You are on page 1of 33

1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2022
SEJARAH
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran:…………………………………………. No. Kad Pengenalan:..


…………………..……………….

Aktiviti dalam
PenghasilanKerja
Tarikh Tandatangan Tandatangan
Kursus Ulasan Guru
Aktiviti Calon Guru
(Untuk diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Sejarah

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses
kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah STPM 2022 mengikut
peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru:
Nama Guru :
Tarikh:
Cop Sekolah:

2
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
KERJA KURSUS ESEI ILMIAH 940/4

Borang Perakuan Calon


Mata pelajaran: Sejarah

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk
kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja Kursus
Calon

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon
lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam
apacara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (esei
ilmiah) Sejarah (940) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak
yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Sejarah di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah
bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (esei ilmiah) Sejarah (940) telah dihasilkan mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (esei ilmiah) calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya kerja kursus (esei ilmiah) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh
calon.

Tandatangan
Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat

KERJA KURSUS SEJARAH

3
TEMA:

TAJUK:

NAMA: SHEANA CASY A/P SAVIOUR ANNATHURAI

NO.KAD PENGENALAN: 030816-02-0408

NO. ANGKA GILIRAN: SK2004/1019

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN JUNJUNG

NO.PUSAT: SK2004

1.0 PENGENALAN

4
Rawatan bekam merupakan sebuah rawatan yang dibuat pada badan seperti

bahagian belakang badan, tangan, kaki serta muka. Bekam dibahagi kepada dua

iaitu bekam angin dan bekam basah. Bekam angin merupakan bekam yang dibuat

dengan menggunakan api manakala bekam basah dibuat dengan menoreh bahagian

yang hendak dibekam dengan kecil dan ditutup dengan cawan bekam supaya darah

kotor yang akan keluar disimpan dalam bekas tersebut. Rawatan bekam merupakan

sebuah rawatan yang terkenal di daerah Kulim. Kebanyakan penduduk Kulim yang

pelbagai agama mula menunjuk respons yang baik kepada industri rawatan bekam

terutamanya masyarakat Kulim Kedah. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu

menggunakan benda-benda tajam seperti tanduk kerbau atau lembu.

Rawatan bekam merupakan sebuah rawatan yang terkenal di daerah Kulim.

Kebanyakan penduduk Kulim membuat rawatan ini. Bukan sahaja kaum Melayu

malah kaum India dan kaum Cina turut membuat rawatan ini. Pada masa dahulu,

penduduk kaum selain kaum Melayu tidak berani mencuba rawatan bekam kerana

masih tidak mengenali akan faedah berbekam serta mereka tidak boleh memasuki

surau serta masjid untuk membuatnya. Untuk mengelakkan konflik antara kaum,

Kerajaan telah membina pusat rawatan bekam di tempat lain selain surau dan

masjid supaya kaum lain yang sanggup membuat rawatan bekam dapat

membuatnya tanpa sebarang kekacauan daripada kaum lain. Rawatan bekam

5
dibahagi kepada dua iaitu bekam tradisional dan bekam klinikal. Bekam tradisional

masih diamalkan pada masa kini serta mendapat sambutan daripada masyarakat.

Bekam tradisional dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang digunakan pada

zaman dahulu seperti tanduk kerbau, buluh, tembikar serta tembaga. Bekam moden

yang juga dikenali sebagai rawatan bekam klinikal dibuat dengan menggunakan

bahan-bahan yang disterilkan terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, malah bahan-

bahan yang digunakan adalah bersifat pakai-buang. Pengunaan barang yang

bersifat pakai-buang dapat mengelakkan penyebaran sebarang penyakit dari

seorang pesakit kepada pesakit lain. Antara barang yang bersifat pakai-buang

adalah lanset steril dan sarung tangan yang dipakai oleh perawat. Manakala cawan

bekam akan dibasuh dan disteril sebelum digunakan ke atas pesakit lain.

2.0 Sejarah rawatan Bekam di Kulim Kedah

6
Rawatan bekam asalnya ditemui di Alor Setar untuk kali yang pertama.

Semakin lama, semakin meningkat permintaan untuk rawatan bekam. Rawatan

bekam pada mulanya hanya terkenal antara kaum Melayu tetapi semuanya berubah

apabila kaum lain juga mula berminat terhadap rawatan bekam. Terdapat banyak

pusat bekam di Kulim Antaranya adalah BraderCare Bekam Kulim di Taman

Kempas, Spa Bekam Kulim di Taman Arked Seri Harmoni, Honey Star Rawatan

Perubatan Islam di Taman Selasih, Pusat Rawatan Islam Jabalnur di Taman

Lembah Impiana serta lebih-lebih lagi di sekitarnya.

Pusat BraderCare Bekam merupakan sebuah pusat rawatan Bekam yang

diusahakan pada tahun 2018. Pusat BraderCare Bekam mengamalkan bekam cara

moden yang menggunakan cawan bekam dan benda-benda yang moden. Selain itu,

pusat itu juga menyediakan servis rawatan yang pelbagai seperti urutan tradisional

Melayu, Terapi Pembetulan Tulang Belakang, Urutan Saraf serta Urutan untuk ahli

sukan. Pusat Rawatan BraderCare Bekam mendapat sambutan yang banyak

daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India dan juga masyarakat berbangsa

Cina.

Secara kesimpulannya, bukan sahaja di Taman Kempas, tetapi rawatan Bekam

telah menarik perhatian ramai yang menyebabkan pusat rawatan Bekam meningkat

dan dibina di hampir setiap taman seperti di Taman Lembah Impiana dan di Taman

7
Selasih. Rawatan Bekam adalah sebuah rawatan Tradisional yang dapat menolong

menyembuhkan pelbagai penyakit yang berkait dengan darah seperti ketegangan

urut, darah tinggi dan sebagainya.1

8
3.0 JENIS-JENIS RAWATAN BEKAM DI KULIM KEDAH

Rawatan bekam merupakan sebuah rawatan tradisional yang telah mengalami

pelbagai perubahan sepanjang ini iaitu dari awal tahun hingga ke tahun 2020. Pada

awal tahun, bekam dibuat hanya untuk mengeluarkan darah kotor dari badan

manusia. Rawatan bekam tradisional mengunakkan pelbagai alat untuk menanda

lubang pada badan manusia. Antaranya adalah tanduk kerbau/lembu, tulang unta,

gading gajah dan buluh. Akan tetapi, pengunaan bahan-bahan tersebut atas badan

seseorang tanpa disterilkan dahulu dapat memindahkan mikroorganisma yang

halus ke dalam badan manusia yang meningkatkan peluang untuk penyakit jenis

baharu meningkat serta menyebar dari seorang kepada yang lain. Semakin lama,

semakin bertambah moden rawatan Bekam ini. Rawatan Bekam Moden telah

memodenkan alat-alat yang digunakan untuk rawatan Bekam Moden ini adalah

Pen Lancet (Lancing Device) yang digunakan untuk membuat lubang pada

bahagian belakang badan pesakit. Alat ini adalah seperti pen yang mempunyai

jarum yang keluar apabila ditekan. Jarum pen tersebut boleh ditukar dengan kerap.

Ia juga boleh mengelakkan penyebaran sebarang jenis penyakit. Jarum Lancet ini

hanya digunakkan pada seseorang dan ditukar sebelum digunakan atas orang lain.

Walaupun nampak serupa, masih Pen Lancet yang digunakan untuk rawatan

bekam moden dibahagi kepada beberapa jenis. Antaranya adalah Pen Bekam Rb

9
Gold (Tahan Lasak), Pen Bekam G3 Stainless Steel , Pen Bekam ABI (Alfina),

Pen Bekam 3 Mata dan Pen Bekam RB Star PVC manakala rawatan bekam

tradisional hanya mengunakkan pisau sayatan. Pisau Sayatan yang digunakan

dalam rawatan tradisional adalah Pisau Cukur (Shaving Blade) dan Pisau Bedah

(Surgical Blade). Pisau cukur yang kerap digunakan adalah pisau yang berjenama

Gillete disebabkan oleh ketajamannya. Walapun pisau yang digunakan adalah

pisau cukur, masih ia perlu disimpan dalam bekas kedap udara supaya ia tidak

mudah karat. Pisau Bedah yang digunakan dengan kerap oleh jurubekam adalah

Plus Feather, Conix dan B-Braun.

Seterusnya adalah Disinfeksi dan Sterilisasi. Pembersih Kuman adalah sangat

penting dalam rawatan bekam. Zaman dahulu, walaupun disteril dan disimpan

dalam bekas kedap udara, masih pisau-pisau tersebut digunakan atas semua pesakit

yang hendak membuat Bekam. Antara pembersih-pembersih kuman yang

digunakan dengan kadar yang banyak adalah Alchohol Swab (Cecair Alkhohol)

dan Mesin UV. Kebiasannya Alchohol Swab digunakan sebelum menoreh kulit

dengan Pen Lancet. Ia disapu pada tempat yang hendak berbekam untuk

menghapuskan sebarang jenis kuman. Selepas itu, tempat yang hendak berbekam

itu akan disapu dengan minyak zaitun2 untuk mengelakkan kulit terlalu keras di

mana proses berbekam akan merosot. Mesin UV sterilizer adalah untuk

mensterilkan alatan bekam agar tiada kuman tertinggal selepas membuat rawatan

10
bekam. Mesin UV merupakan sebuah kemestian untuk pengamal-pengamal

rawatan bekam moden ini. Selain itu, cecair pencuci alatan adalah sangat penting

bagi jurubekam. Setiap cawan bekam yang digunakan harus dibersihkan

sepenuhnya tanpa sebarang kekotoran atau kesan darah pesakit. Ianya kerana risiko

jangkitan kuman adalah sangat tinggi. Disebabkan oleh faktor harga, jurubekam

tidak dapat membuang item-item yang digunakan olehnya dan tukar setiap kali

selepas digunakan untuk seorang pesakit. Oleh itu, cecair pencuci amatlah penting

dalam rawatan bekam akan tetapi jurubekam tidak boleh memilih pencuci secara

rawak. Antara cecair pencuci yang boleh digunakan dan boleh dipercayai adalah

Aniosysme DDI, Mikrozid, Gigasept, Dettol dan Germisep (Tablet Larut). Selain

itu, tisu muka juga merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam rawatan

bekam. Sebabnya adalah tisu muka bersifat lembut daripada tisu tisu lain. Tisu

basah juga digunakan untuk membuang darah dari cawan bekam. Tisu yang

mempunyai kandungan antiseptik adalah tisu yang terbaik dalam rawatan bekam 3.

Bukan itu sahaja malah, pakaian klinikal adalah disarankan dan sesetengahnya

diwajibkan semasa melakukan rawatan bekam. Antaranya adalah sarung tangan

getah, topeng muka dan juga Jubah Makmal yang juga dikenali sebagai “Apron”.

Katil bekam merupakan satu peralatan yang penting bagi mereka yang mempunyai

pusat rawatan bekam. Sebab ia penting ialah kerana katil dapat memberikan

keselesaan kepada pesakit untuk membaring dan juga untuk jurubekam untuk

menjalankan proses rawatan bekam. Lebih-lebih lagi, terdapat katil bekam jenis

11
yang baharu bernama Katil Bekam Mudah Alih yang boleh lipat dan dibawa ke

mana sahaja. Sebagai contoh, apabila terdapat seorang pesakit yang hendak

membuat rawatan bekam tetapi tidak dapat bergerak, jurubekam boleh

mengunakkan Katil Bekam Mudah Alih ke rumah pesakit untuk membuat rawatan

tradisional tersebut.

Terakhir sekali, troli spa, tray kecil dan tong sampah adalah juga antara alat yang

penting untuk membuat rawatan bekam. Troli spa digunakan untuk memudahkan

jurubekam menyusun peralatan bekam yang digunakan semasa rawatan bekam

seperti tisu muka, cawan bekam dan sebagainya manakala tray kecil digunakan

khusus untuk meletakkan pen lancet dan pisau sayatan pada kulit. Terdapat tiga

jenis tong sampah yang biasanya digunakkan di pusat rawatan bekam iaitu Tong

Sampah Berplastik Hitam yang digunakan untuk sisa domestik, Tong Sampah

Berplastik Kuning yang digunakan sebagai sisa klinikal dan Tong Sampah Sharp

Bin untuk sisa klinikal tajam.

12
4.0 KONSEP RAWATAN DAN JENIS-JENIS BEKAM DI KULIM

Rawatan bekam secara umumnya dibahagi kepada dua jenis iaitu rawatan bekam

kering dan bekam basah. Bekam kering bermaksud bekam yang dibuat dengan api

dan tidak memerlukan penorehan kulit. Rawatan bekam kering 4 selalunya dibuat

pada bahagian belakang badan. Rawatan bekam kering tidak dibuat pada tempat

lain kecuali bahagian belakang badan kerana dapat melecurkan badan jika

mengalami sedikit kecelekkan. Tetapi rawatan bekam `basah dapat dibuat di

bahagian muka, tangan serta kaki. Bekam basah ialah bekam yang jurubekam

selalunya menanda dan memotong tempat dengan Pen Lancet yang hendak

dibekam dan menutupnya dengan cawan bekam sampai darah kotor semuanya

terkumpul dalam cawan bekam. Berikut merupakan jadual yang menyatakan jenis

rawatan bekam, konsep rawatan bekam serta tujuan rawatan bekam yang

dilakukan.

JENIS Bekam Kering Bekam Basah

KONSEP RAWATAN Kesejahteraan Terapautik

13
 Untuk mengalirkan inflamasi keluar daripada

bahagian dalam badan ke permukaan badan

agar lebih mudah untuk dirawat

 Untuk mengubah atau mengarahkan proses

inflamasi kepada organ lain yang berdekatan

TUJUAN RAWATAN yang kurang mustahak

 Untuk membekalkan kehangatan dan

mengalirkan darah kepada organ yang

bermasalah serta mengeluarkan kelembapan

daripadanya

 Untuk mengurangkan kesakitan

Jadual 1: Jenis, Konsep dan Tujuan Rawatan Bekam

14
5.0 KRITERIA RAWATAN

Rawatan Bekam merupakan sebuah rawatan yang dipercayai dapat mengeluarkan

darah kotor dan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang berkait dengan

darah dan juga dapat menolong kita dalam kehidupan seharian kita. Rawatan

bekam ini adalah sebuah rawatan yang terbuka kepada semua pada bila-bila masa

tetapi terdapat juga beberapa peraturan yang perlu diamalkan dengan tetap.

Antaranya adalah rawatan bekam tidak dapat dibuat oleh yang berusia umur 1

hingga umur 9. Peringkat umur yang boleh berbekam adalah hanya daripada 10

hingga 65 tahun. Umur lebih 65 tahun boleh buat hanya jika kesihatan mereka

berada dalam keadaan yang baik.

Indikasi seperti di bawah ini dapat membuat rawatan bekam. Bekam boleh

dilakukan sebagai rawatan untuk beberapa masalah kesihatan yang berkaitan

dengan sistem otot-kerangka serta sebagai amalan penjagaan diri dan untuk

meningkatkan tahap kesihatan secara umumnya. Ia boleh digunakan untuk

masalah-masalah kesihatan sepertinya iaitu untuk mengurangkan kesakitan (kronik

dan akut), keadaan inflamasi (rheumatoid arthritis), untuk ketenangan mental dan

fizikal, sebagai suatu cara urut tisu dalaman, untuk kesakitan haid, masalah lambat

tarikh haid dan kitaran haid yang tidak tetap, untuk penyakit berkaitan sistem

penghadaman gastritis dan ketidak-hadaman, untuk penyakit paru-paru seperti

batuk yang kronik dan asma, untuk merawat insomnia dan untuk kes lumpuh.

15
Bekam Kering Bekam Basah

Jadual 2 menunjukkan kontraindikasi. Kontraindikasi dibahagi kepada dua iaitu

kontraindikasi relatif dan kontraindikasi mutlak.

Kontraindikasi  Pesakit Kanser  Pesakit Kanser


Mutlak  Di kawasan yang mempunyai  Di kawasan yang mempunyai
vena varikos atau nodus limfa vena varikos atau nodus limfa
 Untuk pelanggan yang kepatahan  Pesakit hemofilia
tulang atau kekejangan otot  Pesakit dengan bilangan
 Di anggota badan yang platelet yang rendah (immune
mengalami darah beku (deep vein thrombocytopaenia)
thrombosis)  Pesakit yang mengambil
 Di kawasan badan yang rawatan antiplatelet dan ubat
mempunyai ulser, arteri atau untuk mencairkan darah
tempat dimana denyutan nadi (aspirin, warfarin atau heparin)
boleh dirasai  Untuk pelanggan yang
 Pesakit yang mengalami masalah kepatahan tulang atau
pendarahan (hemofilia, kekejangan otot
kekurangan platelet)  Di anggota badan yang
mengalami darah beku (deep
vein thrombosis)
 Di kawasan badan yang
mempunyai ulser, arteri atau
1
https://www.utusanborneo.com.my/2014/10/28/berbekam-dapat-sembuhkan-72-jenis-penyakit
2
https://bekamklinikal.com/course/alatan/
3
https://bekamklinikal.com/course/alatan/
4
https://tcm.moh.gov.my/en/upload/garispanduan/amalan/TerjemahanPGBekam.pdf

16
tempat dimana denyutan nadi
boleh dirasai
 Pesakit yang mengalami
masalah pendarahan
(hemofilia, kekurangan
platelet)

Komunikasi 1. Wanita yang mengandung dan sedang haid

Relatif 2. Di atas payudara wanita

3. Di atas kawasan yang mempunyai tonjolan tulang

4. Anggota badan yang mengalami keradangan dan penyakit kulit

5. Anggota badan yang luka

Dalam penyakit berjangkit:

 Hiv dan Hepatitis - berbekam dibolehkan sekiranya peralatan bekam

pakai -buang digunakan dan pengamal mematuhi langkah-langkah

kawalan penyakit berjangkit dengan betul

 Penyakit lain - berbekam dibenarkan sekiranya telah sembuh daripada

jangkitan tersebut (terutamanya demam)

Jadual 2 : Kontraindikasi

17
6.0 LANGKAH BERJAGA-JAGA DAN PROSEDUR RAWATAN BEKAM DI

KULIM

Rawatan bekam merupakan salah satu rawatan di mana jurubekam perlu

berhati-hati ketika menjalankan rawatan bekam tidak kira jenis kering atau jenis

basah terutamanya dalam keadaan-keadaan tertentu. Antaranya adalah semasa

dilakukan di belakang leher, jurubekam perlu berhati-hati kerana kecuaian boleh

menyebabkan pesakit hilang ingatan. Dan untuk pesakit yang mempunyai penyakit

berjangkit, jurubekam perlulah menggunakan peralatan yang dipakai-buang untuk

mengelakkan penyebaran penyakit kepada orang lain dan mengamalkan sistem

pengurusan sisa klinikal (linen yang telah dicemari darah/cecair badan, bebola

kapas dan sebagainya perlu dibuang ke dalam sisa pengurusan klinikal) serta

pengurusan bahan-bahan dan peralatan yang telah tercemar. Begitu juga dengan

pembangunan dan pengimplementasian langkah-langkah berjaga untuk

mengurangkan risiko pendedahan dan jangkitan. Pusat rawatan bekam juga perlu

dilengkapi alat-alat yang berikut untuk mengelakkan sebarang kecuaian dari segi

penyebaran jangkitan. Kecuaian dalam perkara sebegini boleh menyebabkan kesan

18
sampingan dan komplikasi yang tertentu kepada pesakit seperti rasa tidak selesa di

tempat berbekam, pening dan pitam, pendarahan berlebihan, kekurangan darah

(anemia), pelecuhan, jangkitan kuman pada tempat yang ditoreh serta kesan yang

ketara pada tempat bekam. Oleh itu, jurubekam perlulah berhati-hati dan tidak

berkecuaian semasa membuat rawatan bekam5. Seterusnya adalah tentang prosedur

rawatan.

6.1 Peralatan untuk berbekam

a. Alat bekam - cawan Peralatan bekam boleh diperbuat daripada pelbagai bahan.

Peralatan bekam yang digunakan pada zaman dahulu diperbuat daripada tanduk

kerbau, buluh, tembaga atau tembikar. Walau bagai manapun, peralatan bekam

moden kebanyakannya diperbuat daripada kaca, dan mempunyai injap pada

bahagian atas cawan yang bertujuan untuk mengeluarkan udara menggunakan

pam. Teknologi ini membolehkan penghasilan tekanan rendah atau ruang separa

vakum di dalam cawan bekam tanpa perlu memanaskan udara sebelum

diaplikasikan kepada pelanggan. Cawan–cawan ini perlu disterilkan selepas setiap

sesi rawatan, dan cawan yang sama tidak boleh tidak boleh digunakan pada tempat

yang berbeza atau pada pelanggan yang lain. Pastikan saiz cawan adalah

bersesuaian dengan tempat yang akan diaplikasikan.

b. Lanset steril pakai buang. Hanya lanset pakai buang sahaja yang digunakan

untuk menoreh kulit semasa prosedur bekam basah dilakukan.

19
6.2. Tempat aplikasi (application points). Jadual dibawah memaparkan senarai

tempat atau anggota badan yang kerap digunakan beserta indikasinya di dalam

rawatan bekam.

Tempat Indikasi

Rasa berat dikelopak mata, gatal


Bahagian belakang leher
mata, nafas berbau

Kepala menggeletar dan mana-

mana masalah kesihatan yang


Dua pembuluh darah di bahagian
melibatkan bahagian dikepala
belakang leher
(muka, gigi, telinga, mata, tekak,

hidung)

Kesakitan pada bahagian atas badan

Bahagian diantara tulang belikat dan tekak, untuk mengendurkan

sfinkter perut (cardiac sphincter)

Gigi, tekak, membersihkan minda


Bawah dagu
dan rahang

Kaki Menyucikan darah, meransang

pengaliran haid

Bahagian dalam peha Keradangan di bahagian atas paha,

pustule, podagra, buasir, pundi


5
https://tcm.moh.gov.my/en/upload/garispanduan/amalan/TerjemahanPGBekam.pdf

20
kencing, rahim, buah pinggang

membengkak

Keradangan testikel, ulser pada


Bahagian depan paha
kaki

Keradangan dan ulser pada


Belakang pinggul
bahagian punggung

Bahagian belakang lutut (popliteal Bernanah yang kronik, ulser septik

space) di kaki dan tapak kaki

Tulang buku lali (maleoli) Kitaran haid yang terganggu,

sciatica, podagra

Sciatica, buasir, podagra, angin

Bahagian luar pinggul pasang (hernia), tisu dalam

kawasan sendi pinggul

Menarik humor dari semua

Bahagian punggung, arah ke anus bahagian badan, dari kepala, baik

untuk salur penghadaman, mebantu

dalam kitaran haid yang terganggu

Jadual 3: Bahagian yang boleh dibekam dan indikasinya.

21
6.3 Amalan baik langkah berjaga-jaga6

a. Pengamal dikehendaki memastikan standard langkah berjaga-jaga dalam

penjagaan kesihatan (Lampiran 2) sentiasa diikuti pada setiap masa dan semua

6
https://tcm.moh.gov.my/en/upload/garispanduan/amalan/TerjemahanPGBekam.pdf

Sumber Primer

 Shairazi Tahir (2022, Julai 25 ), Pemilik Pusat BraderCare Bekam di Taman

Kempas

Sumber Sekunder

 Helena Abdullah (1997), “Bekam Innovatif (Al-Hijamah): Sains Pengubatan

Moden Untuk Melegakan Kesakitan Serta Merta, Pencegahan Penyakit,

Rawatan Penyakit, Pemulihan Fungsi Fizikal dan Mental”, Kuala Lumpur:

Heles Corporation Sdn Bhd (218 halaman).

 Ahmad Ali Ridho (2012), “Bekam Sinergi: Rahasia Sinergi Pengobatan nabi,

Medis Modern & Traditional Chinese Medicine”, Kuala Lumpur: Erfan Hj.

M.A. Ghani (372 halaman).

22
pengurusan sisa klinikal perlulah mematuhi garis panduan pengurusan sisa klinikal

(rujuk pada Garis Panduan Mengurus Sisa Klinikal di Malaysia, Jabatan Alam

Sekitar, 2009 dan Lampiran 3).

b. Bagi memastikan bahagian badan yang digunakan untuk rawatan bekam basah

tidak dijangkiti kuman, pengamal perlulah menngunakan lanset steril pakai buang.

c. Permukaan kulit di bahagian badan yang akan digunakan untuk bekam basah

perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan 70% isopropyl alcohol dan dibiarkan

kering sebelum membuat torehan.

 Shihab Al-Badri Yasin (2012), Cetakan Keempat, “Penyembuhan Penyakit

Kaedah Bekam Cara Rasulullah s.a.w”, Selangor: Al-Hidayah Publications

(139 halaman).

 Adil Akhyar LL.M (2014), “Manfaat Bekam Bagi Kesihatan”, Johor Bahru:

Pustaka Azhar (127 halaman).

23
d. Semua peralatan bekam perlu dicuci hama dan disterilkan mengikut kaedah

pensterilan dan disinfeksi (lampiran 1) yang bersesuaian sebelum digunakan pada

pesakit.

e. Pengamal dikehendaki menggunakan peralatan perlindungan peribadi

terutamanya sarung tangan semasa prosedur rawatan dan mesti memastikan tahap

kebersihan diri sentiasa dijaga.

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, rawatan bekam adalah satu kaedah rawatan PT&K yang

invasif dan berpotensi untuk menyebarkan penyakit berjangkit. Oleh yang

demikian adalah menjadi suatu keperluan untuk membangunkan satu garis

panduan yang dapat membantu pengamal bekam menjalankan amalan bekam yang

baik dan menyediakan fasiliti yang sesuai untuk mengurangkan risiko penyebaran

penyakit berjangkit tersebut. Garis panduan ini juga menggalakkan semua

pengamal untuk mengamalkan kod etika dan kod amalan yang baik dan

mengekalkan tahap professionalisma perubatan yang tinggi. Adalah menjadi suatu

harapan dengan adanya garis panduan ini keselamatan dan kesejahteraan kedua-

dua pelanggan dan pekerja kesihatan adalah terjamin

24
LAMPIRAN
25
26
Gambar 1: Pengkaji selepas menemuramah jurubekam di BraderCare
Bekam di Taman Kempas

27
Gambar 2: Cara bekam kering dilakukan terlebih dahulu sebelum dibuat
dengan api.

28
Gambar 3: Bacaan tekanan darah yang merupakan penting sebelum
bekam dibuat

29
Gambar 4: Bekam jenis basah yang mengumpul darah-darah kotor

30
Gambar 5: Tanduk Kerbau yang digunakan pada zaman dahulu untuk
membuat bekam

31
RUJUKAN

32
Bibliografi

33

You might also like