You are on page 1of 26

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

SKPS 6143
AUDIT ALAM SEKITAR

AUDIT KONTAMINASI KAWASAN YANG DITINGGALKAN DAN


DIBANGUNKAN SEMULA (BROWNFIELD)

DISEDIAKAN OLEH :
NOR SHAHRIL BIN ABD. RAHMAN
P82170

PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. KADARUDDIN BIN AIYUB
i

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SENARAI JADUAL ii
SENARAI RAJAH ii
SENARAI FOTO ii

1. PENGENALAN ................................................................................................ 1

2. KATEGORI KAWASAN BROWNFIELD .................................................... 3

3. PROSES AUDIT DIJALANKAN ................................................................... 3

3.1 Perancangan Pelaksanaan Audit Alam Sekitar ........................................... 3


3.1.1 Komitment ....................................................................................... 3
3.1.2 Menentukan Skop Audit dan Kawasan Audit ................................. 4
3.1.3 Mewujudkan Pasukan Audit ........................................................... 4
3.2 Menjalankan Audit Alam Sekitar................................................................ 4
4. PELAKSANAAN AUDIT BAGI PEMBANGUNAN SEMULA
KAWASAN BROWNFIELD ........................................................................... 7

4.1 Mengenalpasti Kriteria Kawasan Brownfield ............................................. 7


4.2 Menentukan Jenis dan Perolehan Hakmilik Tanah ..................................... 7
4.3 Mengenalpasti Nilai Warisan Tapak atau Bangunan .................................. 7
4.4 Melaksanakan Penilaian Tapak ................................................................... 8
4.4.1 Tatacara mengenalpasti, menilai dan membaikpulih tanah yang
tercemar .................................................................................................. 9
4.4.2 Tatacara Membaikpulih (Remediation) Tanah Tercemar.............. 11
5. CONTOH KAJIAN KES : KAWASAN PERINDUSTRIAN SUNGAI
PETANI (KPSP) ............................................................................................. 12

5.1 Andaian Senario Yang Berlaku: ............................................................... 13


5.1.1 Pembangunan pelan audit kontaminasi ......................................... 15
6. KESIMPULAN ............................................................................................... 16

RUJUKAN .................................................................................................................. 18

LAMPIRAN A ............................................................................................................ 19

LAMPIRAN B ............................................................................................................ 21

LAMPIRAN C ............................................................................................................ 22
ii

SENARAI JADUAL

Jadual 1 : Kategori Kawasan Brownfield ....................................................................... 3


Jadual 2 : Aktiviti Audit ................................................................................................. 5
Jadual 3 : Site Screening Levels (SSLs) ...................................................................... 21
Jadual 4 : Jenis Bahan Cemar Berbahaya .................................................................... 22
Jadual 5 : Jenis Bahan Cemar Phytotoxic .................................................................... 23
Jadual 6 : Jenis Bahan Cemar Organik ........................................................................ 23

SENARAI RAJAH

Rajah 1 : Gambaran Keseluruhan –Proses Audit Alam Sekitar..................................... 6


Rajah 2 : Carta Alir Pembangunan yang mempunyai unsur-unsur warisan di kawasan
Brownfield ...................................................................................................................... 8
Rajah 3 : Unsur-unsur Penilaian Risiko Alam Sekitar ................................................. 10
Rajah 4 : Proses Penilaian Tapak Bagi Tanah Tercemar ............................................. 11
Rajah 5 : Proses Membaikpulih Tanah Tercemar ........................................................ 12
Rajah 6 : Peta Kawasan Perindustrian Sungai Petani .................................................. 13

SENARAI FOTO

Foto 1 : Kilang Yang Ditinggalkan Kosong ................................................................ 14


Foto 2 : Bangunan Perniagaan Yang Usang dan Ditinggalkan .................................... 14
1

AUDIT ALAM SEKITAR

AUDIT KONTAMINASI KAWASAN YANG DITINGGALKAN DAN


DIBANGUNKAN SEMULA (BROWNFIELD)

1. PENGENALAN

Di Malaysia, pencemaran tanah ditangani dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
(Akta 127). Akta ini adalah undang-undang utama yang menangani pencegahan,
pengurangan dan kawalan pencemaran serta perlindungan alam sekitar. Seksyen 24(1)
Akta 127 telah menetapkan bahawa seseorang akan bertanggungjawab sekiranya dia
mencemarkan, atau menyebabkan, atau membenarkan pencemaran mana-mana tanah
atau permukaan mana-mana tanah dengan melanggar syarat-syarat yang ditentukan di
bawah Akta 127. Pencemaran tanah juga ditangani dalam garis panduan yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia iaitu Contaminated Land
Management and Control Guidelines . Namun, di bawah Akta 127 ini tiada definisi
tertentu bagi “Contaminated Land” atau tanah yang tercemar. Walau bagaimanapun,
Akat 127 hanya mentakrifkan “tanah” dan “pencemaran”.

Sehingga 31 Disember 2008, data menunjukkan sejumlah 113,700 hektar tanah


bekas lombong yang terbiar. Manakala sehingga 31 Disember 2010, rekod
menunjukkan terdapat seluas 776.0 hektar tapak pelupusan sampah yang telah ditutup
di seluruh Semenanjung Malaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Terengganu, 2013). Selain daripada itu, tapak-tapak lain seperti bengkel motor, stesen
minyak, depoh bahan api, stesen keretapi, tapak perindustrian dan tapak bekas
lombong boleh berpotensi menjadi tanah yang tercemar atau “contaminated land”.

Tanah yang tercemar dan terbiar atau brownfield adalah satu isu yang
membimbangkan di kebanyakkan negara maju, terutamanya negara-negara yang
mengalami kekurangan tapak tanah yang tidak tercemar atau “greenfields” yang
boleh digunakan untuk pembangunan.
2

Definisi bagi brownfield telah diperincikan seperti berikut:

“Kawasana brownfield adalah kawasana yang telah dibangunkan tetapi


ditinggalkan atau terbiar atau mempunyai struktur pembangunan yang
usang atau kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya dan
terbengkalai. Kawasan ini mungkin tercemar atau tidak tercemar. Tanah
kawasan brownfield ini juga termasuk tanah kerajaan atau tanah
persendirian.”

Istilah brownfield juga meliputi bangunan yang telah lama terbengkalai atau
bangunan yang telah siap tetapi tidak terjual. Taksiran ini juga merujuk kepada
projek-projek terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksaaan pembangunan
melebihi 10 tahun. Kawasan brownfield juga merangkumi situasi berikut (Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2012) :

i. Kawasan yang telah lama terbengkalai; dan


ii. Kawasan yang telah siap tetapi tiada pemilik.

Berdasarkan definisi di atas, kawasan-kawasan kosong yang masih belum


dibangunkan atau kawasan-kawasan pertanian atau kawasan-kawasan yang tidak
digunakan/ terbiar atau bangunan-bangunan usang yang masih digunakan tidak
diambil kira sebagai brownfield.

Kawasan setinggan yang masih dihuni untuk petempatan juga tidak


dikategorikan sebagai brownfield. Kawasan setinggan hanya diklasifikasikan sebagai
brownfield setelah setinggan dipindahkan dan masih belum ada sebarang rancangan
untuk pemajuan.

Di samping itu, tanah perkuburan lama yang tidak digunakan lagi tidak
dikategorikan sebagai kawasan brownfield. Ini kerana tanah perkuburan merupakan
kawasan sensitif terutamanya dari segi keagamaan dan perundangan di mana
pembangunan semula kawasan perkuburan terbiar adalah bercanggah dengan nilai
sosio-budaya penduduk tempatan.
3

2. KATEGORI KAWASAN BROWNFIELD

Kawasan brownfield boleh dikategorikan seperti di Jadual 1 :

Jadual 1 : Kategori Kawasan Brownfield


Jenis Brownfield Kategori
Bekas lombong/ kuari A
Kawasan bekas tapak pelupusan sisa pepejal yang telah penuh/
B
tidak lagi digunakan secara kekal
Kawasan kilang/ perniagaan/perumahan/ institusi yang telah
C
ditinggalkan melebihi 10 tahun
Projek – projek pembangunan terbengkalai yang tidak siap dalam
D
tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi 10 tahun
Bangunan/ deretan lot-lot bangunan yang telah siap tetapi terbiar
E
melebihi 10 tahun
Kawasan bekas depot/ stesen pengangkutan awam, kemudahan
F
infrastruktur dan utiliti
Sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2012

3. PROSES AUDIT DIJALANKAN

3.1 Perancangan Pelaksanaan Audit Alam Sekitar

Mana-mana organisasi yang ingin menjalankan audit alam sekitar mesti mempunyai
idea yang jelas tentang objektif dan langkah-langkah yang diperlukan untuk
mencapainya. Sebelum memulakan audit alam sekitar, syarat-syarat berikut perlu
dipenuhi:

3.1.1 Komitment
• Mendapatkan komitment di peringkat pengurusan/ organisasi
• Mendapatkan komitment untuk berkomunikasi di semua peringkat
organisasi
4

3.1.2 Menentukan Skop Audit dan Kawasan Audit


• Objektif audit dijalankan : Biasanya ia melibatkan;
- Pengesahan pematuhan perundangan dan peraturan.
- Penilaian polisi dalaman dan pematuhan prosedur
- Mengenalpasti peluang penambahbaikan

• Kenalpasti bidang audit : Biasanya merangkumi;


- Pengurusan bahan, simpanan dan alternatif yang digunakan
- Pengurusan tenaga dan penjimatan

• Mengenalpasti sempadan dan kawasan audit

3.1.3 Mewujudkan Pasukan Audit


• Pasukan audit hendaklah bebas daripada organisasi yang diaudit untuk
memastikan objektif audit, penemuan dan kesimpulan daripada berat
sebelah dan apa-apa percanggahan kepentingan sepanjang proses audit.

3.2 Menjalankan Audit Alam Sekitar

Proses audit melibatkan tugas-tugas yang boleh dikumpulkan ke dalam Aktiviti Pra-
Lawatan Tapak, Lawatan Tapak dan Lawatan Pasca Tapak. Proses audit biasanya
distrukturkan kepada tiga fasa:

i. Fasa 1 - Pre-audit : Pilih juruaudit, menyemak maklumat awal dan


menyediakan pelan audit dan senarai semak
ii. Fasa 2 - Lawatan Tapak audit : Pembukaan mesyuarat, menjalankan audit
di tapak, mesyuarat menutup
iii. Fasa 3 - Post-audit : Menyediakan laporan audit dan melaksanakan
tindakan pembetulan dan pencegahan
5

Setiap fasa ini terdiri daripada beberapa objektif yang jelas dan boleh dicapai melalui
tindakan tertentu dan seterusnya ia akan menghasilkan keputusan dalam bentuk output
pada akhir setiap fasa.
Jadual 2 : Aktiviti Audit
Aktiviti
Aktiviti Pra-Lawatan Tapak
Merancang dan membuat persediaan audit
Mengumpul maklumat latar belakang
Mengumpul senarai semak
Aktiviti di Tapak
Mengadakan mesyuarat pembukaan
Mengumpul bukti audit melalui pengumpulan maklumat,
pemerhatian, temubual dan persampelan.
Menjalankan mesyuarat penutup
Aktiviti Lawatan Pasca Tapak
Menilai bukti audit
Menyusun laporan audit pematuhan
Membangunkan program tindakan susulan
Menjalankan kajian kawal selia
Sumber : Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2011

Oleh yang demikian, dalam kitaran akhir proses audit ini sebagai seorang juru
audit akan dapat mengenalpasti isu-isu utama alam sekitar dan kesannya. Pelan
tindakan yang bersesuaian harus diwujudkan bagi mengukur prestasi dan peluang-
peluang yang ada bagi penambahbaikan kepada objektif dan sasaran yang disasarkan.
Gambaran keseluruhan proses pelaksanaan audit alam sekitar adalah seperti Rajah 1
dibawah.
6

Rajah 1 : Gambaran Keseluruhan –Proses Audit Alam Sekitar


Sumber : Diolah daripada Environmental Audit Guidance Manual Edition 1/2011,
Jabatan Alam Sekitar Malaysia 2011
7

4. PELAKSANAAN AUDIT BAGI PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN


BROWNFIELD

Sebelum memulakan atau melaksanakan audit, beberapa kriteria perlu dikaji, iaitu:

4.1 Mengenalpasti Kriteria Kawasan Brownfield

Kawasan browndfield dikenalpasti berdasarkan kesemua atau salah satu atau


kombinasi beberapa kriteria berikut:

i. Kawasan yang telah dibangunkan.


ii. Kawasan pembangunan yang telah dikosongkan atau terbiar.
iii. Kawasan pembangunan terbengkalai di mana pemajuan tidak siap dengan
sempurna.
iv. Kawasan pembangunan di mana aktiviti asalnya telah berhenti dan tidak
akan diteruskan lagi.

4.2 Menentukan Jenis dan Perolehan Hakmilik Tanah

Pada kebiasaannya, kawasan brownfield ini melibatkan kategori tanah-tanah berikut:


i. Tanah lombong;
ii. Tanah rizab;
iii. Tanah bermilik; dan
iv. Tanah kerajaan.

4.3 Mengenalpasti Nilai Warisan Tapak atau Bangunan

Kawasan brownfield di Kategori A, C, E dan F merupakan kawasan yang


berkemungkinan besar mempunyai unsur-unsur sejarah atau ciri-ciri senibina yang
layak dikenal pasti sebagai tapak atau bangunan warisan dan wajar dipulihara atau
dibangunkan semula mengikut keperluan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645),
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan garis panduan - garis
panduan pemeliharaan yang sedang berkuat kuasa. Justeru, kawasan-kawasan ini perlu
8

merujuk dan mendapatkan kelulusan Jabatan Warisan Negara sebelum pembangunan


baru dijalankan di kawasan ini. Rajah 2 dibawah menunjukkan carta alir
pembangunan yang mempunyai unsur-unsur warisan di kawasan brownfield.

Kaji tapak dan latar belakang sejarahnya.


Kenalpasti bangunan yang mempunyai unsur-unsur
warisan.

Pengisytiharan dibuat ke atas tapak/bangunan


warisan mengikut Seksyen 67 Akta Warisan
Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Pembangunan hendaklah dijalankan berdasarkan


perundangan berikut:
i. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta
172)
ii. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)
iii. Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)

Pembangunan hendaklah dijalankan berdasarkan -


i. garis panduan perancangan dalam rancangan
tempatan
ii. garis panduan khusus pemeliharaan warisan

Rajah 2 : Carta Alir Pembangunan yang mempunyai unsur-unsur warisan di kawasan


Brownfield
Sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2012

4.4 Melaksanakan Penilaian Tapak

Penilaian tapak (site assessment) perlu untuk mengenalpasti sama ada tapak tersebut
adalah tanah tercemar. Langkah-langkah pembersihan dan membaik pulih tapak yang
telah dikenalpasti telah tercemar adalah perlu untuk mengelakkan atau mengurangkan
sebarang risiko akibat dari pencemaran tersebut.
9

Tatacara membuat penilaian untuk mengenalpasti mana-mana kawasan brownfield


yang berpotensi untuk tercemar atau tercemar dirujuk kepada tiga (3) siri garis
panduan berkaitan pengurusan dan kawalan tanah tercemar di Malaysia yang
diterbitkan oleh JAS (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia,
2012). Garis panduan-garis panduan tersebut adalah: -
• Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 1: Malaysian
Recomended Site Screening Levels for Contaminated Land;
• Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 2: Assessing and
Reporting of Contaminated Sites; dan
• Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 3: Remediation of
Contaminated Sites.

Antara kawasan-kawasan yang perlu menjalankan penilaian tapak, pembersihan


dan membaikpulih tapak adalah bekas tapak pelupusan sisa pepejal, bekas lombong,
dan tapak kawasan perindustrian yang menjalankan aktiviti-aktiviti menggunakan
bahan-bahan berbahaya dan toksik yang boleh mencemarkan tanah dan air tanah
(rujuk Rajah 4). LAMPIRAN A menunjukkan senarai aktiviti yang berpotensi untuk
mencemarkan tanah dan air tanah.

4.4.1 Tatacara mengenalpasti, menilai dan membaikpulih tanah yang tercemar

Tatacara penilaian tapak telah diperincikan dalam Garis Panduan : Contaminated


Land Management and Control Guidelines No. 2: Assessing and Reporting of
Contaminated Sites. Terdapat tiga peringkat aktiviti penilaian tapak iaitu:

i. Penilaian Awal
Penilaian awal terdiri daripada kerja kajian dokumentasi, peninjauan tapak,
pembentukan model sumber pencemaran (CSM), aliran (pathway) pencemar,
penerima (receptor) bahan pencemar dan siasatan terperinci reka bentuk serta
laporan ringkasan keputusan penilaian.

ii. Penilaian Terperinci


10

Penilaian terperinci melibatkan kerja-kerja berkaitan kajian lapangan,


pemantauan air bawah tanah, pensampelan tanah dan air bawah tanah, analisis
makmal serta penilaian data yang dikumpul. Perkara-perkara berikut perlu
dipertimbangkan apabila melaksanakan penilaian terperinci:

a) Objektif penyiasatan tapak yang mengandung objektif kualiti data.


b) Bilangan, jenis dan lokasi sampel untuk dikumpulkan
c) Kos yang efektif. Prosedur persampelan bagi setiap jenis alam sekitar
yang disasarkan.
d) Pengenalpastian keselamatan,kesihatan dan isu-isu alam sekitar.

iii. Penilaian Risiko


Penilaian risiko membolehkan risiko yang paling penting untuk dikenalpasti
dan ditangani bagi strategi pengurangan risiko. Penilaian risiko dibuat
berdasarkan data sampel, menilai impak pencemaran atas penduduk dan
ekosistem, penilaian tahap risiko samada melebihi piawaian keselamatan dan
kesihatan, dan mencadangkan sasaran tahap kebersihan yang dapat melindungi
kesihatan dan keselamatan penduduk serta alamsekitar.

Rajah 3 : Unsur-unsur Penilaian Risiko Alam Sekitar


Sumber : Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2011
11

4.4.2 Tatacara Membaikpulih (Remediation) Tanah Tercemar

Tatacara bagi menjalankan baikpulih tanah tercemar ini telah diperincikan dalam
Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 3: Remediation of
Contaminated Sites. Ia menerangkan kaedah dan proses yang terlibat dalam usaha
membaikpulih, pelaksanaan dan penutupan tapak tanah yang tercemar dengan
mengambil kira faktor sosial dan kesihatan kepada orang ramai serta alam sekitar
(rujuk Rajah 5).

Rajah 4 : Proses Penilaian Tapak Bagi Tanah Tercemar


Sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2012
12

Rajah 5 : Proses Membaikpulih Tanah Tercemar


Sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2012

5. CONTOH KAJIAN KES : KAWASAN PERINDUSTRIAN SUNGAI


PETANI (KPSP)

Kawasan Perindustrian Sungai Petani (KPSP) telah dibangunkan pada tahun 1989
dengan keluasan 622.31 ekar. KPSP terletak berdekatan dengan pusat bandar Sungai
Petani dan 45 km dari Pelabuhan Pulau Pinang. Di samping menyediakan lot-lot
perindustrian, PKNK juga telah membina sebanyak 46 unit kilang bina siap untuk
dijual. Jenis industri yang beroperasi di KPSP terdiri daripada pembungkusan
13

makanan, elektrik dan elektronik, ‘plastic injection and moulding’, tekstil,


farmaseutikal, fabrikasi keluli dan peralatan pembedahan.

5.1 Andaian Senario Yang Berlaku:

Sebahagian lot industri di KPSP telah terbengkalai dan tidak beroperasi hampir 12
tahun yang lalu akibat daripada krisis kegawatan ekonomi dunia. Keluasan tapak lot
yang telah dikosongkan ini adalah seluas 100 ekar. Akibat penutupan kawasan yang
terlibat, kerajaan Negeri telah kehilangan sumber hasil yang besar daripada aktiviti
perindustrian tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Negeri telah bercadang
untuk membangunkan pembangunan yang baru di kawasan tersebut bagi menjana
hasil dan pulangan kepada kerajaan Negeri.

Rajah 6 : Peta Kawasan Perindustrian Sungai Petani


14

Berdasarkan kepada senario di atas, didapati bahawa kawasan ini terletak di


dalam Kategori C : Kawasan Kilang/Perniagaan/ Perumahan/Institusi Yang Telah
Ditinggalkan Melebihi 10 Tahun

Definisi :
Kawasan brownfield kategori C, merangkumi tapak atau bangunan kilang, perniagaan,
perumahan atau institusi yang telah ditinggalkan atau terbiar melebihi 10 tahun. Foto
dibawah adalah kawasan brownfield bagi kategori ini.

Foto 1 : Kilang Yang Ditinggalkan Kosong

Foto 2 : Bangunan Perniagaan Yang Usang dan Ditinggalkan


15

5.1.1 Pembangunan pelan audit kontaminasi

a. Tujuan : Mengkaji impak kawasan yang ditinggalkan dengan


melaksanakan audit kontiminasi

b. Skop : Kajian kontiminasi di tapak brownfields yang dikenalpasti

c. Kriteria : Kriteria penilaian tanah yang tercemar adalah bertujuan untuk


digunakan sebagai tahap saringan. Mana-mana kepekaran yang tinggi
dianggap menunjukkan potensi pencemaran di atas permukaan dan
mungkin ada kesan buruk kepada kesihatan resepto manusia
menggunakannya, menduduki atau yang tinggal di atas tapak tanah
tersebut.
i. Mengenalpasti kriteria kawasan brownfields
- Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi
Pembangunan Semula Kawasan Brownfield.
ii. Menentukan Jenis dan Perolehan Hakmilik Tanah
- Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/65)
- Kaedah-Kaedah Tanah Negeri
iii. Mengenalpasti Nilai Warisan Tapak atau Bangunan
- Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
- Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)
iv. Melaksanakan Penilaian Tanah
- Contaminated Land Management and Control Guidelines No.
1: Malaysian Recomended Site Screening Levels for
Contaminated Land;
- Contaminated Land Management and Control Guidelines No.
2: Assessing and Reporting of Contaminated Sites; dan
- Contaminated Land Management and Control Guidelines No.
3: Remediation of Contaminated Sites.
16

d. Kaedah : Penilaian Awal [ Fasa 1 – Environmental Site Assessment]


• Kajian semakan dokumentasi
• Peninjauan Kawasan Tapak
• Membangunkan Conceptual Site Model (CSM)
• Reka Bentuk Program Siasatan Tapak
: Penilaian Terperinci [ Fasa 2 - Environmental Site Assessment ]
• Objektif Kualiti Data
• Mengambilkira faktor Keselamatan dan Kesihatan
• Program Siasatan Tapak
• Kajian Lapangan dan Analisis Makmal
• Interpretasi Dara
• Memeriksa Semula CSM dan Pelaporan
: Penilaian Risiko
• Tahap 1 – Penilaian Risiko
• Tahap 2 – Penilaian Risiko
• Tahap 3 – Penilaian Risiko
: Penyediaan Laporan Penutupan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS)

e. Tempoh : 2 minggu hari bekerja (anggaran)

6. KESIMPULAN

Pembangunan semula kawasan brownfield di Malaysia amat diperlukanbagi


memastikan hartanah yang ada boleh digunakan dengan lebih produktif,
meningkatkan harga pasaran dan mewujudkan peluang pekerjaan serta hasil kepada
kerajaan negeri.

Di Malaysia, audit alam sekitar kebanyakkannya diamalkan oleh syarikat yang


telah mengamalkan ISO14001 dalam pengoperasiannya dan sentiasa diaudit oleh
Juruaudit Alam Sekitar yang berdaftar. ISO 14000 adalah satu piawaian sistem
pengurusan persekitaran, pengauditan alam sekitar, perlabelan, penilaian prestasi
17

persekitaran dan analisis kitar hidup (Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, & Abd
Rahim Md Nor, 2006).

Ia adalah satu piawaian secara sukarela dan sebagai pemangkin untuk


mewujudkan alam sekitar yang bebas pencemaran serta peningkatan dalam perniagaan
dan dagangan antarabangsa. Melaksanakan audit alam sekitar bukan lagi satu pilihan
tetapi adalah satu langkah amalan baik dan langkah proaktif dalam pengurusan alam
sekeliling pada hari ini.
18

RUJUKAN

Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2011). Environmental Audit Guidance Manual


Edition 1/2011. Putrajaya: Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu. (2013). Buliten Rancang
Bil 1/2013 . Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi
Pembangunan Semula Kawasana Brownfield, hlm. 4-7.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. (2012). Garis


Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan
Brownfield. Malaysia: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia.

Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, & Abd Rahim Md Nor. (2006). Pelaksanaan ISO
14000 dan Kesannya Terhadap Peningkatan Kos Di Kalangan Organisasi Di
Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management 7, 77-92.

Wan Zuhairi, W. (2011, Februari 13). Standard& Guidelines In Contaminated Land.


Standard& Guidelines In Contaminated Land. Bangi, Selangor, Malaysia:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
19

LAMPIRAN A

• SENARAI INDUSTRI & AKTIVITI YANG BERPOTENSI


MENCEMARKAN TANAH DAN AIR TANAH

Senarai di bawah adalah aktiviti-aktiviti yang lazimnya menggunakan bahan-bahan


berbahaya dan toksik yang boleh mengakibatkan pencemaran tanah dan air tanah.
Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan adalah :

1. Abrasive blasting;
2. Acid or alkali plant;
3. Agrichemical spray contractor;
4. Agricultural land;
5. Airport;
6. Analysts – commercial analytical laboratory site;
7. Asbestos products;
8. Asphalt or bitumen
9. battery manufacturing or recycling;
10. Brake lining manufacturer;
11. Cement or lime manufacturing;
12. Chemical manufacturing;
13. Coal and coke yard;
14. Concrete and cement;
15. Drum and tank re-conditioning;
16. Dry cleaning plant;
17. Electrical transformers;
18. Electronics – manufacturing, repairing, reconditioning;
19. Engine re-conditioning;
20. Explosive production or bulk storage;
21. Fertilizer manufacturing;
22. Foundry operations;
23. Gasworks;
24. Iron and steel works;
20

25. Landfill site;


26. Livestock dips or spray races;
27. Metal treatment or coating;
28. Mining and mineral processing;
29. Motor vehicle workshop;
30. Paint manufacturing and formulation;
31. Pesticides formulation, packaging and/or distribution;
32. Herbicides formulation, packaging and/or distribution;
33. Other agrichemical formulation, packaging and/or distribution;
34. Petroleum industries;
35. Pharmaceutical manufacturing;
36. Port activities;
37. Printing;
38. Railway yard;
39. Sawmill;
40. Service station;
41. Shipyard;
42. Smelting or refining;
43. Transport depot;
44. Storage tanks for fuel and chemicals;
45. Waste storage, treatment or disposal;
46. Wood treatment or disposal;
47. Wool, hide and skin production;
48. Any site that has been, or could have been, subject to the migration of hazardous
substances present in the soil or water on adjacent sites; and
49. Any other facility or activity that stores, uses or disposes of hazardous substances.

Sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2012


21

LAMPIRAN B

• KRITERIA PENILAIAN TANAH : UNITED STATES ENVIRONMENTAL


PROTECTION AGENCY (USEPA) REGIONAL SCREENING LEVELS

Jadual 3 : Site Screening Levels (SSLs)

Sumber : Wan Zuhairi, 2011


22

LAMPIRAN C

• BAHAN CEMAR BERBAHAYA – BOLEH MENIMBULKAN BAHAYA


KEPADA KESIHATAN

Jadual 4 : Jenis Bahan Cemar Berbahaya

Trigger Values

Contaminant Planned Use (mg / kg air-dried soil)

Threshold Action

Domestic gardens, allotments 10 -


Arsenic
Parks, playing fields, open space 40 -

Domestic gardens, allotments 3 -


Cadmium
Parks, playing fields, open space 15 -

Chromium Domestic gardens, allotments 25 -

(hexavalent) Parks, playing fields, open space No Limit No Limit

Chromium (total) Domestic gardens, allotments 600 -

Parks, playing fields, open space 1,000 -

Lead Domestic gardens, allotments 500 -

Parks, playing fields, open space 2,000 -

Mercury Domestic gardens, allotments 1 -

Parks, playing fields, open space 20 -


Sumber : Wan Zuhairi, 2011
23

• BAHAN CEMAR PHYTOTOXIC – BIASANYA TIDAK BERBAHAYA


KEPADA KESIHATAN

Jadual 5 : Jenis Bahan Cemar Phytotoxic

Trigger Values

Contaminant Planned Use (mg / kg air-dried soil)

Threshold Action

Boron (water-
Any uses where plants are grown 3 -
soluble)

Copper Any uses where plants are grown 130 -

Nickel Any uses where plants are grown 70 -

Zinc Any uses where plants are grown 300 -


Sumber : Wan Zuhairi, 2011

• BAHAN CEMAR ORGANIK

Jadual 6 : Jenis Bahan Cemar Organik

Trigger Values

Contaminant Planned Use (mg / kg air-dried soil)

Threshold Action

Domestic gardens, allotments, play


50 500
areas
Polyaromatic
hydrocarbons
Landscaped areas, buildings, hard
1,000 10,000
cover
Domestic gardens, allotments 5 200
Phenols Landscaped areas, buildings, hard 5 1,000
cover
Domestic gardens, allotments,
25 500
landscaped areas
Cyanide (free)
Buildings, hard cover 100 500
Sumber : Wan Zuhairi, 2011

You might also like