You are on page 1of 2

Hari: Isnin

Tarikh: 5 disember 2022

Masa: 1.00 pm- 2.00 pm

Umur: 2 tahun

Bil Kanak-Kanak: 2 orang

Tema: bebas

Tajuk: Menyusun blok

Bidang Pembelajaran Fokus: Perkembangan Awal matematik dan Pemikiran Logik

Pengetahuan sedia ada: Kanak-Kanak sudah boleh membezakan blok yang berlainan .

Hasil Pembelajaran:

1. Kanak- kanak boleh mengasingkan blok mengikut warnanya.

2. Kanak-kanak boleh menyusun blok dari bawah ke atas.

3. Kanak-kanak boleh sebut nama warna.

Senarai bahan/alat : Pelbagai blok kecil.

Ruang aktiviti: kelas

Langkah-langkah Perlaksanaan

1. Pengasuh membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti .

2. Pengasuh minta kanak-kanak duduk di atas kerusi yang disediakan

3. Pengasuh bermesra sambil berbual dengan kanak-kanak.

4. Letakkan blok di hadapan kanak-kanak secara berselerak.

5. Tanya pada kanak-kanak “ Siapa tahu apa inii?” Beri kanak-kanak main kotak tersebut secara
bebas sebentar.

6. Pengasuh minta kanak-kanak asingkan kotak mengikut warna.

7. Beri galakan dan dorongan kepada kanak-kanak.

8. Puji jika kanak-kanak berjaya lakukan.

9. Bila kanak-kanak telah dapat, minta kanak-kanak susun blok dari atas ke bawah.

10. Biarkan kanak-kanak terus susun blok yang sama warnanya.

11. Cuba Tanya kepada kanak-kanak warna blok dan minta kanak-kanak sebut warna tersebut
beruang kali.

12. Puji bila kanak-kanak berjaya sebut warna blok.

13. Ucapkan terima kasih pada kanak-kanak.


14. Pastikan ruang aktiviti sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.

15. Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti

16. Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak

Refleksi:

1. Penilaian: Kanak-kanak dapat mengenal warna dan blok

2. Kekuatan: Kanak-kanak dapat menjalakan aktiviti dengan baik.

3. Kelemahan:

4. Cadangan

You might also like