You are on page 1of 2

Pertandingan Bahas Ala Parlimen

Pihak Pembangkang
Teks Menteri 1 :Ketua Pembangkang (7 minit)

Usul:Bahasa Melayu Wahana Perpaduan

Terima Kasih Yang Dipertua Dewan, Yang Berhormat menteri-menteri di barisan kerajaann,
Yang Berhormat rakan-rakan perwakilan pembangkang serta sidang dewan yang dimuliakan.
Assalamualaikum dan salam persidangan .Pada hari yang berbahagia ini usul pincang yang
dibawa oleh pihak kerajaan berbunyi “Bahasa Melayu Wahana Perpaduan”.

Tuan Yang Dipertua


Dari aspek pendefinisian kami kurang bersetuju dengan beberapa frasa yang
dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kami rasakan kurang
jelas,rapuh dan longgar. Justeru, kami menolak pendefinsian pihak kerajaan dan akan
membuat pendefinisan semula.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Frasa bahasa kami takrifkan kepada sistem lambang bunyi suara yang digunakan
sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan
fikiran. Manakala, definisi wahana pula ialah saluran atau perantaraan .Seterusnya,
perpaduan pula dapat dikaitkan dengan perihal sepakat. Oleh itu, dapat saya definisikan
bahawa Frasa “Bahasa Melayu Wahana Perpaduan”boleh ditafsirkan sebagai komunikasi
berkesan dan saling bekerjasama antara kaum akan dapat mewujudkan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera.

Selaku Perdana Menteri ,saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini.
Bahasa Melayu merupakan wahana perpaduan .Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan berupaya menjadi tunjang dan nadi kepada penyatuan masyarakat majmuk di
negara ini. Meskipun, wujudnya jurang perpisahan antara pelbagai golongan etnik atau
bangsa yang tinggal dalam masyarakat di Malaysia. Namun,melalui penelitian dan kajian
yang terperinci, Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa
komunikasi. Hal in telah terbukti iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-
15 lagi, bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan
diplomatik.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa Bahasa Melayu merupakan wahana perpaduan yang
dapat menyatukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui penggunaan satu
Bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu.
Tuan Yang Dipertua,

Selesai pendefinisian usul pada hari ini, selaku perdana menteri, saya akan jelaskan
obligasi yang kami galas untuk membuktikan kepada sidang dewan sekalian bahawa usul ini
perlu diterima agar sidang dewan sekalian jelas akan kebenarannya dan bolehlah duduk
bersama kami di kabinet kerajaan.

Selaku Perdana Menteri di pihak kerajaan saya bertanggungjawab untuk meyakinkan dewan
dengan membawakan hujah yang pertama . Berdirinya menteri kedua pula akan membidas
menteri pertama pembangkang dan membincangkan hujah pihak kerajaan. Menteri ketiga
pula akan membidas semua hujah rapuh pihak pembangkang agar terungkai segala kekeliruan
yang dtimbulkan. Selesai penerangan strategu di pihak kerajaan.

Sekian,mohon terus mencadang.

You might also like