You are on page 1of 2

Cintakan Akhirat Formula Kecemerlangan

Rasulullah saw pernah bercerita bahawa di akhir zaman nanti, orang Islam itu lemah, mundur, tidak
membangun, tidak maju, pecah belah, hina dan sebagainya. Kalau nak dihurai lebih kurang begitulah
maksudnya.
Ada sahabat yang bertanya, apakah kejadian itu disebabkan mereka itu sikit?
Rasulullah menjawab tidak, masa itu mereka ramai, tapi ramainya macam buih di laut.
Sebab di waktu itu umat Islam di timpa dua penyakit iaitu cinta dunia dan takutkan mati . Rupanya
Rasulullah memberi panduan bahawa umat Islam menjadi lemah bagaikan buih di lautan bukan kerana
tidak cukup subsidi, tidak dapat tender, tak dapat projek atau tidak dapat AP dan macam-macam lagi
tetapi kerana 2 penyakit yang sudah menjadi wabak dan berakar umbi iaitu cinta dunia dan takut mati.
Kalau begitu beerti untuk keluar daripada kehinaan , kelemahan, kemunduran umat Islam kena tukar
strategy iaitu cinta akhirat dan sukakan kematian . Kita kena ingat bahawa syarat ini ialah untuk umat
Islam, kerana Tuhan hendakkan umat Islam membangun dan selamat di dunia dan akhirat dengan
menggunakan formula Tuhan.
Sedangkan orang cina tidak perlukan Tuhan dan Rasul untuk membangun kerana mereka tidak
dijanjikan keselamatan di akhirat . Walau setinggi manapun kemajuan dan kecemerlangan yang mereka
perolehi di dunia tetapi ia tidak berkekalan. Di akhirat nanti akan menemui kegagalan abadi selamanya.
Apakah kita ingin senasib begitu?
Apa yang dimaksudkan di sini ialah umat Islam hari ini nak kuat, nak maju, nak membangun tamadun,
nak cemerlang, gemilang dan terbilang tapi tidak bermula dengan cintakan akhirat, padahal cintakan
akhirat itulah yang akan membawa kemajuan. Beerti side effect kepada cintakan akhirat ialah
kemajuan. Bagaimana hal ini relevan untuk berlaku?
Sebenarnya apabila umat Islam sudah cintakan akhirat, cintakan mati, nak mendapat tempat isimewa di
akhirat, tentulah melalui agama. Tapi untuk mendapatkannya mestilah diberi ilmu, di beri minda supaya
faham. Kalau tidak, orang yang mendapat kesedaran beragama akan beranggapan untuk cintakan
akhirat kena solat banyak, wirid banyak, zikir banyak, baca Quran banyak, umrah banyak, akhirnya umat
jadi beku dan jumud pula.
Jangan fikir cinta akhirat itu ialah banyak ibadah. Itu hanya habluminallah (hubungan dengan Allah)
sedangkan agama ada 2 aspek, iaitu habluminalah (hubungan dengan Tuhan) dan habluminannas
(hubungan dengan manusia) .

Hubungan dengan Tuhan hanyalah satu sedangkan kalau habluminannas (hubungan sesama manusia)
itu banyak. Beerti kalau diusahakan banyak hubungan dengan manusia beerti kemajuan dengan
sendirinya akan terbangun.
Bagaimana ia berlaku? Menegakkan agama melalui hablumminannas beerti menggalakkan manusia
berkorban, kerjasama, bersatupadu, berkasih sayang, bertolak ansur dan sebagainya. Kalau berlaku
begitu maju atau tidak umat ini?
Yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam nak maju termasuk orang Melayu tetapi tidak mahu
dikaitkan dengan akhirat. Bila tidak dikaitkan dengan Tuhan, kemajuan itu merangsang tamak, sakit hati,
jatuh menjatuhkan. Ini yang silap. Umat Islam nak maju dan membangun tapi tidak dikaitkan dengan
Tuhan. Akhirnya orang fikir kemajuan tapi akhirnya membawa ke diri.
Kita berslogan mari membangun, mari berkorban tapi untuk diri. Sebab itu kita tidak boleh maju. Kita
sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri belum lagi untuk bangsa, negara dan agama. Sebenarnya
agama itu kalau di fahami, tidak payah sebut maju, maju itu akan datang sendiri. Hasil daripada cintakan
akhirat maka side effectnya ialah kemajuan.
Akibat nakkan kemajuan untuk diri, maka akan timbullah tamak haloba, gila pangkat dan kuasa akhirnya
berlakulah jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah, rasuah, politik wang dan sebagainya. Kalau begitu
jangan mimpilah nak ajak berkorban, bekerjasama demi untuk membangun dan berkemajuan.
Sebenarnya kemajuan itu ialah side effect daripada orang yang beragama. Tetapi sekarang kita nak ajak
orang Melayu maju tapi tidak guna agama, akhirnya bila dapat kemajuan pula jadi sombong , mula nak
jatuh menjatuhkan satu sama lain pula.
Jadi sebenarnya kita tidak payah sebut maju, hakikatnya bila beragama betul-betul maka akan lahirlah
kemajuan . Tapi kalau tiap-tiap hari sebut maju cemerlang, gemilang terbilang tapi tidak dikaitkan
dengan Tuhan kesan daripada kemajuan itu sangat rosak dan merosakkan. Bila kita dapat projek orang
tidak senang, orang dapat kita tidak senang pula. Formula nak maju begini tidak betul, nak maju itu kena
cintakan akhirat, kena berkorban, jadi majulah.Tak perlu sebut maju. Bangunkan habluminallah dan
habluminannas maka akan lahirlah kemajuan. Macamlah orang yang nak anak tapi dia tidak mahu
kahwin boleh ke?
Begitulah kemajuan, fahamkan agama dengan betul, bila di amalkan maka anak daripada hasil agama
ialah kemajuan. Hari ini bila pemimpin dah jahil, dah tidak faham, bersidanglah lima hari lima malam
pun, hasilnya orang Melayu tak ke mana, nak maju tapi hanya untuk diri. Cara itu hanyalah untuk diri
sendiri bukannya untuk bangsa, sebab ia tidak di kaitkan dengan agama.
Kalau tidak masakan Rasulullah berkata orang yang paling bijak ialah yang banyak mengingati mati .
Kalau begitu marilah kita lancarkan satu resolusi baru, yakni Dasar Cintakan Akhirat. Maka bijaklah umat
ini apabila telah kembali ke landasan sebenar menjadikan Tuhan dan Rasul sebagai rujukan utama
dalam memperkasakan ummah. Maka side effect daripadanya akan terbangunlah kemajuan yang
selamat lagi menyelamatkan.

You might also like