You are on page 1of 5

Perancangan beliau untuk 5 tahun akan datang sebagai pensyarah ialah mengasah

bakat dalam bidang pendidikan. Beliau merancang untuk mengilap bakat dalam membentuk
jati diri yang lebih baik sebagai pensyarah. Beliau merasakan lebih banyak bakat terpendam
yang belum diserlahkan. Beliau ingin menyerlah bakat melalui memberi ceramah dan
motivasi dalam program yang dianjurkan oleh pihak UKM mahupun persendirian. Beliau
menegaskan bahawa ilmu yang dikongsi tidak akan rugi. Beliau merancang untuk menjadi
seorang pensyarah yang lebih berkaliber.

Beliau ingin meneruskan dan menambah lebih banyak penyelidikan. Beliau ingin
menghasilkan penyelidikan yang bermutu tinggi. Ini kerana bagi memberi manfaat kepada
orang lain. Contohnya kepada para mahasiswa dan mahasiswi. Penyelidikan yang dijalankan
akan memberi manfaat kepada diri beliau sendiri dan memartabatkan nama UKM. Melalui
penyelidikan yang dilakukan, beliau akan menerbitkan sebuah buku. Tujuan beliau
menerbitkan buku adalah untuk membantu orang di sekeliling menjadi individu yang lebih
berjaya.

Beliau juga merancang untuk menjadi seorang pensyarah yang dapat menjadi ‘role
model’ kepada mahasiswa dan mahasiswi. Bagi mencapai hasrat tersebut beliau perlu
mengikut kpi yang telah ditetapkan oleh pihak UKM. Ini membolehkan beliau menjadi
seorang pensyarah yang berjaya. Beliau memberikan komitmen yang tinggi untuk mencapai
sasaran yang dirancang tersebut. Beliau mengikut susun atur dan strategi yang telah
ditetapkan oleh pihak UKM. Beliau memberikan usaha yang sepenuhnya bagi membentuk
jati diri sebagai pensyarah yang baik.

Selain itu, beliau merancang untuk menghasilkan produk dan servis yang berkualiti.
Produk yang dimaksudkan ialah para mahasiswa dan mahasiswi di UKM terutamanya ialah
para pelajar yang beliau mengajar. Servis yang beliau tekankan di sini ialah kualiti
pengajaran beliau bagi menghasilkan para graduan yang terbaik. Ini kerana bagi melahirkan
graduan yang berpelajaran tinggi dan berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan mereka.
Setiap hari beliau berusaha untuk meningkatkan tahap pengajaran beliau bagi memastikan
para pelajar selesa dan faham dengan mudah apa yang diajarnya.

Beliau merancang untuk menjadi seorang pensyarah yang mempunyai jadual harian
teratur. Beliau menginginkan satu jadual harian yang padat dan lengkap. Ini kerana beliau
perlu membahagikan masa untuk berada di UKM sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian
Islam dan bergelar seorang pemotivasi ketika berada di luar UKM. Beliau juga sering
mendapat jemputan sebagai penceramah motivasi bagi beberapa program yang dianjurkan
oleh pihak UKM.

Beliau merancang untuk menjadi seorang pensyarah yang dapat memahami keadaan
para pelajar. Beliau ingin menjadi pensyarah yang dapat mendengar luahan hati pelajar. Di
samping itu, beliau dapat merasai apa yang dirasai oleh pelajar tersebut. Dalam menjadi
pensyarah, beliau dapat menjadi kaunselor atau penasihat bagi pelajar yang mempunyai
masalah ketika belajar. Beliau juga ingin memahami keadaan pelajar ketika belajar
dengannya.

Beliau juga merancang untuk menghadiri lebih banyak program penyelidikan yang
dianjurkan oleh pihak UKM. Ini kerana bagi melihat perkembangan dan kemajuan dalam
bidang yang diceburi. Dalam aktiviti seperti ini, beliau berpeluang untuk menambah
pengetahuan dan pengalaman dalam perkembangan penyelidikan. Kajian-kajian ini sering
dilakukan di dalam negara mahupun di luar negara. Melalui perkongsian idea dan maklumat
baru ini dapat menyokong perkembangan berterusan pendidikan dunia.

Beliau merancang untuk memperbanyakkan lagi penulisan tentang hasil


penyelidkannya. Sebagai seorang pensyarah, beliau perlu menulis hasil penyelidikan agar
dapat memberi pengetahuan kepada orang lain. Hasil penyelidikan ini ditulis di media massa
kerana senang di akses. Hasil penyelidikan beliau berdasarkan apa yang dikaji dan
terhasilnya penulisan ilmiah di media massa. Penulisan hasil penyelidikan ini juga dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat. Ini sedikit sebanyak dapat membantu
mereka dalam meyelesaikan apa yang dihadapi.

Beliau juga sebagai pensyarah merancang untuk menyertai pelbagai pertandingan


reka cipta. Pertandingan reka cipta sering dianjurkan di pelbagai peringkat samada secara
berkala atau tidak. Dalam aktiviti reka cipta ini, beliau tidak ketinggalan dalam memainkan
peranan dan menyumbangkan idea yang berkaitan bagi menghasilkan satu ciptaan atau
inovasi baru. Suatu reka cipta tersebut mungkin ialah alat, perkara, atau benda baru yang
mempunyai kualiti lebih baik yang sedia ada.

Sebagai pensyarah juga beliau merancang untuk melibatkan diri dalam pentadbiran
universiti, fakulti, mahupun jabatan. Beliau memberitahu tanpa pengurusan dan pentadbiran
yang baik, apa yang telah dirancang akan rosak atau tidak dapat berjalan dengan lancar.
Beliau sebagai pensyarah perlu untuk melibatkan diri dalam pentadbiran di bawah universiti,
fakulti mahupun jabatan. Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki beliau mampu
untuk menabur bakti dalam selok-belok pentadbiran.

Beliau bercadang untuk memperbaiki diri sebagai pensyarah dari aspek persediaan
pengajaran. Penyediaan nota kuliah merupakan perkara yang amat rumit pada peringkat awal.
Ini kerana penyediaan bahan-bahan tersebut memerlukan masa yang panjang. Beliau
memberitahu selain daripada menyediakan bahan pengajaran, beliau juga perlu menyediakan
soalan, memeriksa, dan menyediakan markah mengikut skema yang telah ditetapkan. Beliau
juga perlu memberikan kerja kursus kepada pelajar bagi menilai pencapaian pelajar
sepanjang pengendalian sesuatu kursus.

Perancangan beliau untuk 5 tahun sebelum ini telah dicapai iaitu berjaya bergelar
seorang pensyarah di UKM. Beliau telah berkhidmat 5 tahun sebagai pensyarah di UKM.
Beliau telah mengharungi pelbagai cabaran untuk mencapai cita-cita ini. Beliau menegaskan
bahawa untuk mengapai perancangan ini banyak masa yang diperuntukkan. Perancangan
beliau untuk menjadi seorang pensyarah adalah cita-cita dari zaman bangku sekolah lagi.

Perancangan beliau sebagai ketua keluarga ialah untuk mendidik anak-anak menjadi
insan yang berguna. Beliau merancang untuk mendekatkan anak-anaknya dengan pegangan
ilmu agama. Beliau ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam akademik. Beliau sangat
mementingkan peruntukkan masa dalam pelajaran. Beliau mendidik anak-anaknya untuk
manfaatkan masa yang ada untuk mengelakkan menyesal di depan hari.

Perancangan beliau untuk keluarganya ialah ingin meluangkan lebih banyak masa
bersama ahli keluarga. Beliau merancang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim
antara ahli keluarga. Beliau merancang untuk selalu duduk bersama melakukan aktiviti
bermanfaat. Beliau sering melakukan solat berjemaah bersama ahli keluarga dan beliau juga
sering memberi ucapan yang berkaitan dengan keluarga. Ini kerana untuk mengelakkan
sebarang masalah yang timbul dalam ahli keluarga.

Beliau juga merancang untuk memberi perkhidmatan kemasyarakatan. Kerja-kerja


perkhidmatan masyarakat ini dapat dijalankan melalui anjuran pihak universiti mahupun
persendirian. Beliau merancang untuk menghulurkan bantuan. Sebagai contoh, ketika musim
banjir beliau merancang untuk menjadi sukarelawan dalam menghulurkan barang bantuan
keperluan asas kepada masyarakat yang terjejas. Beliau juga ingin turun padang untuk
membantu membersihkan Kawasan rumah yang telah ditenggalami banjir.
Harapan beliau sebagai seorang pensyarah di UKM kepada para graduan ialah agar
mereka dapat membawa nama baik UKM ke peringkat antarabangsa. Beliau sering memberi
kata-kata semangat kepada para pelajar. Sebagai contoh ialah kehidupan universiti sebagai
platform untuk mengasah diri menjadi lebih kental dan berkualiti. Beliau meletakkan harapan
yang tinggi kepada para graduan agar dapat mencipta nama di dalam bidang kerjaya masing-
masing.

Beliau juga mengharapkan pelajar pada masa kini peka dengan perubahan keperluan
dan pasaran kerjaya. Beliau sering mengingatkan kepada para pelajarnya agar tidak lalai
apabila menceburi bidang pekerjaan. Pada masa kini, pasaran kerjaya mendapat permintaan
yang tinggi. Ini kerana masyarakat sekarang sudah mementingkan kerjaya. Beliau juga
menegaskan bahawa para pelajar perlu menitik beratkan dalam aspek keperluan untuk
memenuhi syarat-syarat kerjaya yang dipilih.

Selain itu, beliau mengharapakan para pelajarnya mempelbagaikan kemahiran dalam


diri masing-masing. Ini kerana apabila para pelajar mempunyai kemahiran yang pelbagai
akan mudah menarik perhatian majikan untuk dipilih bekerja. Apabila berada di universiti ini,
beliau menggalakkan para pelajarnya menyertai pelbagai program atau aktiviti yang
dianjurkan. Hal ini kerana untuk mengcungkil dan mengasah bakat dalam diri para pelajar.

Beliau juga mengharapkan para pelajar mengkaji keperluan pekerjaan untuk masa
hadapan. Para pelajar harus mempunyai matlamat hidup agar hidup lebih teratur. Para pelajar
harus mengambil cakna tentang keperluan untuk memasuki alam pekerjaan yang semakin
mencabar pada masa kini. Beliau menegaskan bahawa para graduan yang telah tamat belajar
harus mempunyai pilihan untuk memilih alam pekerjaan yang sesuai dengan diri masing-
masing.

Harapan beliau terhadap dirinya sendiri sebagai pensyarah ialah dapat membanggakan
nama UKM ke peringkat antarabangsa. Beliau mengharapkan agar lebih banyak jurnal atau
buku ilmiah dapat dikongsikan kepada orang ramai. Beliau juga meletakkan harapan agar
beliau dapat menyertai lebih banyak program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
universiti mahupun pihak luar. Melalui penyertaan tersebut beliau mengharapkan agar dapat
membawa nama UKM ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau amat berbangga bergelar salah
seorang pensyarah di UKM.

Berikut merupakan penulisan terbaru beliau

You might also like