You are on page 1of 11

GARIS PANDUAN

PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF


(DIY) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

1 TUJUAN GARIS PANDUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi pemakluman berkenaan kaedah


pelaksanaan penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Do-It-Yourself (DIY)
pentadbiran kerajaan Negeri Selangor kepada semua jabatan/ agensi di bawah
pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

2 EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
mulai Januari 2014 sebagai penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam
dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tepat
kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/
sektor awam di Malaysia.

2.1.2 Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan
perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya
saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan
inovatif dalam kalangan jabatan/ agensi sektor awam.

2.1.3 Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S


yang ditambahbaik dengan menyokong pewujudan persekitaran kerja yang
lebih kondusif, di samping penambahan lima (5) elemen baharu iaitu:

GARIS PANDUAN PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF 1


(DIY) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
i. Imej Korporat
Identiti atau persepsi pelanggan/ pihak berkepentingan terhadap
persekitaran, tindakan dan pencapaian sesebuah organisasi serta
penyeragaman nilai, etika dan norma kerja dalam mewujudkan
budaya korporat yang positif.

ii. Kreativiti dan Inovasi


Pembudayaan elemen kreativiti dan inovasi (menggalakkan warga
kerja untuk berfikir di luar kotak (out of the box)) semasa
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam usaha untuk
mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja di samping
menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.

iii. Amalan Hijau


Pelaksanaan program seperti kitar semula dan peningkatan
kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber.

iv. Persekitaran Kondusif


Penekanan kepada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra
pelanggan (termasuk kemudahan Orang Kurang Upaya) dan
memberi keselesaan semasa berurusan bagi memperkukuh budaya
organisasi berprestasi tinggi dan inovatif.

v. Kepelbagaian Agensi
Pengenalan model penilaian dan pengauditan baharu yang
merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan
mengambilkira kepelbagaian premis jabatan/ agensi kerajaan
mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan yang diberikan.

GARIS PANDUAN PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF 2


(DIY) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
2.2 OBJEKTIF PENJENAMAAN SEMULA AMALAN 5S KEPADA EKSA

2.2.1 Meningkatkan imej Korporat;

2.2.2 Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak
berkepentingan;

2.2.3 Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui


pembudayaan Amalan Hijau;

2.2.4 Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan


persekitaran yang kondusif; dan

2.2.5 Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian


agensi kerajaan.

2.3 FAEDAH PELAKSANAAN EKSA

2.3.1 Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi);

2.3.2 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi;

2.3.3 Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran;

2.3.4 Meningkatkan imej jabatan/ agensi sektor awam;

2.3.5 Menjana idea kreatif dalam kalangan warga jabatan/ agensi;

2.3.6 Meningkatkan semangat kerja berpasukan;

2.3.7 Meningkatkan disiplin warga jabatan/ agensi;

2.3.8 Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan; dan


GARIS PANDUAN PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF 3
(DIY) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
2.3.9 Mewujudkan piawaian kerja yang jelas.

3 PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM DO-IT-YOURSELF (EKSA


DIY)

3.1 PERMOHONAN PENILAIAN PENSIJILAN EKSA DIY

3.1.1 Permohonan penilaian pensijilan EKSA DIY adalah permohonan yang


dibuat oleh jabatan/ agensi kerajaan Negeri Selangor kali pertama (jabatan/
agensi tiada pensijilan EKSA terdahulu).

3.1.2 Bagi permohonan di atas, tatacara permohonan adalah seperti berikut:

3.1.2.1 Permohonan pengauditan EKSA DIY perlu dikemukakan melalui


surat rasmi kepada Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor satu bulan (atau lebih) sebelum tarikh
cadangan pengauditan; dan

3.1.2.2 Permohonan agensi/ jabatan perlu bersekali dengan dokumen-


dokumen seperti berikut:

a. Surat permohonan rasmi agensi/ jabatan;


b. Laporan Audit Dalam sebanyak sekurang-kurangnya dua (2)
kali dengan pencapaian melebihi 80 peratus;
c. Pelan lantai zon-zon di agensi/ jabatan; dan
d. Laporan pengungsian bangunan.

GARIS PANDUAN PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF 4


(DIY) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
3.2 PERMOHONAN PENILAIAN PENSIJILAN SEMULA EKSA DIY

3.2.1 Permohonan penilaian pensijilan semula EKSA DIY adalah permohonan


yang dibuat oleh agensi/ jabatan yang telah memperoleh pensijilan EKSA
dan akan tamat tempoh (tempoh sah laku sijil EKSA adalah selama dua
tahun dan tarikh tersebut dipaparkan dalam sijil EKSA).

3.2.2 Agensi/ jabatan yang telah memperoleh sijil EKSA perlu mengemukakan
Laporan Kendiri (seperti di Lampiran 1) dalam tempoh sebulan selepas
setahun pensijilan (pada tahun yang tidak diaudit) kepada Bahagian
Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,

3.2.3 Bagi permohonan di atas, tatacara permohonan adalah seperti berikut:

3.2.3.1 Permohonan pengauditan EKSA perlu dikemukakan melalui


surat rasmi kepada Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor satu bulan (atau lebih) sebelum tamat
tempoh sijil EKSA terkini; dan

3.2.3.2 Permohonan agensi/ jabatan perlu bersekali dengan dokumen-


dokumen seperti berikut:

e. Surat permohonan rasmi agensi/ jabatan;


f. Salinan sijil EKSA terkini;
g. Laporan Audit Dalam sebanyak sekurang-kurangnya dua (2)
kali dengan pencapaian melebihi 80 peratus;
h. Pelan lantai zon-zon di agensi/ jabatan; dan
i. Laporan pengungsian bangunan.

GARIS PANDUAN PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF 5


(DIY) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
4 PENSIJILAN EKSA

4.1 Pensijilan akan dikeluarkan oleh MAMPU kepada jabatan/ agensi berkaitan yang
berjaya memperoleh markah purata 80 peratus dan ke atas selepas menerima
laporan penilaian daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Pecahan markah bagi pensijilan adalah seperti berikut:

MARKAH KATEGORI SIJIL


90.0% - 100.0% Cemerlang
80.0% - 89.9% Baik

Disediakan oleh:
Seksyen Inspektorat dan Pengiktirafan
Bahagian Korporat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

GARIS PANDUAN PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF 6


(DIY) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
LAMPIRAN 1

LAPORAN PENILAIAN KENDIRI AUDIT EKOSISTEM KONDUSIF


SEKTOR AWAM (EKSA) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
SELANGOR

NAMA AGENSI:

TARIKH PELAKSANAAN:

PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF (DIY) 1


PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
LAMPIRAN 1

CARTA PERBATUAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF (DIY) 2


PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
LAMPIRAN 1

KEPUTUSAN PENILAIAN KENDIRI (AUDIT DALAM) EKOSISTEM


KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

BIL TARIKH LOKASI/ ZON MARKAH CATATAN


AUDIT

PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF (DIY) 3


PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
LAMPIRAN 1

PENAMBAHBAIKAN (GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS)

PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF (DIY) 4


PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
LAMPIRAN 1

IMPAK PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM


(EKSA)

TANDATANGAN:

NAMA PENYEDIA LAPORAN:

TARIKH:
PENILAIAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO-IT-YOURSELF (DIY) 5
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

You might also like