You are on page 1of 2

YBHG CALON PARLIMEN PAKATAN HARAPAN

P.058 BAGAN SERAI TARIKH: 10.11.2022

PUAN,

MEMOHON JAWATAN & BANTUAN-BANTUAN KEPERLUAN UNTUK


MASYARAKAT INDIA KAWASAN BAGAN SERAI

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Saya bagi pihak wakil “PERSATUAN PENGANUT SRI MUNISWARAR SUNGAI


GEDONG’’ ingin memohon jawatan & bantuan-bantuan keperluan untuk masyarakat india
Parlimen Bagan Serai.

3. Untuk makluman puan, persatuan kami bekerjasama dengan persatuan-persatuan di


Kawasan Bagan Serai bagi melakukan aktiviti-aktiviti untuk penduduk india tetapi kami masih
tidak mendapat apa-apa peruntukan dari pihak kerajaan atau ahli parlimen. Oleh itu, pihak kami
memohon beberapa jawatan penting & bantuan keperluan kepada pihak puan. Antaranya,

• Memohon Jawatan Ahli Majlis Daerah Kerian bagi wakil dari persatuan kami
atau Wakil dari Malaysia Hindu Sangam Kerian
• Memohon jawatan Pegawai Khas Masyarakat India di Kawasan Bagan Serai
• Memohon jawatan Ketua Kampung atau meningkatkan ahli-ahli jawatankuasa
india di setiap jawatankuasa JKKK
• Perkuburan yang Elektrik (tempat bakar mayat)
• Membina Rumah Kos Rendah untuk Keluarga B40
5. Sehubungan itu, besarlah harapan agar pihak Puan dapat memberi perhatian dan

pertimbangan permohonan kami. Segala kerjasama & sokongan daripada pihak Puan amatlah

dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Benar

_________________________

EN. GUNALAN LOGANATHAN


SETIAUSAHA
PERSATUAN PENGANUT SRI MUNISWARAR, SUNGAI GEDONG
NO TEL: 013-506 4056

You might also like