You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU EMPAT (1) JALAN IPOH

51200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT GURU


BIL. 04/2013

Tarikh : 17 Oktober 2013 (Khamis)


Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Pn. Azlinda Sham Binti Abdullah Sani
Kehadiran : 39/43 orang

1. Pn. Azlinda Sham Binti Abdullah Sani (Guru Besar)


2. En. Dzulkifli Bin Abd Jalil (GPK Tadbir & Kurikulum)
3. Pn. Anizai Binti Tun Wahab (GPK Hal Ehwal Murid)
4. En. Abdullah Bin Shuib (GPK Kokurikulum)
5. Pn. Norunnisa Binti Abdullah (GPK PPKI)
6. Pn. Nor Hufaidah Binti Mohd Yusoff
7. Pn. Mazliana Binti Omar
8. En. Muhamad Bin Zainal
9. Pn. Noor Azizah Binti Abdul Ghani
10. En. Roszi Bin Rahim
11. Pn. Azeniah Binti Abu Bakar
12. Pn. Suriani Binti Ibrahim
13. Pn. Hjh. Rusilawati Binti Rani@Ghani
14. En. Mohd Kamarudzaman Bin Hassan
15. En. Ahmad Zaini Bin Mohamad Zalik
16. En. Azminor Bin Kamarudin
17. Cik Paramesvari a/p Nadeson
18. Pn. Suriati Binti Cheek Saat
19. Pn. Shahlawati Binti Abdul Wahid
20. Pn. Norliana Binti Ismail
21. Pn. Noraini Binti Saim
22. Pn. Nadzirah Binti Abd. Ghani
23. Pn. Wan Suryani Binti Wan Mamat
24. Pn. Rosniza Binti Rahim
25. Pn. Suriza Binti Yusof
26. Pn.Yusniza Binti Ishak
27. Pn. Roslinda Binti Hassan
28. Pn. Farehan Binti Abdul Aziz
29. Pn. Noraini Binti Abd Salim
30. En. Mohd Hilmi Bin Mohd Noor
31. En. Rafizil Asrul Bin Ismail
32. En. Mohd Faizal Bin Sukri
33. Pn. Norma Syakirah Binti Mohd Noor
34. Cik Nur Nadiah Binti Osman
35. Cik Nur Ain Binti Arif
36. Pn. Nur Amalina Binti Mat Jusoh
37. Cik Nor Zahilah Binti Che Harun (Setiausaha 3)
38. Pn. Nur Zulaikha Binti Lawi (Setiausaha 2)
39. Pn. Rosliza Binti Mohamed Yusoff (Setiausaha 1)

Tidak Hadir :
1. En. Azman Bin Saud@Zainol (Program LINUS)
2. Pn. Norfahimah Binti Mohamad Nor (Cuti Bersalin)
3. Pn. Suziana Binti Ismail (Cuti Bersalin)
4. Pn. Dalila Binti Tajudin (Cuti Sakit)

1
Agenda 1.0 : Kata Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke
mesyuarat guru kali terakhir pada tahun ini.
Tindakan : Makluman

1.2 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat pada kali ini akan membincangkan beberapa
program yang akan dijalankan sebelum sekolah bercuti.

Tindakan : Makluman

1.3 Beliau memaklumkan bahawa sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM 60,000
untuk membaikpulih Makmal Sains dan menukar ganti pintu bilik/kelas.

Tindakan : Makluman

1.4 Unit HEM telah melaksanakan aplikasi atas talian terbaru sebagaimana diarahkan iaitu e-
kehadiran murid.
Tindakan : Makluman

1.5 Ujian Akhir Tahun (PKSR 2) akan dijalankan bermula 21 – 25 Oktober 2013.

Tindakan : Makluman

1.6 Info Terkini: Guru-guru perlu menyemak dari masa ke masa Papan Kenyataan Pejabat
sebarang makluman dan tindakan yang perlu dilakukan segera.

Tindakan : Makluman

Agenda 2.0 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pencadang : Pn. Rosliza Bt Mohd Yusoff


Penyokong : Pn. Mazliana Bt Omar

Agenda 3.0 : Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Perkara 3.6: Badan Kebajikan Staf (BKS)


3.1.1 Semua guru sudah selesai bayar yuran.

Tindakan : Makluman

3.2 Perkara 4.2: j-QAF


3.2.1 Ujian Bahasa Arab bulan Oktober sudah dijalankan.

Tindakan : Makluman

3.3 Perkara 5.10: Program NILAM


3.3.1 Aktiviti NILAM waktu tengahari dan rehat sesi persekolahan petang telah
dijalankan. Hanya ada 2 buah bakul buku cerita fiksyen Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris buat masa ini.

Tindakan : Makluman

3.4 Perkara 6.4: Kokurikulum


3.4.1 Sukan Tahunan telah dijalankan dengan jayanya.

Tindakan : Makluman

2
Agenda 5.0 : Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

5.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan guru baru bagi menggantikan Pn Roziah iaitu Pn
Noraini Bt Abd Salim dan selamat kembali bertugas dari bercuti untuk guru-guru yang
bersalin.
Tindakan : Makluman

5.2 Vle Frog

5.2.1 Guru-guru perlu berwaspada dalam setiap tindakan terutama semasa melayari
internet kerana setiap komentar guru dapat dibaca dan dinilai oleh orang luar yang
turut melayari sama.
Tindakan : Makluman

5.2.2 Guru perlu mengingatkan para ibubapa dan murid-murid agar mengaktifkan akaun
vle frog masing-masing.
Tindakan : Makluman

5.3 i-Think (Inovative Thinking)

5.3.1 Kursus dalaman telah dibuat oleh En. Faizal B Sukri.


Tindakan : Makluman

5.3.2 Bermula tahun 2014, penggunaan Peta Pemikiran i-Think dalam PdP akan
dikuatkuasa di semua aliran iaitu PPKI, Pra Sekolah dan Perdana.

Tindakan : Makluman

5.3.3 Guru-guru perlu pilih salah satu atau lebih dari 8 bentuk Peta Pemikiran untuk
diimplemen dalam PdP masing-masing.
Tindakan : Makluman

5.3.4 Aliran PPKI: Guru boleh pilih peta minda yang mudah kerana sekolah rintis di
Negeri Sembilan yang melaksanakannya dapat menyesuaikannya dalan PdP
‘murid istimewa’ mereka.
Tindakan : Makluman

5.4 Sarana Ibubapa dan Sarana Sekolah

5.4.1 Guru Besar akan mengadakan LDP pada 7 November 2013 (Khamis) kerana
sekolah perlu menghantar laporan aktiviti kepada PPW rentetan sebilangan guru
tidak dapat menjawab soalan apabila ditanya oleh pegawai yang memantau
berkaitan Sarana Ibubapa dan Sarana Sekolah.

Tindakan : Makluman

5.4.2 Pn. Noor Azizah memberitahu bahawa data perlu dimasukkan sebelum 28
Oktober 2013. Untuk memudahkan pelaporan, guru kelas diminta mendaftarkan
murid masing-masing.
Tindakan : Makluman

5.5 e-pangkat/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

5.5.1 Pegawai yang berstatus ‘jumud’ sekiranya bertukar tidak akan diganti melainkan
meninggal dunia atau sakit.
Tindakan : Makluman

3
5.5.2 Bermula 1 Julai 2013, penggunaan sistem e-pangkat telah dikuatkuasa.
Seseorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan dinilai berdasarkan
kecemerlangan dan evidens berbanding cukup tempoh berkhidmat dan markah
prestasi 80% ke atas sebelum ini.
Tindakan : Makluman

5.5.3 Dalam bidang kurikulum atau kokurikulum, sekiranya terdapat peningkatan


prestasi murid atau impak PdP menaik, guru boleh membuat salinan untuk
dikemukakan sebagai evidens.
Tindakan : Makluman

5.5.4 Justeru, mana-mana guru yang layak boleh mohon berdasarkan formula tahun
perkhidmatan iaitu 8+8+6+3.
Tindakan : Makluman

Agenda 6.0 : Taklimat Unit Kurikulum

6.1 E-operasi: Guru-guru perlu mengemaskini 3 bahagian dalam aplikasi e-operasi iaitu:

6.1.1 Maklumat Peribadi


6.1.2 Maklumat Pasangan
6.1.3 Maklumat Kursus/Latihan

Sekiranya terlupa kata laluan, guru-guru perlu menghubungi pegawai PPW berkaitan
untuk ditetapkan semula kata laluan (reset).
Tindakan : Makluman

6.2 PBS: Guru perlu memasukkan band/prestasi murid tahun 1 – 3 sehingga 8 November
2013.
Tindakan : Makluman

6.3 SAPS: Guru mata pelajaran perlu memasukkan markah murid tahun 4 - 6 sebelum 30
Oktober 2013. Selepas tarikh ini, guru kelas akan cetak ‘mark sheet’ untuk pemilihan
pemenang HAC. Khusus bagi murid tahun 6, guru mata pelajaran boleh menggunakan
markah percubaan UPSR bagi subjek teras.
Tindakan : Makluman

6.4 Penyelaras perlu memastikan bilik khas dan fail dalam keadaan baik.

Tindakan : Makluman

6.5 Pemilihan buku aktiviti untuk kegunaan tahun 2014 adalah sehingga 25 Okt 2013.

Tindakan : Makluman

Agenda 7.0 : Taklimat Unit Hal Ehwal Murid

7.1 Hari Kanak-Kanak di peringkat sekolah akan disambut pada 1 November 2013 dan akan
diadakan secara berasingan dari PPKI dan Pra Sekolah.

Tindakan : Makluman

7.2 e-kehadiran: Perlu diisi setiap hari. Guru kelas yang tidak hadir perlu dibantu oleh guru
aliran atau mana-mana guru lain.

Tindakan : Makluman

4
Agenda 8.0 : Taklimat Unit Kokurikulum

8.1 En. Abdullah menyatakan bahawa perjumpaan aktiviti kokurikulum pada setiap Rabu
sudah tamat tetapi aktiviti 1M1S selama sejam pada hari Khamis setiap minggu tetap
berjalan sehingga hujung tahun.
Tindakan : Makluman

8.2 Semua buku pelaporan aktiviti seperti Khemah Ibadah, Sukan Tahunan dan lain-lain
sudah boleh dihantar sebanyak 2 salinan.
Tindakan : Makluman

8.3 Penyelaras/Ketua Guru Penasihat boleh menghantar Pelan Taktikal, pelaporan program
untuk dibukukan bagi persediaan tahun 2014.
Tindakan : Makluman

8.4 Seramai 40 orang murid akan terlibat dengan aktiviti RIMUP pada 29 Oktober 2013
(Selasa) yang akan diadakan di Padang SMK Raja Ali bersama murid dari SJKC Lai
Chee.
Tindakan : Makluman

8.5 Sebarang kerosakan di bilik khas hendaklah dilaporkan segera untuk dibaiki secara
serentak semasa cuti sekolah ini.
Tindakan : Makluman

8.6 Mesyuarat akhir unit kokurikulum akan diadakan pada 12 November 2013.

Tindakan : Makluman

Agenda 9.0 : Taklimat Unit PPKI

9.1 PKSR 2 bermula dari 21 – 25 Oktober 2013. Guru mata pelajaran perlu sediakan soalan.

Tindakan : Makluman

9.2 Semua guru terrlibat dengan aktiviti PPKI perlu serah laporan selewat-lewatnnya pada 12
November 2013.
Tindakan : Makluman

9.3 Seramai 10 orang murid beserta 10 orang guru PPKI akan menyertai Lawatan Sambil
Belajar di Kuala Lumpur bersempena Majlis Anugerah Cemerlang Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan pada 23 Oktober 2013.

Tindakan : Makluman

9.4 1 November 2013: Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah (PPKI).

Tindakan : Makluman

9.5 Guru boleh pilih buku aktiviti untuk digunakan pada tahun hadapan yang difikirkan sesuai
dan menyerahkan nama buku dan penerbit kepada penyelaras untuk dipesan melalui
pembekal.

Tindakan : Makluman

5
Agenda 10.0 : Hal-hal Lain

10.1 Minggu hadapan ialah minggu peperiksaan. Guru Besar berharap semua kertas soalan
dapat disediakan dengan baik.
Tindakan : Makluman

10.2 Ucapan tahniah kepada adik Muhd Idham dari kelas 6 Kenanga yang berjaya mendapat
tempat keempat dari 100 peserta dalam pertandingan Spell-It-Right dan berjaya
membawa pulang hadiah berupa cek sebanyak rm800.
Tindakan : Makluman

Agenda 11.0 : Ucapan Penangguhan/Penutup

Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana memberi perhatian dan memohon guru-guru agar
dapat menyiapkan tugasan masing-masing sebelum bercuti.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan Oleh,

Pencatat Minit 1: Pn. Rosliza Bt Mohamed Yusoff ………………………………

Pencatat Minit 2: Pn. Nur Zulaikha Bt. Lawi ………………………………

Pencatat Minit 3: Cik. Nor Zahilah Bt. Che Harun ………………………………

Disemak oleh:

________________________________
(AZLINDA SHAM BT ABDULLAH SANI)
Guru Besar,
SK Batu Empat (1), Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur.

You might also like