You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Tuan Pengetua SMK
Pekan Baru Muar iaitu Encik Mohd Fared bin Samin kerana telah memberi
kebenaran dan sokongan untuk saya menjalankan kajian ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru pembimbing kerja kursus
2661/3 Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) iaitu Puan Siti Hasnah binti Mazlan
kerana memberi tunjuk ajar dan panduan untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna.
Jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah berkorban
memberi sokongan dan membantu sepanjang kajian ini dijalankan. Saya juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan saya, mereka banyak
membantu saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan baik.
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana walaupun dalam situasi sukar akibat
Covid – 19, tetapi proses kerja kursus ini dapat berjalan lancar dan dapat disiapkan
dalam tempoh yang telah ditetapkan.

You might also like