You are on page 1of 49

SOALAN FOKUS

KARANGAN

-INTEGRASI & PERPADUAN-


ANALISIS SOALAN KARANGAN
SEMESTER 1
TEMA :
SOALAN 1

Terdapat pelbagai faktor yang


menjadi masalah dalam
pembentukan masyarakat yang
bersatu padu di Malaysia.
Bincangkan.
PERBEZAAN MENJAWAB SOALAN
FAKTOR/PUNCA/SEBAB
– berdasarkan isu soalan juga -

Punca yang menjadi masalah


Faktor yang menjadi
dalam pembentukan
masalah dalam pembentukan
masyarakat yang bersatu
masyarakat yang bersatu
padu di Malaysia ialah
padu di Malaysia ialah faktor
sistem pendidikan yang
sosial
berasingan
FAKTOR YANG MENJADI MASALAH DALAM PEMBENTUKAN
MASYARAKAT YANG BERSATU PADU DI MALAYSIA

* Kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa


ibunda masing-masing memberi sedikit masalah kepada pembentukan
FAKTOR masyarakat yang bersatu padu
* Sistem persekolahan yang berasingan kaum ini telah menjurus ke arah
SOSIAL semangat perkauman yang menebal
* Selain itu, kebanyakan masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk
tinggal di satu kawasan yang terdiri daripada penduduk yang sama kaum
* Parti-parti politik di Malaysia sering dianggotai oleh satu kaum sahaja
FAKTOR seperti DAP dan MCA untuk kaum Cina manakala MIC untuk kaum India
* Parti ini bebas menyuarakan pendapat dan tuntutan berteraskan
POLITIK kepentingan kaum masing-masing tanpa menghiraukan sensitiviti kaum
lain. Hal ini menyebabkan semangat perkauman semakin membara
FAKTOR YANG MENJADI MASALAH DALAM PEMBENTUKAN
MASYARAKAT YANG BERSATU PADU DI MALAYSIA
* Pemisahan fizikal merupakan masalah jarak antara wilayah yang jauh
seperti Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itu,
FAKTOR golongan etnik di Semenanjung Malaysia tidak dapat mengenali
kehidupan etnik lain yang tinggal di Sabah dan Sarawak
FIZIKAL * Dengan itu, sikap prasangka, mementingkan kaum sendiri dan
etnosentrisme semakin menebal dalam diri setiap etnik
* Jurang ekonomi yang ketara antara kaum juga merupakan halangan
kepada perpaduan dan integrasi nasional
* Sebahagian besar ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina dengan
FAKTOR keterlibatan mereka dalam bidang perniagaan
* Sementara kaum Melayu dan bumiputera yang lain banyak bekerja
EKONOMI sebagai petani dan kakitangan kerajaan
* Perbezaan sosioekonomi ini menimbulkan rasa cemburu, sangsi dan
tidak puas hati antara kaum
SOALAN 2

Kerajaan hendaklah
melaksanakan pelbagai langkah
untuk menyatupadukan rakyat
yang berbilang kaum di negara
ini. Jelaskan.
Soalan ini boleh menjadi..

Langkah untuk * Strategi kerajaan dalam


menyatupadukan memantapkan/mengukuhkan
rakyat yang perpaduan dan integrasi nasional
berbilang kaum di * Usaha kerajaan untuk
negara ini menyatupadukan rakyat
LANGKAH UNTUK MENYATUPADUKAN RAKYAT YANG
BERBILANG KAUM DI NEGARA INI
* Kempen kesedaran untuk memupuk dan mendidik rakyat
tentang perlunya memelihara perpaduan negara agar
MENGADAKAN KEMPEN keharmonian negara terus kekal terjamin
KESEDARAN MENGENAI * Pelbagai program seperti siri jelajah ke tempat-tempat
PERPADUAN KAUM tertentu serta tayangan filem atau drama di kaca televisyen
boleh dilakukan dalam usaha mempromosikan perpaduan
kepada seluruh rakyat di negara ini
* Melalui dasar pendidikan, semua sekolah di Malaysia
menggunakan sukatan muridan yang seragam, kurikulum yang
sama, mempelbagaikan aktiviti kokurikulum dan menjadikan
MEMANTAPKAN DASAR
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
PENDIDIKAN * Persamaan dan keseragaman dalam sistem pendidikan
negara dapat mempercepatkan usaha memantapkan
perpaduan dan integrasi nasional
LANGKAH UNTUK MENYATUPADUKAN RAKYAT YANG
BERBILANG KAUM DI NEGARA INI
* Kadar kemiskinan yang tinggi masih dikuasai oleh kaum Melayu
dan bumiputera. Jika keadaan ini berterusan, masalah lain akan
MENGURANGKAN
timbul antaranya berasa tertindas dan dipinggirkan dari kemajuan
JURANG EKONOMI
* Bagi mengatasi masalah ini, pembahagian kek ekonomi mestilah
ANTARA KAUM dibuat secara adil dan sesuai dengan keperluan kaum yang ada di
Malaysia
* Sesuatu kaum menerima keunikan budaya dan agama kaum lain
seadanya agar kita dapat hidup dalam keadaan yang tenang dan
harmoni
MENGAMALKAN
* Kita perlu memberi ruang kepada semua kaum untuk
TOLERANSI BUDAYA
mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa gangguan
DAN AGAMA atau campur tangan antara satu sama lain
* Sebarang masalah hendaklah diselesaikan secara bijak dan
toleransi agar perpaduan dan integrasi nasional terus terpelihara
SOALAN 3
Keinginan memantapkan
integrasi nasional dalam
kalangan rakyat berbilang
kaum di negara ini dicetuskan
oleh beberapa keadaan.
Bincangkan.
Soalan ini boleh menjadi..
* Punca berlakunya kebangkitan kaum
* Sebab berlakunya rusuhan kaum
Keadaan yang * Faktor penyebab berlakunya masalah
mencetuskan keinginan perkauman
untuk memantapkan * Cabaran dalam memastikan perpaduan
integrasi nasional dalam kaum terjamin
kalangan rakyat berbilang * Rintangan dalam memastikan perpaduan
kaum terjamin
kaum di negara ini
* Masalah mewujudkan perpaduan dan
integrasi nasional
KEADAAN YANG MENCETUSKAN KEINGINAN UNTUK MEMANTAPKAN INTEGRASI
NASIONAL DALAM KALANGAN RAKYAT BERBILANG KAUM DI NEGARA INI

* Patriotisme tidak harus dipandang sepi oleh rakyat sehingga rasa


kesetiaan kepada negara sekadar ungkapan dan tanggungjawab
KURANGNYA memelihara negara hanya terletak di atas bahu pemimpin semata-
SEMANGAT mata
* Tanpanya, negara akan musnah dan hancur bukannya kerana
PATRIOTISME
diserang musuh tetapi kemusnahan adalah disebabkan kegagalan
rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara
* Kadar kemiskinan yang tinggi masih dikuasai oleh kaum Melayu dan
bumiputera. Jika keadaan ini berterusan, masalah lain akan timbul
antaranya berasa tertindas dan dipinggirkan dari kemajuan
JURANG EKONOMI
* Sebahagian besar ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina dengan
YANG LUAS keterlibatan mereka dalam bidang perniagaan
* Sementara kaum Melayu dan bumiputera yang lain banyak bekerja
sebagai petani dan kakitangan kerajaan
KEADAAN YANG MENCETUSKAN KEINGINAN UNTUK MEMANTAPKAN INTEGRASI
NASIONAL DALAM KALANGAN RAKYAT BERBILANG KAUM DI NEGARA INI

* Kurangnya toleransi antara kaum akan membawa kepada tiadanya


KURANGNYA kesepaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di
TOLERANSI Malaysia. Apabila tiada kesepaduan, maka keharmonian negara juga
BUDAYA DAN akan terjejas
* Kekurangan toleransi juga boleh menyebabkan sikap penyayang
AGAMA dan amalan bertolak ansur terkikis dalam kalangan masyarakat
* Terdapat rakyat yang tidak bertanggungjawab telah
MEMBANGKITKAN membangkitkan isu-isu sensitif atau perkara-perkara yang tidak
boleh dipersoalkan di dalam Perlembagaan Persekutuan
ISU SENSITIF * Isu seperti agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa
PERLEMBAGAAN Melayu sebagai bahasa rasmi dan soal kerakyatan digunakan untuk
menimbulkan provokasi dan perbalahan antara kaum
SOALAN 4

Perpaduan kaum memainkan


peranan yang penting untuk
menjamin keamanan negara.
Jelaskan.
Soalan ini boleh menjadi..

* Impak positif perpaduan kaum


Kepentingan * Manfaat yang diterima jika
perpaduan kaum semua kaum bersatu
* Kebaikan perpaduan kaum
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

* Setiap kaum harus bertolak ansur dan saling hormat-


menghormati untuk mengekalkan keadaan aman dan sentosa di
MENJAMIN negara ini
KEAMANAN * Tambahan pula, keamanan negara dapat dijamin jika semua
kaum dapat mengelakkan perasaan syak wasangka dan cemburu
NEGARA antara kaum. Jika amalan ini terus diamalkan, ianya akan
membawa pelbagai kebaikan lain kepada masyarakat dan negara
* Perpaduan yang utuh dalam sesebuah negara akan menarik
MENJAMIN kemasukan pelabur asing. Pelaburan yang tinggi dapat membuka
PERKEMBANGAN peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini
* Sehubungan itu, perkembangan dalam pelbagai sektor ekonomi
EKONOMI YANG dan kerjasama yang erat dalam bidang ini akan memesatkan lagi
perkembangan ekonomi yang seterusnya akan meningkatkan
PESAT pendapatan negara
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

* Sebilangan besar negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai


sebuah negara yang mampu mengekalkan keharmonian dan
MENINGKATKAN kemakmuran bersama walaupun hidup dalam kalangan
masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya
IMEJ NEGARA * Pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia ini
harus dipelihara agar imej negara ini sentiasa dipandang tinggi
* Kestabilan politik dalam sesebuah negara amat perlu bagi
menjamin kemakmuran dan keutuhan negara secara keseluruhan
MENGEKALKAN * Malaysia dapat melebarkan jalinan persahabatan dan
perdagangan dengan negara luar
KESTABILAN * Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi
POLITIK keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di
Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar
(WPI)
SOALAN 5

Sistem persekolahan mampu


memupuk perpaduan kaum di
negara ini. Namun demikian,
peranan pelbagai pihak lain tidak
boleh diketepikan. Jelaskan.
PIHAK YANG BERPERANAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI
NEGARA INI
* Sistem persekolahan merangkumi aspek kurikulum dan kokurikulum
* Kurikulum merupakan bidang akademik yang perlu dikuasai oleh murid
PERANAN seperti mempelajari subjek Bahasa Melayu
* Kokurikulum pula merangkumi badan beruniform, kelab/persatuan dan
SISTEM permainan. Menerusi aktiviti kokurikulum, murid dapat menyertai
PERSEKOLAHAN pertandingan bola sepak bersama-sama dengan kaum yang lain. Sorakan
dan semangat semasa pertandingan tersebut dapat menyatukan murid
pelbagai kaum
* Ibu bapa dan penjaga sering menjadi ikutan anak-anak dalam pelbagai
keadaan. Contohnya, ibu bapa yang menunjukkan pergaulan baik sesama
PIHAK IBU BAPA jiran yang berlainan kaum dan agama akan menjadi ikutan anak-anak
* Semasa sambutan Tahun Baru Cina, ibu bapa dan penjaga turut
DAN PENJAGA menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Secara tidak
langsung, anak-anak akan didedahkan dengan budaya dan adat resam
masyarakat Cina di Malaysia
PIHAK YANG BERPERANAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI
NEGARA INI

* Kerajaan telah melaksanakan pelbagai ideologi untuk memupuk


perpaduan kaum antaranya adalah menerusi ideologi Rukun Negara
PIHAK * Prinsip kelima Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan menekankan
personaliti dan tingkah laku seseorang. Sifat individu yang bersopan
KERAJAAN santun dan bertata susila amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini
* Peranan masyarakat dapat dizahirkan melalui nilai-nilai murni seperti
mengamalkan sikap saling hormat-menghormati adat dan budaya
PIHAK masyarakat setempat
* Sebagai contoh, perpaduan kaum dapat dilaksanakan menerusi aktiviti
MASYARAKAT gotong-royong di kawasan perumahan. Semasa aktiviti ini dilaksanakan,
masyarakat pelbagai kaum akan berinteraksi sesama mereka dan saling
mengenali
SOALAN 6

Aktiviti kokurikulum dapat


meningkatkan perpaduan dalam
kalangan murid berbilang kaum
di sekolah. Jelaskan.
Soalan ini boleh menjadi..

Aktiviti kokurikulum * Pendekatan menerusi kokurikulum dalam


dapat meningkatkan memupuk perpaduan kaum
* Bagaimana aktiviti kokurikulum membantu
perpaduan dalam
perpaduan kaum dalam kalangan murid
kalangan murid * Penglibatan murid dalam aktiviti
berbilang kaum di kokurikulum membuka minda ke arah
integrasi. Bincangkan.
sekolah
AKTIVITI KOKURIKULUM DAPAT MENINGKATKAN PERPADUAN DALAM
KALANGAN MURID BERBILANG KAUM DI SEKOLAH

* Pihak sekolah menetapkan penyertaan murid daripada pelbagai


kaum dalam aktiviti kelab, persatuan dan badan beruniform di sekolah
MELIBATKAN * Aktiviti kokurikulum tidak boleh dimonopoli oleh kaum tertentu. Ini
KAUM YANG membolehkan murid bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza agama
dan kaum
BERBEZA
* Secara tidak langsung, perpaduan kaum dapat ditingkatkan dengan
adanya pergaulan sesama mereka
* Melalui aktiviti kokurikulum, seseorang murid mempunyai semangat
MEMUPUK setia kawan yang tinggi kerana wujudnya persefahaman, bersatu dan
SEMANGAT SETIA persepakatan yang tinggi antara kaum
* Nilai positif ini dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam
KAWAN
kalangan murid berbilang kaum dan menjauhi perasaan hasad dengki
AKTIVITI KOKURIKULUM DAPAT MENINGKATKAN PERPADUAN DALAM
KALANGAN MURID BERBILANG KAUM DI SEKOLAH

* Kegiatan kokurikulum dapat menggalakkan semangat berkumpulan,


MELAHIRKAN bekerjasama dan berdisiplin
SEMANGAT * Murid dari pelbagai kaum berkongsi matlamat yang sama dan
KERJA bekerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti kokurikulum
* Misalnya, melalui pembahagian tugas, sesuatu tugas dapat diselesaikan
BERPASUKAN dengan mudah kerana masing-masing memberikan komitmen yang tinggi
* Bersedia menghormati dan menerima pendapat rakan lain. Sikap ini
mampu mewujudkan suasana yang sejahtera, mengukuhkan perasaan
MEMUPUK kekitaan dan menjamin keharmonian dalam kalangan warga sekolah
SEMANGAT khususnya murid
* Program-program kokurikulum yang dilaksanakan juga dapat membantu
TOLERANSI murid bersatu padu, bertolak ansur, penyayang, mempunyai nilai-nilai
positif, patriotik dan bangga terhadap negara
SOALAN 7

Pendidikan menjadi landasan


yang paling berkesan untuk
memperkukuhkan perpaduan
antara kaum di negara ini.
Jelaskan.
Soalan ini boleh menjadi..

Pendidikan menjadi * Pendekatan menerusi pendidikan


landasan yang paling dalam usaha memupuk perpaduan
berkesan untuk kaum
memperkukuhkan * Bagaimana pendidikan membantu
perpaduan antara membina perpaduan kaum dalam
kaum di negara ini kalangan murid
PENDIDIKAN MENJADI LANDASAN YANG PALING BERKESAN UNTUK
MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI NEGARA INI
* Bahasa penghantar didefinisikan sebagai bahasa yang telah ditetapkan
MENJADIKAN oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem
BAHASA MELAYU pendidikan seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan
* Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa
SEBAGAI BAHASA pengantar utama di semua sekolah, khususnya untuk membantu
PENGANTAR UTAMA perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk
berkomunikasi
* Pihak sekolah menetapkan penyertaan murid daripada pelbagai kaum
dalam aktiviti kelab, persatuan dan badan beruniform di sekolah
* Aktiviti kokurikulum tidak boleh dimonopoli oleh kaum tertentu. Ini
MELALUI AKTIVITI
membolehkan para murid bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza
KOKURIKULUM agama dan kaum
* Secara tidak langsung, perpaduan kaum dapat ditingkatkan dengan
adanya pergaulan sesama mereka
PENDIDIKAN MENJADI LANDASAN YANG PALING BERKESAN UNTUK
MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI NEGARA INI
* Kerajaan yakin sekolah kebangsaan merupakan wadah terbaik untuk
memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat cintakan negara dalam
MEMPERKASAKAN kalangan kanak-kanak
* Sekolah ini membuka peluang kepada murid pelbagai kaum untuk
SEKOLAH mengenali antara satu sama lain
KEBANGSAAN * Murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang didedahkan
dengan fikiran yang sama dan seterusnya memupuk semangat
kekitaan sesama mereka
* Di Malaysia, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu
berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan bertujuan
SUKATAN untuk mewujudkan keperibadian ke arah pembentukkan perpaduan
PELAJARAN YANG kaum
* Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang mengandungi
SERAGAM segala pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat
SOALAN 8
Perpaduan dan integrasi nasional
adalah asas kepada pembinaan
negara bangsa. Pelbagai kesan akan
berlaku jika perpaduan dan integrasi
nasional ini tidak menjadi amalan
masyarakat. Jelaskan.
Soalan ini boleh menjadi..

Kesan jika perpaduan * Implikasi yang bakal berlaku


dan integrasi nasional ini
tidak menjadi amalan
* Impak negatif
masyarakat * Kesan buruk
KESAN JIKA PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL INI TIDAK
MENJADI AMALAN MASYARAKAT
* Kadar jenayah di dalam negara akan meningkat jika hal ini
berlarutan berikutan perbalahan dan pergaduhan antara kaum
KEHARMONIAN * Masyarakat akan saling benci-membenci, tiada rasa kasih sayang,
MASYARAKAT kurangnya tanggungjawab dan tiada kerjasama dalam komuniti
* Tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan
AKAN TERJEJAS
berterusan dan berleluasa. Nyawa setiap rakyat dalam keadaan tidak
selamat dan terancam
* Tanpa perpaduan dan integrasi nasional, sesuatu kaum atau bangsa
mudah diperalatkan oleh bangsa asing. Propaganda dari pihak luar
KEDAULATAN mudah tersebar dan rakyat sendiri mudah terpedaya dengan agenda
NEGARA yang dibawa oleh mereka
* Penyebaran isu sensitif dan kata-kata berbaur rasis menyebabkan
TERGUGAT
berlakunya perselisihan faham dan pertelingkahan antara kaum.
Ancaman tersebut boleh mengakibatkan kedaulatan negara tergugat
KESAN JIKA PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL INI TIDAK
MENJADI AMALAN MASYARAKAT
* Keadaan huru hara dalan negara dipaparkan menerusi media
massa. Sekiranya isu ini berlanjutan ianya akan menunjukan bahawa
IMEJ NEGARA Malaysia gagal menangani masalah kacau bilau yang berlaku
TERCALAR * Kesannya, nama baik negara akan tercalar di persada antarabangsa
dan orang luar takut untuk mengunjungi Malaysia
* Perbezaan fahaman politik mengikut kaum atau orang terpengaruh
berleluasa kerana setiap daripada mereka memperjuangkan
kepentingan masing-masing sehingga sanggup mengenepikan hak
KESTABILAN rakyat
POLITIK * Umum sedia maklum bahawa Malaysia berdepan ketidakstabilan
politik sejak dua tahun lalu apabila menyaksikan pentadbiran
TERGUGAT kerajaan bertukar tangan dengan pelantikan tiga Perdana Menteri
dalam tempoh satu penggal. Ia sedikit sebanyak menjejaskan hal
tadbir urus negara
SOALAN 9

Hasrat untuk mewujudkan masyarakat


yang bersatu padu tidak akan tercapai
jika rakyat masih bergantung kepada
usaha kerajaan semata-mata.
Huraikan bagaimana rakyat dapat
merealisasikan hasrat tersebut.
Soalan ini boleh menjadi..

* Peranan rakyat bagi mewujudkan


Bagaimana rakyat dapat masyarakat yang bersatu padu
merealisasikan hasrat * Tanggungjawab rakyat
tersebut? * Perkara yang perlu dilakukan oleh
rakyat
PERANAN RAKYAT UNTUK
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERSATU PADU

* Bangsa bertamadun menerima undang-undang dan peraturan untuk


MEMATUHI kelangsungan hidup dan pembangunan bangsa. Maka, undang-undang
diwartakan untuk memimpin anggota masyarakat ke arah kehidupan
UNDANG-
yang lebih berdisiplin
UNDANG * Setiap satu perbuatan perlu mengikut undang-undang dan peraturan.
NEGARA Jika tidak mengikut peraturan, maka akan berlaku huru-hara dalam
negara ini
* Menghormati adat, kepercayaan dan budaya kaum lain serta
berketrampilan mulia semasa berhadapan dengan orang lain amat
MENGAMALKAN disarakan dalam sesuatu perhubungan sesama manusia
NILAI MURNI * Nilai murni yang diamalkan ini mampu mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu, penyayang dan makmur bahkan membawa keharmonian
kepada hidup bermasyarakat
PERANAN RAKYAT UNTUK
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERSATU PADU

* Mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam komuniti juga


MENJALANKAN dapat melahirkan perpaduan antara kaum
* Contohnya, aktiviti gotong-royong untuk membersihkan rumah
AKTIVITI SECARA ibadah, taman perumahan dan sekolah dapat dilalukan bersama dan
BERSAMA ianya secara tidak langsung membentuk dan membina perpaduan
antara masyarakat
* Dasar-dasar negara seperti Dasar Perpaduan, Wawasan 2020 dan
Rukun Negara perlu dihayati bagi melahirkan kecintaan kepada negara
sendiri
MEMAHAMI
* Sebagai contoh, berdasarkan prinsip Rukun Negara yang ke-5, sikap
DASAR NEGARA bersopan santun dan bertatasusila perlu diamalkan bagi membentuk
masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang seterusnya akan
mewujudkan keharmonian kaum
SOALAN 10
Usaha untuk perpaduan kaum
dalam kalngan rakyat negara ini
hendaklah bermula dari rumah.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah
memainkan peranan bagi memupuk
sikap bersatu padu dalam kalangan
generasi muda. Bincangkan.
Soalan ini boleh menjadi..

* Peranan ibu bapa bagi memupuk sikap


bersatu padu dalam kalangan anak-
Peranan ibu bapa bagi
anak/remaja
memupuk sikap bersatu
* Tanggungjawab ibu bapa
padu dalam kalangan
* Perkara yang perlu dilakukan oleh
generasi muda
ibu bapa untuk memupuk sikap bersatu
padu dalam kalangan anak-anak
PERANAN IBU BAPA BAGI MEMUPUK SIKAP BERSATU PADU DALAM
KALANGAN GENERASI MUDA
* Ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan
kepada anak-anak bagi memastikan mereka mempunyai sahsiah yang
MENJADI SURI baik
TELADAN KEPADA * Ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dengan
GENERASI MUDA menjalinkan hubungan yang erat bersama rakan berlainan kaum
* Ibu bapa bertegur sapa dan melayani rakan- rakan dengan mesra
tanpa mengira kaum, bangsa dan anutan agama
* Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan
MENDIDIK kaum lain supaya mereka sedar betapa pentingnya keharmonian kaum
GENERASI MUDA dan agama
MENGHORMATI * Semasa sambutan Tahun Baru Cina, ibu bapa turut menghadiri rumah
ADAT DAN BUDAYA terbuka yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Secara tidak langsung,
KAUM LAIN anak-anak akan didedahkan dengan budaya dan adat resam masyarakat
Cina di Malaysia
PERANAN IBU BAPA BAGI MEMUPUK SIKAP BERSATU PADU DALAM
KALANGAN GENERASI MUDA

* Generasi muda yang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan


MENDORONG dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, kepimpinan,
GENERASI MUDA perundingan, perancangan serta pengurusan organisasi
MELIBATKAN DIRI * Selain itu, melalui aktiviti ini, anak-anak akan didedahkan dengan sikap
DENGAN AKTIVITI toleransi dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat setempat
KEMASYARAKATAN * Hubungan antara ahli keluarga dengan masyarakat setempat menjadi
lebih rapat dan mesra tanpa mengira kaum
MENGALAKKAN * Sekolah di Malaysia melaksanakan aktiviti kokurikulum dalam usaha
mengukuhkan perpaduan menerusi semangat berpasukan tanpa
GENERASI MUDA
mengira agama dan kaum
MENYERTAI
* Maka, sikap ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab dengan
AKTIVITI keperluan mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah ini mampu
KOKURIKULUM mendorong kejayaan anak-anak mereka untuk pergi lebih jauh
SOALAN 11
Masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum di negara ini perlu
terus bersatu padu. Dalam hal ini,
aktiviti kemasyarakatan didapati
mampu mewujudkan masyarakat
Malaysia seperti yang diinginkan
itu. Bincangkan.
Soalan ini boleh menjadi..

Aktiviti
kemasyarakatan * Pendekatan menerusi aktiviti
kemasyarakatan dalam usaha
didapati mampu
memupuk perpaduan kaum
mewujudkan * Bagaimana aktiviti kemasyarakatan
masyarakat yang membantu membina perpaduan kaum
bersatu padu
AKTIVITI KEMASYARAKATAN DIDAPATI MAMPU MEWUJUDKAN
MASYARAKAT YANG BERSATU PADU

* Merupakan kumpulan yang dianggotai oleh masyarakat pelbagai kaum di


kawasan kejiranan
* Antara aktiviti yang dilakukan ialah melakukan rondaaan pada waktu
PENUBUHAN malam bagi mengekang kegiatan jenayah atau masalah sosial di kawasan
RUKUN TETANGGA setempat
* Penyertaan anggota masyarakat yang berbilang kaum adalah penting bagi
merealisasikan hasrat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu
dan aman damai
* Aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira
MELAKSANAKAN usia membolehkan mereka bertemu dan mengenali antara satu sama lain
* Gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi
AKTIVITI GOTONG- kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia. Justeru itu, aktiviti
ROYONG ini menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim, di
samping membudayakan penjagaan kebersihan
AKTIVITI KEMASYARAKATAN DIDAPATI MAMPU MEWUJUDKAN
MASYARAKAT YANG BERSATU PADU
* Aktiviti ini diadakan khususnya semasa sambutan perayaan
masyarakat berbilang kaum seperti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri,
Majlis Rumah Terbuka Deepavali dan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru
MENGADAKAN Cina
RUMAH TERBUKA * Hal ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara jiran
tetangga dan menyediakan ruang kepada mereka untuk mengenali jiran
tetangga dengan lebih rapat, seterusnya melahirkan masyarakat yang
bersatu padu
* Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan
menerusi Hari Keluarga. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua
MENGADAKAN peserta seperti sukaneka, acara kebudayaan dan makan bersama
HARI KELUARGA * Selain dapat menghilangkan tekanan, program ini dapat membina
persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam
kalangan seluruh warga masyarakat
RINGKASAN TAJUK INI
IMPAK NEGATIF/KESAN BURUK
jika perpaduan kaum/integrasi
nasional diabaikan

CABARAN/MASALAH/HALANGAN
FAKTOR/SEBAB/PUNCA/KEADAAN
untuk mengukuhkan perpaduan
RINGKASAN PERKARA
TAJUK yang
INIdijadikan medium
KEPENTINGAN/FAEDAH/
untuk mengukuhkan perpaduan
KELEBIHAN/MANFAAT/
* pendidikan, aktiviti
IMPAK POSITIF/KESAN BAIK
kemasyarakatan, aktiviti
perpaduan kaum/integrasi
kokurikulum, sukan, program
nasional
kesenian & kebudayaan *

PERANAN PIHAK TERTENTU


LANGKAH/CARA/USAHA/
* ibu bapa, pihak sekolah,
KAEDAH/STRATEGI
kerajaan, masyarakat, media
untuk mengukuhkan perpaduan
massa, rakyat *
THANKS!
FOLLOW US AND SUBSCRIBE

anysfadzlyn
Pengajian Am Channel

You might also like