You are on page 1of 2

TUGASAN 1 (KUIZ) – 20%

PENULISAN AKADEMIK GWCP1042

Japatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Tarikh : 14/11/2022

Masa : 5.30 – 6.00 petang (30 minit)

Arahan : Anda dikehendaki menjawab kesemua soalan.

Jawapan anda boleh terdiri daripada 50 – 80 patah perkataan.

SOALAN 1:

Senaraikan 5 ciri utama penulisan akademik.

-Antara ciri utama penulisan akademik yang pertama adalah mempunyai fakta yang tepat, sistematik
dan menarik. Kedua, ditulis untuk sasaran tertentu sama ada tesis atau lain-lain. Ketiga,
mengandungi struktur yang jelas atau bukti kukuh dengan mengandungi sumbee rujukan yang sah.
Keempat, tiada keraguan atau putar belit fakta yang akan merosakkan tujuan penulisan ilmiah .
Kelima, penulisan yang tidak mengikut perasaan dan mengikut prosedur yang jelas.

(5 markah)

SOALAN 2:

Terangkan 2 fakta penting tentang laporan kajian.

- Antara fakta penting tentang laporan kajian adalah laporan yang berkualiti akan dapat
meyakinkan pembaca untuk mempersetujui sesuatu keputusan atau pelapor berikan pada
akhir laporan. Sebagai contoh, prinsip correct , concise, complete, clear , convincing dan
polite. Seterusnya kategori laporan mempunyai 4 iaitu laporan pemerian atau penyelidikan,
laporan penyelesaian masalah, laporan penilaian, dan laporan analisis. Selain itu, laporan
juga mempunyai cara-cara penyediaan seperti memilih topik sekiranya tidak berkenaan,
mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, membuat nota dan menyemak draf.
(5 markah)

SOALAN 3:

Senaraikan 5 etika online yang pengguna perlu mematuhi.

- Pertama, penulisan perlulah mengelakkan daripada huruf besar bagi mengelakkan orang
beranggapn kita marah. Seterusnya, elakkan mengakses komputer individu lain bagi
mendapatkan maklumat. Selain itu, jangan melakukan hal yang boleh mengganggu seseuatu
sistem elektronis yang boleh menjadikan website tidak boleh digunakan atau disekat. Pada
masa yang sama, tidak boleh melakukan penyadapan terhadap informasi dokumen
elektronis. Akhir sekali, tidak boleh mengirim emel kepada seseorang yang mengandungi
ancaman dan Bahasa kesat.

(5 markah)

SOALAN 4:

Berikan 5 kesan pelanggaran etika dalam penulisan.

- Antara 5 kesan pelanggaran etika dalam penulisan adalah merugikan pihak penerbit dan
penulis kerana hasil penulisan telah diplagiat. Seterusnya, ekonomi negara menjadi buruk
kerana pendapatan melalui cukai tidak boleh dikutip dari penulis mahupun penerbit. Selain
itu, sesuatu maklumat yang telah disebarkan tidak benar dan tepat. Keempat, akan
munculnya karya-karya bermutu rendah dan negara dipanjang enteng. Akhir sekali, dapat
memberi imej buruk kepada negara apabila berlaku banyak pelanggaran etika dalam
sesebuah penulisan.

(5 markah)

(Jumlah markah 20)

You might also like