You are on page 1of 4

LAPORAN TEMU BUAL KEPIMPINAN

AKTIVITI 3
NAMA: TAMIL CHELVI A/P RAJAKUMAR
KUMPULAN/AMBILAN: SRBE 4 AMBILAN TAHUN 2023
SEKOLAH SJKT LADANG SIALANG,BAHAU,NEGERI SEMBILAN
NAMA PGB SEKOLAH KANNAAN A/L SUBRAMANIAM
TARIKH PELAKSANAAN TEMU 1 FEBRUARI 2023
BUAL
1. PERANAN GURU BESAR

Guru besar merupakan individu yang penting dalam mengendalikan organisasi pentadbiran di
sekolah.Mencipta matlamat peribadi mendorong pemimpin untuk mencapai matlamat jangka panjang
serta memberi inspirasi kepada seorang pemimpin untuk terus komited dalam mencapai
matlamatnya.Sifat ini membolehkan pemimpin berfikir dengan lebih berkesan dalam melakukan
perubahan bersama orang bawahan. Sekolah tidak akan menjadi cemerlang sekiranya pengurusan
pendidikan tidak berkemampuan mengurus dengan cekap dan berkesan.

Menurut temu bual didapati,


PGB sentiasa bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi warga sekolah dalam
melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti.. Beliau memainkan
peranan penting dalam faktor potensi yang kritikal dalam menentukan kecemerlangan
sekolah.Gary(1990) misalnya mendapati,tiada bukti yang menunjukkan sekolah yang berkesan
diterajui oleh pengurus yang lemah. Guru Besar ini sentiasa menjadi suri teladan kepada warga
sekolah. Beliau sentiasa melaksanakan tugas berkualiti. Beliau juga mempamerkan penampilan diri
yang berwibawa seperti datang awal sekolah, berpakaian kemas mengikut etika. Beliau juga
sentiasa dicontohi dalam budaya bersalam kepada warga sekolah dan pengunjung sekolah. Beliau
juga sentiasa bertindak sebagai pakar rujuk kepada warga sekolah dalam apa jua perkara.

Dalam sesi temu bual saya beliau menyatakan Guru besar memainkan peranan penting dalam 3
aspek iaitu sebagai Pengurus,Pentadbir dan Pemimpin.Guru besar perlu mengelola pentadbiran
sekolah,menyelia pelaksanaan kurikulum sekolah,memberi kepemimpinan professional kepada
semua guru dan mempereratkan Kerjasama antara pihak sekolah dengan masyarakat melalui
organisasi seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru.Beliau juga menggunakan pelan pembangunan
John Kotter dengan mengamalkan lapan langkah pemeringkatan.Beliau dengan segera mengambil
tindakan dalam menangani krisis yang berlaku di sekolah semasa mengambil alih tugasan. Beliau
dengan menggunakan lapan langkah John kotter dengan meletakkan hala tuju sekolah. Beliau juga
memberi maklum balas positif, penghargaan kepada guru-guru yang menonjolkan prestasi yang
baik. Ia menjadi satu galakkan yang positif kepada guru-guru melibatkan diri dalam aktiviti sekolah
secara menyeluruh. Bagi melahirkan generasi yang berilmu, beliau telah melakukan pelbagai
perubahan untuk mencapai matlamatnya.

Kesimpulannya, saya juga akan mencipta matlamat peribadi yang mendorong ahli-ahli organisasi
saya dapat mencontohinya. Saya akan sentiasa menjadi pendorong kepada orang bawahan saya
dengan mengamalkan teori-teori yang telah belajar dalam Kursus NPQEL. Saya sebagai Guru
Besar, saya akan berfikiran positif, mengawal emosi, bersopan santun, sabar terhadap ahli
organisasi dan mengawal pertuturan dalam apa sahaja situasi.
SKPMg2 : Aspek 1.3 PGB sebagai pendorong - 1.3.1, 1.3.3
SKKSM : 1.3.6 : Menghayati dan memupuk budaya menuntuk ilmu sepanjang hayat
melalui program-program terancang
1.3.7 : Membawa dan melaksanakan perubahan dengan mengambil kira
teori perubahan, amalan semasa dan tuntukan akan datang.
LAPORAN TEMU BUAL KEPIMPINAN
AKTIVITI 3
NAMA: TAMIL CHELVI A/P RAJAKUMAR
KUMPULAN/AMBILAN: SRBE 4 AMBILAN TAHUN 2023
SEKOLAH SJKT LADANG SIALANG,BAHAU,NEGERI SEMBILAN
NAMA PGB SEKOLAH KANNAAN A/L SUBRAMANIAM
TARIKH PELAKSANAAN 1 FEB 2023
2. CIRI- CIRI STRATEGIK ( MENANGANI ISU/CABARAN )

Menurut temubual bersama guru-guru,


Guru Besar SJK Tamil Ladang Sialang adalah seorang pemimpin yang berwibawa kerana beliau
berjaya menangani pelbagai isu yang timbul di sekolah. Beliau dapat mengenal pasti isu-isu sekolah
tersebut. Beliau berjaya memfomulasikan, membina dan mengambil langkah yang sesuai mengikut
keadaan sekolah. Selain itu, beliau merupakan seorang yang sanggup memberi respon kepada
soalan daripada pihak guru-guru, ibu bapa, PPD dan Jabatan.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang efektif melibatkan diri dengan rakan sekerja sepanjang
masa. Ini dapat membantu beliau dalam menangani dan menyelesaikan isu yang timbul dalam
organisasi beliau dengan berjayanya. Sifat beliau yang bertindak segera menyebabkan tiada isu
yang menjadi lebih besar. Beliau sentiasa lebih prihatin terhadap warga sekolah. Sifat ini membantu
mengurangkan konflik yang wujud dalam organisasi beliau.

Contoh isu dan cara menangani isu.


1. Kekurangan dan kerosakkan televisyen di bilik darjah menyebabkan guru-guru tidak dapat
melaksanakan Pdpc Abad ke 21 dengan berkesan.
- Bagi menangani isu ini, beliau telah membahagikan masa untuk semua kelas dapat
menggunakan televisyen.Beliau juga mengurus dana untuk membeli televisyen baru
melalui bantuan LBS dan daripada VIP.
2. Kerjasama Ibu bapa tidak memuaskan.
- Beliau telah mengadakan perjumpaan 3Penjuru bersama Ibu bapa.Program-program
seperti Hari Keluarga,Hari Penyampaian dan sebagainya bagi memupuk perhubungan
yang rapat antara Ibu bapa dan guru.
3. Kekurangan guru
- Beliau berjaya memohon tentang masalah kekurangan guru.Perkara ini dilihat sebagai
satu isu yang serius.Beliau menguruskan masalah ini dengan membahagikan jadual
waktu.Beliau juga mencadangkan guru-guru untuk kursus Dengan ini beliau berjaya
membentuk satu pasukan yang kuat ke arah kecemerlangan organisasi.
Kesimpulannya, saya sebagai bakal Guru Besar, saya akan turut menangani sesuatu isu yang timbul
dengan sabar, menerima idea dari pihak lain, rujuk pendapat ahli falsafah dan sebagainya demi
kepentingan organisasi.

SKPMg2 1.1.5 Menangani masalah pengoperasian sekolah


1.3.2 Menggalakkan warga sekolah memberi input berkaitan pemajuan sekolah.
SKKSM : 2.2.4 ( Berupaya menghadapi cabaran, masalah dan isu yang berkaitan Kurikulum)
2.3.2 ( Memastikan pdpc dilaksanakan berdasarkan prinsip dan peraturan)
9.1.2 ( Sumber luaran yang boleh memberi manfaat kepada sekolah.)
LAPORAN TEMU BUAL KEPIMPINAN
AKTIVITI 3
NAMA: TAMIL CHELVI A/P RAJAKUMAR
KUMPULAN/AMBILAN: SRBE 4 AMBILAN TAHUN 2023
SEKOLAH SJKT LADANG SIALANG,BAHAU,NEGERI SEMBILAN
NAMA PGB SEKOLAH KANNAAN A/L SUBRAMANIAM
TARIKH PELAKSANAAN 1 FEB 2023
3.HARAPAN GURU BESAR

Menurut temubual bersama guru-guru,


Guru Besar SJK Tamil Ladang Sialang mengatakan harapan beliau terhadap sekolah ini sangat
tinggi.Beliau mengatakan anak-anak diibaratkan kain putih guru-guru yang perlu mencorakkan.Oleh
itu,beliau berharap guru-guru akan menjadi tulang belakang dalam memajukan sekolah ini sebagai
sekolah cemerlang.Beliau juga berharap guru-guru bekerjasama dan berganding tenaga untuk
membentuk murid-murid yang cemerlang.

Beliau juga sedang merancang dan mempraktis pelbagai aktiviti di sekolah ini untuk mencapai
matlamat sebagai sekolah cemerlang pada masa hadapan nanti.Beliau juga percaya pada
penciptaan masa depan yang lebih baik untuk generasi namun,dengan memberikan tumpuan
kepada pembangunan lestari iaitu penekanan kepada kemahiran 3M membaca,menulis dan
mengira.Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk membentuk anak-anak yang
berdisiplin,berdedikasi dan cemerlang.Beliau berharap murid-murid di sekolah ini menjadi murid
cemerlang dan menjadi sebagai satu contoh yang terbaik kepada lapisan masyarakat.

Beliau juga mengharapkan budaya sekolah ini menjadi satu contoh bagi sekolah lain darisegi
Keceriaan,Disiplin dan juga Akademik.Beliau berharap murid-murid sekolah ini memacak bendera di
puncak gunung sebagai tanda kemenangan pada masa hadapan.Beliau juga mengatakan murid-
murid sekolah ini perlu berdiri sama diri,duduk sama duduk di persada dunia yang pesat ini.

You might also like