You are on page 1of 1

PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN (AOL)

MAKSUD PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN

Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat unuk mengesan


tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar selesai mengikuti sesuatu unit
pembelajaran atau program dalam tempoh yang ditetapkan.

Dilaksanakan pada akhir pengajaran contohnya pada akhir semester atau pada akhir tahu akademik.

TUJUAN PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN

Untuk menentukan sama ada pembelajaran disempurnakan secukupnya untuk mengalih pelajar ke
segmen pengajaran berikut. Ia digunakan untuk memberi gred kursus atau untuk pensijilan tentang
penguasaan pelajar dalam hasil pembelajaran yang diingini

Menyediakan satu rumusan penghakiman mengenai apa yang telah dipelajari

Menentukan tanda aras mengenai apa yang murid boleh buat dan prestasi sekolah.

Menggalakkan intervensi selanjutnya

Dalam konteks bilik darjah sekolah Malaysia, pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada
semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestsi murid bagi penggal
persekolahan atau tahun tertentu.

Semua bukti bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua
portfolio medti disimpan di sekolah ddan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan.

 Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk
markah, gred, band profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh
dibuat dalam bentuk sijil, pernytaan keputusan, profile atau testimony.

You might also like