You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU


KELANTAN DARUL NAIM

BMMB3203
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Nama : FIKRI ALIM BIN ZULKIFLI
No. K/P : 031014-01-0069
Angka Giliran :
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2022
Unit : BAHASA MELAYU 2 (SK)
Nama : EN MUHAMMAD NORRUDIN
Pensyarah BIN ABDUL AZIZ
Tarikh Hantar : 28 FEBRUARI 2023

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: natasha Tarikh : 28 Februari 2023

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: Fikri Tarikh : ___28/2/2023_________

Kriteria Penulisan Penghasilan Jumlah


(30%) Produk (30%)
Pemeriksa 1

Pemeriksa 2

I
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
BORANG MAKLUM BALAS PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PROJEK/AMALI)

Nama: Fikri Alim Bin Zulkifli Angka Giliran Pelajar:

Tajuk Tugasan: Morfologi Bahasa Melayu

Pensyarah: Kursus/Mata Pelajaran:

Muhammad Norrudin bin Abdul Aziz BMMB3203: Morfologi Bahasa Melayu

Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah):


Tarikh Hantar: 28 Februari 2023

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa tugasan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: Tarikh:

( nama )

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa: Moderator (jika berkenaan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaik: Aspek yang boleh diperbaik:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan saya
fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

2
BIODATA PELAJAR

Gambar

NAMA : FIKRI ALIM BIN ZULKIFLI


NOMBOR K/P : 031014-01-0069
E-MEL : 915-16-FIKRI@EPEMBELAJARAN.EDU.MY
NO. TEL : 013 791 3418
PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2022
KURSUS : BAHASA MELAYU
TARIKH LAHIR : 14 OKTOBER 2003
NAMA PENJAGA : ZULKIFLI BIN KAMIS
NO. TEL. PENJAGA : 013 710 8166
ALAMAT : NO.32, JALAN DAMAI, TAMAN DAMAI, 83000, BATU
PAHAT, JOHOR

3
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawa penulisan laporan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : fikrislim

Nama Pelajar : Fikri Alim bin Zulkifli

Tarikh : 28 Februari 2023

4
PENGHARGAAN

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG”

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan kursus
BMMB3203 Morfologi Bahasa Melayu dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang
cukup mencabar sebagai bakal guru.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada En. Muhammad Norrudin bin Abdul Aziz, pensyarah yang mengajar bagi subjek ini
atas segala perkongsian dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan tugas.

Juga ucapan terima kasih ini semestinya tidak dilupakan buat semua ahli keluarga atas
sokongan moral dan dukungan doa yang diberikan. Buat semua warga IPG Kampus Kota
Bharu dalam setiap kemudahan yang disediakan, terima kasih juga.

Akhir sekali, buat semua rakan bakal guru seperjuangan, terima kasih dengan setiap
perkongsian ilmu, idea dan huluran bantuan seiring tujuan kita bersama. Semoga kita semua
sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insya-Allah.

“KAMI BANGGA MENJADI GURU”

Fikri Alim bin Zulkifli / 28 Februari 2023

5
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Halaman Perakuan i

Penghargaan ii

Senarai Kandungan iii

1.0 Pengenalan 1

2.0 Bentuk Kata 2

2.1 Kata Tunggal 3

2.2 Kata Terbitan 4

2.3 Kata Majmuk 5

2.4 Kata Ganda 7

3.0 Rumusan 9

RUJUKAN 10

6
TUGASAN 1: PENULISAN (Tugasan Individu-30%)

Secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu
morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang
mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Hal ini demikian kerana kedua-
duanya berbeza dari segi fungsi dan konsep (Nik Safiah Karim et al.,2004).

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki melaksanakan satu penulisan yang


menjelaskan maksud morfologi dan bentuk-bentuk kata bahasa Melayu berserta contoh yang
sesuai.

1.0 Pengenalan

Kajian mengenai bahasa telah dijalankan dalam suatu tempoh yang panjang. Secara
umumnya, setiap bahasa mempunyai sistem yang tersendiri. Bahasa Melayu mempunyai sistem
yang spesifik dan terbentuk daripada unsur-unsur yang membawa kepada pembentukan satu
sistem. Sistem bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sintaksis atau
tatabahasa dan morfologi.

Istilah morfologi dikenalpasti berakar daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu ‘morf’ yang
membawa maksud bentuk dan perkataan ‘logi’ pula bermaksud kajian. Morfologi adalah bidang
kajian linguistik tentang struktur, bentuk serta golongan kata. Menurut Abdullah Hassan(2006),
morfologi merupakan bidang linguistik yang berperanan untuk mengkaji kaedah kata dibentuk
seiring dengan unsur-unsur pembentukan kata, proses pembentukan kata serta penghasilan
bentuk kata. Morfologi merupakan kajian yang membincangkan selok-belok bentuk kata dan juga
fungsi perubahan bentuk kata seperti fungsi semantik dan juga fungsi tatabahasa(Ramlan,2009).
Nida(1962) menjelaskan pendapatnya bahawa morfologi merupakan kajian tentang morfem serta
gabungan morfem yang membentuk kata.

Di samping itu, morfologi mempunyai unsur-unsur yang tersendiri, iaitu morfem dan kata.
Morfem berada di tingkat terbawah dalam bidang morfologi manakala kata berada di atasnya.
Kajian tentang morfem dan kata melibatkan bentuk kata, golongan kata dan proses pembentukan

7
kata. Morfem ialah unsur tatabahasa terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa.
Morfem terbahagi kepada dua bahagian iaitu morfem bebas serta morfem terikat. Selain itu, kata
merupakan lambang yang mempunyai susunan fonem yang tetap. Kata mengandungi satu
morfem atau lebih yang merupakan bentuk bebas terkecil yang berperanan sebagai unsur dalam
ayat. Menurut Chaer(2008), kata ialah unsur terpenting dalam bahasa. Kata terbahagi kepada
dua asas iaitu akar kata dan juga dasar kata.

2.0 Bentuk Kata

Setiap ayat yang terkandung dalam sistem bahasa Melayu terdiri dari kata. Setiap kata
mempunyai bentuk yang tersendiri. Bentuk kata ialah kaedah sesuatu kata dibentuk hingga
menjadi sesuatu struktur. Setiap struktur kata boleh terdiri daripada satu morfem atau lebih.
Bentuk kata boleh dikelaskan kepada empat kategori iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata ganda
serta kata majmuk.

2.1 Kata Tunggal

Kata tunggal merupakan bentuk kata yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan
kata seperti penggandaan, pemajmukan serta pengimbuhan. Kata tunggal terhasil daripada
gabungan bunyi yang berpandukan suku kata. Pemisahan kata tunggal kebiasaannya berlaku
berdasarkan suku kata lalu menghasilkan pola suku kata. Selain itu, kata akronim juga boleh
dikelaskan ke dalam kata tunggal misalnya tabika, kugiran dan lain-lain lagi. Golongan kata bagi
kata tunggal dapat dikategorikan seperti berikut:

Golongan Kata Tunggal Contoh


Kata Nama Tunggal harimau, itik, baju
Kata Kerja Tunggal pecah, karam, hancur
Kata Adjektif Tunggal besar, tinggi, masam
Kata Tugas Tunggal sedang, oleh, sangat

Antara ciri kata tunggal ialah terdiri daripada satu morfem bebas sahaja serta tidak menerima
sebarang proses pembentukan kata. Kata tunggal juga tidak boleh dipisah-pisahkan kepada
bentuk yang lebih ringkas yang bermakna dan mampu membentuk bentuk dasar. Secara
ringkasnya, kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat pola suku kata iaitu kata tunggal satu

8
suku kata, kata tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata serta kata tunggal lebih empat
suku kata.

2.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata

Bil Pola Suku Kata Contoh


1 KV ya, mi
2 VK ah, eh, am
3 KVK rel, tin, lap
4 KKVK krim, draf, dril
5 KVKK teks, zink, golf
6 KKKV skru
7 KKKVK straw, skrin

2.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata

Bil Pola Suku Kata Contoh


1 V+KV isi, ulu, iri
2 V+VK air, aur, ais
3 V+KVK emas, usik, obor
4 VK+KV inci, erti, asli
5 VK+KVK intan, akrab, ampun
6 KV+V dia, tua, dua
7 KV+VK tuah, jauh, liar
8 KV+KV buku, mata, sama
9 KV+KVK tekak, kelas,corak
10 KVK+KV lampu, bantu, sendi
11 KVK+KVK sandar, junjung, bangsal

2.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata

9
Bil Pola Suku Kata Contoh
1 KV+V+KV biasa, niaga, cuaca
2 KV+V+KVK tiarap, ziarah
3 V+KV+V anoa, usia, urea
4 KV+KV+V mulia, cerai
5 KVK+KV+V landau, rahsia, mentua
6 KV+KV+VK keruan, rasuah
7 KVK+KV+VK tempias, lengkuas
8 V+KV+KV irama, udara, azali
9 V+KV+KVK ibarat, ijazah
10 VK+KV+KV asrama, indera

2.1.4 Kata Tunggal Lebih Empat Suku Kata

Bil Pola Suku Kata Contoh


1 KV+KV+VK+KV keluangsa
2 KV+KVK+KV+KV sayembara, peristiwa
3 KVK+KV+KV+KV bendahara, laksamana
4 KVK+KV+V+KV sentiasa
5 Kv+KV+KV+KV serigala, dinihari
6 KV+KV+KV+KVK munakahat, parajurit
7 KVK+KV+KV+KVK sentimeter
8 KVK+KVK+KV+KV dispensari
9 KV+KV+V+KVK nasional
10 V+KV+KVK+KV+KVK universiti
11 KVK+KV+KV+KV+KVK cenderawasih
12 KV+KV+KV+KV+KV+KV maharajalela

2.2 Kata Terbitan

Kata terbitan merupakan bentuk kata wujud hasil daripada proses pembentukan kata
pengimbuhan. Dengan erti kata lain, kata terbitan mengandungi dua morfem atau lebih, iaitu
morfem terikat dan morfem bebas. Kata terbitan boleh dipenggal-penggalkan kepada beberapa

10
bentuk yang lebih kecil yang bermakna serta perlu ditanda dengan imbuhan atau morfem terikat.
Kata terbitan terbahagi kepada empat iaitu kata terbitan berawalan, kata terbitan berakhiran, kata
terbitan berapitan serta kata terbitan bersisipan. Imbuhan awalan diletakkan pada kata dasar
untuk menerbitkan kata nama terbitan, kata kerja terbitan dann kata kerja terbitan.

2.2.1 Kata Terbitan Berawalan

Bil Awalan Kata Dasar Contoh


1 pe- lukis pelukis
2 peN- jual penjual
3 peR- bara perbara
4 ke- ketua ketua
5 se- baik sebaik
6 KKKV jumpa berjumpa
7 KKKVK baik terbaik
8 meN- masak memasak
9 di- baca dibaca

2.2.2 Kata Terbitan Berakhiran

Bil Akhiran Kata Dasar Contoh


1 -an gubah gubahan
2 -kan laksana laksanakan
3 -i jauh jauhi

2.2.3 Kata Terbitan Berapitan

Bil Pola Suku Kata Kata Dasar Contoh


1 pe-…-an dalam pedalaman
2 peN-…-an dalam pendalaman
3 peR-…-an lawan perlawanan
4 ke-…-an kuat kekuatan
5 beR-…-an peluk berpelukan

11
6 beR-…-kan selimut berselimutkan
7 meN-…-kan beli membelikan
8 meN-…-i jauh menjauhi
9 di-…-kan tidur ditidurkan
10 di-…-i racun diracuni
11 ke-…-an racun keracunan

2.1.1 Kata Terbitan Bersisipan

Bil Pola Suku Kata Kata Dasar Contoh


1 -em- serbak semerbak
2 -er- suling seruling
3 -el- ganggang gelanggang
4 -in- sambung sinambung

3.3 Kata Majmuk

Kata majmuk ialah bentuk kata yang terhasil daripada proses pemajmukan, iaitu proses
merangkaikan dua kata atau lebih yang membentuk kata dengan maksud yang baharu. Secara
asasnya, gabungan kata dasar yang berfungsi satu unit yang menyokong satu maksud khusus
merupakan komponen utama kata majmuk. Ejaan setiap kata majmuk kebiasaannya dieja secara
berjarak di antara kata dasar tetapi terdapat sebahagian kecil kata majmuk yang dieja secara
bergabung. Kata majmuk yang dikenali sebagai kata majmuk mantap adalah seperti
jawatankuasa, olahraga, matahari dan sukarela.

Selain itu, kata majmuk terbahagi kepada tiga golongan kata iaitu kata nama majmuk, kata
adjektif majmuk dan kata kerja majmuk. Antara ciri kata majmuk adalah terdiri daripada dua
morfem bebas atau lebih. Struktur kata majmuk tidak dapat diubah dan sebarang unsur kata tidak
boleh diselit di antara kata majmuk. Kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kata
majmuk rangkaian kata bebas, kata majmuk istilah serta kata majmuk kiasan. Antara contoh kata
majmuk kiasan atau lebih dikenali sebagai simpulan bahasa adalah naik minyak dan lintah darat.
Nota kaki dan pelan induk merupakan contoh bagi kata majmuk istilah.

12
3.4 Kata Ganda

Akhir sekali, kata ganda ialah salah satu bentuk kata yang terhasil daripada proses
menggandakan kata dasar atau lebih dikenali sebagai proses penggandaan. Kata ganda juga
dikenali sebagai kata yang diulang. Semua kata ganda perlu diletakkan tanda sempang kecuali
kata ganda separa tunggal. Kata ganda terdiri daripada beberapa golongan kata seperti kata
kerja ganda, kata nama ganda dan kata adjektif ganda. Antara ciri kata ganda adalah seperti
yang berikut.

Bil Ciri Contoh


1 Terbentuk daripada dua morfem atau lebih Kerusi-kerusi

2 Mengalami proses penggandaan Seluar= seluar-seluar


3 Mengandungi tanda sempang kecuali kata ganda
Tamu-tamu=tatamu=tetamu
separa tunggal (tiada penggunaan tanda sempang)

Akhir sekali, kata ganda terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa
serta kata ganda berentak. Antara contoh kata ganda penuh ialah bas-bas, wanita-wanita dan
malu-malu. Kata ganda separa seperti rerambut dan lelabah merupakan kata yang digandakan
sebahagian kata dasar sama ada yang terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Kata
ganda berentak merupakan kata yang digandakan berdasarkan rentak bunyi yang tertentu.
Antara contoh kata ganda berentak ialah lintang-pukang, kaya-raya dan gotong-royong.

4.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, morfologi dapat dirumuskan sebagai salah satu bidang yang sangat
penting untuk diperi perhatian terutamanya buat para pengkaji bahasa Melayu kerana bidang
morfologi ini menekankan kajian yang mendalam mengenai sistem bahasa. Bidang morfologi
yang menjadi tunjang kepada pembentukan generasi masa depan yang peka terhadap
perkembangan penggunaan bahasa Melayu yang asli. Setiap pihak terutamanya warganegara
Malaysia yang berwibawa seharusnya mendalami setiap ciri-ciri bentuk kata bagi memastikan
mereka dapat menggunakan sistem bahasa Melayu yang tepat dalam kehidupan seharian.

13
Rujukan

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur. PTS Profesional Learning Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. PTS Profesional
Learning Sdn. Bhd.

Chaer, A. (2008). Morfologi Bahasa Indonesia Pendekatan Proses. Jakarta: Rineka Cipta

M. Ramlan. (2009). Morfologi, Suatu Tinjauan Deskriptif: Ilmu Bahasa Indonesia. Yogyajakarta:
UP Karyono.

Nida, Eugene. A. (1962). Morphology The Decriptive Analysis of Words. Ann Arbor: The
University of Michigan Press.

14

You might also like