You are on page 1of 7

(33)KKM.400-8/1/89 Jld.

12

PANDUAN PENGENAAN CAJ BAGI PEMERIKSAAN KESIHATAN


WARGANEGARA MALAYSIA
DI FASILITI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenaan Caj

1. Caj pemeriksaan kesihatan ujian pakej asas adalah berjumlah RM100


berdasarkan Jadual H, Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang merangkumi
pemeriksaan fizikal, x-ray dan ujian urine FEME. Caj pendaftaran RM1 turut
dikenakan di Jabatan Pesakit Luar (Am).

2. Sekiranya pemeriksaan kesihatan tidak merangkumi ketiga-tiga ujian pakej


asas tersebut, maka caj akan dikenakan secara berasingan iaitu berdasarkan
kepada ujian yang diperlukan sahaja (pada kadar caj kelas pertama), iaitu:

(a) pemeriksaan fizikal : Tiada caj (tidak disenaraikan dalam Perintah Fi)
(b) x-ray : RM75
(c) ujian urine FEME : RM30

3. Pemeriksaan fizikal adalah merupakan pemeriksaan ringkas yang termasuk


berat, tinggi, BMI, mata, telinga, kerongkong, leher, suhu, tekanan darah, nadi,
kadar pernafasan, mental di mana pemeriksaan tersebut tidak melibatkan
penggunaan consumable / disposable items.

4. Caj bagi setiap ujian tambahan selain daripada ujian pakej asas adalah
dikenakan pada kadar kelas pertama berdasarkan Perintah Fi (Perubatan)
(Pindaan) 2017 atau pindaan-pindaan seterusnya yang berkuatkuasa. Senarai
ujian tambahan berserta caj adalah seperti di Lampiran 1.

Pengecualian/Pengurangan Caj

5. Di bawah kuasa Ketua Setiausaha Perbendaharaan, terdapat kumpulan


individu yang telah diberi pengecualian / pengurangan caj pemeriksaan
kesihatan ujian pakej asas (RM100). Contoh kategori individu tersebut adalah
seperti di bawah. Caj pendaftaran RM1 dan caj ujian tambahan masih
dikenakan pada kadar kelas pertama.

(a) Penjawat awam bagi Kerajaan Persekutuan / Perkhidmatan Awam Negeri


(PAN) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

i. Lantikan pertama ke jawatan dalam : Percuma


Perkhidmatan Awam
ii. Berkursus atas arahan jabatan : Percuma
iii. Pemeriksaan kesihatan 40 tahun ke : Percuma
atas atas arahan jabatan

 Pemeriksaan kesihatan penjawat awam Persekutuan/PAN/PBT selain daripada tujuan yang


dinyatakan di atas hendaklah dikenakan caj penuh.

1
(33)KKM.400-8/1/89 Jld. 12

(b) Kakitangan Pihak Berkuasa Berkanun (PBB)

i. Lantikan pertama ke jawatan PBB : RM20


ii. Berkursus atas arahan jabatan : RM20
iii. Pemeriksaan kesihatan 40 tahun ke atas atas : RM20
arahan jabatan

 Pemeriksaan kesihatan kakitangan PBB selain daripada tujuan yang dinyatakan di atas
hendaklah dikenakan caj penuh.
 Pemeriksaan kesihatan percuma diberikan sekiranya pemohon mengemukakan surat yang
mengesahkan majikan tiada klinik panel.

(c) Pelajar-pelajar sekolah

Kemasukan ke sekolah asrama penuh Kerajaan : RM1


(termasuk sekolah sukan dan sekolah seni) / Sekolah
harian Kerajaan / Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) /
Maktab Tentera Diraja (MTD)

 Pemeriksaan kesihatan selain daripada tujuan yang dinyatakan di atas hendaklah


dikenakan caj penuh.

(d) Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian


Tinggi Swasta (IPTS)

i. Kemasukan ke IPTA / IPTS (termasuk kolej : RM20


vokasional)
ii. Penyertaan ke aktiviti kokurikulum / unit beruniform : RM20

 Pemeriksaan kesihatan selain daripada tujuan yang dinyatakan di atas hendaklah


dikenakan caj penuh.

(e) Permohonan bagi perkahwinan bawah umur atas arahan Mahkamah

i. Caj pemeriksaan kesihatan : Percuma


ii. Caj laporan perubatan : Percuma

6. Kategori-kategori individu selain daripada yang disenaraikan pada perenggan 4


di atas boleh dirujuk kepada pekeliling / surat pekeliling / surat edaran sedia
ada yang berkuatkuasa.

7. Program pemeriksaan kesihatan di luar fasiliti yang dirancang dan


dijadualkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) / klinik kesihatan adalah
tidak dikenakan caj kepada warganegara. Ini adalah termasuk perkhidmatan di
luar fasiliti yang dijalinkan dengan kerjasama swasta/ badan bukan Kerajaan
(NGOs) kepada warganegara masyarakat setempat atau sekolah di mana tiada

2
(33)KKM.400-8/1/89 Jld. 12

caj dikenakan bagi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan tersebut (terhad


kepada warganegara sahaja).

8. Agensi / pertubuhan yang mengeluarkan jemputan agar PKD / klinik kesihatan


hadir untuk membuat pemeriksaan kesihatan di agensi berkenaan, perlu
dikenakan caj sebanyak RM150.00 bagi seorang (perkhidmatan di luar fasiliti -
Perintah Fi (Perubatan) 1982).

Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
April 2020

3
Lampiran 1
(33)KKM.400-8/1/89 Jld. 12

SENARAI UJIAN TAMBAHAN BESERTA KADAR CAJ (KELAS PERTAMA)


BERDASARKAN PERINTAH FI (PERUBATAN) (PINDAAN) 2017

Bil. Senarai Ujian Caj (RM)

1. Pemeriksaan fizikal -

2. Pemeriksaan radiologi
X-ray dada (dewasa) 75
X-ray dada (kecil) 25
CT kepala 525
CT abdomen 675
CT seluruh badan 900
ECG -

3. Ujian makmal
Anti-HBag 60
Anti-HBc atau HBcAb 60
Anti-HBe atau HBeAb 60
Anti-HBs atau HBsAb 60
Anti- HBsAg 60
Anti-HIV 60
Blood glucose 15
Blood grouping 15
Coombs test 10
Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) 15
Faecal / stool occult blood test 10
Full blood count (FBC) 15
Full blood picture 60
Haemoglobin estimation 15
HBa1C 60
HBeAg 60
HBsAg 60
HCG blood test 60
Liver function test 60
Lipid profile (cholesterol, triglycerides, HDL- 60
Chol & LDL-Chol)
Renal profile 60
Serum lipid 60
Total Red Blood Cell (RBC) 15
Total White Blood Cell (WBC) 15
Total White and Differential Count (TWDC) 15
Ujian darah – Anaemia / Haemophilia / 60
Leukemia / Talassemia
(33)KKM.400-8/1/89 Jld. 12

Urine acetone / ketone bodies 10


Urine albumin 10
Urine drug test (per drug) 60
Urine FEME 30
Urine pregnancy test (UPT) 30
Urine sugar 10
VDRL 30

Rujukan:
Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 1994.
Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.
Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

You might also like