You are on page 1of 28

DIPLOMA IN MANAGEMENT

SEMESTER 2 / MEI 2021

MPU 2222

ENTREPRENEURSHIP 1

KEUSAHAWANAN 1

NO. MATRIKULASI : 980204385288001

NO. KAD PENGENALAN : 980204-38-5288

NO. TELEFON : 018-3294087

E-MEL : nursyarafana@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Manjung Learning Centre

1
ISI KANDUNGAN

TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN FIRMA 4-7

1.1 Nama Organisasi 4-5


1.2 Industri Organisasi 5
1.3 Pemilikan Organisasi 5-6
1.4 Saiz Organisasi 6
1.5 Produk Organisasi 6 -7

2.0 SUMBER INOVASI DALAM ORGANISASI 8 - 10

3.0 HALANGAN KEPADA INOVASI DALAM ORGANISASI 11

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BUDAYA INOVASI PEKERJA 12 - 13

5.0 RUJUKAN 14

2
TUGASAN 2

1.0 RUMUSAN EKSEKUTIF 15

2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT 16 – 17

2.1 Ringkasan Latar Belakang Syarikat 17


2.2 Latar Belakang Pemilik Syarikat 17

3.0 ANALISIS PASARAN 18

4.0 STRATEGI PEMASARAN DAN JUALAN 18 – 19

5.0 PERKHIDMATAN DAN BARISAN PRODUK 19

6.0 FIRMA DAN PENGRUSAN 20 - 24


6.1 Struktur Organisasi 20
6.2 Fungsi Dan Tanggungjawab 20 - 21
6.3 Profil Pengurusan 21 - 23
6.4 Pampasan Dan Belanjawan Pentadbiran 23 - 24
6.5 Strategi Pengurusan 24

7.0 PERMOHONAN DANA 25


7.1 Strategi Perkhidmatan 25

8.0 PERLUNJURAN KEWANGAN 26 - 27


8.1 Proforma Aliran Tunai 26
8.2 Proforma Keuntungan Dan Rugi 27
8.3 Proforma Penyata Imbangan 27

3
TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN FIRMA

TASKA adalah sebuah premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4
tahun daripada lebih daripada satu isi rumah dijaga oleh pekerja TASKA dengan upah.
Tujuan TASKA ditubuhkan adalah untuk membantu ibubapa menjaga anak-anak semasa
ibubapa bekerja. Penubuhan TASKA perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) dan ia tertakluk di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
(Akta 308) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

TADIKA adalah sebuah premis disediakan untuk kanak-kanak seramai 10 orang atau
lebih yang berumur 4 hingga 6 tahun dengan tujuan penerimaan pendidikan. Tujuan
TADIKA ditubuhkan ialah untuk memberi persediaan awal (pendidikan pra sekolah)
kepada kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolah formal ketika berumur 7 tahun.
TADIKA tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan perlu berdaftar
dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM).

Perkhidmatan TASKA dan TADIKA adalah penting bagi memastikan kanak-kanak


mendapat asuhan dan pendidikan pra sekolah yang sewajarnya semasa ibu bapa bekerja.
Sehubungan itu, bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha menyediakan TASKA dan
TADIKA yang berkualiti, satu galakan cukai diberi kepada pengusaha TASKA dan
TADIKA sedia ada dan baharu.

1.1 Nama Organisasi

 Taska Permata Umie & Abie telah ditubuhkan pada Januari 2017 oleh
Puan Wan Roshaida Binti Wan Masir yang juga merupakan seorang bekas
jururawat suatu ketika dahulu. Taska ini telah ditubuhkan oleh beliau
dengan hasil titik peluhnya sendiri. Nama organisasi beliau adalah
daripada gabungan panggilan beliau dan suami sebagai panggilan mesra
kepada anak-anak dan kanak-kanak taska. Slogan yang diberikan adalah
‘We Educate, Loving And Caring U’ sesuai dengan perkhidmatan yang
4
telah disediakan di organisasi miliknya. Terdapat dua cawangan Taska
yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017hingga ke hari ini iaitu di Daerah
Manjung dan Lumut.

1.2 Industri Organisasi

 Organisasi ini merupakan sebuah Taska di bawah industri perkhidmatan


penjagaan dan pendidikan. Ia merupakan satu perkhidmatan yang
diberikan kepada kanak-kanak seawal umur 3 bulan hingga 4 tahun kepada
ibubapa atau penjaga yang ingin menghantar anak-anak ke Taska. Dengan
perkhidmatan yang disediakan ini dapat memudahkan mereka dalam
urusan penjagaan anak-anak bagi mengambil alih tugas sementara waktu
bekerja. Taska ini dipanggil sebagai Taska Komuniti atau Kawasan
Kediaman kerana telah menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih
dalam satu premis mengikut standart yang telah ditetapkan. Ia juga
merupakan perkhidmatan jenis institusi dan memerlukan bangunan bagi
pengasuhan dan pendidikan.
 Organisasi ini terdiri daripada beberapa kakitangan bagi mengendalikan
tugasan masing-masing mengikut tugas dan nisbah yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

PENGUSAHA

PENYELIA

GURU TASKA GURU TASKA GURU TASKA GURU TASKA GURU TASKA

Gambarajah 1.2.1 Carta Organisasi Taska Permata Umie & Abie

5
1.3 Pemilikan Organisasi

 Taska Permata Umie & Abie ini merupakan sebuah perniagaan


perkhidmatan pemilikan tunggal yang telah dimilik oleh pemilik yang
bernama Puan Wan Roshaida Binti Wan Masir yang berumur 43 tahun. Ia
merupakan hak milik beliau 100%. Organisasi ini telah dirancang oleh
beliau selepas menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dan menjadi
suri rumah sambal mengendalikan organisasi ini.

1.4 Saiz Organisasi

 Organisasi ini mengenalpasti sasaran pasaran daripada ibubapa dan


penjaga yang bekerja di kawasan persekitaran bagi memudahkan mereka
untuk menghantar anak-anak ke Taska yang berada di kawasan Daerah
Manjung dan Lumut. Kawasan yang dipilih adalah bersesuaian bagi
penghantar anak-anak mereka yang bekerja berhampiran dengan lokasi
Taska dan kawasan perumahan tempat tinggal mereka.

1.5 Produk Organisasi

 Taska Permata Umie & Abie ini menyediakan perkhidmatan yang


berkonsepkan ‘Belajar Sambil Bermain - Playschool’. Menariknya di
Taska ini adalah setiap aktiviti yang disediakan berdasarkan
perkembangan mengikut umur kanak-kanak dan setiap aktiviti yang
dilakukan dibuat sehingga mencapai tahap yang dikehendaki. Tujuannya
adalah bagi memastikan setiap perkembangan kanak-kanak tidak
ketinggalan dan menarik minat mereka dalam menyertai setiap aktiviti
yang dilakukan. Di samping, ibubapa atau penjaga dapat melihat tahap
perkembangan anak masing-masing semasa berada dalam jagaan pihak
Taska. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah :
 Penjagaan kanak-kanak Taska seawal umur 3 bulan
 Penjagaan kanak-kanak Transit sehingga berumur 12 tahun

6
 Penjagaan kanak-kanak bagi ibubapa/penjaga bekerja shift (24
jam)
 Penghantaran/Pengambilan kanak-kanak transit
 Aktiviti yang berkonsepkan ‘Belajar Sambil Bermain’ (Saintis
Muda, Chef Cilik, Si Cilik Kreatif dan lain-lain)
 Aktiviti cergas minda dan fizikal
 Kelas Iqra’ dan Membaca

7
2.0 SUMBER INOVASI DALAM ORGANISASI

Inovasi merupakan fungsi utama di dalam proses keusahawanan. Inovasi adalah proses di
mana usahawan menukarkan peluang-peluang perniagaan ke dalam bentuk idea yang
boleh dipasarkan. Secara ringkasnya, otak kanan membantu usahawan memahami
analogy, berimaginasi dan menggabungkan maklumat. Otak kiri pula membantu
usahawan menganalisis, berkata-kata dan menggunakan rasional di dalam penyelesaian
masalah. Berikut merupakan penerangan sumber-sumber inovasi dan contoh yang
terdapat dalam organisasi ini. Antara inovasi yang dapat dilihat adalah,

1) Situasi Di Luar Jangkaan


 Inovasi kadangkala terhasil daripada kegagalan usahawan. Inovasi boleh
berlaku tanpa dirancang dan dijangka. Inovasi sebegini akan memberi
kejutan kepada penciptanya.
 Taska Permata Umie & Abie mengadakan Hari Terbuka Taska
kepada semua penduduk di kawasan Taska dan kepada ibu bapa /
penjaga yang ingin menghantar anak-anak serta mengadakan
aktiviti menarik bagi menarik minat kanak-kanak untuk ke Taska
supaya mendapat sambutan pendaftaran yang tinggi berbanding
sebelumnya.

2) Ketaksamaan
 Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah di antara jangkaan
dan realiti.
 Misalnya, organisasi ini menyediakan perkhidmatan penjagaan
kanak-kanak yang biasanya dilakukan pada ibu bapa yang bekerja
pada waktu pejabat sahaja akan tetapi dengan adanya ibu
bapa/penjaga yang bekerja 24 jam sehari, organisasi ini
menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak 24 jam
berbanding organisasi-organisasi lain. Perkhidmatan yang
disediakan ini telah Berjaya menarik pihak ibu bapa/penjaga untuk
menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

8
3) Keperluan Proses
 Keperluan proses berlaku apabila usahawan cuba untuk memenuhi
permintaan pasaran dan pelanggan. Usahawan akan berinovasi selaras
dengan kehendak dan trend pelanggan.
 Dengan ini, pihak organisasi telah bersetuju bagi menyediakan
perkhidmatan penjagaan pada bila-bila masa sahaja jika
ibubapa/penjaga memerlukan perkhidmatan penjagaan tidak kira
waktu tidak bekerja atau cuti.
 Selain itu, menyediakan buku log yang mengandungi aktiviti
perkembangan yang dilakukan oleh kanak-kanak semasa di Taska.
Ia menarik minat ibu bapa/penjaga untuk mengetahui dan
menghantar anak-anak ke Taska bagi mengembangkan
perkembangan anak-anak mereka.

4) Perubahan Pasaran Dan Industri


 Perubahan pasaran dan industri berlaku apabila sikap pengguna berubah,
teknologi yang bergerak pantas, pertumbuhan industri dan sebagainya.
 Pihak organisasi lebih mengamalkan menyediakan bahan bantu mengajar
daripada kreativiti seseorang pendidik itu sendiri berbanding membeli di
luar. Ia lebih menarik digunakan serta kanak-kanak lebih peka dengan
adanya bahan tersebut. Ia juga tidak memerlukan kos yang banyak kerana
menggunakan bahan-bahan terpakai dan alam sekitar yang boleh
diinovasikan.

5) Perubahan Demografi
 Perubahan demografi berlaku apabila terjadinya perubahan trend populasi,
umur, pendidikan, pekerjaan, lokasi gegografi dan sebagainya. Perubahan
demografi dapat memberi peluang-peluang perniagaan kepada usahawan.
 Misalnya, pihak organisasi mengambil pekerja / pendidik yang
berpengalaman dan berpendidikan dalam memajukan organisasi supaya
pihak luar lebih yakin dengan pemilihan mereka.

9
6) Peubahan Persepsi
 Situasi ini lahir daripada inteprestasi masyarakat terhadap sesuatu fakta
dan konsep.
 Pihak organisasi memperketatkan keselamatan dan penjagaan di organisasi
seperti menyediakan buku log sebelum, semasa dan selepas. Tahap
kesihatan kanak-kanak juga diperiksa dan dimaklumkan lebih awal. Selain
itu, penjagaan kebersihan dalaman dan luaran juga dipertingkatkan seperti
penapis air, pembersihan kuman, memasang alat keselamatan, demi
kesihatan dan keselamatan mereka. Secara tidak langsung, permintaan
terhadap perkhidmatan penjagaan dan pendidikan akan bertambah tanpa
keraguan pihak ibubapa/penjaga.

7) Konsep Berasaskan Pengetahuan


 Pengetahuan dan kepakaran yang ada pada sesetengah individu asalah asas
kepada penciptaan produk. Penciptaan adalah satu bentuk inovasi. Ia
adalah berasaskan pengetahuan di mana produk yang dihasilkan adalah
daripada pemikiran yang baru. Penciptaan biasanya memerlukan
jangkamasa yang lama untuk dipasarkan kerana ia memerlukan
pengubahsuaian, pengujian dan sebagainya.
 Pengambilan pekerja/pendidik di organisasi ini adalah berdasarkan tahap
pendidikan dan pengalaman individu tersebut. Setiap pekerja/pendidik
yang diambil ditapis terlebih dahulu sebelum memulakan tugas di dalam
organisasi. Ini membolehkan suatu penciptaan atau inovasi seperti
mencipta satu idea yang lain daripada yang lain bagi memajukan
organisasi. Contohnya, organisasi ini menyediakan kelas bacaan bagi
membantu kanak-kanak dalam mengenal lebih awal tahap bacaan mereka
dan memerlukan pendidik yang berilmu dalam pengajaran mereka untuk
menghasilkan kanak-kanak yang berkualiti.

10
3.0 HALANGAN KEPADA INOVASI DALAM ORGANISASI

Walaupun usahawan mempunyai banyak idea yang inovasi, tetapi masih terdapat juga
kekurangan yang menjadi penghalang kepada inovasi. Halangan ini sering terjadi di
dalam organisasi terutama dari kakitangan itu sendiri. Antara halangan kepada inovasi
dalam organisasi adalah :

1) Kurangnya Galakan Daripada Pekerja/Pendidik Yang Lain Dalam Inovasi


 Tiada semangat kerjasama dalam organisasi serta mengharapkan bantuan
daripada pihak yang lain untuk memberikan idea inovasi dalam organisasi
menyebabkan ketidaksefahaman antara satu sama lain.
 Pihak pengurusan terlalu mempertikaikan apa yang dilakukan oleh
pekerja/pendidik sehingga menimbulkan ketidakselesaan mereka dalam
melakukan inovasi.

2) Tiada Kemahiran Yang Setaraf Dengan Perkhidmatan Atau Penjagaan


 Pekerja/pendidik yang tidak mempunyai tahap pendidikan yang sepatutnya
serta tidak menghadiri kursus-kursus luar bagi meningkatkan ilmu dan
kemahiran pekerja/pendidik di organisasi.

3) Sumber Yang Tidak Mencukupi


 Organisasi menginginkan inovasi dalam organisasi tetapi kekurangan
sumber seperti sumber manusia, kewangan, modal dan kelengkapan yang
disediakan kepada setiap organisasi.

4) Tingkah Laku Negatif Pihak Pengurusan


 Pihak pengurusan tidak yakin dan tidak memberikan peluang kepada
pekerja/pendidik yang lain dalam melakukan inovasi terhadap organisasi
dan hanya sesetengah pekerja/pendidik sahaja yang ditumpukan tanpa
memikirkan perasaan yang lain.

11
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BUDAYA INOVASI PEKERJA

Budaya inovasi pekerja dapat memajukan sesebuah organisasi ke arah yang lebih baik
dan berkualiti. Terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan bagi menambah baik
budaya inovasi dalam kalangan pekerja/pendidik iaitu :

1) Pengikhtirafan
 Dalam usaha membentuk inovasi dalam kalangan pekerja-pekerja,
organisasi juga boleh bertindak dengan memberi pengikhtirafan dalam
bentuk insentif kepada individu atau kumpulan yang berjaya menghasilkan
inovasi dalam organisasi. Dengan memberikan pengikhtirafan tersebut
dapatlah para pekerja meningkatkan usaha dan dorongan kepada mereka
untuk terus melakukan inovasi. Pengikhtirafan ini boleh disampaikan pada
Hari Inovasi dan sebagainya. Ia juga boleh disampaikan di hadapan para
pekerja untuk menggalakkan pekerja lain.

2) Meningkatkan Organisasi Perkhidmatan Dan Pembelajaran


 Demi membudayakan inovasi, organisasi perlu menekankan aspek
pembelajaran dan perkhidmatan yang berterusan kepada pekerjanya. Ini
adalah penting sebagai platform yang berkesan untuk memupuk budaya
perkongsian ilmu. Budaya perkongsian ini dapat dilihat dapat
memudahkan penjanaan idea dan penghasilan inovasi yang dimanfaatkan
sepenuhnya oleh ahli organisasi.
 Selain itu, pihak pengurusan hendaklah menghantar para pekerja ke
kursus-kursus yang sepatutnya bagi meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan para pekerja dalam membangunkan organisasi.

3) Sokongan Kerajaan Dalam Pembangunan Inovasi


 Sebagai sokongan padu daripada pihak kerajaan, pihak kerjaaan boleh
menawarkan inisiatif dari segi bantuan kewangan dalam penghasilan idea
inovasi bagi mengurangkan beban pihak pengurusan dalam menyediakan
sumber-sumber inovasi.

12
4) Mengutamakan Pelanggan Dalam Penghasilan Perkhidmatan/Penjagaan
 Mengenalpasti peluang-peluang dalam penghasilan inovasi dalam
organisasi seperti menyediakan idea-idea baru dalam penjagaan dan
perkhidmatan serta pendidikan yang diberikan kepada pelanggan bagi
memastikan tahap mereka lebih berkualiti dan mendapat kepercayaan
pelanggan dalam memajukan organisasi.

5) Menjana Idea Baru Dalam Organisasi


 Inovasi memerlukan kepimpinan yang kukuh dan visi ketara di seluruh
organisasi. Budaya dalam dan luaran organisasi di mana ia beroperasi akan
mepengaruhi keupayaan organisasi untuk membuat inovasi. Inovasi hidup
subur di dalam budaya yang tidak takut untuk mengambil risiko,
menggalakkan nilai eksperimen, disesuaikan dan perusahaan ganjaran.
Inovasi perlu diterapkan dan dibawa dalam budaya organisasi daripada
pihak atasan lagi. Pengurus perlu mengambil sikap yang positif dan
memberi tumpuan kepada potensi untuk meningkatkan daya saing melalui
inovasi. Selain itu, mendengar idea-idea baru dan cara mempertingkatkan
dan menambah baik terhadap ciri-ciri perkhidmatan walaupun perlu
mengubah model organisasi.

13
5.0 RUJUKAN

Auzan, A. (n.d.). Maksud Inovasi dalam Usahawan. Retrieved from Scribd:


https://www.scribd.com/doc/255799937/Maksud-Inovasi-Dalam-Usahawan

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA. (2016, April). Retrieved from


http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_04_2016.pdf

Mokhlis, S. (2019, Januari 18). Pemupukan Kreativiti Kanak-Kanak. Kajian Kes Amalan
Pengajaran Kreativiti Di Sebuah Tadika Islam, pp. 45 - 46.

Ridzuan, Z. M. (2019). Penggulungan Inovasi di Persekiataran Kerja. 1.

Saari, P. N. (2010). Pembudayaan Inovasi dan Kreativiti dalam Organisasi. Utusan Malaysia.

14
TUGASAN 2

1.0 RUMUSAN EKSEKUTIF

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bertujuan merangka sebuah


perniagaan perkhidmatan yang baru hendak diwujudkan. Penyediaan Rancangan
Perniagaan ini adalah asas kepada pembentukkan sesebuah perniagaan pemilikan
tunggal yang diberi nama Taska Permata Mama & Papa serta bertujuan untuk
mendapatkan pembiayaan tambahan dari pihak yang menyumbangkan dana bagi
menampung kekurangan modal yang diperlukan.
Taska Permata Mama & Papa menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-
kanak di samping memberikan pendidikan awal kanak-kanak bagi membantu
meningkatkan perkembangan awal mereka. Di samping itu, taska ini menawarkan
aktiviti intensif seperti Kelas Membaca dan Mengaji untuk kanak-kanak Taska dan
Transit. Taska Permata Mama & Papa yang bakal dibuka berdasarkan pengalaman
dalam bidang ini selama beberapa tahun dan mempunyai pendidikan dalam bidang
awal kanak-kanak. Dengan adanya pengetahuan asas ini, taska ini mampu dimajukan
dan dimantapkan untuk berkembang di masa hadapan.
Antara kursus yang pernah dihadiri oleh pemilik Taska Permata Mama & Papa
adalah Kursus Asuhan PERMATA Negara, Diploma Pengajian Awal Kanak-Kanak
dan beberapa lagi sijil yang berkaitan dengan bidang ini.
Dengan peluang yang diberikan kepada pihak pengurusan Taska Permata
Mama & Papa, pihak taska berharap dapat membentuk kanak-kanak yang mempunyai
sahsiah yang tinggi dan perkembangan mereka akan lebih mantap lagi dalam
perkhidmatan yang disediakan. Perniagaan yang dijalankan oleh Taska Permata
Mama & Papa akan memberikan dan menyediakan perkhidmatan dan servis yang
terbaik kepada para pelanggan dan menjalin hubungan yang baik dengan komuniti
setempat. Taska Permata Mama & Papa turut mempunyai potensi yang gemilang
untuk berdaya maju dan dapat memberikan persaingan yang positif kepada pesaing-
pesaing setempat.

15
2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Taska Permata Mama & Papa adalah pilihan nama syarikat yang telah dipilih
bagi menubuhkan sebuah syarikat perniagaan berasaskan perkhidmatan kepada
pengguna. Syarikat ini merupakan syarikat pemilikan tunggal 100% bumiputera. Ia
akan dibuka di kawasan Manjung yang mempunyai populasi penduduk yang bekerja
tinggi.
Syarikat ini merupakan sebuah Taska di bawah industri perkhidmatan
penjagaan dan pendidikan. Ia merupakan satu perkhidmatan yang diberikan kepada
kanak-kanak seawal umur 3 bulan hingga 4 tahun kepada ibu bapa / penjaga yang
ingin menghantar anak-anak ke Taska. Dengan perkhidmatan yang disediakan ini
dapat memudahkan ibu bapa / penjaga dalam urusan penjagaan anak-anak semasa
sedang bekerja. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah perkhidmatan jenis institusi
dan memerlukan bangunan bagi pengasuhan dan pendidikan. Syarikat ini juga
memerlukan beberapa kakitangan mengikut nisbah yang telah ditetapkan oleh pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Taska Permata Umie & Abie mengenalpasti sasaran pasaran daripada ibu bapa
/ penjaga yang bekerja di persekitaran taska. Kawasan yang dipilih adalah bersesuaian
kerana di sekeliling kawasan persekitaran terdapat sekolah, hospital, peniaga dan
sebagainya.
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan yang berkonsepkan ‘Belajar Sambil
Bermain’. Setiap perkhidmatan yang disediakan telah dikaji terleboh dahulu sebelum
dioperasikan terhadap kanak-kanak yang bakal dihantar. Antara perkhidmata yang
disediakan ialah dari segi penjagaan dan pendidikan seawal umur 3 bulan,
penghantaran dan pengambilan kanak-kanak, aktiviti mengikut tahap perkembangan
kanak-kanak, kelas-kelas insentif da pelbagai lagi dalam memajukan taska ini.

16
2.1 RINGKASAN LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Perniagaan : Taska Permata Mama & Papa


Alamat Surat Menyurat : No. 204, Fasa 2B, 32040 Seri Manjung, Perak.
Alamat Operasi / Taska : No. 302, Fasa 2B, 32040 Seri Manjung, Perak.
Nombor Telefon : 018-3294087
E-mel : taskapermatamamapapa@gmail.com
Aktiviti Perniagaan : Penjagaan Kanak-Kanak Taska & Transit
: Pendidikan Awal Kanak-Kanak
: Kelas Membaca
: Kelas Mengaji
Bentuk Perniagaan : Milikan Tunggal

2.2 LATAR BELAKANG PEMILIK SYARIKAT

Nama : Nur Syarafana Binti Mohamad Syukri


Alamat Tetap : No. 204, Fasa 2B, 32040 Seri Manjung, Perak.
Nombor Telefon : 018-3294087
E-mel : nursyarafanasyukri@gmail.com
No. Kad Pengenalan : 980204-38-5288
Tarikh Lahir : 4 Februari 1998
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kelulusan Akademik : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pengalaman Kerja : Guru Tadika

: Guru Taska
: Penyelia Taska
Kursus Dihadiri : Kursus Asuhan PERMATA Negara
: Kursus Tangisan Bayi

17
: Kursus Pemakanan Kanak-Kanak
3.0 ANALISIS PASARAN

Konsep utama taska ini adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan kanak-kanak pada
zaman kini serta memenuhi kehendak ibu bapa / penjaga yang bekerja. Selain itu, taska
ini juga mementingkan persaingan sedia ada disekitar Bandar Manjung ini. Oleh itu,
rancangan pemasaran taska ini juga mengambil faktor persaingan yang wujud dalam
pasaran. Syarikat ini berpotensi dikawasan ini kerana taska di kawasan ini tidak terlalu
banyak dan peluang pekerjaan persekitaran adalah luas menyebabkan ibu bapa / penjaga
memerlukan tempat penjagaan bagi anak-anak mereka. Oleh itu, persaingan adalah terhad
dan taska ini mempunyai potensi yang cerah untuk lebih maju ke hadapan dan mendapat
sambutan yang luas oleh penduduk di kawasan tersebut.

4.0 STRATEGI PEMASARAN DAN JUALAN

Setiap syarikat mempunyai strategi pemasaran dan jualan supaya dapat membuat
persaingan secara positif. Ia juga dapat membantu memajukan syarikat dari segi
keuntungan, kewangan dan lain-lain. Oleh itu, dengan adanya strategi ini syarikat akan
lebih sistematik di pandangan mata pelanggan.

 Promosi
 Promosi melalui internet iaitu iklan, laman sosial dan blog
 Mengedarkan pamphlet dan brosur secara berkala kepada komuniti
setempat
 Mengadakan Hari Terbuka

 Lokasi
 Lokasi yang strategic dan penempatan baru
 Lengkap dengan kemudahan awam seperti taman permainan,
sekolah, hospital dan lain-lain

 Harga
 Harga yuran yang dikenakan pada pelanggan adalah berpatutan
berdasarkan kualiti dan servis yang diberi

18
 Perhubungan Pelanggan
 Cadangan dan rungutan pelanggan di ambil kira bagi meningkatkan
kualiti dan servis perkhidmatan yang disediakan

5.0 PERKHIDMATAN DAN BARISAN PRODUK

Berikut adalah perkhidmatan dan barisan produk syarikat beserta bayaran perkhidmatan.

Perkara / Item Bayaran

A. Yuran Pendaftaran RM 100

B. Yuran Bulanan -
 Bayi (3 hingga 12 bulan) RM 400
 Toddler (1 hingga 3 tahun) RM 350
 Kanak-kanak Taska (3 hingga 4 tahun) RM 300
 Transit (5 hingga 6 tahun) RM 250
 Transit (7 hingga 12 tahun) RM 200
 Pengangkutan RM 100

C. Yuran Lain -
 Bayaran Per Jam RM 5
 Bayaran Per Hari RM 15
 Kelas Membaca / Mengaji RM 50 / kelas

D. Pakej Produk Syarikat -


 Buku Membaca RM 50
 Buku Iqra’ RM 20
 Buku Log RM 10
 Kad Yuran RM 5

Jadual 5.1 Senarai Bayaran Perkhidmatan / Produk

19
6.0 FIRMA DAN PENGURUSAN

6.1 STRUKTUR ORGANISASI

PENGUSAHA

PENYELIA

PEMBANTU TUKANG
GURU TASKA GURU TASKA GURU TASKA
AM MASAK
Gambarajah 6.1.1 Struktur Organisasi Taska

6.2 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

Struktur organisasi taska disediakan adalah bagi melaksanakan tanggungjawab


setiap orang supaya organisasi lebih teratur dan sistematik. Selain itu, setiap
jawatan yang dipegang dapat dijalankan dengan sebetulnya.

 Pengusaha / Penyelia
 Menyimpan butiran peribadi pekerja
 Merekod cuti pekerja
 Pantau tugas pendidik
 Menjaga kebajikan pekerja
 Menyampaikan maklumat
 Menyimpan rekod agihan stok barangan kepada pendidik

20
 Guru Taska / Pengasuh
 Menyambut ketibaan / memulangkan kanak-kanak
 Memeriksa keadaan fizikal kanak-kanak
 Mengambil kedatangan kanak-kanak
 Memastikan barang kanak-kanak tersusun
 Memberi kanak-kanak makan
 Membuat aktiviti bersama kanak-kanak
 Mengajar kelas insentif kepada kanak-kanak
 Meastikan setiap ruang dan sudut teratur
 Menyayangi dan menjaga kebajikan kanak-kanak
 Mengisi buku log harian kanak-kanak

 Pembantu Am / Tukang Masak


 Membersihkan ruang taska dan bangunan
 Memastikan taska dalam keadaan bersih
 Menjaga kebersihan dalaman taska
 Memasak makanan yang berkhasiat untuk kanak-kanak
 Menyediakan senarai barang basah untuk pengusaha pada setiap
minggu

6.3 PROFIL PENGURUSAN

 Pengusaha / Penyelia

Nama : Nur Syarafana Binti Mohamad Syukri


No. K/P : 980204-38-5288
Tarikh Lahir : 4 Februari 1998
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Warganegara : Malaysia
Alamat : No. 204, Fasa 2B, 32040 Seri Manjung, Perak.
No. Telefon : 018-3294087
Tahap Pendidikan : Diploma

21
Pengalaman : Guru Tadika & Taska
: Penyelia Taska
 Guru Taska / Pengasuh

Nama : Maziana Binti Yunus


No. K/P : 930328-08-7484
Tarikh Lahir : 28 Mac 1993
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Warganegara : Malaysia
Alamat : No. 20, Jalan Keria Utama, 32040 Manjung.
No. Telefon : 019-6367272
Tahap Pendidikan : Diploma
Pengalaman : Guru Taska

Nama : Arifa Binti Idris


No. K/P : 970101-03-5927
Tarikh Lahir : 1 Januari 1997
Taraf Perkahwinan : Bujang
Warganegara : Malaysia
Alamat : No. 23, Taman Ria, 32040 Manjung, Perak.
No. Telefon : 017-8373828
Tahap Pendidikan : Diploma
Pengalaman : Guru Tadika

Nama : Felisya Binti Aiman


No. K/P : 960204-38-6785
Tarikh Lahir : 4 Februari 1996
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Warganegara : Malaysia
Alamat : No. 289, Taman Emas, 32000 Sitiawan, Perak.
No. Telefon : 018-6278287
Tahap Pendidikan : Diploma
Pengalaman : Guru Taska

22
 Pembantu Am / Tukang Masak

Nama : Maznah Binti Malik


No. K/P : 770725-08-6966
Tarikh Lahir : 25 Julai 1977
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Warganegara : Malaysia
Alamat : No. 31, Lrg. Kg. Talang, 32000 Sitiawan,
Perak.
No. Telefon : 016-8271819
Tahap Pendidikan : SPM
Pengalaman : Tukang Masak

6.4 PAMPASAN DAN BELANJAWAN PENTADBIRAN

Syarikat ini memberikan pakej gaji yang berpatutan sepadan dengan kelulusan
kakitangan taska. Gaji dan ganjaran bulanan kakitangan bulanan adalah seperti
berikut :

BIL GAJI ELAUN KWSP PERKESO JUMLAH


JAWATAN
. (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

234 30.65
1. Pengurusan 1800 200
198 8.75

208 27.15
2. Penyelia 1600
176 7.75

585 74.25
3. Pengasuh x 5 6000
495 21.25

Kursus /
4. 9400 500 2065.80 10,665.80
Latihan

Jadual 6.4.1 Gaji dan Ganjaran Syarikat

23
Berikut adalah anggaran perbelanjaan pengurusan bulanan bagi syarikat Taska
Permata Mama & Papa :

JUMLAH JUMLAH
BIL.
JENIS PERBELANJAAN SEBULAN SETAHUN
.
(RM) (RM)

1. Gaji & Elaun Pengurus Taska 1800.00 21,600.00

2. Gaji & Elaun Pekerja 7600.00 54,000.00

3. KWSP & PERKESO 2065.80 24,789.60

4. Overtime Limit 300.00 3600.00

5. Sewa Premis 1000.00 12,000.00

6. Utiliti 300.00 3600.00

7. Alat Tulis & Belanja Pejabat 100.00 1200.00

8. Perjalanan & Pengangkutan 150.00 1800.00

9. Senggaraan Premis 100.00 1200.00

10. Elaun Pengurus 200.00 2400.00

11. Keraian & Promosi 5000.00 5000.00

12. Perbelanjaan Bahan Mentah 500.00 6000.00

JUMLAH KESELURUHAN 19,115.80 137189.60

Jadual 6.2 Perbelanjaan Pengurusan Syarikat

6.5 STRATEGI PENGURUSAN

Pengurusan Syarikat dan kakitangan yang cekap dan sistematik adalah perkara
yang penting dalam usaha bagi memajukan sesuatu syarikat pada masa kini. Taska

24
Permata Mama & Papa telah mengatur beberapa strategi pengurusan bagi
memantapkan lagi syarikat. Antaranya ialah,
 Menerapkan sikap bantu-membantu antara satu sama lain dan bekerjasama
dalam menguruskan syarikat tanpa mengira jawatan yang telah disandang.
 Memberikan bimbingan dan motivasi yang positif kepada seluruh
kakitangan supaya dapat mencapai prestasi kerja yang baik.
7.0 PERMOHONAN DANA

Beberapa harga tetap dan peralatan diperlukan bagi memulakan perniagaan melalui
pembiayaan MARA iaitu :

BIL. PERKARA KUANTITI NILAI (RM) JUMLAH (RM)


1. Ubahsuai Taska 15,000.00 15,000.00
2. Peralatan Pejabat 1 1500.00 1500.00
3. Komputer & Mesin Pencetak 1 2500.00 2500.00
4. Peralatan Dalam Taska 14,415.00 14,415.00
5. Peralatan Luar Taska 3000.00 3000.00
6. Papan Tanda Taska 1 1500.00 1500.00
7. Perabot 3000.00 3000.00
8. Alat Bantu Mengajar 1 3000.00 3000.00
JUMLAH 43,915.00 43,915.00
Jadual 7.1 Harga Tetap Peralatan Yang Diperlukan Syarikat

7.1 STRATEGI PERKHIDMATAN

Taska Permata Mama & Papa telah mengatur strategi perkhidmatan bagi
mendapatkan pulangan yang tinggi bagi menyediakan perkhidmatan dan servis
yang berkualiti. Antaranya ialah :
 Menyediakan suasana persekitaran Taska yang selesa dan menarik minat
kanak-kanak untuk datang ke Taska.
 Memberi khidmat yang baik dan sentiasa berbincang dengan ibu bapa
supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

25
 Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani masalah serta
rungutan pelanggan dengan segera supaya keadaan lebih terkawal dem
menjaga nama baik syarikat.

8.0 PERLUNJURAN KEWANGAN

8.1 PROFORMA ALIRAN TUNAI

TASKA PERMATA MAMA & PAPA


Penyata Aliran Tunai
Bagi Tahun 2021

Baki Awal -
Modal Sendiri -
Pinjaman Bank -
JUMLAH PENERIMAAN -
PEMBAYARAN TUNAI -
Belian Tunai -
Belanja Pentadbiran -
Insentif Pekerja 12,000.00
Gaji 75,600.00
Kwsp 24,789.60
Utiliti 3600.00
Alat Tulis & Belanja Pejabat 1200.00
Sewa 12,000.00
BELANJA PEMASARAN -
Keraian & Promosi 5000.00
Lain-lain Belanja 2000.00
BELANJA OPERASI -
Bahan Mentah 6000.00
JUMLAH PEMBAYARAN 142,189.60

26
BAKI AKHIR -

8.2 PROFORMA KEUNTUNGAN DAN RUGI

TASKA PERMATA MAMA & PAPA


PENYATA UNTUNG DAN RUGI
BELANJA OPERASI RM
BELANJA PEKERJA
Gaji 75,600.00
BELANJA PEMASARAN
Iklan dan Promosi 5,000.00
BELANJA PENTADBIRAN PEJABAT
Bil Utiliti (elektrik/air) 3,600.00
Bayaran Sewa Premis 12,000.00
Selenggaraan 2,000.00
JUMLAH BELANJA RM 98,200.00

8.3 PROFORMA PENYATA IMBANGAN

Taska Permata Mama & Papa


Imbangan Duga Pada 31 Januari 2021
Aset 5,000.00
Bank 10,000.00
Belian 3,000.00
Gaji 12,000.00
Modal 10,000.00

27
Sewa 1000.00
Tunai 2,000.00
33,000.00 10,000.00

28

You might also like