dibancuh kepada Irene dan Irene berterima

kasih. Pada masa yang sama, Mai sedang berada bersama Irene turut mahu menyisip sedikit kopi

Az namun tidak diendahkan oleh Az. Mai mendesak mahukan kopi Az namun hanya dibalas

dengan jelingan. Kemudian, Mai dibalas dengan impilkatur yang dilontarkan oleh Az. Berikut

merupakan petikan daripada transkripsi perbualan yang mempunyai implikatur.

Konteks : Perbualan santai Irene, Mai dan Az mengenai secawan kopi di dalam bilik

Mai : Cepatlah: Az, kau jeling aku eh?!!!!

Az : Minumlah kalau kau tidak malu.

Irene & Mai : HAHAHAHAHAHAHAH

Jadual 3.3.2 : Penggunaan Implikatur dalam Konteks Perbualan Ketiga

7
Apabila Mai mendesak Az namun Az membalas dengan mengatakan implikatur sedemikian,

ketika itulah Az telah melanggar maksim kuantiti. Hal ini kerana Az menjawab respons Mai

dengan topik yang berbeza, yang jelas adalah implikatur. Az memberi jawapan implikatur adalah

dengan tujuan untuk menyindir Mai yang meminta air kopi sambil menjerit-jerit. Az sepatutnya

menjawab soalan Mai dengan memberinya kopi tersebut tanpa menyindir kerana Az membancuh

kopi yang dimintanya daripada Mai.

3.4 Konteks Perbualan Keempat

Konteks : Perbualan antara Irene, Mai dan Az mengenai soalan rawak semasa sedang makan.

Irene : Weyh, aku dah tanya kau ke belum eh:?

Mai : Tanya apa tu?

Irene : Kalau aku dengan Mina putus kawan(0.5), sape nampak jahat?

Mai : Weyh ahahahahahah soalan kau, tak tahu la weyh.

Az : Alah(0.3), kau jawab je weyh

Irene : Haah(0.5), Az memang tak guna, dia laju::::: je jawab aku yang nampak jahat.

Mai : Tapi, logik do sebab Mina muka baik.

Semua : HAHAHAHAHAHAHAHA

Mai : Tapi muka baik pun bukan boleh percaya.

Az : Tak mustahil.

Irene : Betul lah tu.

Jadual 3.4.1 : Transkripsi Konteks Perbualan Keempat

8
Irene bertanya kepada Mai tentang siapa yang akan nampak bersalah jika dia dan rakan baiknya,

Mina tidak lagi berkawan. Mai tidak tahu mahu menjawab kerana takut mengguris hati Irene.

Namun perbualan tersebut dicelah oleh Az yang sudah pernah ditanya oleh Irene, menyuruh Mai

menjawab soalan tersebut tanpa rasa apa-apa. Jawapan yang diberikan oleh Mai selepas itu

menunjukkan implikatur. Berikut merupakan petikan daripada transkripsi perbualan yang

mempunyai implikatur.

Konteks : Perbualan antara Irene, Mai dan Az mengenai soalan rawak semasa sedang makan.

Irene : Weyh, aku dah tanya kau ke belum eh:?

Mai : Tanya apa tu?

Irene : Kalau aku dengan Mina putus kawan(0.5), sape nampak jahat?

Mai : Weyh ahahahahahah soalan kau, tak tahu la weyh.

Jadual 3.4.2 : Penggunaan Implikatur dalam Konteks Perbualan Keempat

Jawapan Mai yang mengatakan dia tidak tahu jawapan hanya kerana dia tidak mahu

menyakitkan hati Irene. Tetapi, selepas itu, Mai tiba-tiba bersetuju dengan jawapan Az bahawa

Irene akan nampak salah jika mereka putus kawan kerana perwatakan Mina dan Irene adalah

berbeza di mana perwatakan Mina dikenali sebagai seorang yang baik dan lemah lembut. Hal ini

menunjukkan Mai melanggar maksim kualiti kerana Mai menjawab soalan Irene dengan jawapan

yang tidak menjawab persoalan sedangkan mereka sudah berkawan lama, jadi Irene

mengharapkan jawapan yang jelas menunjukkan Mai sudah mengenalinya lama. Mai

mengeluarkan pernyataan begitu untuk menjaga hati Irene yang bertanya soalan yang pelik

secara tiba-tiba. Tetapi, selepas itu, Mai tiba-tiba bersetuju dengan jawapan Az bahawa Irene

9
akan nampak salah jika mereka putus kawan kerana perwatakan Mina dan Irene adalah berbeza

di mana perwatakan Mina dikenali sebagai seorang yang baik dan lemah lembut.

4.0 Penutup

Secara keseluruhannya, banyak berlakunya implikatur dan pelanggaran maksim dalam perbualan

tidak kira perbualan harian, perbualan rasmi dan sebagainya. Pemahaman terhadap implikatur

bergantung kepada tahap pemahaman penerima mesej itu sendiri.

10
5.0 BIBLIOGRAFI

Azni Ahmad. (2012) Strategi komunikasi kanak-kanak Jepun prasekolah / Azni Ahmad. Masters

thesis, University of Malaya.

Indirawati Zahid. (2018). Analisis Maksim Perbualan Grice Dalam Soal Jawab TV3. Issues in

Language Studies, 7(2), 16–35. https://doi.org/10.33736/ils.1225.2018

Muhamad Safuan Mat Saleh. (2011). Implikatur dalam perbualan pelajar Universiti Putra

Malaysia [MA thesis]. Universiti Putra Malaysia.

Raja Shaharudin Raja Mohamad, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2015). Penggunaan

implikatur sebagai medium penjelasan akidah. Jurnal Linguistik, 19(2).

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35650/

11

You might also like