You are on page 1of 25

Tajuk Kursus:- Falsafah Dan Logika Melayu

Kod Kursus:- JXEA 1104

Nama dan No Matrik:- Muhammad Syahaadatain Bin Mahadi


JEA 080059
-Mohammad Fahmi Bin Mishan
JEA 080038
-Mohd. Azwan Bin Ibrahim
JEA 080040
-Muhamad Redzuan Bin Mat Yusoff
JEA 080053
Nama Pensyarah:- Prof. Dr. Amran Muhammad
Artifak Melayu:- Kacip

Semester 1 Sesi 2008/2009


Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
Pengenalan

Kacip :-
•Merupakan salah satu artifak Melayu.
•Berfungsi seperti gunting tetapi lebih tertumpu kepada benda yang
keras
dan mempunyai sendi di hujungnya.
•Medium yang terdiri daripada bilah tajam, tumpul dan pegun.
•Berfungsi sebagai pisau pemotong venir mengikut ukuran yang
ditetapkan.
•Diperbuat daripada logam keras oleh pandai besi.
•Pelbagai bentuk, ukuran saiz dan bahagian tertentu.
•Di Bali, Indonesia ianya dipanggil Caket.
•Mempunyai pelbagai versi mengikut sesebuah ketamadunan.
Falsafah Di Sebalik Kacip

Melambangkan kehalusan kemelayuan.

Melambangkan tanda, simbol dan isyarat

Kehalusan berbudi bahasa yang baik, beradab, bersopan santun,


sangat kecil ukuran kelilingnya, rapi dan elok

perihal Melayu, yang menunjukkan


Kemelayuan
sifat-sifat Melayu
Kacip melambangkan kehalusan
masyarakat Melayu daripada beberapa
perspektif:-
•Kesenian
•Adat dan budaya
•Teknologi
KESENIAN
• Keindahan dan kehalusan berasaskan seni.
• Ukiran flora dan fauna yang terdapat pada kacip memperlihatkan
kehalusan seni dan budi pekerti masyarakat Melayu.
• Ukiran seni fauna sepeti singa,gajah dan dewa melambangkan
kegagahan dan keberanian masyarakat Melayu apabila diancam.
• Ukiran flora yang terdapat dalam kacip umumnya dilambangkan sifat
keperempuanan yang lemah lembut,cantik dan sebagainya.
• Bentuk dan daya ukiran dapat membezakan
kacip jantan dan kacip betina
• Bentuk dan ukiran yang lebih halus=kacip jantan
• Bentuk dan ukiran kasar=kacip betina
• Daya ukiran yang terdapat dalam kacip
menunjukkan masyarakat Melayu kaya dengan
kesenian sama ada dalam rekaan dan amalan
hidup seharian.
Adat dan Budaya
• Dalam tradisi masyarakat Melayu,semasa menyambut kedatangan
tetamu,tuan rumah akan menjamu tetamu tersebut dengan
sirih.Justeru,kacip diguna pakai sebagai perantara,sekaligus
melambangkan masyarakat Melayu yang beradab dalam melayani
tetamu.
• Kacip yang di saluti emas biasanya melambangkan kekayaan.
Golongan raja kebiasaannya yang menggunakan kacip sebegini
dan golongan bangsawan pula menggunakan kacip yang disaluti
perak.
• Manakala golongan yang bertaraf rendah kebiasaannya
menggunakan kacip pinang yang di perbuat daripada besi.
• Kacip juga memperlihatkan unsur-unsur keagamaan
contohnya pembuatan kacip yang mempunyai bentuk
dan ukiran dewa-dewi.
• Sesuai dengan adat dan budaya orang Melayu
tradisional yang membezakan hierarki masyarakat
Melayu.
• Kacip juga digunakan sebagai penghalau makhlus halus
atau mistik terutama kepada bayi.kacip di letakkan di
bawah bantal untuk melindungi bayi tersebut.
Teknologi
• Teknologi di sini membawa maksud bagaimana
masyarakat dahulu mampu untuk menghasilkan kacip
yang halus buatannya tanpa menggunakan teknologi
yang canggih.
• Penghasilan peralatan seperti kacip yang mempunyai
pelbagai bentuk seperti ayam,singa,bunga dan
sebagainya mampu mengungkapkan bahawa unsur
alam sekeliling dijadikan sebagai sumber inspirasi.
• Kehalusan seni ukiran yang terdapat di setiap kacip
seperti urat-urat daun, tanduk rusa, sayap burung dan
sebagainya menunjukkan si pengukir mempunyai daya
kreativiti,kesabaran dan ketelitian yang tinggi dalam
menghasilkan sesuatu ukiran.
• Penghasilan kacip dapat memotong pinang dengan
halus dapat menggambarkan teknologi peralatan melayu
adalah tinggi di samping menggambarkan cara hidup
masyarakat Melayu yang penuh dengan sopan dan
santunnya.
Rumusan
• kacip Melayu yang merupakan alatan yang digunakan dalam satu
pemakanan orang Melayu terutamanya sireh.
• Mengandungi percampuran budaya-Hindi,Jawa dan Melayu.
• Menjadi alatan adat melayu yang mempunyai nilai estetika tersendiri
• Satu alatan yang digunakan untuk kepercayaan mistik
• Teknologi yang terdapat melangkaui zaman penggunaannya
• Masih digunakan oleh masyarakat melayu sehingga kini dalam
sesetangah upacara tertentu khususnya dalam peminangan dan
perkahwinan.
GAMBAR-GAMBAR
KACIP
BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan, 2007. Falsafah Dan Logika Melayu, Kuala Lumpur:


Universiti Malaya.

Hashim Hj. Musa, 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu,
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007.

Masinambow, E.K.M, 2001. Semiotik: Mengkaji Tanda Dalam Artifak,


Jakarta: Balai Pustaka

Rahmah Bujang, 2006. Kesenian, Proses Sosialisasi Dan Masyarakat


Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

You might also like