You are on page 1of 1

RUMAH TRADISIONAL

Malaysia sememangnya kaya dengan khazanah dan warisan budaya yang masih kekal dan boleh
dilihat sehingga kini termasuklah rumah tradisional Melayu. Rumah-rumah tradisional Melayu yang
terdapat di Malaysia ini telah diwarisi sejak ratusan tahun dahulu dengan gaya dan bentuk yang
mempengaruhi cara hidup dan persekitaran masyarakat terdahulu.

Bukan sahaja melambangkan identiti sesuatu kaum, malah rumah-rumah tradisional Melayu ini juga
mempunyai unsur-unsur yang mewakili kaum dan adat resam masing-masing yang diturunkan
secara turun-temurun.

Tahukah anda hamper setiap negeri di Malaysia mempunyai rumah tradisional yang dibina dengan
ciri-ciri tertentu? Rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri reka bentuk masyarakat lama ini
tentunya berbeza di setiap negeri.

Mungkin sesetengah orang terutamanya generasi baru tidak tahu bagaimana dan seperti apa rumah
tradisional Melayu yang ada di Malaysia. Jom teroka jenis-jenis serta keunikan binaan rumah
tradisional Melayu yang terdapat di Malaysia.

Rumah Tradisional Melaka

Rumah Minangkabau

Rumah Limas

Rumah Kutai

Rumah Tiang Dua Belas

Rumah Serambi Gajah Menyusu

Rumah Bumbung Panjang

Rumah Serambi Pahang

Rumah Bujang Berserambi Berselasar

Rumah Kedah

Rumah Tradisional Melaka merupakan salah satu rumah tradisional yang dibina dengan reka bentuk
yang bercirikan bumbung panjang dan tangga batu yang dilapisi jubin. Rumah yang diperbuat
daripada kayu dan papan ini juga mempunyai bumbung yang diperbuat daripada nipah.

You might also like