You are on page 1of 4

PROGRAM PERKONGSIAN KERJAYA DALAM

PENTADBIRAN TANAH

MODERATOR: DR NORHIDAYAH BINTI MD


YUNUS
TETAMU JEMPUTAN: ENCIK AZIZUL BIN ABD
GHANI, EKSEKUTIF TANAH
TARIKH: 23 OKTOBER 2020
Encik Azizul bin Abd Ghani atau lebih mesra dipanggil ‘Uteh’ merupakan salah seorang
graduan bagi kursus Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari tahun 2002 hingga 2006. Beliau dilahirkan di
Negeri Sembilan pada tahun 1983. Beliau memasuki kursus ini melalui saluran
matrikulasi.
Setelah menamatkan dan memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun
2000,
beliau ditawarkan untuk memasuki Kolej Matrikulasi Arau, Perlis pada tahun 2001
sehingga 2002. Beliau pada awalnya merasa agak terkilan ketika menerima keputusan
tersebut kerana beliau terpaksa berpisah dengan keluarga buat pertama kalinya. Walau
bagaimanapun, berkat kesabaran dan usaha gigih, beliau akhirnya berjaya menyambung
dalam kursus Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah pada tahun 2002 di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM).
Dalam temu ramah yang dijalankan, beliau turut menyatakan bahawa beliau
berjaya memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) iaitu 3.57 ketika
beliau bergraduasi. Walaupun memperoleh kecemerlangan dalam keputusan akhir beliau
sekali gus mendapat anugerah dekan, beliau berkata tempoh 4 tahun yang dihadapi
semasa
pengajian merupakan suatu tempoh yang luar biasa bagi beliau. Hal ini dikatakan kerana
menurut Encik Azizul, beliau telah menimba pelbagai ilmu secara teori dan juga praktikal

iaitu semasa Latihan industri pada tahun akhir pengajian. Selain itu, dalam subjek-subjek
kursus yang pernah beliau pelajari, beliau bersama-sama rakan sekumpulan telah
diberikan
tugasan luar kampus iaitu secara kerja lapangan.
Tidak hanya berkongsi mengenai pengalaman pengajian beliau dalam kursus
tersebut, beliau juga turut berkesempatan mengajukan pertanyaan kepada beberapa orang
pelajar mengenai kelebihan kursus Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan
Tanah. Salah seorang pelajar menyatakan beliau memilih kursus ini kerana
beranggapan bahawa beliau bakal menjalani Latihan Industri (LI) atau praktikal yang ber-
sifat lasak. Selain itu, Encik Azizul juga bertanya kepada seorang lagi mengenai
bagaimana
kursus ini menjadi pilihan. Menurut pelajar tersebut, beliau berpendapat bahawa kursus
ini
dapat membuatkan pelajar yang mengambilnya mempelajari tentang selok-belok
mengenai dunia pembinaan daripada proses underground sehingga terjadinya sebuah
bangunan.
Menurut pernyataan daripada Encik Azizul, antara cabaran yang dihadapi
sepanjang
bergelar mahasiswa dalam major ini termasuklah mempelajari kursus yang bukan
menjadi
pilihannya. Pada awal pengajian, Encik Azizul hanya memperoleh keputusan yang
sederhana. Keputusan yang yang diperolehi membuatkan beliau berasa tercabar kerana
kebanyakan rakan sekursus beliau memperoleh keputusan yang boleh dikatakan
cemerlang.
Oleh itu, beliau terdorong untuk mencabar diri bagi mendapatkan keputusan terbaik.
Berkat
usaha dan doa daripada orang sekeliling, beliau akhirnya berjaya memperoleh keputusan
PNGK terbaik ketika beliau berada pada tahun ketiga pengajian iaitu 3.80.
Walaupun seseorang mahasiswa itu menjalani kursus yang mungkin menjadi pilihan
terakhir mereka, Encik Azizul turut menyatakan apa yang telah ditakdirkan untuk mereka
dalam dunia pengajian tinggi tidak boleh menjadi penyebab untuk mereka berputus asa.
Dalam aspek kekeluargaan pula, beliau berkata keluarga adalah inspirasi buat beliau
mengecap kejayaan. Dalam temu bual itu juga, beliau turut menasihatkan pelajar agar
sentiasa mengutamakan keluarga walaupun seseorang pelajar itu telah berjaya menawan
puncak. Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan seseorang pelajar turut
disumbangkan
oleh doa-doa daripada ahli keluarganya dan tidak tertumpu kepada usaha semata-mata.
Bukan hanya cemerlang dalam akademik, Encik Azizul juga turut bergiat aktif
dalam kelab Land Administration and Development Society (LADS) iaitu kelab yang
mewakili mahasiswa-mahasiswa dalam kursus tersebut. Dalam aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh kelab, beliau turut sama membantu murid-murid sekolah rendah dan
pelajar-pelajar sekolah menengah yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah
Rendah
(UPSR) dan juga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memberi semangat dan
informasi serta motivasi. Situasi ini secara tidak langsung membuatkan Encik Azizul
dapat
mendekatkan diri dengan dunia luar dan juga masyarakat sekeliling sepanjang bergelar
mahasiswa.
Bercerita mengenai kerjaya beliau sebagai eksekutif tanah, setelah menamatkan
pengajian di peringkat sarjana dalam bidang kajian perancangan perumahan atau housing
planning, beliau telah memohon dan berjaya menjawat jawatan sebagai eksekutif tanah di
syarikat ‘Indah Water Konsortium’ (IWK). Sepanjang menjawat jawatan tersebut, skop
kerja beliau termasuklah menjalankan kerja-kerja berkaitan perizaban tanah bagi tapak-
tapak loji. Kerjaya ini memberi peluang kepada Encik Azizul untuk merasai pengalaman
sebenar menghadapi kerja lapangan.
Rumusan yang dapat disimpulkan daripada perkongsian beliau, dapatlah
dirumuskan
bahawa mahasiswa perlu belajar untuk menerima apa sahaja kursus yang telah ditetapkan
untuk mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak semua yang direncanakan akan
berlaku mengikut perancangan. Selain itu, seseorang mahasiswa juga tidak boleh
mengharapkan keputusan akademik yang cemerlang sebagai kayu pengukur untuk
memperoleh segulung ijazah. Penglibatan mereka dalam dunia luar termasuk komunikasi
dengan masyarakat juga amat penting bagi memastikan ia menjadi nilai tambah kepada
pelajar bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan
kelayakan ikhtisas dan selari dengan kemahiran insaniah mereka. Mengenai kerjaya pula,
para mahasiswa juga perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan kerja-kerja
lapangan.
Hal ini disebabkan kursus yang diambil oleh kebanyakan pelajar di institusi pengajian
tinggi (IPT) perlu melibatkan aktiviti-aktiviti berkaitan fizikal. Akhir sekali, setiap pelajar
seharusnya bijak untuk menyeimbangkan kerja-kerja yang melibatkan fizikal dan mental
agar ia tidak mempengaruhi nilai PNGK mereka tidak kira pada setiap semester mahupun
ketika bergraduasi.

You might also like