You are on page 1of 17

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

CONTOH KERJA KURSUS

SEJARAH
KERTAS 4
TEMA : SEJARAH TEMPAT

2019
(PENGGAL 2 )

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

@himpunan_nota_stpm_senior_cikgu
https://t.me/himpunan_nota_stpm_senior_cikgu

GROUP RASMI :
@SembangSTPM
https://t.me/SembangSTPM

1
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

TAJUK : PERKEMBANGAN KAMPUNG SUNGAI TIRAM, JOHOR DARI 1990

HINGGA 2015.

PENGENALAN :

Kampung boleh didefinisikan sebagai kawasan kediaman yang terdiri daripada

sekumpulan rumah dan lain-lain yang berada di luar bandar 1. Kampung juga dikenali

sebagai desa . Di Johor, terdapat pelbagai kampung yang wujud termasuklah

2

Kampung Sungai Tiram 3

. Kampung Sungai Tiram terletak di antara sempadan

kawasan Pasir Gudang dengan sempadan kawasan Kota Tinggi 4. Kampung Sungai

Tiram telah wujud sejak tahun 1950-an lagi 5. Nama Kampung Sungai Tiram diambil

berdasarkan suatu cerita zaman dahulu di mana kampung ini mempunyai sebatang

sungai yang mengalir dan dipenuhi dengan tiram yang besar 6. Sungai bermaksud tali

air yang semula jadi, batang air 7

manakala tiram pula merupakan sejenis hidupan

laut yang mempunyai cengkerang. Pada tahun 1950-an, kawasan perkampungan ini

hanya wujud beberapa kaum sahaja. Selepas tahun 1990, komposisi penduduk di

kampung ini semakin bertambah. Kesannya, keluasan Kampung Sungai Tiram juga

semakin meluas. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk merintis sejarah

awal Kampung Sungai Tiram. Selain itu, penulis ingin mengkaji tentang

perkembangan dan kejayaan yang pernah di Kampung Sungai Tiram.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

1
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

SEJARAH AWAL KAMPUNG SUNGAI TIRAM :

Sejarah Kampung Sungai Tiram telah bermula apabila kampung ini telah

diterokai pada tahun 1950-an 8

. Kampung ini telah diterokai oleh penduduk

berbangsa Melayu berketurunan Jawa . Masyarakat Melayu Jawa tersebut

9

merupakan penduduk terawal yang wujud dan tinggal di Kampung Sungai Tiram ini.

Selain itu, di kawasan kampung ini mempunyai sebatang sungai yang panjang

dan luas sehingga mampu dijadikan sebagai laluan air untuk pengangkutan.

Pengangkutan air yang sering digunakan oleh penduduk ialah sampan . Pada tahun
10

1950, penduduk menggunakan laluan air iaitu sungai untuk menghubungkan antara

kawasan Kampung Sungai Tiram dengan kawasan Kampung Bukit Dagang .

11

Selain itu, pada tahun yang sama, di sungai tersebut, penduduk akan mengutip

tiram-tiram yang besar 12

. Akan tetapi, penduduk di kampung ini tidak menjual tiram

tersebut, sebaliknya hanya dijadikan sebagai lauk-pauk untuk santapan harian 13

.

Oleh itu, tiada kegiatan jual beli yang dijalankan dalam penjualan tiram. Hal ini

menunjukkan bahawa penduduk di kampung ini mempunyai kemahiran dalam

mengutip tiram di sungai. Dari sinilah nama Kampung Sungai Tiram diambil sempena

penemuan sungai yang besar dan mempunyai tiram-tiram yang besar.

Seterusnya, pada tahun 1990, keluasan Kampung Sungai Tiram adalah

berkeluasan 12.0 kilometer persegi 14

. Pada sekitar tahun ini juga, penduduk di

Kampung Sungai Tiram hanya berjumlah lebih kurang 5000 orang penduduk yang

terdiri daripada pelbagai kaum. Antara kaumnya ialah masyarakat kaum Jawa,

Melayu, Boyan, Bugis, Kemboja, India, Cina dan Orang Asli 15

.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

2
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

PERKEMBANGAN KAMPUNG SUNGAI TIRAM:

Perkembangan didefinisikan sebagai satu proses atau tahap pertumbuhan ke

arah yang lebih maju 16

. Hal ini bermakna, perkembangan ialah perubahan sesuatu ke

arah yang lebih positif dan matang.

Antara tahun 1990 sehingga tahun 2009, dilihat tiada berlakunya perkembangan

yang terlalu ketara. Selain itu, perkembangan juga hanya berlaku sedikit demi sedikit.

Pada tempoh tahun ini, dilihat hanya kegiatan perniagaan sahaja yang menyerlah.

Dalam tempoh tahun ini juga, terdapat kedai-kedai runcit dan kedai makan sahaja.

Perkembangan di Kampung Sungai Tiram telah berlaku dan dikenal pasti telah

bermula pada tahun 2010 sehingga kini . Mengikut dari segi perkembangan di
17

Kampung Sungai Tiram, pengkaji dapat melihat dari pelbagai aspek. Antara aspek

tersebut ialah dari segi perubahan kawasan Kampung Sungai Tiram, ekonomi, sosial,

perubahan kemudahan asas, organisasi penduduk, dan komposisi masyarakat.

PERUBAHAN KAWASAN KAMPUNG

Bagi tahun 1970, keluasan Kampung Sungai Tiram hanyalah seluas 10.0 km

persegi. Keluasan kampung ini kekal sehingga tahun 1980. Oleh itu, tiada

perkembangan dari segi keluasan yang berlaku dalam tempoh tahun tersebut. Pada

tahun 1990, Kampung Sungai Tiram telah berkembang dari segi keluasannya. Dari

tahun ke tahun, keluasan kawasan Kampung Sungai Tiram semakin bertambah atas

pelbagai faktor. Faktor yang paling dominan ialah pertambahan penduduk yang

berlaku sekitar tahun tersebut .

18

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

3
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Pada tahun 1990, keluasan Kampung Sungai Tiram adalah berkeluasan 12.00

km persegi. Selain itu, bilangan penduduk pada tahun tersebut juga adalah sebanyak

5000 orang penduduk yang terdiri dari pelbagai kaum. Bilangan penduduk ini

merupakan pertambahan yang kecil dari 10 tahun sebelumnya. Pada tahun 1980,

penduduk di Kampung Sungai Tiram hanyalah seramai 3500 orang penduduk.

Bilangan penduduk ini bertambah sedikit demi sedikit sehinggalah pada tahun 1990.

Pada tahun 1995, Kampung Sungai Tiram telah bertambah keluasan daripada

12.0 km persegi kepada 15.0 km persegi. Hal ini kerana berlakunya pembukaan

kawasan kampung baharu yang dikenali sebagai Kampung Mulia . Selain itu,
19

berlakunya pertambahan penduduk kampung yang drastik sekali. Kesannya

pembahagian kampung telah dilaksanakan. Kampung Sungai Tiram telah dibahagikan

kepada tujuh buah kampung yang lebih kecil. Impaknya, Kampung Sungai Tiram

telah didaftarkan sebagai Mukim Sungai Tiram. Selain itu, disebabkan pembahagian

kampung ini, pelantikan ketua kampung juga berubah. Ketua kampung telah dilantik

bagi setiap tujuh kampung kecil tersebut. Antara kampung tersebut ialah Kampung

Sungai Tiram, Kampung Mulia, Kampung Air Puteh, FELDA Sungai Tiram,

Kampung Perigi Acheh, Kampung Tanjung Langsat dan Kampung Kong Kong .
20

Perlantikan ketua kampung telah dipilih berdasarkan latar belakang mereka

sebagai anak jati di kampung yang ditadbir oleh mereka. Kesannya, terdapat 7 orang

ketua kampung dan seorang penghulu di bawah satu Mukim Sungai Tiram .
21

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

4
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

PERKEMBANGAN EKONOMI

Pada sekitar tahun 1950, dilihat tiada kegiatan ekonomi yang rancak berlaku.

Hal ini kerana, kebanyakan penduduk hanya menjalankan aktiviti menangkap tiram

dan hidupan laut yang lain. Penduduk pula tidak menjual hasil tangkapan tersebut.

Selain itu, penduduk juga melaksanakan pertanian secara kecil-kecilan. Antara

tanaman pertanian yang dilaksanakan ialah sayur-sayuran seperti cendawan serta

buah-buahan. Begitu juga dengan pertanian, mereka tidak menjual hasil pertanian

mereka kerana majoriti penduduk kampung mempunyai kemahiran untuk bertani 22

.

Hal ini menyebabkan tiada kegiatan ekonomi yang berlaku dengan terlalu jelas.

Pada sekitar tahun 1990, kegiatan ekonomi semakin diberi perhatian secara

menyeluruh. Perubahan dan perkembangan ini didorong oleh pertambahan penduduk

yang berlaku di Kampung Sungai Tiram. Pelbagai kegiatan ekonomi yang dominan

telah dijalankan. Antara kegiatan ekonomi tersebut ialah perniagaan barang runcit,

dan pembukaan kedai makan. Kegiatan ekonomi ini kekal sehingga kini malah

semakin berkembang dan bertambah maju.

Bagi kegiatan menangkap hasil laut pula hanya dilakukan oleh penduduk Orang

Asli yang tinggal di kawasan Kampung Dagang dan Kampung Pasir Salam 23
. Bagi

pertanian yang pernah dilaksanakan pada tahun 1950 tersebut juga kekal sehingga

tahun 1990 malah semakin bertambah dengan pelbagai tanaman yang ditanam. Antara

pertanian yang wujud ialah tanaman pokok pisang, tembikai, rambutan, durian, dan

lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga penduduk yang menjalankan aktiviti

penternakan. Antara binatang ternakannya ialah kambing, ayam dan juga lembu dan

kegiatan penternakan tersebut kekal sehingga kini.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

5
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Pada tahun 2000, penambahan kedai runcit telah berlaku. Di sini dapat dilihat

pelbagai kedai runcit yang dibuka seperti Kedai Runcit Z Mart, Kedai Runcit Sarkom

dan lain-lain lagi. Pembukaan kedai runcit ini telah memudahkan penduduk untuk

memperoleh barang keperluan mereka seperti minyak masak, tong gas, dan

sebagainya.

Selain itu, wujudnya pelbagai pasar di Kampung Sungai Tiram seperti pasar

tani, dan pasar mingguan. Bagi pasar tani, pernah dibuka di Kampung Mulia. Pasar

tani ini menjual keperluan penduduk dari segi makanan dan minuman. Antaranya

ialah sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan segera. Hal ini menunjukkan bahawa

berlakunya kepesatan kegiatan ekonomi yang telah meyumbang kepada kemajuan

kampung seiring dengan kemajuan negara. Bagi pasar mingguan pula telah diadakan

pada hari Khamis dan hari Rabu di Kampung Sungai Tiram dan di Kampung Mulia.

Pasar mingguan ini menjual pakaian yang dipelopori oleh masyarakat Kemboja dan

juga makanan yang dipelopori oleh masyarakat Melayu dan Boyan 24

.

Perkembangan tersebut terus berlaku sehingga tahun 2015 dan kini malah

perkembangan semakin bertambah baik dan memberangsangkan. Pada tahun 2015,

pembukaan rumah tumpangan telah membantu dalam menyediakan peluang pekerjaan

yang baik di kampung ini. Terdapat 8 cawangan rumah tumpangan yang wujud di

kampung ini. Hal ini berlaku atas faktor kedatangan pelancong ke kampung ini. Hal

ini menunjukkan Kampung Sungai Tiram mempunyai daya tarikan yang tersendiri

sehingga menerima kunjungan pelancong terutamanya dari negeri lain seperti

Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka serta dari luar negara seperti Jepun 25
.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

6
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Selain itu, wujudnya pusat dobi di Kampung Mulia untuk memudahkan

penduduk mendapatkan perkhidmatan secara berdekatan berbanding terpaksa ke luar

bandar. Selain itu, berlakunya penambahbaikan surau dan masjid. Masjid dan surau

telah diperlebarkan supaya dapat menampung bilangan penduduk kampung untuk

menunaikan ibadat. Selain itu, berlaku juga penambahbaikan di Savanna Hills dan

Tiram Indah Village . Kedua-dua kawasan ini telah diperluas untuk memberi
26

keselesaan kepada pengunjung yang hadir. Sebagai contoh, Savanna Hills telah

membina sebuah taman tema air yang menarik. Bagi Tiram Indah Village pula,

mereka telah menambah bilangan aktiviti dan perkhidmatan yang pelbagai.

PERKEMBANGAN SOSIAL

Sekitar tahun 2010, pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan dilaksanakan di

kampung ini untuk merapatkan jurang perkauman antara kaum. Antara aktiviti sosial

yang wujud ialah marhaban, kompang dan bacaan Yaasiin yang diadakan dalam

majlis tertentu. Selain itu, wujudnya persatuan kebudayaan seperti KPW yang

merupakan persatuan yang mengajar dan mengadakan persembahan zapin. Kumpulan

ini terkenal sehingga ke peringkat negeri. Selain itu, wujudnya kelab aerobik yang

bergiat aktif dan melaksanakan latihan mereka di Dewan Serbaguna Sungai Tiram.

Selain itu, wujud juga aktiviti gotong-royong perdana yang disertai oleh

penduduk kampung. Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan kawasan perumahan

dan kawasan kemudahan awam yang wujud di kampung tersebut. Aktiviti ini akan

dilaksanakan di setiap kampung yang didaftarkan di bawah Mukim Sungai Tiram 27

.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

7
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

PERUBAHAN KEMUDAHAN ASAS

Dari segi perubahan kemudahan asas, di Kampung Sungai Tiram terdapat

pelbagai jenis infrastruktur dan kemudahan yang telah dibina. Antara kemudahan

yang telah dibina ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram dan Sekolah Agama

Sungai Tiram yang wujud sekitar tahun 1970. Selain itu, bagi Sekolah Menengah

Kebangsaan Sungai Tiram pula telah dibina dan diguna pakai sekitar tahun 2010.

Bagi kemudahan latihan pula, telah wujudnya Pusat KEMAS di Kampung Mulia yang

mengajar menjahit pakaian dan membuat kek kepada penduduk di kampung ini 28
.

Seterusnya, wujudnya pusat jalur lebar di Kampung Sungai Tiram sekitar tahun

2010 . Selain itu, pusat jalur lebar ini menyediakan rangkaian Internet bagi seluruh
29

Kampung Sungai Tiram dan Kampung Mulia. Selain itu, wujud juga pengagihan

komputer secara percuma bagi penduduk yang kurang berkemampuan.

Selanjutnya, berlaku juga pertambahan rumah. Rumah yang dibina ialah rumah

persendirian dan rumah sewa. Selain itu, pada tahun 2015, projek pembinaan rumah

Penempatan Perumahan Rakyat atau lebih dikenali sebagai rumah bantuan telah

dilaksanakan . Rumah bantuan ini telah dibina untuk penduduk yang kurang
30

berkemampuan untuk mempunyai rumah persendirian.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

8
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

ORGANISASI DAN KOMPOSISI PENDUDUK

Pada tahun 1990, Kampung Sungai Tiram hanya mempunyai seorang ketua

kampung, seorang penghulu dan beberapa ahli jawatan tertinggi. Selain itu, bilangan

penduduk yang kurang juga memudahkan urusan untuk ditadbir oleh seorang ketua

kampung sahaja. Pada tahun 1995, berlakunya perubahan jawatan ketua kampung.

Jawatan ketua kampung telah bertambah apabila berlakunya pembahagian kampung.

Terdapat tujuh orang ketua kampung yang dilantik untuk mentadbir tujuh buah

kampung tersebut. Setiap seorang ketua kampung akan mentadbir sebuah kampung.

Pada tahun 1990, penduduk di Kampung Sungai Tiram adalah seramai 5000

orang penduduk. Pada tahun 1995, penduduk Kampung Sungai Tiram telah

bertambah lebih kurang 6000 orang penduduk. Seterusnya, pada tahun 2015,

pertambahan bilangan penduduk telah berlaku secara drastiknya. Pada tahun tersebut,

seramai 9500 orang penduduk yang menetap di kawasan Kampung Sungai Tiram 31
.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

9
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

KEJAYAAN KAMPUNG SUNGAI TIRAM

Maksud kejayaan ialah hal berjaya, kemenangan dan kemajuan . Secara

32

umumnya, kejayaan bermaksud sesuatu kemenangan yang diraih dalam sesuatu

perkara setelah menetapkan sasaran yang ingin dicapai dan berjaya mencapainya.

Dalam kajian ini, pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh Kampung Sungai Tiram

termasuklah penduduknya. Pengkaji dapat mengelaskan kejayaan yang diraih di

Kampung Sungai Tiram dalam pelbagai peringkat seperti peringkat kampung, daerah,

negeri dan kebangsaan. Selain itu, kejayaan yang diraih juga merupakan hasil usaha

penduduk kampung ini. Antara kejayaan yang pernah diraih ialah anugerah-anugerah

peringkat kampung, kejuaraan dalam pelbagai bidang dan sebagainya.

Pada tahun 2006, Kampung Sungai Tiram pernah mengungguli beberapa

anugerah bagi peringkat kampung. Antara anugerah tersebut ialah, “Anugerah Desa

Sejahtera” kerana kejayaan kampung ini dalam mengekalkan persekitaran kampung

yang bersih. Anugerah tersebut diraih sebanyak dua kali bagi perwakilan Kampung

Sungai Tiram dan Kampung Mulia. Bagi Kampung Sungai Tiram telah memenangi

tempat pertama manakala Kampung Mulia telah memenangi tempat keempat. Selain

itu, anugerah ini telah disampaikan oleh Majlis Daerah Johor Bahru .
33

Pada tahun 2006 juga, Kampung Sungai Tiram pernah meraih tempat kedua

dalam “Anugerah Surau Terbaik”. Pada tahun 2013, Kampung Sungai Tiram berjaya

melahirkan para pengaji Al-Quran. Para pengaji Al-Quran ini telah banyak kali

meraih kejuaraan sehingga ke peringkat antarabangsa . Hal ini sekali gus telah
34

mengharumkan nama Kampung Sungai Tiram di peringkat antarabangsa.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

10
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Seterusnya, pada tahun 2013, Kampung Sungai Tiram juga berjaya melahirkan

usahawan PKS yang berjaya di peringkat negeri 35

. Usahawan-usahawan tersebut

merupakan usahawan yang menjual produk makanan seperti mi siput, jeruk buah dan

sebagainya. Dengan kelahiran usahawan berjaya ini, sekali gus mampu menaikkan

taraf ekonomi setempat di Kampung Sungai Tiram. Selain itu, dapat memberi tunjuk

ajar kepada pengusaha yang lain dalam menjana pendapatan yang lebih lumayan.

Selanjutnya, pada tahun 2014, Kampung Sungai Tiram pernah meraih

kejuaraan peringkat kampung dalam pertandingan “Tarian Zapin dan Kebudayaan”.

Kejayaan tersebut telah membawa kesan yang baik apabila kumpulan KPW diterima

sebagai guru tarian bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram dan Tadika KEMAS. Hal

ini bertujuan untuk mengajar anak-anak Kampung Sungai Tiram mengenai tarian

zapin sehingga ada yang memasuki pertandingan zapin peringkat sekolah 36

.

Selain itu, Kampung Sungai Tiram berjaya melahirkan persatuan senam aerobik

yang berjaya menempah nama sehingga ke peringkat daerah. Persatuan tersebut

dahulunya dikenali sebagai Mahkota Dewi dan kini dikenali dengan nama baharu

iaitu Mama Roses. Kejayaan persatuan ini dapat dilihat apabila sering menerima

jemputan untuk mengadakan senam aerobik di sekolah bagi acara 1Murid 1Sukan.

Selain itu, persatuan ini juga pernah membuat persembahan sempena Hari Sukan

Negara di peringkat daerah Pasir Gudang .

37

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

11
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Seterusnya, kejayaan dalam membina jambatan besi di Kampung Sungai Tiram.

Jambatan besi ini berjaya dibina pada tahun 2017 bagi mengelakkan terputusnya

bekalan apabila berlaku banjir. Sebelum ini, Kampung Sungai Tiram hanya

mempunyai jambatan kayu yang pernah terputus apabila berlakunya banjir besar. Hal

ini seperti yang pernah berlaku pada tahun 1981 dan 1990. Selepas tahun 2016,

jambatan besi dibina dan diguna pakai walaupun banjir melanda kampung tersebut .
38

Selain itu, Kampung Sungai Tiram juga berjaya mewujudkan Pusat Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang memberi kemudahan kepada penduduk di

kampung ini . Selain itu, dengan kemudahan TMK ini, Kampung Sungai Tiram
39

dapat mempnyai web rasmi dan portal rasmi bagi meletakkan beberapa informasi

mengenai Kampung Sungai Tiram. Hal ini telah memudahkan penduduk kampung

untuk mengetahui perkembangan yang berlaku di Kampung Sungai Tiram dari

semasa ke semasa.

Seterusnya, Kampung Sungai Tiram juga telah berjaya mendapatkan kelulusan

bagi beberapa idea yang pernah disuarakan oleh ahli jawatankuasa di kampung

tersebut dalam mesyuarat tahunan mereka. Antaranya ialah pembinaan pejabat pos

bagi memudahkan urusan penghantaran surat dan barang 40

. Selain itu, dapat

memudahkan dan menjimatkan masa bagi peniaga atas talian yang wujud di kampung

ini. Seterusnya, dapat meneruskan dan menambah lagi pembinaan rumah bantuan

rakyat. Disebabkan penambahan penduduk yang berlaku sejak belakangan ini, rumah

bantuan rakyat berjaya dibina dari semasa ke semasa.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

12
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Kejayaan seterusnya, Kampung Sungai Tiram pernah menerima kunjungan

pelancong-pelancong dari negara Jepun. Pelancong-pelancong tersebut terdiri

daripada pelajar-pelajar dan guru-guru yang membuat lawatan sambil belajar ke

kampung ini. Hal ini telah menunjukkan bahawa Kampung Sungai Tiram amat

terkenal sehingga ke luar negara. Kampung Sungai Tiram telah berjaya menempah

nama sehingga ke peringkat antarabangsa.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengkaji dapat merumuskan bahawa Kampung Sungai

Tiram sememangnya mempunyai sejarah yang menarik untuk dikaji. Pelbagai aspek

yang menarik seperti latar belakang, sejarah pembukaan kampung, perkembangan

kampung dan kejayaan yang pernah diraih. Bagi latar belakang kampung tersebut,

dapat dilihat bahawa Kampung Sungai Tiram mempunyai latar belakang yang amat

mudah untuk difahami. Selain itu, perkembangan kampung juga telah mengalami

kepesatan dengan baik sekali. Dari segi kejayaan pula, hal tersebut tercapai apabila

adanya kerjasama dan sokongan yang padu daripada penduduk di kampung ini.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

13
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

1
Kamus Dewan Edisi Keempat
2
Kamus Dewan Edisi Keempat
3
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kampung_di_Johor
4
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
5
Mohd Nasir bin Karibun, bekas ketua Kampung Sungai Tiram

14
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
15
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
16
https://www.scribd.com/doc/53190176/MAKSUD-PERKEMBANGAN

22
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
23
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
24
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
25
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
26
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
27
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
28
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
29
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
30
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
31
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
32
Kamus Pelajar Edisi Kedua
33
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
34
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
35
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
36
Faizah binti Sariff, bekas kumpulan KPW dan ahli kumpulan Mama Roses
37
Faizah binti Sariff, bekas kumpulan KPW dan ahli kumpulan Mama Roses
38
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
39
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
40
Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

14
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, Edisi Keempat, Kuala Lumpur.

Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2016, Edisi Kedua, Kuala Lumpur.

Alexander Iskandar (2014). Kategori: Kampung di Johor. Dicapai pada 23 Januari

2019 daripada https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kampung_di_Johor.
Juvicyg. Maksud Perkembangan. Dicapai pada 1 Februari 2019 daripada
https://www.scribd.com/doc/53190176/MAKSUD-PERKEMBANGAN

Temubual bersama Ramle bin Ahmat, bekas ketua Kampung Sungai Tiram pada 19
Januari 2019.
Temubual bersama Mohd Nasir bin Karibun, bekas ketua Kampung Sungai Tiram
pada 19 Januari 2019.
Temubual bersama Faizah binti Sariff, bekas kumpulan KPW dan ahli kumpulan
Mama Roses pada 23 Februari 2019.

Dazar Suarman. “Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Negeri Johor”
dlm. Berita Harian Johor, 1 Januari 2013.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

15
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

LAMPIRAN

Lampirkan gambar atau rujukan berkaitan

Lampirkan gambar atau rujukan berkaitan

Lampirkan gambar atau rujukan berkaitan

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

16

You might also like