You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama


Jalan 227B/51A, Tel : 03-79575299
46100 Petaling Jaya, Faks : 03-79571219
Selangor Darul Ehsan E-mel :bea8624@btpnsel.edu.my

Kepada:

Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Sri Utama Tarikh : 16 Januari 2023

Melalui :

Pengetua
SMK Sri Utama

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MUKHAYYAM AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH MURID KELAS


ALIRAN AGAMA PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2022

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Sri Utama akan menghantar seramai 17 orang murid
untuk menyertai Mukhayyam Al-Lughah Al-Arabiyyah berdasarkan maklumat mengikut ketetapan
berikut:

Tarikh : 28 Januari 2023 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Angsana, Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti
Malaya, Kuala Lumpur

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak
RM250.00 (Dua Ratus Lima Puluh Ringgit Sahaja) bagi tujuan pengangkutan murid ke Universiti
Malaya.

4. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………....
(MUHAMMAD AFNAN FARID BIN MISRI)
Guru Kelas Aliran Agama (KAA)
SMK Sri Utama

You might also like