You are on page 1of 1

HUBUNGAN ANTARA PENGUASAAN BAHASA ARAB DAN HAFAZAN AL-QURAN :

KAJIAN DI SMKA PUTRAJAYA.

Pendidikan tahfiz al-Quran program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) bermula pada tahun 2015 dan keseinambungan program tersebut
diteruskan dengan pengajian pra-universiti Sijil Persekolahan Tinggi Malaysia (STPM) aliran Tahfiz
pada tahun 2019. Sebanyak 15 buah sekolah terpilih untuk peringkat menengah dan 7 buah sekolah
untuk peringkat pra-universiti. SMKA Putrajaya merupakan salah satu sekolah tersebut yang
beroperasi sepenuhnya melaksanakan program TMUA sejak tahun 2017. Antara isu utama yang
dibincangkan ialah pencapaian hafazan al-Quran yang kurang memberangsangkan. Salah satu faktor
kelemahan pencapaian hafazan dipercayai berpunca daripada kelemahan memahami makna ayat al-
Quran disebabkan kurang menguasai bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
sejauhmana tahap penguasaan bahasa Arab pelajar dan sejauhmana bahasa Arab dapat membantu
pelajar menghafaz al-Quran dengan jayanya. Kajian ini akan mengambil pendekatan kuantitatif
melalui kaedah pemerhatian, kaedah borang soal selidik dan analisis data. Dapatan hasil kajian akan
menjurus kepada persepsi pelajar tentang tahap penguasaan bahasa Arab dan hubungannya dengan
hafazan al-Quran. Pada akhir kajian adalah diharapkan penguasaan bahasa Arab yang tinggi memberi
impak positif terhadap hafazan al-Quran.

You might also like