You are on page 1of 1

Selasa 29 Jun 2021

Kami Bersahabat

Sahabat ialah orang yang mempunyai hubungan yang


rapat dengan kita selain keluarga. Apabila bersahabat kita
mestilah saling menghormati.

Amalan menghormati sahabat boleh dilakukan


dengan menjaga tutur kata apabila bercakap. Kita perlu
mengelakkan daripada menggunakan bahasa kasar kerana
boleh menyinggung dan menyakitkan hati sahabat kita.

Seterusnya kita juga mestilah saling membantu dan


tolong menolong antara satu sama lain. Setiap pertolongan
haruslah dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan
bantuan.

Selain itu, kita juga harus megambil berat tentang


sahabat kita contohnya, berkongsi masalah. Sekiranya
sahabat kita mempunyai masalah kita boleh bertanya,
mendengar dan membantu menyelesaikan masalah
tersebut.

Kesimpulannya, jika kita menghormati sahabat,ramai


orang akan menghormati kita. Oleh itu, hargailah sahabat
kita dengan sebaik-baiknya.

You might also like