You are on page 1of 18

ASSESSMENT COVERSHEET

Attach this coversheet as the cover for your submission. All sections must be completed.

Section A: Submission Details

Programme : DIPLOMA IN INDUSTRIAL LOGISTICS


Course Code & Name : MPU2323 RELIGIOUS PRACTICES IN MALAYSIA
Course Lecturer(s) : MDM SITI NURUL IZAH BINTI MUSA
Submission Title : FINAL REPORT UKHWAH FITRAH QASEH
Deadline : Day 9 Month 1 Year 2023 Time
Penalties :  5% will be deducted per day to a maximum of four (4) working days,
after which the submission will not be accepted.
 Plagiarised work is an Academic Offence in University Rules &
Regulations and will be penalised accordingly.

Section B: Academic Integrity

Tick (√) each box below if you agree:

√ I have read and understood the UniKL’s policy on Plagiarism in University Rules & Regulations.
√ This submission is my own, unless indicated with proper referencing.
√ This submission has not been previously submitted or published.
√ This submission follows the requirements stated in the course.

Section C: Submission Receipt


(must be filled in manually)

Office Receipt of Submission

Date & Time of


Student Name(s) Student ID(s)
Submission (stamp)
ADELSON UBAN ANAK RAYMOND 57102121094

SHAMANRAAJ A/L BARATHAN 57102121138

1
TAJUK PROGRAM :
PROJECT UKHWAH FITRAH
QASEH

TEMPAT :
Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh
12C, Jalan Sabar, Taman Dto ONN
Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
Darul Takzim

TARIKH :
17 DISEMBER 2022

MASA :
8.00 AM HINGGA 3.30 PM

2
KANDUNGAN

1. Pengenalan
2. Penyataan
3. Objektif
4. Sasaran…
5. Sumbangan…
6. Aktiviti…
7. Hasil Program/Aktiviti…
8. Penutup…

3
Pengenalan

Program Kongsi Kasih Fitrah Qaseh telah diadakan di Rumah Perlindungan Fitrah
Qaseh (RPFQ) pada 17 Disember 2022. Seramai 15 orang sukarelawan yang terdiri
daripada 8 orang mahasiswa dan 7 orang mahasiswi dari Universiti Kuala Lumpur
Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC).

Bilangan Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh ini adalah seramai 90 orang yang
terdiri daripada kanak-kanak berusia 3 tahun sehingga 16 tahun. Seramai 5 orang
kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran rumah perlindungan
ini.

Penghuni rumah perlindungan ini terdiri daripada anak-anak yatim, yatim


piatu, anak gelandangan yang diselamatkan, anak keluarga fakir miskin, anak
keluarga bermasalah dan juga anak serahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Malah terdapat juga beberapa orang penghuni terdiri daripada remaja yang
bermasalah disebabkan pergaulan bebas.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi keceriaan dan


kegembiraan kepada kanak-kanak penghuni Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh
dengan aktiviti program yang dijalankan. Selain itu, objektif program ini adalah untuk
memberi sumbangan kepada penghuni disini seperti pakaian, makanan dan
menyalurkan sedikit sumbangan kewangan bagi membantu meringankan bebanan
kakitangan RPFQ dalam menguruskan pentadbiran rumah perlindungan ini.

4
PENYATAAN

Kami telah pun melawat Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh beberapa kali lawatan
awal, dan sepanjang perjalanan tersebut, kami telah membuat beberapa pemerhatian.
Oleh kerana tidak ramai individu yang menyedari kewujudan RPFQ, masyarakat
umum tidak terlibat dalam banyak aktiviti produktif di sana. Selain itu, kami mempunyai
maklumat bahawa RPFQ tidak mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi
sama ada daripada kerajaan atau orang awam. Di samping itu, kami diberitahu
bahawa penghuni RPFQ tidak mempunyai pakaian yang mencukupi, terutamanya
pakaian bayi memandangkan jumlah wanita hamil yang tinggal di sana. Terdapat juga
tempat tertentu berhampiran RPFQ yang menimbulkan kesan tidak kemas dan tidak
terurus serta memerlukan penyelenggaraan tambahan.

OBJEKTIF

1. Pentadbiran Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh berharap dengan mencari


sumber kewangan dalam talian, mereka dapat mengurangkan tekanan yang
mereka hadapi berhubung kewangan mereka.
2. Membawa senyuman kepada mereka yang menginap di Rumah Perlindungan
Fitrah Qaseh dengan menganjurkan dan mengetuai beberapa aktiviti menarik
dan menarik untuk mereka sertai.
3. Membangun dan merapatkan ukhuwah antara penduduk yang tinggal di
Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh dan sukarelawan yang menjadi
sukarelawan UniKL MITEC.
4. Sukarelawan UniKL MITEC akan mempunyai peluang tambahan untuk
memperoleh pengalaman menerajui program yang berkaitan dengan khidmat
masyarakat.

5
SASARAN

1. Keseluruhan jumlah penghuni RPFQ adalah seramai 90 orang iaitu 55 adalah


terdiri daripada perempuan dan 35 adalah terdiri daripada lelaki.
2. Umur penghuni RPFQ dalam lingkungan berusia 3 tahun sehingga 16 tahun.
3. Sasaran kami adalah untuk membantu penghuni RPFQ iaitu terdiri dari kanak-
kanak dan juga kakitangan RPFQ untuk meringankan beban mereka dari segi
kewangan dan juga tenaga.
4. Selain dari itu kami juga berhasrat agar dapat menghiburkan kanak-kanak yang
duduk di RPFQ.

SUMBANGAN

1. Terdapat banyak sumbangan yang dari kami diberikan kepada penghuni yang
tinggal di RPFQ, iaitu dari segi pakaian, makanan dan juga dana.
2. Kami juga meminta sumbangan derma dari orang ramai seperti pihak
persendirian, syarikat dan sumbangan pakaian dari pusat membeli belah.
3. Kami juga menerima banyak pakaian terpakai yang dihulurkan dari penderma
untuk diserahkan kepada kanak-kanak yg menghuni di RPFQ.
4. Selain dari menderma pakaian dan wang, kami juga telah menggunakan
separuh dari hasil kutipan dana kami untuk membelikan pakaian yang baru dan
juga makanan serti barang-barang keperluan kepada kanak-kanak tersebut.
Dan separuh lagi dari hasil kutipan derma iaitu sebanyak RM2000 telah
diserahkan kepada pihak pengurusan RPFQ.

6
AKTIVITI

17 Desember 2022(Sabtu)

Tarikh Hari Masa Butiran


17 Disember Sabtu 8.30 am Tiba di rumah
Perlindungan
Fitrah Qaseh
8.45 am Menyediakan dan
mempersiapkan
alat-alatan
9.00 am Ucapan alu-aluan
9.30 am Ice Breaking
9.45 am Permainan
tradisional
• Batu Seremban
• Chapteh
• Ceper
• Ting-ting
• Baling Tin
• Congkak
• Mewarna
• Jenga
• Puzzle
1.00 pm Makan tengah hari
dan menunaikan
solat Zuhur
2.00 pm Sesi bergotong-
royong
3.00 pm Menyampaikan
Sumbangan dan
cenderahati
3.30 pm Majlis Bersurai

7
Ice Breaking

Tajuk: Sesi suai kenal antara sukarelawan dan penghuni

Sukarelawan: Semua sukarelawan terlibat.

Objektif: Memastikan semua penghuni mengenali ahli sukarelawan yang terlibat


dalam

program tersebut.

Masa: 9:30-9:45am (15 minit)

Langkah-langkah:

1. Semua sukarelawan wajib berdiri di barisan hadapan dan memperkenalkan


nama dan gelaran sahaja.

Pembahagian kumpulan

Sukarelawan: Bahagian unit protokol (Amirah Asilah, Ammar Firdaus)

Objektif: Setiap sukarelawan mudah mengendalikan sejumlah kecil penghuni dan


penghuni

peka terhadap rakan sekumpulan.

Masa: 9:30-9.50am (20 minit)

Langkah-langkah:

1. Setiap sukarelawan haruslah memastikan mereka mempunyai sekurang-


kurangnya
2. 4 atau 5 orang penghuni untuk dikendalikan.
3. Setiap kumpulan dibahagikan secara sama rata mengikut kategori umur.
4. Penghuni sekolah rendah dan sekolah menengah dibahagikan sama rata
kepada 7 kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya
7 atau 8 orang.
5. Dua sukarelawan akan mengendalikan setiap kumpulan yang telah dibahagi.
6. Manakala dua orang lagi sukarelawan akan menguruskan aktiviti kategori
kanak-kanak.

8
Aktiviti 1: Mewarna

Sukarelawan: Unit protokol dan 2 sukarelawan

Objektif :

1. Kanak-kanak akan dapat meluangkan masa mereka dengan perkara yang


akan membuatkan
2. mereka ceria.
3. Dapat mengembangkan bakat seni kanak-kanak
4. Menyemai sikap ketelitian dan kepekaan kanak-kanak

Masa : 10.00 – 1.00 pm ( 3 Jam )

Bahan : Krayon, helaian kertas bercetak, pensil warna

Langkah-langkah :

1. Sukarelawan akan memberikan helaian kertas yang bercetak kepada setiap


kanak-kanak.
2. Krayon dan pensil warna akan diagihkan kepada kanak-kanak..
3. Sukarelawan memastikan kanak-kanak mewarna kertas bercetak mengikut
kreativiti masing-masing.

9
Aktiviti 2 : Congkak
Sukarelawan : Unit Protokol & sukarelawan setiap kumpulan

Objektif

1. Mengadakan kegiatan yang sihat antara penghuni dalam sukan dan permainan
2. Memberi pendedahan kepada penghuni terhadap permainan tradisional di
Malaysia
3. Mendapatkan seberapa banyak biji guli yang dimiliki oleh pihak lawan Masa :
10.00 am – 1.00 pm

Bahan : Papan congkak dan biji guli

Langkah-langkah :

1. Dua orang pemain duduk berhadapan papan congkak, dimulakan dengan


kedua-dua pemain serentak mencapai guli di tempat masing-masing dan
memasukkan guli satu demi satu di dalam lubang dengan pergerakan dari kiri
ke kanan hingga ke lubang besar pihak lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga guli yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
lubang kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya guli itu mati di lubang sendiri.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga gulinya mati.
Sekiranya guli terakhir jatuh di lubang sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil guli yang masih banyak di mana-mana lubang
sendiri.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang guli di kampung pemain walaupun giliran
berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan guli berpindah kepada
pihak lawan
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain isi semula lubang dengan guli
dan jika ada lubang yang tak cukup guli, ia dianggap ‘terbakar’. Lubang ini tidak
boleh diisi apabila bermain pada pusingan kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.
6. Pemain yang mempunyai guli paling banyak dilubang besar masing-masing
dikira sebagai pemenang.

Aktiviti 3: Batu Seremban

10
Sukarelawan: Unit protokol dan sukarelawan Objektif:

1. Dapat mempelajari mengenai syarat dan peraturan permainan.


2. Mengeratkan hubungan silaturahim sesama penghuni dan para sukarelawan.
3. Membantu para penghuni berfikir dengan lebih kreatif dan logik.

Masa : 10.00 am – 1.00 pm (3jam) Bahan : Batu seremban

Langkah – langkah :

1. Sukarelawan akan berikan 5 biji batu seremban bagi setiap bulatan yang
terlibat. Permainan ini haruslah bermain di tempat yang rata dan bersih.
2. Seterusnya, para pemain perlulah duduk secara bulatan mengikut kumpulan
yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk memudahkan penukaran giliran dalam
permainan ini.
3. Sebelum memulakan permainan, seorang demi seorang diminta untuk
menimbang terlebih dahulu buah batu seremban bagi menentukan siapan yang
akan memulakan permainan tersebut.
4. Cara menimbang adalah dengan cara, kesemua buah diletakkan di atas tapak
tangan, kemudian buah batu seremban ini akan dilambung keudara dan
disambut pula oleh belakang tangan. Jumlah buah yang dapat disambut adalah
jumlah mata.
5. Permainan batu seremban ini bermula dengan peringkat pertama yang yang
mudah dengan menggunakan sebiji batu yang dinamakan buah satu hinggalah
kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan batu tujuh.
6. Pemain yang dapat capai sehingga ke peringkat batu tujuh dikira sebagai
pemenang.

11
Aktiviti 4 : Chapteh

Sukarelawan : Unit protokol dan sukarelawan bagi setiap kumpulan. Objektif :

1. Menggalakkan penglibatan secara aktif untuk setiap pemain dalam menyertai


aktiviti yang dijalankan.
2. Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria seperti sentuh, mata dan lain
lain lagi.
3. Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang
dijalankan,

Masa : 10.00 am – 1.00 pm

Bahan-bahan : chapteh ( bulu ayam)

Langkah-langkah :

1. Setiap kumpulan akan dibahagikan kepada 4 orang pemain ( atau yang


bersesuaian) , setiap seorang akan mempunyai satu giliran untuk menimbang
sebelum chapteh atau bulu ayam terjatuh.
2. Setiap pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan
menggunakan kaki atau dengan lutut sahaja. Pemain tidak dibenarkan jatuh,
jika jatuh ianya dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula.
Giliran juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah.
3. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti, masa
yang diperuntukan untuk setiap sorang ialah seminit dengan seberapa banyak
timbangan yang dapat dilakukan sebelum bola terjatuh.
4. Setelah selesai semua menimbang, mata atau jumlah timbangan akan dikira
dan yang mengumpul mata paling banyak akan dikira juara.

12
Aktiviti 5 : Ceper

Sukaralewan : Unit protokol dan sukarelawan

Objektif :

1. Dapat menggunakan otot-otot halus untuk menggerakkan sesuatu.


2. Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria seperti sentuh, mata dan lain
lain lagi.

Masa : 10.00 am – 1.00 pm Bahan : Penutup botol besi

Langkah – langkah :

1. Permainan ini boleh dimainkan secara beramai ramai.


2. Permainan ini memerlukan lima keping penutup botol besi atau dipanggil
sebagai ceper.
3. Setiap pemain akan menimbang ceper ( 1 ceper mewakili 2 markah) bagi
menentukan giliran. Pemain engan markah tertinggi akan memulakan
permainan terlebih dahulu.
4. Ceper disusun secara bertindih dan menegak, kemudian diputarkan ke udara
bagi memastikan ceper tersebut bertebaran.
5. Pemain lain akan menentukan arah ceper mana yang akan dijentik oleh kita.
Andai kata ceper yang dijentik oleh kita tidak mengena sasaran atau tersentuh
ceper yang lain, maka giliran kita tamat dan diteruskan dengan pemain laun.
6. Sekiranya kita berjaya menjentik semua ceper yang diarahkan oleh pemain
lain, pusingan diteruskan dengan menimbang ceper menggunakan tangan.
7. Permainan diteruskan sehingga terdapat pemain yang berjaya mengumpul
markah penuh dengan pantas.
8. Pemain pertama yang berjaya mengumpul markah penuh dinobatkan sebagai
pemenang. (markah penuh ditentukan oleh sukarelawan )

13
Aktiviti 7 : Ting Ting

Sukarelawan : Unit protokol dan sukarelawan Objektif :

1. Pemain dapat mengasah bakat dalam mengimbangkan badan.


2. Dapat mempelajari salah satu permainan tradisional yang menyeronokkan
bersama penghuni dan sukarelawan

Masa : 10.00 am – 1.00 pm

Bahan- Bahan : Kapur , batu Langkah – langkah :

1. Permainan ini adalah permainan yang akan dimain secara individu.


2. Sukarelawan akan melakar ting-ting di kawasan yang lapang.
3. Permulaan permainan ini ialah dengan menentukan siapa yang akan menjadi
pemain pertama menggunakan kaedah ‘lai lai li tam plong’.
4. Pemain perlulah melontarkan batu ke petak yang bernombor satu, dengan cara
membelakangu gelanggang. Sekiranya batu yang dilontar terkeluar maka
pemain dikira mati.
5. Sekiranya batu berada ni nombor satu, maka para pemain haruslah tidak
memijak kotak di nombor satu. Kemudian diteruskan lagi sehingga kotak
kesepuluh.
6. Para pemenang akan dipilih berdasarkan pemain yang dapat bermain
sehingga ke kotak yang kesepuluh.

14
Aktiviti 7 : Jenga

Sukarelawan : Unit protokol dan sukarelawan

Objektif :

1. 1 ) Pemain dapat belajar tentang keseimbangan sesuatu bahan.


2. 2 ) Pemain akan dapat fokus dan teliti dalam menyelesaikan sesuatu masalah
sehingga berjaya.

Masa : 10.00 am – 1.00 pm

Bahan-bahan : Kayu jenga

Langkah-langkah :

1. Ahli sukarelawan akan mengatur menara jenga terlebih dahulu. Pertama,


keluarkan semua kayu Jenga dan tempatkan di atas permukaan yang datar.
Selepas itu, timbunkan kayu dengan susunan tiga kayu per baris hingga dapat
menara setinggi 18 baris.
2. Pemain diminta berkumpul di sekitar menara. Sekurang-kurangnya terdapat
dua orang pemain. Setiap pemain duduk mengelilingi menara jenga. Pemain
harus duduk di sisi yang berlawanan, dan saling berhadapan di depan menara.
3. Pemain pertama mestilah tarik kayu dari menara. Dengan hati-hati, tarik satu
kayu dari barisan manapun (kecuali barisan teratas). Pemain diminta cari kayu
yang paling longgar, paling mudah untuk ditarik, atau tidak akan begitu
mengganggu kestabilan menara. Pemain dibenarkan mendorong atau
menariknya, tergantung pada sudut dan lokasi kayu dalam menara.
4. Mainkan permainan hingga menara runtuh. Pemain yang kalah adalah pemain
yang membuat menara runtuh. Untuk memainkan semula permainan,
bangunkan semula menara tersebut.

15
Aktiviti 8 : Puzzle

Sukarelawan : Unit protokol

Objektif :

1. Para pemain akan dapat belajar berfikir dan menyusun strategi.


2. Permainan ini adalah antara alat pembelajaran yang hebat dan dapat
merangsang aktiviti bekerjasama dan mengasah kemahiran bersosial.
3. Pemain dapat memberi tumpuan, mengingati maklumat dan berfikir dengan
lebih kritikal ketika mereka bermain puzzle.

Masa : 10.00 am- 1.00 pm

Bahan-bahan : Puzzle

Langkah-langkah :

1. Ahli unit protokol akan menyediakan puzzle dan papan kotak kepada para
pemain.
2. Para pemain akan menyusun puzzle yang betul mengikut gambar yang
disediakan di atas papan puzzle yang telah disediakan.

16
Hasil Program

1. Dapatan hasil dari program yang dijalankan kami mendapati penghuni RPFQ
ini memerlukan lebih banyak aktiviti dan program dilaksanakan seperti aktiviti
permainan dan pembelajaran dalam bentuk yang lebih menarik.

2. Dapat memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama dalam kumpulan


bagi penghuni rumah perlindungan ini melalui aktivit-aktiviti yang dijalankan.

3. Membina hubungan yang erat diantara kami dan mengeratkan lagi hubungan
silaturahim pelajar dengan kanak-kanak yang duduk di RPFQ.

4. Mendapat sambutan dan juga dana yang tinggi dari daripada orang luar.

5. Mendapat pelbagai sokongan dari orang luar serta pelajar UniKL.

6. Dapat memperolei pengalaman dalam kerja-kerja yang melibatkan kebajikan.

7. Selain itu, dapat berkongsi masalah dengan penghuni rumah perlindungan ini
apabia mereka meluahkan masalah yang dihadapi seperti masalah keluarga,
rakan-rakan dan pelajaran.

17
Penutup

Program ini memberi peluang kepada kami untuk meluaskan pengetahuan dan
mencuba perkara baharu. Kami telah memutuskan untuk menjalankan program ini di
Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh agar kami dapat mempelajari lebih lanjut dan
membantu golongan muda yang kurang berkemampuan. Di akhir program, terdapat
potensi untuk meningkatkan tahap silaturahim dan kerjasama dalam kalangan kanak-
kanak yang mengambil bahagian. Selain itu, kami juga diberi peluang untuk
meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak yang
kurang bernasib baik dalam masyarakat masa kini. Selain daripada aktiviti yang kami
jalankan di sana, kami mampu memberikan kegembiraan kepada anak-anak berkat
penyertaan ramai penderma dan dana yang telah mereka berikan. Kami ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tertinggi Rumah Perlindungan Fitrah
Qaseh atas sumbangan mereka dalam menjayakan aktiviti dan projek yang
diamanahkan kepada kami.

18

You might also like