You are on page 1of 4

Pendahuluan

 Nasionalisme Burma merupakan REAKSI terhadap DASAR PENJAJAHAN BRITISH.


 Semangat ini DIGERAKKAN oleh KESEDARAN terhadap KEPERLUAN membela KEPENTINGAN
BANGSA dan PERKEMBANGAN PENDIDIKAN Eropah.
 Bermula dengan GERAKAN KESEDARAN oleh para SAMI BUDDHA.
 DOMINASI EKONOMI oleh KAUM INDIA menimbulkan SEMANGAT ANTI-INDIA.
 Mengaitkan dengan dasar BRITISH yang menggalakkan perkembangan tersebut.

Pertadbiran British (1897-1923)

 Perubahan dari pemerintahan BEBAS kepada pemerintahan yang giat berlaku dalam TAHUN 1897.
 KETUA PESURUHJAYA dinaikkan pangkatnya menjadi LEFTENAN-GABENOR dan mempunyai sebuah
DEWAN PERUNDANGAN UNTUK BEKERJA BAGINYA.
 Dewan Perundangan itu sedikit demi sedikit mendapat TAMBAHAN ANGGOTA DAN KUASA.
 Pada mulanya Dewan itu mempunyai SEMBILAN ORANG anggota yang dilantik. Dalam tahun 1909
anggotanya sudah bertambah menjadi LIMABELAS ORANG, dan 1920 anggotanya meningkat menjadi
TIGAPULUH ORANG.
 Pedagang mempunyai SUARA Yang besar di dalam Dewan itu. Pada tahun 1920 beberapa bangsa ASIA diterima
menjadi anggota Dewan itu.
 JABATAN-JABATAN baru diadakan di dalam pemerintahan dan KERJA-KERJA KEBUDAYAAN
masyarakat yang besar- besar DIJALANKAN dan KEMAJUAN EKONOMI tercapai.
 Tetapi kecekapan ini TIDAK memungkinkan ORANG-ORANG BURMA menyelesaikan MASALAH
PERTADBIRAN.
 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LUAR BANDAR yang telah disediakan ialah jalan yang BERKAKI LIMA,
LAMPU-LAMPU JALAN, perkhidmatan KESIHATAN, BEKALAN AIR, TALIGERAP DAN
PERKHIDMATAN PERUBATAN.
 Kemudahan-kemudahan ini AMAT BESAR ertinya bagi ORANG-ORANG BRITISH, tetapi tidak bagi
ORANG-ORANG BURMA.
 Dalam tahun 1923 JABATAN KERJARAYA telah menyediakan BEKALAN ELEKTRIK, AIR, JALAn dan
kemudahan-kemudahan lain bagi Burma.
 Orang-orang Burma yang mempunyai KELAYAKAN- KELAYAKAN TERTENTU dan yang tahu
BERBAHASA INGGERIS diambil bekerja di dalam PERKHIDMATAN AWAM dengan GAJI dan
PELUANG NAIK PANGKAT yang sama.
 Dalam tahun1908 orang Burma mula dilantik menjadi TIMBALAN PESURUHJAYA; dalam tahun 1917
dilantik terdapat kalangan orang Burma menjadi HAKIM MAHKAMAH TINGGI.
 Dasar British ketika ini bertujuan MENDIDIK orang Burma ke arah berkerajaan sendiri
 Di peringkat KAMPUNG terdapat juga beberapa PERUBAHAN penting dari segi PENTADBIRAN
 SISTEM LINGKUNGAN digantikan oleh SISTEM KAMPUNG dan menjadi SATU UNIT dari
PERTADBIRAN TEMPATAN. Oleh itu PEMERINTAHAN PERIBADI semakin BERKUBUR seterusnya
SUSUNAN-SUSUNAN politik dan kemasyarakatan bumiputera ROBOH.
 KESAN yang umum ialah PENGGANTIAn sistem PERUNDANGAN TRADISIONAL kepada sistem
perundangan ASING, sistem perundangan tradisional TIDAK dapat menguasai TENAGA- TENAGA ANTI-
SOSIAL yang telah dibebaskannya.
 Sistem ini juga MENGGALAKKAN KERUNTUHAN OTONOMI tempatan,BUKANLAH perkembangan
autonomi itu.

Kebangkitan Gerakan Kesedaran

Kesan Sosial dan Ekonomi:

Dasar sosialisasi British.

 GOLONGAN MUDA terpaksa BERPAKAIAN seperti MASYARAKAT BARAT untuk MENDAPATKAN


PEKERJAAN. GOLONGAN TUA semakin bimbang dengan kehilangan identiti masyarakat Burma.

Dasar ekonomi British.

 Masyarakat Burma semakin BIMBANG dengan kehilangan PENGUASAAN dalam PERNIAGAAN.


 Sistem EKONOMI BRITISH memberikan PELUANG kepada PENGUASAAN PERNIAGAAN kepada
bangsa INDIA.
 Mereka terdiri daripada TUAN-TUAN TANAH dan CETI-CETI BANGSA INDIA.
 PERUBAHAN SISTEM ekonomi MELEMAHKAN PENDIDIKAN dalam kalangan masyarakat tempatan dan
ini memberi KELEBIHAN kepada masyarakat pendatang tersebut.

Gerakan Agama

 Kesedaran ini menimbulkan USAHA menghidupkan semula LEMBAGA-LEMBAGA KEBUDAYAAN


BURMA. Ia dilakukan oleh:
 Gerakan Sekolah Ahli-ahli Agama Buddha.
 Persatuan Pemuda-pemuda Buddha.
 Persatuan Penyelidikan Burma.
 Gerakan sekolah ahli agama Buddha menumpukan kepada:
 Usaha MENYATUKAN AJARAN-AJARAN BUDDHA dengan PENDIDIKAN BARAT.
 Mereka percaya bahwa PENGETAHUAN tentang ajaran- ajaran Buddha akan menjadikan PEMUDA-PEMUDA
BURMA CINTA akan TANAHAIRNYA, BERADAB dan TAHU akan TRADISI-TRADISI BURMA.
 PENGETAHUAN tentang politik Barat serta IDEOLOGI- IDEOLOGI BARAT membolehkan masyarakat
Burma MENYESUAIKAN diri dengan perkembangan POLITIK DUNIA.

Persatuan Pemuda Buddha (YMBA)

 digerakkan oleh GOLONGAN BERPENDIDIKAN bertujuan MENYATUKAN TRADISI terbaik BUDDHA


dengan cara Barat.
 Ia ditubuhkan pada 1906 bermula atas DASAR AGAMA, tetapi kemudian diperluaskan kepada SENI DAN
KESUSASTERAAN Burma.
 Persatuan ini tidak TIDAK DITUBUHKAN atas dasar POLITIK tetapi KESEDARAN POLITIK ahlinya
menyebabkannya mula cenderung ke arah tersebut.
 Di antara PEMIMPIN PENTING badan ini ialah U MAY OUNG Lulusan UNDANG-UNDANG
CAMBRIDGE dan LONDON, U KIN, U BA PE dan SIR MAUNG GYI.

Persatuan Penyelidikan Burma

 Ia ditubuhkan oleh U MAY OUNG dan J.S. FURNIVALL dalam tahun 1909 dengan bantuan M.
DUROISELLE. Penaung Persatuan ini ialah GABENOR WHITE sendiri.
 Matlamat Penubuhan menurut U May Oung dalam ucapan penubuhannya ialah “MENGABDIKAN DIRI kepada
PENYELIDIKAN KEBUDAYAAN BURMA dan hal-hal yang berhubungan dengan Burma dan BANGSA
Burma.
 Mereka memberikan tumpuan kepada USAHA MENYELIDIKI segala ASPEK KEBUDAYAAN BURMA pada
masa lampau.
 Tumpuannya ialah KESUSASTERAAN, BAHASA, AGAMA, PELAWAT-PELAWAT ASING, KESENIAN,
PERUSAHAAN, MUZIK, DRAMA, CERITA RAKYAT, KESAN-KESAN SEJARAH DAN ADAT
ISTIADAT.
 Pada dasarnya sokongan kepada persatuan ini TERHAD kepada masyarakat Burma yang BERPELAJARAN
DAN PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH yang berani menyokong BURMA dan BANGSA BURMA.
 PENGARUHNYA terhadap KESEDARAN KEBANGSAAN Burma sangatlah BESAR.
 Menurut tulisan FURNIVALL yang diterbitkan dalam JILID 25 JOURNAL PERSATUAN itu menyebut:
'Persatuan Penyelidikan Burma merupakan suatu USAHA KECIL yang PENTING dari SUDUT POLITIK dan
MORAL '

Kebangkitan Nasionalisme

 Sebagai sebuah NEGARA TANAH JAJAHAN, Burma kini turut MENERIMA KESAN daripada
PERKEMBANGAN EKONOMI ANTARABANGSA.
 KEMISKINAN dalam SEKTOR PERTANIAN, DISKRIMINASI EKONOMI terhadap bangsa BURMA,
PEPERANGAN antara tahun 1915-18, menimbulkan PENDERITAAN kepada masyarakat BURMA.
 KEKURANGAN aktiviti PERKAPALAN menyebabkan BERAS yang BERLEBIHAN tidak dapat
DIEKSPOT menyebabkan PENANAM PADI jatuh MISKIN.
 Ini ditambah dengan CETI-CETI yang MENUNTUT supaya pinjamannya DIBAYAR di samping mereka juga
TIDAK DIBERI pinjaman seterusnya.
 KEKACAUAN EKONOMI sewaktu PERANG INGGERIS-BURMA meningkatkan KADAR KEMISKINAN
kepada penduduk BURMA HILIR (pusat pertanian negeri itu).
 Harga padi pula jatuh dari 120 RUPEE untuk 100 BAKUL kepada 80 RUPEE dalam tahun 1917.
 Ini ditambah dengan PENINGKATAN HARGA barang-barang keperluan. PERASAAN KURANG PUAS
HATI menyebabkan rakyat BANGKIT menentang British.

Corak Nasionalisme

Nasionalisme Politik.

 Nasionalisma Burma BERSIFAT POLITIK berkembang apabila PRESIDEN WOODROW WILSON


mengISYTIHARKAN RANCANGAN memperluaskan bagi PERDAMAIAN DUNIA. (PENENTUAN DIRI
SENDIRI bagi negeri-negeri taklukan.)
 Petanda tersebut kelihatan dalam tahun 1916-1917 apabila U THEIN MAUNG menghasut mewujudkan peraturan
'TIDAK BOLEH memakai kasut di PAGODA'.
 PERSATUAN PEMUDA BUDDHA BURMA mempergunakan 'MASALAH KASUT' ini bertujuan untuk
MEMBANGKITKAN kebencian terhadap British.
 Isu ini pernah menjadi sentimen ketika PERANG INGGERIS-BURMA KETIGA dahulu.
 Ini disemarakkan lagi dengan KEENGGANAN rakyat membayar CUKAI LIMA RUPEE untuk satu
KELUARGA.
 Sentimen ANTI BRITISH juga timbul dalam kalangan MAHASISWA BURMA berikutan layanan buruk British
terhadap mereka.
 ANGGOTA POLIS dianggap masyarakat sebagai anti-Burma.
 SAMI-SAMI BUDDHA bertindak memimpin TUNJUK PERASAAN anti-kerajaan khususnya GOLONGAN
PONGYI seperti U OTTAMA.
 Perjuangan MAHATMA GHANDI yang bersifat ‘PENENTANGAN AWAM’ dan ‘PENENTANGAN PASIF’
menarik minat masyarkat Burma tetapi tidak menarik minat mereka kerana SENTIMEN ANTI-INDIA.

Perkembangan perjuangan Nasionalisme.

 Perkembangan yang dibincangkan tadi memberikan kesan kepada corak perjuangan kepada LEBIH AGRESIF.
 Ia semakin berkembang apabila PEMIMPIN golongan SEDERHANA DIKALAHKAN oleh GOLONGAN
PELAMPAU seperti U THEIN MAUNG dan U BA PE
 U THEIN MAUNG dan U BA PE memimpin DEWAN AGUNG bagi PERSATUAN-PERSATUAN BURMA
(G.C.B.A. - General Council or rmese Associations), iaitu CABANG PERSATUAN PEMUDA-PEMUDA
BURMA.
 Sejak tahun 1921 semangat kebangsaan beralih dari sifat yang sederhana kepada SIFAT AGRESIF. G.C.B.A.
menjadi pembela nasionalis-Burma yang paling giat.
 Perkembangan nasionalisme bermula dengan PERJUANGAN KEAGAMAAN dan KEBUDAYAAN. Antaranya
perjuangan UNDANG-UNDANG PEMAKAIAN KASUT DI PAGODA.
 Pada 1919 perjuangan nasionalisme berubah kepada DOMINASI GOLONGAN BERPENDIDIKAN BARAT.
 Kecurigaan terhadap British berikutan pembinaan UNIVERSITI RANGOON dan SEKOLAH BRITISH –
sebagai PERCUBAAN untuk menanamkan NILAI DAN SIKAP PRO British.
 Apabila UNIVERSITI RANGOON dibuka dalam bulan DISEMBER tahun 1920, ahli-ahli politik mengadakan
PERMOGOKAN para pelajar secara beramai-ramai.
 Permogokan itu MEMBANTAH kenaikan KELAYAKAN bagi memasuki UNIVERSITI ITU serta MARKAH
LULUS UJIAN. Mereka menganggapnya satu tindakan untuk MENGHADKAN jumlah MAHASISWA
BURMA di Universiti itu.
 Permogokan ini MENYEBABKAN UNIVERSITi dan hampir semua SEKOLAH menengah DITUTUP.
Masyarakat Burma MENDIRIKAN SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN TIDAK HIDUP LAMA.
 Beberapa PERUBAHAN penting berlaku sebagai akibat langsung dari PERMOGOKAN yang meluas itu:
 IBU BAPA dan PELAJAR menjadi sedar akan KESAN PERMOGOKAN bagi perjuangan kebangsaan;
 DEWAN UMUM PERSATUAN-PERSATUAN BUDDHA (D.U.P.B.) dibentuk dan Dewan ini MENENTANG
pembentukan pemerintahan DIARKI bagi Burma dalam tahun 1923.
 Ini menyebabkan masyarakat Burma yang BERPENDIDIKAN menjadi BERMINAT terhadap politik.
 DEWAN UMUM PERSATUAN-PERSATUAN BUDDHA bertindak dengan mengadakan BANTAHAN
terhadap SISTEM DIARKI itu.
 Perkara ini menimbulkan KEGANASAN dan HURU-HARA. ASPEK AGRESIF dari nasionalisma Burma ini
digalakkan oleh SAMI-SAMI PONGYI, IAITU U OTTAMA.
 Beliau mendapat sokongan SAMI-SAMI MUDA berikutan serangannya yang hebat terhadap pemerintahan
British sebagai pemerintahan yang MELUNTURKAN kepercayaan orang-orang BUDDHA.
 Dalam tahun 1921 dia MENGEMBARA ke seluruh BURMA sambil menyerang SISTEM DIARKI itu dan
menuntut pemerintahan sendiri.
 Dia MENGAPI-APIKAN rakyat supaya MEMBERONTAK dengan meramalkan bahwa PERANCIS atau
AMERIKA akan menolong Burma.
 Tindakan BRITISH memenjarakan U OTTAMA beberapa kali antara 1921 DAN 1927 menyebabkan
PENGIKUTNYA semakin bertambah termasuk AHLI POLITIK yang BERPENDIDIKAN BARAT.
 Dalam tahun 1922, 21 orang pemimpin yang BERPENDIDIKAN BRITISH memisahkan diri dari G.C.B.A lalu
memohon untuk menjadi ahli DEWAN PERUNDANGAN.
 Mereka inilah menjadi penggerak kepada PARTI RAKYAT yang menjalankan DASAR SEDERHANA terhadap
kerajaan British di Burma.
 Antara tahun-tahun 1924-5 timbul pula TIGA KUMPULAN KEBANGSAAN yang besar dan sebuah yang tidak
begitu mendapat sokongan ramai.
 PARTI RAKYAT (ATAU 'PARTI DUA PULUH SATU' yang dipimpin oleh U BA PE)—berjuang
memperoleh kerajaan sendiri melalui cara-cara DAMAI DAN PERLEMBAGAAN.
 GCBA. dengan dipimpin oleh U CHIT HLAING – parti AGRESIF yang memulaukan DEWAN
PERUNDANGAN.
 PARTI KEMERDEKAAN yang kecil dengan dipimpin oleh SIR J.A. MAUNG GYI yang bekerjasama dengan
kerajaan British di Burma.
 LAPORAN SURUHANJAYA SIMON dalam tahun 1928 menyemarakkan lagi aktiviti GERAKAN
nasionalisme.
 Suruhanjaya ini menganjurkan PEMISAHAN BURMA daripada INDIA dan DISOKONG oleh kalangan
PEGAWAI BRITISH dan SAUDAGAR.
 Ini menimbulkan perasaan CURIGA masyarakat BURMA sehingga membentuk LIGA ANTI-PEMISAHAN
bagi menentang cadangan pemisahan pimpinan BA MAW.
 Mereka berpendapat langkah itu mengakibatkan KEMAJUAN perlembagaan Burma ke arah bekerjaan sendiri
akan TERGENDALA.
 Dalam LAPORAN dan PERJALANAN SURUHANJAYA BERKANUN INDIA dalam tahun 1930,
sebagaimana yang dipetik oleh FURNIVALL, terdapat beberapa tuntutan dari PEMIMPIN-PEMIMPIN
BURMA yang dinamik.
 Tuntutan-tuntutan itu ialah:
 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN yang cukup hendaklah disediakan bagi memberikan PENDIDIKAN kepada
orang-orang BURMA supaya mereka dapat MELAYAKKAN DIRI untuk mendapat PEKERJAAN hingga ke
peringkat yang paling TINGGI;
 JAWATAN AWAM dan KEBAJIKAN masyarakat hendaklah disi oleh KAKITANGAN yang berbangsa
BURMA sahaja;
 Masyarakat BURMA hendaklah dibantu untuk terlibat dengan AKTIF dalam pembangunan EKONOMI
negeri;keadaan ekonomi rakyat Burma hendaklah DIBAIKI;
 pemerasan EKONOMI BURMA oleh BANGSA ASING hendaklah dihentikan;
 PEGAWAI ASING yang memegang JAWATAN dalam perkhidmatan awam hendaklah DIKURANGKAN;
 lebih banyak WANG patut disalurkan bagi PEMBINAAN NEGARA;
 wang hendaklah dipergunakan bagi menyediakan KEMUDAHAN-KEMUDAHAN pinjaman untuk para
penanam dan bukannya untuk PEMBINAAN JALAN dan BANGUNAN.
 PEMBERONTAKAN SAYA SAN tahun 1930-1931 menyebabkan beberapa banyak KAUM NASIONALIS
mengagumi KEBERANIAN dan SEMANGAT KEBANGSAAN pemimpin ketua pemberontak itu.
 Pemberontakan itu merupakan PEMBERONTAKAN AGAMA dan POLITIK
 Tujuannya ialah untuk MENGGULINGKAN kerajaan BRITISH dan MEMULIHKAN PEMERINTAHAN
beraja dengan SAYA SAN sebagai raja.
 Pemberontakan ini BERAKHIR dengan penangkapan SAYA SAN dan U MYAT AUNG, pada NOVEMBER
1931.
 Penangkapan dan pembicaraannya menghidupkan SEMANGAT KEBANGSAAN BURMA dan memberikan
peluang kepada BA MAW untuk menjadi terkenal dalam LAPANGAN POLITIK apabila dia bertindak sebagai
PEGUAM PEMBELA bagi SAYA SAN.
 Seorang lagi yang mendapat peluang politik dari pembicaraan Saya San ialah U SAW.
 Saya San dijatuhkan HUKUMAN BUNUH dan dilaksanakan ENAM TAHUN kemudian.
 Gerakan ANTI-PEMISAHAN BA MAW menemui KEGAGALAN dan Burma akhirnya dipisahkan dari INDIA
dalam tahun 1937.
 Kerajaan Burma diletakkan di bawah kekuasaan langsung PARLIMEN BRITISH.
 BA MAW menjadi PERDANA MENTERI yang bertanggungjawab kepada DEWAN PERUNDANGAN.
 Burma mempunyai kerajaan berparlimen mulai bulan MAC tahun 1937 hingga BULAN DISEMBER TAHUN
1941.

PENUTUP

 Perjuangan nasionalisme Burma mencapai TAHAP KEMATANGANNYA menjelang PENDUDUKAN JEPUN


di negara tersebut 1941.
 Ini menjadikan tanah jajahan British tersebut benar-benar BERSEDIA ke arah menuntut KEMERDEKAAN
PENUH selepas TAMATNYA PERANG DUNIA KEDUA.

You might also like