You are on page 1of 7

AHMAD AFIQ BIN AHMAD ASRI EDUP 3083

TEMU BUAL BERSAMA GURU RBT SK KAMPUNG BAHARU LANJUT

Nama : Pn Aslinda Bt Rahmat


Tarikh : 8 Mac 2019
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Guru 2, SK Kampung Baharu Lanjut

1
AHMAD AFIQ BIN AHMAD ASRI EDUP 3083

BIODATA PUAN ASLINDA BT RAHMAT

Nama Aslinda Bt Rahmat

Umur 39 Tahun

Asal Kampung Kijang, Alma, Pulau Pinang.

Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains)


akademik
Opsyen Sains

Subjek yang Sains, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesiahatan, Reka Bentuk


diajar dan Teknologi dan Teknologi Maklumat Komunikasi.
Jumlah waktu 27 waktu seminggu
mengajar
Pengalaman 19 Tahun
mengajar
Jawatan di Ketuan panitia Sains
sekolah
Gred jawatan DG44

2
AHMAD AFIQ BIN AHMAD ASRI EDUP 3083

1.0 LAPORAN TEMU BUAL

Berdasarkan sebuah temu bual yang telah dijalankan seperti mana


menggarisi kehendak soalan tugasan 2 bagi subjek EDUP3083, terdapat beberapa
maklumat serta ilmu yang dapat saya serap sebagai nilai murni dan pengajaran
yang baik. Pada 8 Mac 2019 yang lalu, saya telahpun menemubual seorang guru
Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut yang mana merupakan tempat saya
menjalani Internship selama sebulan. Guru tersebut ialah Puan Aslinda Binti
Rahmat. Beliau berusia 39 tahun dan menetap di sekitar Seremban 2. Faktor jarak
dan masa perjalanan yang agak jauh dari sekolah tidak menjadi penghalang bagi
beliau untuk terus komited hadir tanpa lewat. Beliau mempunyai kelulusan akademik
ijazah sarjana muda pendidikan sains. Beliau kini menjawat jawatan sebagai ketua
panitia subjek sains di sekolah tersebut. Selain daripada subjek sains, beliau juga
mengajar subjek lain seperti pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan, reka bentuk
dan teknologi serta teknologi maklumat komunikasi. Jumlah waktu mengajar yang
ditugaskan kepada beliau ialah sebanyak 27 waktu seminggu. Beliau telahpun
menggalas tugas sebagai seorang guru selama 19 tahun dan kini mempunyai gred
jawatan di tangga DG44.
Di samping bekerja di dalam persekitaran sekolah kampung yang secara
fizikalnya serba kecil dan tidak lengkap kemudahannya, ternyata beliau mempunyai
pegangan dan motivasi diri tersendiri dalam meneruskan kerjaya guru dengan
cemerlang serta konsisten. Beliau sering kali mengingatkan untuk meniatkan kerja
itu sebagai satu ibadah. Bagi beliau, seorang guru yang tulus bekerja tidak
menjadikan gaji sebagai matlamat utamanya tetapi keihklasan dirinya mendidik anak
murid menjadi pegangan. Seperti mana surah al-Insan ayat 9 ada menyebut,

Petikan surah di atas membawa maksud, "Sesungguhnya kami memberi makan


kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang
balasan dari kamu atau ucapan terima kasih. Selain dari itu, beliau berpesan untuk
sentiasa menanamkan sifat yang positif di dalam diri serta membuat perancangan
yang awal sebelum melakukan apa jua perbuatan.

3
AHMAD AFIQ BIN AHMAD ASRI EDUP 3083

Realiti masa kini jelas sekali tugas guru adalah tidak terhad kepada mengejar
semata – mata, malah turut berperanan sebagai seorang pemimpin. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, "pemimpin" bermaksud suatu gelaran kepada pelaku
kepimpinan atau memimpin sesebuah, organisasi, kumpulan atau persatuan.
Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, beliau ada menyebut berkenaan
peranan guru sebagai seorang pemimpin professional. Bagi beliau, guru sebagai
seorang pemimpin yang professional ialah memerlukan guru tersebut bekerja serta
berinteraksi dengan komited terhadap semua pihak. Bagi pihak atasan ataupun
pentadbiran, beliau menyatakan bahawa guru sebagai pemimpin professional
seharusnya menyambut baik saranan serta tugas yang diberikan. Segala
pelaksanaan yang dilakukan haruslah bersungguh – sungguh dalam menjamin
kecermelangan sesuatu tugas tersebut. Setiap dasar yang digubal oleh Kementerian
juga seharusnya disambut dengan baik dengan melakukan persediaan. Segala
perubahan dasar yang berlaku juga perlu dilakukan nilai tambah dalam diri guru
tersebut supaya ianya adalah selari dengan dasar yang berubah. Guru seharusnya
hadir ke kursus – kursus yang perlu dan berkaitan. Sifat kepimpinan yang
ditunjukkan menjadikan beliau disegani dan dihormati dalam kalangan guru dan ibu
bapa murid. Setiap guru hendaklah memiliki kualiti kepimpinan dalam diri kerana ia
merupakan fungsi utama pengurusan yang dapat memaksimumkan kecekapan
pekerja dan pencapaian matlamat organisasi. Menurut Young (dalam Kartono,
2003), kepemimpinan ialah sebentuk dominasi yang didasari atas kemampuan
peribadi yang sanggup mendorong atau mengajak orang lain untuk berbuat sesuatu
yang berdasarkan penerimaan oleh kelompoknya, dan memiliki keahlian khusus
yang tepat bagi situasi yang khusus. Kepimpinan adalah penting bagi setiap
peringkat perkembangan guru yang boleh dikaitkan dengan pengalaman dan
keprihatinan guru semasa mereka belajar untuk mengajar. Sifat kepimpinan
ditunjukkan menjadikan beliau dipercayai oleh pihak pentadbir untuk memegang
jawatan sebagai ketua panitia sains.
Selaras dengan Standard Guru Malaysia (SGM), beliau peka dengan
pembangunan profesionalisme diri sebagai seorang guru. Bagi beliau, seorang guru
harus terus meningkatkan ilmu pengetahuan diri supaya menjadi lebih bersedia dan
selaras dengan arus kemajuan dan kehendak suasana dunia kini. Sikap ini jelas
sekali selaras dengan sebuah teori kepimpinan iaitu teori tradisional Tret. Menurut
Wong Kiet Wah, teori ini mengdandaikan manusia sedia memiliki ciri atau tret – tret

4
AHMAD AFIQ BIN AHMAD ASRI EDUP 3083

yang diwarisi dan tret – tret tertentu sahaja sesuai untuk menjadi seorang pemimpin
yang berkesan. Salah satu tret yang disenaraikan ialah peka terhadap persekitaran
sosial. Menurut Brigitte (2009), pembangunan professionalisme berterusan ialah
proses intensif yang berterusan dan sistematik dengan tujuan untuk meningkatkan
kualiti tenaga pengajar dalam suasana pembelajaran. Puan Aslinda terus komited
dalam pembangunan profesionalisme kerjaya dengan banyak mengambil bahagian
secara sukarela dalam kursus – kursus yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Kali terakhir beliau menghadiri kursus adalah sekitar
akhir tahun lepas berkenaan amalan keselamatan bengkel. Kini beliau masih
terbuka untuk menghadiri kursus – kursus yang ditawarkan oleh KPM dalam
meningkatkan prestasi beliau. Pada pendapat beliau, seorang guru yang mempunyai
sifat kepimpinan dan tahap profesionalisme yang tinggi haruslah merupakan pakar
dalam subjek yang diajar. Pakar disini merujuk kepada guru yang mampu
memudahcarakan murid untuk memahami sesuatu pelajaran. Selain itu beliau
berpendapat bahawa guru seharusnya bertanggungjawab terhadap semua
keputusan yang dibuat kerana memahami tugasnya yang sangat penting dalam
mencorak pendidikan murid – murid. Tidak ketinggalan juga, aspek ketinggian
peribadi adalah sangat ditekan.
Berlandaskan pengalaman mengikuti segala kursus serta program yang
ditawarkan oleh KPM dalam membangunkan professionalisme kerjaya beliau, beliau
mengakui mencapai tahap guru yang sejahtera. Beliau berpendapat sedemikian
kerana beliau berasa amat bersemangat dan terus komited dalam membangunkan
profesionalisma kerjaya beliau. Tiada sebarang paksaan ataupun tekanan yang
dihadapi. Beliau sentiasa bersedia untuk mengikuti kursus serta program lain yang
mampu meningkatkan ilmu pengetahuan beliau supaya dapat mengajar anak murid
dengan lebih efisien. Jelas sekali, beliau mencapai guru sejahtera di atas sikap
beliau yang amat komited terhadap tugasnya.
Menurut Mohd Fuad Sam (2016), konsep perbezaan individu merujuk kepada
keunikan dan ketidaksamaan yang wujud antara manusia yang berlainan.
Perbezaan individu ini ditakrifkan sebagai ketidaksamaan individu daripada
kumpulan norma sama ada dari segi fizikal, kognitif, tingkah laku dan latar belakang.
Oleh hal yang demikian, jelas sekali ianya akan memberikan cabaran yang besar
buat guru – guru. Sedar akan kehendak sosial kini yang perlu melahirkan murid yang
mempunyai sifat kepemimpinan dan berkualiti serta berbekalkan ilmu pengetahuan

5
AHMAD AFIQ BIN AHMAD ASRI EDUP 3083

yang telah beliau capai melalui kursus – kursus, beliau sangat menitik beratkan nilai
kepimpinan kedalam diri murid – murid. Dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP), beliau menekankan supaya guru untuk menjadi mentor
ataupun pembimbing kepada murid. Murid akan diberikan lebih banyak
tanggungjawab dengan cara dilantik sebagai ketua kumpulan ataupun pemimpin
untuk melakukan aktiviti bersama rakan yang lain. Oleh hal yang demikian, sifat
kepemimpinan dapat diserap dalam diri murid – murid. Selain itu, murid akan berasa
lebih dihargai dan dipercayai yang secara tidak langsung mampu menguatkan
semangat mereka untuk terus belajar. Beliau benyak menerapkan nilai kepimpinan
dalam proses PdP misalnya mempengaruhi melalui tauladan. Guru harus dijadikan
contoh yang baik kepada murid berdasarkan apa yang dilakukan serta apa yang
diungkapkan. Segala nilai baik yang diamalkan oleh guru, dapat diserap dalam
murid tersebut. Hal ini kerana murid berkecenderungan untuk menjadikan guru
sebagai model bertingkah laku seperti yang mereka lihat di dalam bilik darjah (Akhiar
Pardi, Shamsina Shamsuddin dan Muhammad Kushairi Jusoh, 2012).
Kesimpulannya, jelas sekali temu bual yang dijalankan ini dapat memberi
banyak pengajaran kepada diri siswa pendidk serta guru yang lain. Setiap guru
adalah berperanan sebagai seorang pemimpin professional. Pembangunan
profesionalisma kerjaya haruslah dititik beratkan agar dapat memberi impak
terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam membentuk modal insan di samping
menghadapi situasi dunia yang kian mencabar. Setiap guru perlulah berusaha
membangunkan kualiti diri tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain.

6
AHMAD AFIQ BIN AHMAD ASRI EDUP 3083

RUJUKAN

Kartono. (2003). Pemimpin dan Kepemimpinan, Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada.

Briggite, M. (2009). Towards A New Professionalisme: Enhancing Personal and


Professional Development in Teacher Education. Journal of Education for Teaching:
International Research and Pedagogy, 35:1, 77-91.

Dewan, K. (2005). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Fuad Sam (2016). Murid dan Pembelajaran. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi. (2012). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme


Keguruan. Freemind Horizon Sdn. Bhd : Selangor.

Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru. Shah Alam: Oxford Fajar.

You might also like