You are on page 1of 8

Apa itu persampelan?

Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) persampelan merupakan satu proses di mana
sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita
membuat generalisasi mengenai populasi itu.

Syed Arabi Idid (1992): Persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pengkaji
untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan populasi.”

Menurut Gordon F. Fielding (1974) dalam bukunya Geography as Social Science, beliau
menyatakan bahawa; “The unbiased selection of the test population is called sampling.’

Ringkasnya, persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian bagi mewakili


keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini biasa digunakan oleh penyelidik tidak kira sains
tulen atau sains sosial dalam penyelidikan mereka.

Contoh1: Jika kita ingin mengetahui atau menilai pemahaman pelajar Universiti
Malaysia Sabah (UMS) terhadap konsep 1Malaysia. Keseluruhan pelajar universiti
merupakan populasi. Sebahagian daripada pelajar yang dipilih dalam kajian merupakan
sampel. Misalnya pelajar dalam kelas tertentu. Hasil tinjauan tadi akan mewakili
pemahaman keseluruhan populasi pelajar UMS terhadap konsep 1Malaysia.

Kenapa persampelan penting dalam kajian?

1. Kos perbelanjaan yang lebih rendah.


2. Masa penggumpulan dan penganalisisan data yang banyak lebih singkat.
3. Membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada
sebahagian kecil populasi.
4. Penyelidik dapat membuat liputan kajian yang lebih luas dalam masa yang singkat.

Kaedah-kaedah persampelan.

Pensampelan kebarangkalian.

Pensampelan kebarangkalian ialah satu teknik pensampelan di mana setiap ahli dalam
populasinya mempunyai peluang untuk dipilih sebagai responden dalam kajian. Persampelan
ini memerlukan sekumpulan responden diambil berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi
mengambarkan secara keseluruhan populasi yang hendak dikaji. Prinsip utamanya ialah
untuk menjelaskan keseluruhan populasi. Individu yang diambil sebagai sampel haruslah
mempunyai kesemua variasi yang wujud dalam populasi tersebut. Oleh itu,pensampelan
kebarangkalian akan digunakan oleh penyelidik apabila memerlukan penjelasan statistik
yang tepat untuk populasi yang besar. Sebagai contoh, untuk meneliti peratusan populasi
yang menganggur. Lazimnya penyelidikan tinjauan yang berskala besar akan mengunakan
kaedah pensampelan kebarangkalian.
Jenis-jenis pensampelan kebarangkalian.

Terdapat empat jenis pensampelan kebarangkalian iaitu:

a) Pensampelan rawak mudah


b) Pensampelan sistematik
c) Pensampelan berstrata atau berlapis ; dan
d) Pensampelan kelompok

Pensampelan rawak mudah (simple random sampling).

Pensampelan rawak mudah ialah pensampelan di mana setiap elemen dalam populasi itu
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. De Vaus (1985) telah
menyenaraikan lima tahap yang perlu seseorang lakukan dalam pensampelan rawak mudah
iaitu :

a) Mendapatkan satu rangka pensampelan yang lengkap.


b) Memberikan tiap-tiap ahli satu nombor khas.
c) Menentukan saiz pensampelan.
d) Memilih ahli-ahli mengikut saiz sampel yang telah ditentukan berdasarkan jadual
nombor rawak ; dan
e) Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.

Unsur ataupun elemen bagi pensampelan rawak mudah boleh diperolehi daripada
beberapa cara, contohnya seperti cabutan loteri atau daripada jadual nombor rawak. Jadual
nombor rawak ini boleh didapati daripada komputer, buku-buku statistik atau penyelidikan
dan sebagainya. Dalam kaedah cabutan “loteri” pula, setiap nama yang terdapat di dalam
populasi dimasukan ke dalam satu bekas. Sebagai contoh ialah memilih nama penuntut dari
semua penuntut yang berdaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Andaikan UMS
mempunyai 15000 orang penuntut. Setiap nama penuntut UMS akan ditulis dalam kertas
dan diletakan dalam sebuah balang ataupun bekas. Jika jumlah populasi tersebut adalah
15000 orang maka kebarangkalian cabutan bagi tiap-tiap satu elemen ataupun ahli ialah
1/15000. Dengan itu, setiap nama penuntut yang terpilih itu tidak sedikit pun menjejaskan
peluang penuntut lain yang belum di pilih namanya dari balang tersebut. Penyelidik akan
mencabut kertas dalam baling tersebut secara rawak.
Pensampelan sistematik (systematic sampling).

Elemen dari sampel tidak dipilih secara rawak mudah, tetapi mengunakan strategi
tertentu. Sebagai contoh, setiap penuntut yang kelima dipilih dari daftar nama penuntut
(kerangka pensampelan) sebagai sampel kajian. Namun , ada sarjana yang menganggap
kaedah ini tidak termasuk dalam pensampelan kebarangkalian, kerana ia mengetepikan
semua orang yang berada antara setiap elemen yang dipilih (Black & Champion, 1976).
Peluang yang sama tidak diberikan kepada elemen-elemen untuk dipilih dalam sampel.
Beberapa perkara mungkin mengancam kerawakan pensampelan melalui kaedah ini.
Sebagai contoh ialah komposisi bangsa di Malaysia merupakan satu masalah. Misalnya,
pengkaji mendapatkan satu senarai nama dan memberikan angka dari 1 hingga 100.
Katakanla penkaji ingin memilih 20 nama sahaja dari 100 orang secara sistematik, iaitu
dengan melangkau 10 nama. Di Malaysia, kerana masyrakat majmuknya, satu kawasan
mungkin terdapat bangsa melayu yang melebihi bangsa lain. Kemungkinan dalam hal ini kita
akan mendapat lebih ramai bangsa melayu dan ini tidak seimbang seperti yang diperlukan
menurut sistem rawak.

Pensampelan berstrata/berlapis (stratified sampling).

Kadangkala dalam satu populasi itu terdapat beberapa kategori. Dalam satu sampel
yang mewakili sebuah populasi mempunyai beberapa kategori yang berbeza. Dalam sampel
tersebut haruslah merangkumi ahli-ahli yang terpilih daripada semua jenis kategori dalam
populasi tersebut. Dalam hal ini, penyelidik akan membahagikan kerangka pensampelan
ataupun populasi tersebut kepada beberapa kumpulan atau strata. Tiap-tiap kumpulan itu
dikenali sebagai strata ataupun lapisan. Daripada tiap-tiap lapisan ataupun strata itu,
pengkaji akan memilih seperti yang dilakukanya untuk memilih sampel dalam rawak mudah.
Melalui cara ini, perwakilan yang lebih besar dapat ditentukan. Sebagai contoh, dalam satu
populasi sekolah menengah kebangsaan kota marudu terdapat 70 peratus perempuan dan
30 peratus lelaki. Penkaji akan mengasingkan populasi ini kepada dua lapisan ataupun
strata. Satu lapisan hanya terdapat lelaki dan satu lapisan lagi ialah lapisan perempuan.
Daripada dua lapisan ini, pengkaji akan memilih secara rawak unsur dan jumlah unsur yang
diperlukan mengikut prinsip pensampelan rawak mudah.
Pensampelan berkelompok (cluster sampling).

Kadangkalanya seorang pengkaji perlu membuat kajian yang meliputi kawasan yang
luas. Dengan sumber tenaga dan kewangan yang terdapat padanya, pengkaji akan
mendapati sukar untuk ia menjalankan tugas meliputi semua kawasan. Untuk mengatasi
masalah ini, pengkaji akan mengunakan pensampelan kelompok. Dalam pensampelan
kelompok, pengkaji akan membahagikan kawasan tempat kajian dijalankan. Pengkaji perlu
mengenal pasti tiap-tiap satu bahagian. Pengkaji mungkin boleh memberikan nombor bagi
tiap-tiap satu bahagian dan memilih beberapa bahagian sebagai sampel sahaja. Selepas
ditentukan bahagian-bahagian secara rawak, langkah seterusnya ialah pengkaji akan
memilih elemen daripada tiap-tiap bahagian secara rawak pula. Pemilihan elemen ini dapat
dilakukan apabila pengkaji memperolehi senarai elemen yang terlibat.

Berikut adalah prosedur untuk melaksanakan pensampelan kelompok:

a) Mengenal pasti kerangka pensampelan.


b) Menentukan saiz sampel.
c) Kenal pasti dan senaraikan kelompok yang menepati kajian.
d) Anggarkan purata bilangan subjek yang terdapat daam setiap kelompok
dalam populasi tersebut.
e) Gunakan jadual nombor rawak untuk memilih bilangan kelompok yang
bersesuaian.
f) Pengkaji boleh memilih elemen secara rawak dari kelompok tersebut
ataupun mengunakan keseluruhan kelompok.

Sebagai contoh, diandaikan bahawa kajian yang akan dijalankan adalah melibatkan
populasi yang besar, iaitu yang melibatkan sebanyak 50 000 keluarga. Pengkaji ingin
mendapatkan 200 buah keluarga sahaja. Oleh itu, salah satu cara ialah mendapatkan satu
senarai yang yang mengandungi nama keseluruhan 50 000 ahli keluarga itu. Seterusnya,
pengkaji perlu membahagikan-bahagikan kawasan bandar tersebut kepada 500 kawasan.
Ini dilakukan dengan membuat garis di atas peta sahaja. Selepas itu, penkaji akan memilih
4 kawasan daripada 500 kawasan yang secara rawak. Diandaikan setiap kawasan
mempunyai seramai 500 orang keluarga. Satu rangka pensampelan yang lengkap dapat
diperolehi. Pengkaji secara rawak boleh membuat keputusan memilih 2000 orang
responden, iaitu dengan memilih 500 orang dari setiap empat kawasan tersebut,
menjadikan jumlah keseluruhanya 2000 (500 x 4 kawasan).

Pensampelan bukan kebarangkalian.

Dalam kajian sains sosial, terdapat keadaan yang tidak membenarkan seseorang
penyelidik mengunakan kaedah pensampelan kebarangkalian seperti kajian mengenai
kawasan setinggan. Pensampelan kebarangkalian tidak dapat digunakan dalam kajian
mengenai setinggan kerana tidak wujud senarai nama yang lengkap untuk penduduk
setinggan. Dalam situasi yang sedemikian penyelidik akan mengunakan pensampelan bukan
kebarangkalian.Namun, pensampelan bukan kebarangkalian pula tidak memberi peluang
kepada semua elemen dalam populasi itu untuk terpilih. Pensampelan bukan kebarangkalian
lebih tertumpu kepada pemilihan bercorak mudah dan bertujuan. Oleh itu, kelemahan
pensampelan ini ialah sampel yang diperolehi tidak dijamin dapat mewakili populasi yang
dikaji. Terdapat empat jenis pensampelan bukan kebarangkalian iaitu:

a) Pensampelan mudah.
b) Pensampelan bertujuan atau penilaian.
c) Pensampelan rantaian (snowball); dan
d) Pensampelan kuota.

Pensampelan mudah.

Pensampelan ini adalah asas dalam pensampelan bukan kebarangkalian.


Pensampelan ini agak mudah dilakukan kerana hanya menumpukan kepada subjek yang
sedia ada seperti menjalankan temubual dan soal selidik di mana-mana lokasi. Kelemahan
pensampelan ini ialah tidak dapat memastikan kewakilan sesebuah populasi yang dikaji.
Contohnya, penyelidik menjalankan kajian soal selidik mengenai pandangan pelajar
terhadap konsep 1 malaysia. Borang soal selidik diedarkan di dua buah kelas iaitu kelas jam
9 hingga 10 pagi dan juga kelas 7 hingga 9 malam. Keputusanya adalah berbeza antara dua
kelas tersebut kerana kelas sebelah pagi terdiri daripada pelajar sepenuh masa dan kelas
sebelah malam terdiri daripada pelajar separuh masa yang telah berkerja. Oleh itu, peyelidik
perlu berhati-hati agar responden yang dipilih adalah mewakili populasi yang dikaji.
Pensampelan bertujuan (purposive sampling).

Memilih sampel dari satu populasi yang dikaji mengikut tujuan kajian dinamakan
pensampelan bertujuan. Biasanya, pensampelan ini adalah untuk kajian awalan atau
penerokaan dan juga untuk menguji sesuatu teori. Dalam pensampelan bertujuan,
penyelidik akan memilih responden mengikut pertimbanganya sendiri iaitu yang paling
sesuai dengan tujuan kajianya. Lazimnya, individu yang terpilih sebagai responden dalam
pensampelan bertujuan mempunyai segala maklumat, perspektif atau apa saja bahan yang
berkaitan dengan tujuan kajian penyelidik. Sebagai contoh ialah kajian mengenai kegiatan
pelacuran dalam kalangan remaja. Setelah menjalankan tinjauan, penyelidik mungkin
Berjaya mendapat beberapa kelompok remaja yang pernah menjalankan kegiatan
pelacuran. Kelebihan pensampelan ini ialah penyelidik boleh mengunakan kemahiran dan
pengetahuannya yang lalu dalam memilih subjek kajian dalam kajianya yang akan datang.

Pensampelan rantaian (chain referral) atau bola salji (snowball sampling)

Pensampelan jenis ini sesuai digunakan apabila individu dalam populasi yang hendak
dikaji sukar ditentukan seperti setinggan, pelacur dan sebagainya.Penkaji akan mengumpul
data dari beberapa sampel dalam sesebuah populasi yang telah dikenal pasti dan meminta
responden yang telah dikenal pasti itu untuk memberitahu maklumat yang diperlukan untuk
mengesan ahli-ahli lain yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kajian penyelidik.
Sebagai contoh, penyelidik mengkaji mengenai punca-punca yang mempengaruhi remaja
meminum minuman keras. Melalui tinjauan yang dilakukan, penyelidik Berjaya menemui
seorang remaja yang meminum minuman keras dan mula menemubual remaja tersebut.
Setelah itu, penyelidik meminta agar remaja tersebut memperkenalkan kepadanya rakan-
rakan remaja tersebut yang turut meminum minuman keras. Proses ini akan berterusan
sehingga nama-nama remaja yang sama di rujuk berulang kali.
Pensampelan kuota

Pensampelan kuota ialah pensampelan berstrata ataupun berlapis, tetapi pemilihan


dalam tiap-tiap strata atau lapis tidak ditentukan melalui prinsip kebarangkalian (Moser dan
Kalton, 1972 : 127). Sebagai contoh , dalam satu populasi, penkaji membahagikan populasi
tersebut kepada beberapa kategori. Misalnya kajian mengenai pendapat umum mengenai
konsep 1 malaysia. Pada tahap pertama penkaji mungkin menentukan wilayah dan daerah
yang darinya kita akan menemubual reponden. Kemudian memilih bandar dan desa secara
rawak. Kemudian mendapatkan jumlah lelaki dan perempuan di kawasan tersebut. Selepas
itu, penyelidik akan menentukan jumlah lelaki dan perempuan melayu, cina, dan india yang
harus ditemubual. Katakanla penemubual diminta menemubual 8 orang perempuan melayu,
6 orang lelaki cina dalam lingkungan umur 18-30 tahun dan 4 orang wanita india, dan
separuh daripada responden tersebut dikehendaki mempunyai pendapatan kurang daripada
rm 1500. Setelah itu, Penemubual bebas memilih reponden mengikut kuota tersebut.

Adakah kajian sains sosial mesti mengunakan kaedah persampelan?

Menurut pandangan daripada penyelidik, kaedah persampelan merupakan satu


kaedah penggumpulan maklumat yang selaluya digunakan dalam kajian sains tulen. Namun,
kaedah ini boleh juga digunakan dala kajian sains sosial. Daripada tinjauan yang dijalankan,
hampir semua penyelidik atau pemikir sains sosial telah mendapati bahawa menemu bual
atau memilih sebahagian daripada keseluruhan populasi akan memberi kesimpulan yang
sama terhadap populasi (Syed Arabi Idid, 1992).

Sedar atau tidak, kajian sains sosial sebenarnya kerap kali mengunakan kaedah
persampelan dalam kajiannya. Namun, dalam keadaan tertentu, kaedah persampelan boleh
tidak diamalkan dalam sains sosial memandangkan ianya lebih dominan dalam pengkajian
sains tulen.
Rujukan

1. Syed Arabi Idid. 1992. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DEB).

2. Mohd Sheffie Abu Bakar. 1991. Methodologi Kajian Edisi Kedua. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

3. Gordon J. Fielding. 1974. Geografi as Social Science. New York: McGraw-Hill Book
Company.

4. Ismail Yusoff. 2008. Pengenalan Sains Sosial. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

You might also like