You are on page 1of 6

BUKU

 PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  

Toleransi
Penghayatan
Tajuk Indikator Perpaduan Cadangan Aktiviti
Perpaduan

TOLERANSI Menerima, menghormati dan • Membuat • Mengaplikasikan


mengurus kepelbagaian simulasi dalam amalan bertolak
Kesanggupan melalui nilai toleransi dalam situasi yang ansur antara
bertolak ansur, kalangan masyarakat pelbagai bersesuaian pelbagai agama,
sabar dan agama, bangsa, budaya dan seperti membeli bangsa, budaya
mengawal diri bahasa. makanan di dan bahasa.
demi Menerima Kepelbagaian kantin atau • Mengamalkan
kesejahteraan dengan: menggunakan sikap bertolak
hidup • Bersikap toleransi dalam kemudahan ansur dalam
pelbagai situasi. awam. kehidupan seharian
• Sentiasa bersabar semasa • Bercerita tentang bagi memantapkan
bekerjasama menjalankan pengalaman lagi perpaduan.
aktiviti yang dirancangkan. berkongsi • Menyedari
• Saling percaya dalam peralatan, tempat kepentingan
perhubungan antara kaum. atau kemudahan bersikap tolak
asas di mana ansur dalam
sahaja dengan kehidupan seharian
Menghormati Kepelbagaian rakan yang terdiri dalam
dengan: daripada mengeratkan
• Berhemah tinggi dalam pelbagai agama perpaduan.
melakukan aktiviti bersama. dan bangsa.
• Menghargai pemberian atau • Membincangkan
sumbangan masyarakat, secara
jiran dan rakan. berkumpulan,
• Mengamalkan sikap tolak cara hidup
ansur bagi menguatkan bermasyarakat
hubungan rakan antara pada masa
agama, bangsa, budaya dan hadapan jika
bahasa. tiada amalan
bertolak ansur
antara agama,
Menguruskan Kepelbagaian bangsa, budaya
dengan:
dan bahasa.
• Rasional dalam
menunjukkan sikap bertolak
ansur dalam sesuatu situasi.
• Bersikap amanah dalam
mengamalkan sikap
toleransi dalam pelbagai
situasi.

117   BPK 2015


BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  

Pengenalan

Nilai Toleransi ialah kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi
kesejahteraan hidup. Berdasarkan aktiviti yang dirancang ini, murid dapat menerima
kepelbagaian dengan bersikap toleransi dan bersabar dalam pelbagai situasi. Murid
diharapkan dapat menghormati kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa
dengan mengamalkan sikap berhemah tinggi dan bertolak ansur. Murid juga dapat
menguruskan kepelbagaian dengan bersikap rasional dan menyedari kepentingan
bersikap tolak ansur dalam kehidupan seharian bagi mengeratkan perpaduan.

Contoh Rancangan Pengajaran Harian.

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral


Kelas : Tahun 3
Nilai : Toleransi
Tajuk Toleransi Sesama Rakan
Masa : 60 minit
Bahan Bantu Belajar : Klip video berkaitan toleransi, puzzle
(keratan gambar), lembaran kerja dan gambar situasi.
Indikator Perpaduan : Menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian
melalui nilai toleransi dalam kalangan masyarakat
pelbagai agama, bangsa, budaya dan bahasa.
Penghayatan Perpaduan : 1. Mengaplikasikan amalan tolak ansur antara
pelbagai agama, bangsa, budaya dan bahasa.
2. Mengamalkan sikap bertolak ansur dalam
kehidupan seharian bagi memantapkan lagi
perpaduan.
3. Menyedari kepentingan bersikap tolak ansur
dalam kehidupan seharian dalam mengeratkan
perpaduan.

Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan sikap toleransi sesama warga sekolah.
2. Menyenaraikan kebaikan bersikap toleransi sesama warga sekolah.
3. Menceritakan perasaan apabila bersikap toleransi bersama warga sekolah.
4. Menunjukkan sikap toleransi sesama warga sekolah.

118   BPK 2015


BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  

Cadangan Aktiviti:

Langkah Pengajaran Indikator Perpaduan

Set Induksi
1. Guru menayangkan klip video, gambar situasi atau cerita
pendek yang berkaitan dengan nilai toleransi.
2. Murid menyatakan sikap yang terkandung dari pada aktiviti
tersebut di atas.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan nilai yang akan
diajar.  
Langkah 1 Menerima Kepelbagaian
dengan:
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Secara berkumpulan murid mencantumkan guntingan gambar • Bersikap toleransi
(Lampiran 1). dalam pelbagai
3. Kumpulan yang berjaya dikehendaki mempersembahkan hasil situasi.
kerja di hadapan kelas. • Sentiasa bersabar
4. Murid menyenaraikan 5 kebaikan bersikap toleransi dengan semasa bekerjasama
menggunakan alat berfikir yang sesuai. menjalankan aktiviti
5. Murid memberi jawapan dengan bimbingan guru.     yang dirancang.
Langkah 2 Menerima Kepelbagaian
dengan:
1. Guru menunjukkan klip video, gambar situasi atau cerita
pendek itu semula. • Bersikap toleransi
2. Murid menjelaskan sebab dan akibat berdasarkan situasi dalam pelbagai
dalam video, gambar atau cerita tersebut. situasi.
3. Murid membina peta pelbagai alir berdasarkan situasi • Sentiasa bersabar
mengikut kumpulan. semasa bekerjasama
4. Murid membentangkan hasil perbincangan kepada kelas. menjalankan aktiviti
  yang dirancang.

Menghormati
Kepelbagaian dengan:
• Berhemah tinggi
dalam melakukan
aktiviti bersama.
• Mengamalkan sikap
tolak ansur bagi
menguatkan
hubungan rakan
antara agama,
bangsa, budaya dan
bahasa.

119   BPK 2015


BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  

Langkah Pengajaran Indikator Perpaduan

Langkah 3 Menguruskan
Kepelbagaian dengan:
1. Murid diminta untuk menilai situasi (Lampiran 2).
2. Murid menceritakan perasaan dan tindakan mereka sekiranya • Bersikap rasional
berada dalam situasi seperti Ravi atau Ali. dalam menunjukkan
  bertolak ansur dalam
sesuatu situasi.
Langkah 4 Menguruskan
Kepelbagaian dengan:
1.  Murid menyatakan beberapa contoh situasi amalan nilai
toleransi yang boleh diamalkan bersama warga sekolah. • Bertolak ansur dalam
mengamalkan sikap
2. Guru memberi peneguhan tentang nilai toleransi yang perlu toleransi dalam
diamalkan dalam warga sekolah yang pelbagai agama, pelbagai situasi.
bangsa, budaya dan bahasa.  
Aktiviti Penilaian

1. Murid dinilai berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan


(Guru memberikan ulasan tentang penglibatan murid).  
Penutup

1. Guru merumuskan kepentingan bersikap toleransi untuk


mewujudkan perpaduan antara agama dan bangsa.  

Refleksi
.....................................................................................................

....................................................................................................

....................................................................................................

Aktiviti Pemulihan
1. Murid diminta memilih tindakan yang betul mengikut situasi
yang diberikan (Lampiran 3).
 
Aktiviti Pengayaan
1. Murid dalam kumpulan menyenaraikan ciri-ciri seorang warga
sekolah yang patut dicontohi oleh semua murid.
 
 
 
 
   

120   BPK 2015


BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

Arahan: Baca dan fahami pernyataan di bawah. Nyatakan perasaan dan tindakan
anda sekiranya anda berada dalam situasi tersebut.

Ali sedang menggunakan komputer untuk melayari internet bagi


mencari bahan yang perlu dihantar pada minggu hadapan. Manakala
Ravi pula perlu menggunakan komputer tersebut untuk menyiapkan
folio yang perlu dihantar pada hari esok.

121   BPK 2015


BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  

LAMPIRAN 3
Aktiviti Pemulihan

Arahan: Fahami situasi di bawah dan tandakan (√ ) pada tindakan yang betul.

1. Krishna beratur di belakang anda untuk membeli makanan di kantin. Krishna


kesuntukan masa untuk menghadiri kelas tambahan.

Saya memberi laluan kepada Krishna untuk membeli makanan.

Saya tidak memberi laluan kepada Krishna.

2. Anda memasuki perpustakaan sekolah untuk meminjam buku cerita. Pada masa
yang sama, Wei Chong juga ingin meminjam buku tersebut.

Saya memberi peluang kepada Wei Chong untuk meminjam


buku.

Saya meminjam buku tersebut tanpa menghiraukan Wei Chong.

3. Anda terjatuh ketika berbasikal ke sekolah. James mentertawakan anda apabila


melihat kejadian tersebut.

Saya mengawal diri dengan tidak memarahi James.

Saya berdendam dengan James.

4. Anda berbaris untuk menaiki bas sekolah. Secara tiba-tiba Robert memotong
barisan anda.

Saya menarik Robert ke belakang.

Saya bersabar dengan tindakan Robert


 

122   BPK 2015

You might also like