You are on page 1of 1

Modul 4 : Akta dan undang- undang penerbangan Drone

Nama : Mohammad Haekal bin Nasir


No Matrik : A189246

Apa yang anda perolehi daripada modul ini

Melalui video – video yang telah saya tonton di dalam modul ini, saya difahamkan untuk
menerbangkan sesebuah dron, pengendali atau pengemudi dron tersebut mesti memenuhi
syarat - syarat yang telah ditetapkan. Spesifikasi dron juga memainkan peranan yang penting
dalam membolehkan dron tersebut dapat diterbangkan di sesetengah kawasan bagi
mengelakkan kejadian – kejadian yang tidak diingini. Sebagai contoh, di Jepun, dron yang
diterbangkan di kawasan yang berhampiran dengan orang ramai, berat dron tersebut mestilah
tidak melebihi 200 gram. Terdapat juga kawasan – kawasan larangan untuk dron
diterbangkan atas alasan - alasan yang tertentu, sebagai contoh, di Jepun, kawasan
perumahan yang padat dengan penduduk tempatan dilarang sama sekali bagi mengelakkan
pencerobohan hak privasi seseorang. Bagi acara – acara sambutan besar, penggunaan dron
pula mestilah mendapat kelulusan pihak atasan. Hal ini adalah bagi mengelakkan kejadian –
kejadian tidak diingini berlaku seperti hilang kawalan dron, cubaan mencerobohi privasi
seseorang dan banyak lagi. Jadi, pihak berwajib telah menetapkan satu undang – undang khas
bagi sesiapa yang ingin menggunakan dron ketika acara – acara sambutan besar tengah
berlangsung bagi memastikan kelancaran program yang dijalankan disamping menjamin
keselamatan semua orang. Bagi kawasan laluan kenderaan udara pula tidak dibenarkan sama
sekali untuk menerbangkan dron kerana dikhuatiri mengganggu jadual penerbangan yang
telah disediakan.

Bagaimana modul ini dapat meningkatkan pemahaman anda terhadap penggunaan Drone
Berdasarkan video tersebut, saya dapat memahami bahawa tidak semua tempat dron
dibenarkan untuk diterbangkan. Dron juga hanya dibenarkan untuk beroperasi pada waktu –
waktu tertentu sahaja bagi mengelakkan gangguan di kawasan – kawasan berpenduduk dan
mengelakkan gangguan pada laluan kenderaan udara. Spesifikasi dron yang dibenarkan untuk
beroperasi juga harus mengikut spesifikasi kawasan yang telah ditetapkan, sebagai contoh
saiz, berat dan kelebaran dron yang besar hanya dibenarkan di kawasan yang luas dan jauh
daripada kawasan yang berpenduduk. Bagi penggunaan dron untuk acara – acara besar pula
mesti mendapatkan kelulusan dari pihak berwajib, hal ini adalah kerana untuk menjaga
keselamatan masyarakat dan pihak atasan yang hadir ke acara tersebut, dan juga
mengelakkan perkara – perkara yang tidak diingini berlaku. Tujuan dron untuk digunakan
juga haruslah jelas ketika proses permohonan untuk penggunaan dron bagi sesuatu pekerjaan.
Hal ini adalah kerana untuk menjaga kebajikan masyarakat setempat yang tinggal
berhampiran dengan kawasan kerja tersebut supaya tiada hak privasi seseorang yang
dicerobohi.

You might also like