You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU PERTAMA


PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024
SK PADANG CHANGKAT

1. LATAR BELAKANG
Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan dalam
suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan
Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana “Murid Ceria, Guru
Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”. Minggu pertama persekolahan seharusnya
dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid
dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses
pendidikan formal.

Program di sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan akan mempengaruhi adab, akhlak
dan motivasi murid dalam pembentukan sahsiah berdasarkan aspek karamah insaniah.
Kerjasama semua pihak seharusnya digembleng termasuk dari segi sumber dan idea
pelaksanaan untuk mewujudkan hubungan mesra antara murid dengan murid, murid dengan guru,
guru dengan guru, guru dengan ibu bapa dan sekolah dengan komuniti.

2. OBJEKTIF
 Mewujudkan suasana ceria, selamat dan terancang.
 Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan
komuniti.
 Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk
nilai.
 Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai latar belakang sosioekonomi.

3. SASARAN
Semua murid SK Padang Changkat

4. TARIKH PELAKSANAAN
20 Mac 2023 hingga 24 Mac 2023

5. TEMPAT PELAKSANAAN
SK Padang Changkat

6. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi - En. Ahmad Kamal b Abd Khalip (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 - En. Ahmad Tarmimi b Md Hasan (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 - Pn. Rushda bt Ariffin (Pen. Kanan HEM)
Naib Pengerusi 3 - Ust. Fauzi b Saaban@Abdul Rahim (Pen. Kanan Kokurikulum)
Setiausaha - Pn. Nurul Syuhada bt Abdullah
Pen. Setiusaha - Pn. Noor Faizah bt Wahab Zahari
Bendahari - Pn. Yati bt Yahaya (Pt. Kewangan)
AJK - Semua guru
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM MINGGU PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024

TARIKH : 20 -24 Mac 2023


HARI : Isnin hingga Jumaat
PENGLIBATAN : Semua guru, murid, kakitangan, dan ibu bapa/penjaga SK Padang Changkat

TARIKH : 20 MAC 2023 (ISNIN)

MASA AKTIVITI TEMPAT PIC TINDAKAN KETERANGAN


7:45-8:45 Perhimpunan Tapak Guru Semua Perhimpunan:
Khas Awal Perhimpuna Bertugas Guru GB-Amanat GB
Sesi n PK1-Taklimat ringkas Sesi
Persekolahan Akademik
PK HEM-Pengurusan
RMT/PSS/Kehadiran
PKKoku-Pengurursan
Koku/Jadual Koku
8:45-9:15 Pengurusan Kelas Guru Semua Murid dan guru mengemas
Kelas, Kelas Guru & membersihkan kelas
Lantikan AJK, masing-masing.
Gotong Murid dan guru
berkenalan.
Royong dan
Keceriaan
Kelas

9:15- Aktiviti “Ice Kelas Puan Guru MP Murid menjawab lembaran


10:15 Breaking” Nurul kerja tentang diri saya,
Syuhada murid membentangkan
Bt pada kawan-kawan. Murid
Abdullah bercerita tentang
pengalaman bercuti dll.
10:15- Rehat
10:35
1035- Arts and Craft Kelas Puan Guru MP Murid membuat aktiviti kraf
12:35 Isrizai Bt berdasarkan bahan yang
Mohamad diberikan.
1135-1:35 Serlahkan Kelas Puan Guru MP Aktiviti seni visual
Bakatmu Nurul
Syuhada
Bt
Abdullah

TARIKH : 21 MAC 2023 (SELASA)

MASA AKTIVITI TEMPAT PIC TINDAKAN KETERANGAN


7:45-8:30 Senamrobik Padang/tapak Puan Syafiah Semua Acara senamrobik
Perhimpunan Bt Salleh Guru
/PIBG
8:30- Sukaneka Padang Ust. Fauzi bin Semua Aktiviti: (cadangan
10:15 Saaban/ En. Guru aktiviti/boleh diubahsuai
Mohd. ikut keperluan)
Hidayat b. Tahun 1: Lambung
Mokhtar/PIBG pundi kacang dalam
gelung
Tahun 2: Ulat beluncas
Tahun 3: Bawa bola
ping pong dalam sudu
Tahun 4: Isi air dalam
botol
Tahun 5: Meleret bola
guna kayu hoki
Tahun 6: Golek tayar
10:15- Rehat
10:35
10:35- Taklimat Dewan PK Guru MP Murid mendengar
11:35 Pengurusan HEM/Puan taklimat.
Disiplin/ Hajah Amal Guru MP mengawal
Pemimpin Bt Wan disiplin murid
Muda Ahmad
11:35- Taklimat Kantin/ Kelas PK Koku/ SU Guru Unit Mesyuarat Agong
1:35 Kokurikulum Koku Koku Tahunan setiap Unit
Koku/Taklimat Unit
Koku

Murid Tahun 2: Aktiviti


mewarna Kembali ke
sekolah

TARIKH : 22 MAC 2023 (RABU)

MASA AKTIVITI TEMPAT PIC TINDAKAN KETERANGAN


7:45-8:15 Senamrobik Padang Puan Semua Acara senamrobik
Ketijah Bt Guru
Sahudin
8:15-10:15 Big Walk/ Padang Ust. Fauzi Semua Murid tahun 2-6 membuat
Latihan bin Guru Latihan Merentas Desa.
Merentas Saaban
Desa
10:15- Rehat
10:35
10:35- Maths Games Kelas Cik Phoon Guru MP Murid menyelesaikan
11:35 Sze Nee permainan/quiz matematik
seperti SUDOKU etc

Murid membuat kotak sifir


untuk ditampal di dalam
kelas.

Kursus Pusat Puan - Pengawas sekolah


Kepimpinan sumber Hajah menjalani kursus
Pengawas sekolah Amal Bt kepimpinan
Wan
Ahmad
11:35-1:35 Build A Tower Kelas Puan Noor Guru MP Murid membuat menara
Faizah Bt menggunakan bahan
Wahab terbuang seperti surat
Zahari khabar dan botol air.
TARIKH : 23 MAC 2023 (KHAMIS)

MASA AKTIVITI TEMPAT PIC TINDAKAN KETERANGAN


7:45-9:15 Fun With Kelas Cik Phoon Semua Murid membuat payung
Science Sze Nee/ Guru terjun menggunakan
Pn Syafiah bahan yang berbeza.
Bt Salleh Murid membaling payung
terjun dan membuat
pemerhatian sains.
9:15- Minda Dewan/ Puan Semua Murid Tahap 2 mendengar
10:15 Sihat/Jom Kelas Noorbeti Guru taklimat di dewan.
Mewarna Bt Ahmad Murid Tahap 1 mewarna di
Diah dalam kelas.
10:15- Rehat
10:35
10:35- Marhaban Ya Dewan Puan Semua Murid menonton tayangan
1:05 Ramadhan Hasnawita Guru video tentang Bulan
Bt Nawi Ramadhan.

Murid menjawab quiz


tentang Ramadhan, niat
puasa dll

TARIKH : 24 MAC 2023 (JUMAAT)

MASA AKTIVITI TEMPAT PIC TINDAKAN KETERANGAN


7:45-8:15 Bacaan Yasin Kantin Ust Fauzi Semua Majlis bacaan yassin
bin Saaban Guru
9:15-10:15 Program Ihya Kantin Puan Semua Murid mendengar ceramah
Ramadhan Norziton Bt Guru Ramadhan.
Hamad @
Muhammad
10:15- Rehat
10:35
10:35- “Murid Ceria, Kelas Guru MP Guru MP Murid mengemas kelas
11:35 Guru Bahagia, untuk PDPC minggu
Sekolah Bitara hadapan.
& Negara
Sejahtera” Murid membuat refleksi
program.

7. KEWANGAN

PCG Panitia Matapelajaran


8. PENUTUP
Program ini diharapkan dapat membentuk sahsiah dan nilai murni dalam kalangan warga sekolah
serta dapat menampilkan identiti SK. Padang Changkat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________
PN. NURUL SYUHADA BINTI ABDULLAH EN. AHMAD TARMIMI BIN MD HASAN
SETIAUSAHA, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
PROGRAM MINGGU PERTAMA 2023, SK PADANG CHANGKAT
SK PADANG CHANGKAT

Disahkan oleh:

____________________________
EN. AHMAD KAMAL BIN ABDUL KHALIP
GURU BESAR
SK PADANG CHANGKAT

You might also like