You are on page 1of 4

PENGENALAN

Lukisan ‘Ayahku dan Angkasawan’ karya Ibrahim Hussein menunujukkan dua figura
yang berbeza dari pelbagai aspek. Pelukis menggunakan warna yang panas dan juga
mengaplikasikan tipografi pada karya untuk menambah informasi kepada penonton. Beliau
jmenggunakan Bahasa Inggeris dalam karyanya.

PEKERJAAN

Kelihatan lelaki tua yang juga dikenali sebagai ayahnya. Ayahnya mempunyai gaya
tradisional. Hl ini dapat menyimpulkan bahawa ayah pengkarya mempunyai suatu pekerjaan
tradisional yang mungkin beliau bekerja di kampung. Sosok berotot ayahnya mengukuhkan
lagi idea itu kerana pekerjaan kampung memerlukan tenaga buruh yang kuat. Kulit gelap
sawa matang ayahnya menggambarkan bahawa ayahnya sering bekerja di bawah terik
matahari panas. Contoh pekerjaan ayahnya, tukang kayu, pengembala, petani atau nelayan.

Manakala, figura di kanan karya pula menunjukkan bahawa beliau bekerja sebagai
angkasawan. Pekerjaan yang lebih moden dimana beliau bertugas untuk mengkaji tentang
angasa lepas.Pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Beliau
seorang yang berpendidikan tinggi. Namun, kelihatan pada cermin helmetnya, sebuah
pemandangan kampung yang kecil menggambarkan bahawa angkasawan ini ingin
membanggakan keluarga, bangsa dan negaranya kerana telah Berjaya menjadi seorang
angkasawan.

PAKAIAN
Pemakaian ayah pengkarya hanyalah sehelai kain pelekat. Menggambarkan bahawa
ayahnya adalah seorang Melayu yang memartabatkan karya tradisional. Terdapat juga kain
yang membalut kepala ayah kerana ayah berkerja di bawah terik matahari. Ayah tidak
menitik beratkan gaya dan fesyen tetapi bangga akan tradisi bangsanya.

Manakala, angkasawan tersebut sedang memakai Kelihatan sutnya yang berat, putih
dan bertutup sepenuhnya. Pakaian angkasawan jauh lebih moden daripada pakaian ayah.
Sutnya dilengkapi pelbagai teknologi canggih demi menjaga keselamatan angkasawan
Ketika berada di angkasa lepas.

KEGIATAN/KEPERCAYAAN

Ayah nya mungkin lebih gemar sumber pendapatan hasil pekerjaan tradisional. Iaitu
pekerjaan hasil dari titik peluh beliau betungkus lumus dari pagi sampai petang dengan
tenaga sendiri. Dalam pada yang sama, ayah tidak melupakan tradsisi bangsa beliau. Ayah
percaya bahawa hasil beliau dapat menyara keluarga dengan baik. Pekerjaan ayah lebih
bergantung kepada tenaga buruh semata-mata.

Manakala, angkasawan memilih untuk memakai pakaian sut angkasa itu kerana
beliau mempercayai bahawa tekanan atmosfera di Kawasan angkasa lebih tinggi
berbanding kita di bumi. Kekurangan oksigen di angkasa juga menyebabkan angkasawan
terpaksa memakai helmet dan membawa tangka oksigen Bersama. Angkasawan tidak
memerlukan tenaga yang banyak untuk mengkaji tetapi lebih banyak menggunakan tenaga
intelektual.

KESIMPULAN

Terdapat pelbagai perbezaan antara ayah dengan angkasawan bagai langit dengan
bumi. Namun, mereka mempunyai azam yang sama iaitu untuk memperoleh sumber
pendapatan yang halal. Walau terdapat beza yang ketara namun setiap pekerjaan
mempunyai pro dan cons dia tersendiri. Oleh itu, kita tidak boleh menilai seseorang dengan
pekerjaan sahaja.
PERBANDINGAN PENGKARYAAN SENI TRADISI DENGAN MODEN

KARYA

TAJUK TRADISI MODEN


MAKNA - Milik masyarakat - Hak indidvidu
- Mempunyai - Idea baharu dan yang
keseinambungan telah diubah
- Warisan - Simbolik abstrak
FUNGSI - Mempunyai nilai - Estetik
estetik - Berfungsi kepada
pengguna
TEKNIK / PROSES - Menggunakan skil - Memerlukan bantuan
PENGHASILAN teknik tangan teknologi
- Mengambil masa yang - Mudah dan singkat
lama
BAHAN & MEDIA - Dakwat, kertas, cat air - Cetakan mesin
atau cat minyak pencetak, cat akrilik
- Bahan arca semula - Bahan arca kimia atau
jadi tiruan
CONTOH - Lukisan cat minyak - Grafitti di dinding

PEREKAAN

TAJUK TRADISI MODEN


MAKNA - Milik masyarakat - Hak indidvidu
- Mempunyai - Idea baharu dan yang
keseinambungan telah diubah
- Warisan - Simbolik abstrak
FUNGSI - Mempunyai nilai - Berfungsi kepada
estetik pengguna
TEKNIK / PROSES - Menggunakan skil - Memerlukan bantuan
PENGHASILAN teknik tangan teknologi
- Mengambil masa yang - Mudah dan singkat
lama - Corak serupa
- Corak berlainan setiap
edisi
BAHAN & MEDIA - Dakwat tangan, kain - mesin pencetak,
- Bahan semula jadi Bahan kimia atau
tiruan
CONTOH - kain batik tradisional - kain batik
KEINDAHAN

TAJUK TRADISI MODEN


MAKNA - Milik masyarakat - Hak indidvidu
- Warisan - Idea baharu dan yang
- Alat permainan telah diubah
- Simbolik abstrak
FUNGSI - Mempunyai nilai - Estetik
estetik - Hiasan
- Digunakan dalam
kehidupan seharian
TEKNIK / PROSES - Menggunakan skil - Memerlukan bantuan
PENGHASILAN teknik tangan teknologi
- Mengambil masa yang - Mudah dan singkat
lama
BAHAN & MEDIA - Dakwat, kertas, cat air - Teknologi tinggi
atau cat minyak - Cetakan mesin
- Bahan arca semula pencetak, cat akrilik
jadi - Bahan arca kimia atau
tiruan
CONTOH - Wau bulan - Layang-layang

You might also like