You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER MEI / 2020

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL : nurudin94@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT LEARNING CENTRE

[Date]
1
KANDUNGAN : HALAMAN

1. BAHAGIAN A : PENGENALAN 3-4

2. PENTAKRIFAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENDIDIKAN 5-6

3. PERANAN ELEMAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


DAN KOMUNIKASI 7-8

4. PENILAIAN KE ATAS APLIKASI SETIAP ELEMEN TMK


BERDASARKAN AKTIVITI P&P SEBENAR DI SEKOLAH 9-10

5. KESIMPULAN 11

6. RUJUKAN 12

7. BAHAGIAN B : PENJELASAN TENTANG


GAMBARAN BAHAN PEMBELAJARAN 13

8. KRITIKAN TERHADAP BAHAN PEMBELAJARAN 14

9. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAHAN PEMBELAJARAN 15-16

[Date]
2
1. Pengenalan

Istilah “ Teknologi Maklumat “ muncul pada sekitar dekad 1970 pada


abad ke 20 kerana banyak industri bertumbuh dengan pesatnya dalam pelbagai
sektor yang naik secara mendadak seperti sektor elektronik, sektor
pengkomputeran dan sektor-sektor teknologi yang lain. Pada zaman itu, terdapat
pelbagai penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta pembaharuan
dalam bidang jentera dan pengkomputeran serta UNIVAC I yang direka bentuk
oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly adalah komputer komersil yang pertama
bagi Biro Banci Amerika Syarikat lalu berkembang mengikut peredaran zaman
yang semakin serba canggih.

Di masa kini Teknologi Maklumat tidak asing lagi dengan peredaran


zaman yang semakin canggih turut serta penggunaan teknologi maklumat di
dalam dunia pendidikan di Malaysia. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) merupakan teknologi yang diperlukan bagi pemprosesan data dalam aspek
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Justeru itu, secara terperincinya ialah
melibatkan penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu hanya memerlukan rangkaian jalur lebar serta telefon
pintar mampu memberikan maklumat di hujung jari sahaja.

Teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,


penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi seperti yang kita sedia ketahui bahawa teknologi disifatkan sebagai satu
bentuk pemudah cara yang boleh mendapatkan maklumat dengan sangat pantas.
Selain itu juga teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer
sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram,
PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan segala maklumat kepada penerima
dengan begitu cepat dan mudah serta dapat memudahkan segala urusan harian
kita dengan menjimatkan masa, wang dan tenaga bagi menyelesaikan masalah
yang di hadapi di masa hadapan dari segi pengurusan, pentadbiran dan lain – lain
lagi.

[Date]
3
Di samping itu, di dalam dunia yang bertambah maju ini. Teknologi
maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita kerana ia telah
memainkan peranan yang penting di dalam kerja harian kita. Misalnya, komputer
dapat menyimpan dokumen-dokumen yang penting dengan sistematik dan
menjimatkan ruang yang sedia ada lalu ia membantu bekerja lebih pantas dan
sempurna. Selain itu juga media massa memainkan peranan penting dalam
membuka minda kita supaya tidak lagi jahil seperti katak di bawah tempurung
kerana melalui televisyen kita di bawa ke sistem video yang begitu canggih dan
berupaya merakam detik-detik yang menarik serta boleh dimainkan semula ke
skrin layar dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat serta di gunakan untuk
pembelajaran video animasi yang menarik.

Pencapaian besar dalam teknologi komunikasi adalah terciptanya telefon


bimbit kerana ia mampu menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai
walaupun berkilo meter jauh serta telefon pintar yang telah wujud pelbagai
aplikasi yang memudahkan dunia pendidikan di Malaysia kerana ia mampu
membuat kelas secara talian dan menghantar segala tugasan secara talian dengan
menjimatkan penggunaan kertas. Tambahan pula, teknologi maklumat juga
menimbulkan masalah sosial yang perlu kita menitikberatkan kerana ia mampu
tersebar dengan pantas ke seluruh negara dan prihatin terhadap isu semasa.

Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam


menjamin kehidupan yang lebih selesa khususnya dalam sektor dunia pendidikan
yang perlu dimanfaatkan ke arah yang positif serta untuk memastikan bahawa
masyarakat Malaysia dapat membangunkan fikiran yang inovatif dan kreatif. Oleh
itu, semua pihak haruslah bertindak mengikut peredaran zaman yang bersesuaian
pada ketika itu supaya dapat menghadam apa yang terjadi pada dunia seiringan
dengan era zaman globalisasi yang sentiasa maju dan budaya saing yang sihat
mampu dipupuk untuk meningkatkan pemikiran yang sihat malah ia akan
melahirkan generasi yang celik teknologi dan mampu mengubah pada masa
hadapan dengan lebih baik.

[Date]
4
2. Takrifan TMK dalam Pendidikan.

Pada pendapat saya, antara takrifan yang boleh dikait rapatkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan ialah Elemen Merentas Kurikulum
(EMK) yang mempunyai unsur nilai tambah yang dititikberatkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang berhasrat serta dapat menangani cabaran semasa
dan masa hadapan seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar,
Nilai Murni dan Patriotisme. Selain itu, Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah diperkenalkan bagi memastikan
pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) supaya proses pengajaran dan pembelajaran di masa kini
lebih efektif.

Di samping itu, pembelajaran abad ke 21 telah menjadikan satu fenomena


di mana semua warga sekolah telah menggunakan pendekatan pembelajaran
secara digital serta memudahkan segala urusan pentadbiran secara sistematik dan
teratur. Sebagai contoh, pertama kali kelas diadakan secara talian kerana
kekangan yang berlaku virus covid 19 yang tidak dibenarkan untuk kelas
bersemuka berlangsung jangka waktu yang lama. Seterusnya, teknologi maklumat
dan komunikasi telah dipraktikkan secara meluas dan membantu di dalam dunia
pendidikan pada ketika ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran harus
berlangsung supaya dapat ilmu yang berterusan tanpa ketinggalan kebelakang.

Sehubungan dengan itu, setiap kali berlangsung proses Pengajaran dan


Pembelajaran menjadikan ia satu mata pelajaran yang menarik, efektif dan
bermakna kerana elemen teknologi maklumat dan komunikasi terdiri daripada
pelbagai media yang ada. Sebagai contoh, gambar, audio, video, animasi, fail
dokumen, jalur lebar dan sebagainya. Justeru, perkara ini dapat menggalakkan
warga sekolah untuk menjadi lebih inovatif dan kondusif bagi memberikan
sepenuh perhatian di dalam setiap aktiviti yang berlangsung dan memberikan
galakkan untuk celik menggunakan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ini.

[Date]
5
Kedua, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai satu mata
pelajaran bagi di ajar pada seawal sekolah rendah lagi bagi memberi gambaran
dan dedahan tentang dunia teknologi ini. Di dunia yang semakin berkembang ini
pendedahan pada peringkat awal amat bersesuaian kerana memberi persediaan
untuk menghadapi ke masa hadapan malah ia dapat memupuk penguasaan ilmu
pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu tentang teknologi maklumat dengan
berteraskan standard dalam dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem
rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data dan pengaturcaraan.

Penyediaan aras supaya murid dapat menguasai pengetahuan dan


kemahiran khusus disiplin ilmu teknologi maklumat ia perlu dipelajari dan
menggalakkan kreativiti dan bahan pembelajaran yang menarik. Sebagai contoh,
tayangan animasi boleh merangsang minat murid supaya tidak bosan dan ia
membantu untuk memberi perhatian yang penuh semasa berlangsungnya
pembelajaran dan pengajaran. Justeru, mewujudkan modul ini mengikut tahun
yang betul dapat menghasilkan pembelajaran lebih baik dan efektif malah ia juga
menjana idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

Akhir sekali, Pengurusan kurikulum sekolah dalam teknologi maklumat


dan komunikasi juga memainkan peranan yang penting dalam penggunanya
kerana segala pengurusan dan pentadbiran pada zaman kini menggunakan sistem
komputer. Perisian komputer ini dapat membantu mengurus sekolah dengan baik
kerana segala data dapat di simpan secara teratur dan menjimatkan ruang.
Teknologi maklumat dan komunikasi juga membantu pengurusan pendidikan
dalam membuat keputusan malah meningkatkan komunikasi dalam organisasinya
serta mengendalikan proses dan kerja pengurusan dan pentadbiran seperti
pendaftaran murid, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu dan lain-lain
lagi.

Kesimpulannya, pada abad ke 21 di mana semua masyarakat sentiasa


berkembang pesat lalu warga pendidik perlu melengkapi pengetahuan dan
kebolehan dari pelbagai aspek kognitif bagi melahirkan generasi akan datang
memanfaatkan TMK ini dengan lebih baik.

[Date]
6
3. Peranan Elemen TMK.

Pertama, Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah


teknologi di mana ia digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan
komunikasi dan perisian aplikasi bagi memperoleh, memproses, menyimpan,
menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana
sahaja dan bila – bila masa. Antara pendekatan membudayakan teknologi
maklumat dan komunikasi ini di dalam pembelajaran dan pengajaran iaitu
pengetahuan dan kemahiran kerana zaman era globalisasi ini semua teknologi
akan sentiasa diperbaharui atau di tambah baik dari semasa ke semasa maka amat
penting untuk belajar sesuatu yang baharu di dalam dunia teknologi untuk diguna
pakai pada masa hadapan. Sebagai contoh, seni dahulu hanya menggunakan
pensel, arang, pen dan lain-lain lagi tetapi pada zaman sekarang seni itu tak terhad
pada lukisan secara kasar sahaja malah kini kita mempunyai aplikasi untuk
melukis secara digital lebih menjadi tumpuan di era kini kerana hasilnya amat
menarik kerana penghasilannya secara terperinci dan lukisan digital ini perkara
yang mustahil boleh jadi idea yang begitu cantik seperti poster filem yang banyak
di ubah sesuai menggunakan perisian aplikasi digital yang memberi impak kepada
sesuatu gambar yang ingin di sampaikan dengan lebih menarik.

Kedua, elemen kreativiti dan inovatif juga dititikberatkan dalam teknologi


maklumat dan komunikasi kerana ia mengukur kebolehan seseorang untuk
menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai
sesuatu objektif yang ada pada daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran
kreatifnya. Sehubungan dengan itu, idea yang dihasilkan menjadi suatu yang baru
dapat dicipta bagi memenuhi sesuatu keperluan harian atau mempunyai nilai pada
setiap hasil yang dicipta agar melahirkan generasi yang budaya saing yang sihat
serta mampu memberi impak kepada teknologi pada masa hadapan. Sebagai
contoh, pacaran skrin layar bagi memberi maklumat kepada para murid yang
ramai dengan informasi yang menarik minat para pelajar memberikan prihatin
yang sepenuhnya kerana ia mampu memberi maklumat yang berkesan serta

[Date]
7
pembesar suara yang menjadikan suasana yang berbeza, tidak bosan dan tumpuan
sepenuhnya semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung

Akhirnya, elemen keusahawanan merupakan satu proses dalam


membentuk kaedah berfikir dan nilai ke arah menjadi seorang usahawan yang
formulasi pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana ia mampu membuka
minda untuk berfikir secara meluas malah teknologi maklumat di dalam dunia
usahawan juga telah berkembang secara pesat dan moden. Contohnya, muka buka
adalah satu aplikasi yang boleh meningkatkan jualan tanpa memerlukan memerah
tenaga untuk rumah ke rumah sebelum ini. Pengetahuan ini juga dapat mendidik
para warga pendidik untuk berfikiran jauh untuk mencari peluang di masa
hadapan.

Oleh itu, setiap elemen yang ada di dalam teknologi maklumat dan
komunikasi pada era globalisasi ini amat penting peranan kerana ia banyak
membantu dalam kehidupan hari kita dari segi masa, tenaga dan wang ringgit
dapat dijimatkan dan semua peralatan yang canggih ini perlulah di jaga untuk
generasi akan datang supaya tidak di salah guna kerana segala peralatan ini
mempunyai fungsi yang berbeza dan cara penggunaannya terpulang kepada
pengguna untuk menggunakan secara ke arah kebaikan mahupun keburukan maka
semua pihak khususnya di dalam sekolah hendaklah memainkan peranan penting
bagi menjaga penggunaan peralatan berteknologi canggih supaya tidak disalah
guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana peralatan ini melibatkan kos
yang tinggi jika rosak dan perlu di jaga dengan baik agar segala proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan dengan lancar dan generasi akan
datang tidak ketinggalan zaman dalam peredaran zaman yang moden berkembang
secara pesat dan sentiasa kemas kini dari semasa ke semasa.

[Date]
8
4. Penilaian Aplikasi Setiap Elemen TMK.

Pertama, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan


menggunakan secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan
proses dan berkesanan pembelajaran dan pengajaran serta integrasi dalam ini
melibatkan guru dan pelajar bagi digunakan sebagai wahana pembelajaran dan
pengajaran. Secara berfikrah, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini
bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran kerana berupaya
meningkatkan motivasi murid, mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
dan membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi dengan
pantas dan mudah. Teknologi maklumat ini mempunyai perkakasan dan perisian
yang boleh digunakan serta aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh, aplikasi
penggunaan Microsoft word, excel, power point dan lain – lain lagi.

Multimedia pula merupakan gabungan persembahan satu atau lebih


elemen seperti grafik, animasi, teks, audio dan video. Bahannya pula boleh
digabungkan dengan konsep interaktif supaya pengguna boleh bertindak balas dan
mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan. Proses pengajaran dan
pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan bermutu di mana guru tidak terikat
dengan kaedah pengajaran konvensional kerana pembelajaran secara multimedia
ini mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik
kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik dan interaktif
dengan bantuan media tambahan selain buku teks seperti animasi, lagu, dan teks
yang menarik mampu melakukan satu proses pemindahan isi pelajaran ke bentuk
permainan dan hiburan yang pasti ia menyeronokkan kepada murid. Contohnya,
semasa di dalam kelas berlangsung proses pembelajaran dan pengajaran guru
dapat mempraktikkan pengguna pacaran layar putih dan menayangkan video yang
menarik bersesuaian mata pelajaran yang diajari dengan keadaan yang tidak bosan
lalu pelajar tidak bosan apa yang dipelajari semasa kelasnya berlangsung.

[Date]
9
Seterusnya, penggunaan papan hitam pula boleh ditukar kepada kaedah
yang lebih canggih seperti komputer atau komputer riba, paparan skrin LCD,
peralatan audio-visual dan sebagainya kerana ini dapat membuat murid lebih
memberikan tumpuan dalam proses pembelajaran yang semakin berkembang
pesat era digital kini di mana murid sangat terdedah kepada pelbagai
perkembangan dan maklumat di luar sana dengan begitu pantas malah dalam
dunia pendidikan kini juga sebarang maklumat yang diperlukan berkenaan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang mahu disampaikan dengan lebih pantas dan
baik. Pengguna gajet kini dilihat sangat relevan dalam proses pengajaran dan
pengajaran kerana kita sedar bahawa zaman dahulu tidak sama dengan pada era
zaman digital kini lebih terdedah dengan kepesatan dan kepantasan teknologi
maklumat. Oleh itu, kita seharusnya memanfaatkan teknologi yang ada ini untuk
kebaikan bersama tidak kira dalam dunia pendidikan mahupun bidang yang lain.

Penggunaan E-mel dan internet dalam pendidikan juga aplikasi yang boleh
dipraktikkan kerana kerana asas teknologi maklumat boleh dikatakan sebagai satu
proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi e-mel atau dikenali sebagai mel
elektronik ini pelajar boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan pendidikan
secara serta-merta. Contohnya, pelajar boleh berkomunikasi dengan guru
berkaitan dengan masalah yang dihadapi semasa membuat kerja rumah atau ke
tidak faham semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung boleh bertanya
melalui e-mel di mana jua berada lalu guru boleh mengetahui respon murid
terhadap sesi pengajaran dan pembelajarannya berlangsung di bilik darjah. Selain
itu, kemudahan internet bukan sahaja menawarkan komponen dalam bilik darjah
malah menyediakan sumber maklumat berbentuk teks yang diperkayakan dengan
unsur-unsur lain seperti audio visual dan animasi. Tambahan pula, internet turut
menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang bersesuaian untuk membuat
pelbagai program pendidikan. Sebagai contoh, satu laman web sebagai salah satu
sumber maklumat tentang informasi yang diperlukan dengan mudah dan cepat.

[Date]
10
5. Kesimpulan

Secara konklusinya, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
semasa proses ini berlangsung. Di samping itu, Teknologi maklumat juga mampu
menarik minat dan memotivasikan murid untuk mempelajari ilmu yang baru dalam
pelbagai variasi yang direncanakan oleh warga pendidik dengan berhasrat meningkatkan
tahap pencapaian murid kerana ia mampu membuat murid teruja untuk meneroka dengan
menggunakan perisian komputer secara kendiri. Teknologi maklumat juga akan dijadikan
medium utama oleh murid dalam mengakses maklumat semasa proses pembelajaran
mereka.

Dalam suasana yang penuh mencabar pada masa kini dengan peredaran zaman
yang begitu moden dan drastik ini telah membuat semua warga pendidik lebih celik mata
untuk mengetahui ilmu ini bagi tidak ketinggalan zaman pada masa akan datang. Melalui
pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sesuatu medium yang boleh diguna pakai seperti teks, audio, video, grafik
dan animasi mampu disampaikan kepada murid dengan berkesan melalui rangsangan
deria yang lebih efektif dan efisien. Para pendidik juga mampu menjadikan teknologi
maklumat dan komunikasi sebagai satu wadah untuk mengakses dan berkongsi bahan
pengajaran kepada murid dan komuniti pengajar yang lain.

Oleh itu, teknologi maklumat dan komunikasi ini jelas mampu dijadikan sesuatu
rancangan pengajaran harian supaya menimbul suasana menarik serta berkesan dengan
penerapan model reka bentuk pengajaran yang sesuai. Di samping itu, melalui teknologi
maklumat dan komunikasi ini juga segala yang ingin disampaikan menjadi lebih jelas dan
mudah difahami oleh murid kerana isi yang dipaparkan mudah dan ringkas serta
membolehkan murid membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan
gaya dan keperluan kognitif mereka kerana tidak dapat dinafikan bahawa sudah menjadi
lumrah kehidupan manusia tertarik pada benda-benda yang menarik.

[Date]
11
6. Rujukan

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia Dalam


Pendidikan. Kuala Lumpur PTS Publication & Distrubator Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005). Multimedia Konsep dan


Praktis. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distrubator Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Dokumen Standard Kurikulum


dan Pentaksiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun Empat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Dokumen Standard Kurikulum


dan Pentaksiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun Lima.

Kamus Dewan (2010). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Bird, J. & Caldwell, H (2014). Lessons in Teaching Computing in Primary


Schools. Singapore : Sage.

[Date]
12
7. Bahagian B: Penjelasan Gambaran bahan Pembelajaran yang diberikan.

Pertama, pengguna animasi di dalam persembahan video membuatkan


mata pelajaran itu menarik kerana wujudnya teknologi maklumat dan komunikasi
di dalam video tersebut. Animasi itu juga telah menerangkan secara terperinci
tentang mikroorganisma hidup bernafas secara tidak langsung ia membuat
penyampaian maklumat yang ingin disampai mudah di fahami. Sebagai contoh, di
dalam video tersebut menunjukkan bagaimana terhasilnya roti mengikut kajian
sains maka murid dapat memahami video tersebut dengan pergerakan animasi
tersebut.

Kedua, pengguna teks yang tidak membosankan kerana ia memainkan


peranan penting dalam mesej yang ingin disampaikan. Di dalam video tersebut
penggunaan teks yang ringkas dan boleh bergerak menjadikan satu video yang
mampu diberikan tumpuan kepada murid menontonnya hingga hujung video
tersebut. Sebagai contoh, teks yang digunakan seperti oksigen dan carbon
dioksida bergerak secara peta minda atau timbul hilang mampu memberi kesan
kepada penonton untuk memberi fokus yang tinggi kepada video tersebut.

Ketiga, penggunaan audio yang jelas dan spontan mampu memberi


komunikasi yang jelas kepada penonton untuk memahami apa yang ingin
disampaikan dalam video tersebut. Audio yang baik juga amat penting dalam
sesebuah persembahan video bagi memberi penonton faham dengan apa yang
disampaikan. Di dalam video ini juga penggunaan animasi dan audio juga amat
baik kerana gambaran apa yang disampaikan sesuai dengan audio yang telah di
ucapkan kepada penonton maka setiap persembahan video elemen ini amat
penting bagi mewujudkan satu penghasilan video yang menarik kerana semua
elemen ini berkait rapat antara satu sama lain.

Oleh ini, persembahan video di dalam era zaman moden ini khususnya di
dalam dunia pendidikan amat wajar bagi memudahkan proses pembelajaran dan

[Date]
13
pengajaran yang berlangsung menjadi suasana yang menarik malah warga
pendidik juga bersikap terbuka bagi mencurahkan ilmu pengetahuan secara
meluas dan mempunyai ilmu teknologi seiring dengan perkembangan pesat kini.

8. Kritikan Bahan Pembelajaran yang diberikan.

Pertama, dengan komputer perisian multimedia boleh diprogramkan


supaya murid terlibat secara aktif dengan cara memilih berbagai ilmu yang
disediakan bagi bertindak balas dengan memaparkan maklumat yang tertentu
tetapi ada sesetengah amat sukar untuk difahamkan kerana terlalu banyak
maklumat dipaparkan boleh menyebabkan agak sukar untuk memahaminya
dengan baik.

Kedua, simulasi komputer juga amat kurang diberikan kepada murid ini
kerana beranggapan bahawa mereka masih budak mentah tidak tahu apa-apa
tentang teknologi maka ia tidak diberikan pendedahan kepada pengguna komputer
dan telah wujudnya orang yang buta kepada teknologi pada hari ini serta perlu
menyediakan makmal komputer yang mencukupi untuk menerokai teknologi pada
zaman kini bukan hanya pada terhad komputer riba tetapi terdapat gajet yang lain
seperti telefon pintar yang boleh digunakan dalam dunia pendidikan membuka
minda mereka untuk mengetahui penggunaannya.

Ketiga, kesukaran mencari capaian jalur lebar yang terhad juga


menyukarkan untuk mencari maklumat dan kekangan kepada rangkaian yang
amat terhad membuat penggunaan teknologi ini berkurang dan susah untuk
melaksanakan segala aktiviti secara digital. Oleh itu, permasalahan ini hendaklah
di atasi bagi ingin mencapai kemajuan pemodenan pada zaman kini kerana ia
perlu seiring dengan pembangunan yang meningkat naik dan tidak ketinggalan
pada yang duduk di luar bandar yang capaian internet amat susah untuk mencari
maklumat dalam pembelajaran.

Akhir sekali, kekurangan dana untuk menjayakan segala program yang


berkait rapat dengan teknologi kerana peralatannya memerlukan modal yang

[Date]
14
tinggi maka kerajaan perlu kaji semula untuk bagi peruntukkan bagi menjayakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 iaitu setiap bilik darjah
mempunyai suasana berteknologi sebagai contoh penggunaan pembesar suara dan
pacaran tayangan video animasi yang sesuai bagi menarik minat murid subjek
yang mereka belajar dan wujud suasana yang seronok di dalam bilik darjah.

9. Cadangan penambahbaikan bahan pembelajaran yang diberikan.

Pada pendapat saya, antara penambahbaikan yang boleh dititikberatkan


ialah kita sedia maklum bahawa kekurangan bilangan komputer di sekolah yang
tidak mencukupi maka penggunaan teknologi itu amatlah terhad tetapi pelajar
boleh mempelajari ilmu ini di luar sekolah seperti menghadiri kelas komputer dan
bengkel yang di adakan untuk pelajar daripada pihak luar yang bersesuaian.

Seterusnya, para pengajar juga haruslah memainkan peranan yang penting


dengan berusaha menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini
agar proses pengajaran dan pembelajaran dalam dilaksanakan dengan lancar dan
menarik minat pelajar menyukai subjek yang diambilnya.

Selain itu, kelengkapan ke semua sekolah di seluruh negara dengan


capaian internet 4G dan platform pembelajaran maya yang boleh digunakan oleh
guru dan murid serta ibu bapa menerusi program 1bestariNet malah boleh
membangunkan strategi daripada asas yang telah disediakan agar memastikan
semua inisiatif selanjutnya dibangunkan daripada program terdahulu. Sebagai
contoh, semua inisiatif teknologi masa depan akan ditingkatkan dan
memperkukuhkan keberkesanan 1bestarinet dengan langkah ini program ini dapat
memastikan 1BestariNet menjadi pemangkin bagi inovasi teknologi dalam
pendidikan Malaysia.

Dalam jadual waktu belajar perlu di berikan ruang dan masa yang panjang
bagi memberikan peluang kepada murid dan guru untuk menggunakan teknologi
maklumat ini dengan baik dan cukup. Hal ini demikian, pihak pentadbir sekolah
perlu membuat satu waktu yang panjang sedikit untuk pelajari ilmu dan boleh

[Date]
15
juga diselitkan kepada guru yang ingin menggunakan makmal komputer tersebut
malah lebih sistematik dapat membuat jadual bergilir untuk menggunakan
makmal komputer.

Pihak sekolah juga haruslah memainkan peranan penting bagi mengatasi


masalah kekurangan prasarana dan bahan sokongan dengan memperbaiki
infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer,
penyelenggaraan komputer, jalur lebar yang tinggi yang bersepadu dan
sambungan internet yang baik supaya peruntukkan yang sesuai bagi menyediakan
teknologi komputer terkini.

Akhir sekali, penyediaan murid dengan kemahiran dan pengetahuan bagi


murid dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital.
Justeru itu, para tenaga pengajar dapat mengikuti kursus bagi menerapkan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong pembelajaran
murid serta memastikan keperluan asas dapat disediakan sejajar dengan kejayaan
pelaksanaan teknologi dalam pendidikan seperti peralatan, jaringan dan aplikasi
teknologi, kompetensi tenaga pengajar dalam teknologi serta kurikulum dan
pentaksiran hendaklah dimantapkan sebelum beralih kepada penggunaan
teknologi yang lebih tekal dan inovatif.

[Date]
16

You might also like