You are on page 1of 12

HSE2043

BE102
10

Programme Code :
Assignment Cover
Name (s) & ID Number (s) :

Course Code :
NUR AIN SYAKIRAH BINTI ISMAIL ( KBJ220810550 )

Section :
Course and Course Code :
BERMAIN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( HSE2043 )

Lecturer : Section :
CHE ADIBAH KHALILAH BINTI CHE MAN 10

Programme and Programme Code :


DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( BE102 )

Assignment No. / Title : Extension & Late


LAPORAN WORKPLACE submission:
Allowed / Disallowed

ASSIGNMENT SLIP
Assignment type: % of Assignment Mark : Submission Date:
Individual/Group 8.2.2023

Penalties:
1. 10% of the original mark will be deducted for every one week period
after the submission date
2. No work will be accepted after two weeks of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to extenuating
circumstances you may be eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week

Declaration: I/we the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these regulations on
plagiarism and cheating. I/we confirm that this piece of work is my/our own. I/we consent to appropriate
NUR AIN SYAKIRAH

storage of our work for checking to ensure that there is no plagiarism/ academic cheating. KBJ220810550
BINTI ISMAIL

Signature (s): ______________________________

Full Name ( NUR AIN SYAKIRAH BINTI ISMAIL)

This section may be used for feedback or other information


Signature (s) :
Name (s) :

ID No (s) :

Date : 8.2.2023
TAJUK KURSUS :
BERMAIN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KOD KURSUS :
HSE2043

TAJUK TUGASAN :
LAPORAN WORKPLACE

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR NO. ID SEMESTER SECTION
NUR AIN SYAKIRAH BINTI ISMAIL KBJ220810550 2 10

PENSYARAH:
CHE ADIBAH KHALILAH BINTI CHE MAN

TARIKH:
8.2.2023
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 1

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN SLOT (RPS) 2-3

3.0 KELEBIHAN 4

4.0 KEKURANGAN 5

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 6

6.0 PENUTUP 7

7.0 LAMPIRAN 8-9


1.0 PENGENALAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Slot (RPS) yang telah saya buat. Saya telah menyediakan beberapa
kaedah dan aktiviti pembelajaran berdasarkan tunjang utama yang saya pilih iaitu Tunjang Fizikal dan Estetika.
Manakala saya juga menyediakan tunjang yang disepadukan iaitu Tunjang Sains dan Teknologi. Aktiviti yang
telah saya lakukan ialah berkaitan dengan melakukan pergerakan lokomotor.

Saya telah melakukan Rancangan Pengajaran Slot (RPS) ini di Taska dan Tadika Aulad Junior. Aktiviti ini
dilakukan selama 30 minit. Aktiviti ini melibatkan lapan orang kanak-kanak. Objektif kepada aktiviti ini ialah
kanak-kanak dapat berjalan dengan lurus ketika melakukan aktiviti tersebut dan kanak-kanak dapat mengira
sesuatu bahan dengan betul.

Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai empat ahli. Cara bermain permainan ini
ialah kanak-kanak mestilah meletakkan hujung sudu di dalam mulut mereka. Seterusnya, kanak-kanak mestilah
menggigit sudu tersebut menggunakan gigi mereka. Sebelum kanak-kanak bergerak bagi melakukan aktiviti
tersebut, pendidik akan meletakkan bola pingpong ke dalam sudu yang terdapat pada mulut kanak-kanak.
Selepas itu, kanak-kanak mestilah berjalan membawa sudu tersebut kearah mangkuk dan kanak-kanak
dikehendaki memasukkan bola pingpong ke dalam mangkuk yang disediakan tanpa menggunakan tangan.
Contohnya, ketika kanak-kanak ingin memasukkan bola pingpong ke dalam mangkuk tetapi bola pingpong itu
terjatuh ke atas lantai maka kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengutip semula bola pingpong tersebut.

1
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN SLOT ( RPS )

Tarikh 26/1/2023 ( Khamis )


Masa 10:30 pagi hingga 11:00 pagi
Kehadiran 10 orang
Kelas 5 Tahun
Tajuk Mari mengira nombor 1 hingga 10
Tema Sekolah saya
Tunjang utama Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika
Standard kandungan FK 2.2 Melakukan pelbagai pergerakan lokomotor
Standard pembelajaran FK 2.2.1 Melakukan pergerakan

i. Berjalan
ii. Berlari
iii. Melompat
iv. Melompat sebelah kaki
v. Mencongklang (galloping)
vi. Menggelongsor (sliding)
vii. Berskip

Tunjang disepadukan Tunjang Sains Dan Teknologi


Standard kandungan disepadukan MA 2.1 Memahami nombor 1 hingga 10
Standard pembelajaran disepadukan MA 2.1.4 Membilang objek
Objektif pembelajaran Di akhir melakukan aktiviti, kanak-kanak dapat
1. Berjalan dengan lurus
2. Membilang bahan mengikut nombor 1 hingga 10 dengan baik
Pengetahuan sedia ada Kanak-kanak sudah mempelajari nombor 1 hingga 10
Bahan bantu mengajar Sudu, bola pingpong, mangkuk
Nilai-nilai murni Bekerjasama, berani, bertolak ansur dan sabar
Perbendaharaan kata Bola pingpong dan mangkuk

2
Langkah / Masa Strategi Dan Aktiviti Pembelajaran Catatan
Set Induksi • Pendidik memberikan salam kepada kanak-kanak setelah Nilai murni
( 5 Minit ) memasuki kelas tersebut • Sabar
• Pendidik membimbing kanak-kanak membaca doa serta
menanyakan khabar sebelum memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran
Langkah 1 • Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak tentang aktiviti Nilai murni
( 10 Minit ) yang akan dijalankan pada hari tersebut • Sabar
• Pendidik menunjukkan serta menyebut nama peralatan yang
akan digunakan ketika aktiviti tersebut berlangsung BBM
• Pendidik membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan • Sudu
• Pendidik menunjukkan kepada kanak-kanak cara permainan • Bola pingpong
tersebut akan dimainkan • Mangkuk
• Kanak-kanak dapat berjalan dengan lurus dan baik Ketika
melakukan aktiviti tersebut
Langkah 2 • Kanak-kanak meneruskan aktiviti tersebut sehingga ke akhir Nilai murni
( 10 Minit ) permainan • Bekerjasama
• Pendidik meminta kanak-kanak untuk berkumpul di tepi • Berani
mangkuk permainan masing-masing • Bertolak ansur
• Pendidik dan kanak-kanak mengira bola pingpong yang
terdapat di dalam mangkuk BBM
• Pendidik mengumumkan kejayaan yang telah dicapai oleh • Sudu
kanak-kanak dalam menyertai aktivti tersebut • Bola pingpong
• Mangkuk

Penutup • Pendidik memberikan cenderamata kepada kanak-kanak Nilai murni


( 5 Minit ) yang telah menyertai aktiviti tersebut • Sabar
• Pendidik menanyakan perasaan kanak-kanak mengenai
aktiviti yang dijalankan oleh

3
3.0 KELEBIHAN

Pada akhir pembelajaran, saya mendapati objektif yang telah saya rancang tercapai. Objektif yang pertama
ialah kanak-kanak dapat berjalan dengan lurus. Hal ini kerana kanak-kanak dapat berjalan dengan baik dan
tidak jatuh ketika melakukan aktiviti tersebut. Selain itu, dengan melakukan aktiviti ini juga, kanak-kanak dapat
meningkatkan pergerakan lokomotor mereka. Objektif yang kedua pula ialah kanak-kanak dapat membilang
bahan mengikut nombor 1 hingga 10 dengan baik. Hal ini kerana kanak-kanak dapat mengira bola pingpong
yang berada di dalam mangkuk dengan betul pada akhir permainan tersebut. Oleh itu, aktiviti ini bukan sahaja
dapat meningkatkan pergerakan lokomotor malah kanak-kanak juga dapat menguasai nombor 1 hingga 10
dengan baik.

Selain itu, sesuatu aktiviti dapat berjalan dengan lancar sekiranya seseorang pendidik itu pandai mengawal atau
mengambil hati kanak-kanak tersebut. Begitu juga dengan saya, saya dapat menjalankan aktiviti ini dengan baik
kerana saya pandai menarik perhatian kanak-kanak sebelum ingin memulakan sesuatu aktiviti. Antara cara
yang saya lakukan sebelum memulakan sesuatu permainan ialah saya akan memperkenalkan diri saya dahulu
kepada kanak-kanak dan saya akan bertanya tentang keadaan mereka pada hari tersebut. Saya akan
memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang sihat sebelum memulakan sesuatu aktiviti supaya
perkara yang tidak baik dapat dielakkan ketika aktiviti tersebut dijalankan.

Ketika saya ingin melakukan sesi pengajaran dengan kanak-kanak, saya mendapati bahawa saya mempunyai
suara yang lantang dan tegas. Suara yang lantang dapat memudahkan kanak-kanak untuk mendengar dan
dapat membantu pemahaman kanak-kanak terhadap apa yang ingin disampaikan oleh pendidik. Justeru itu,
kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu perkara. Hal ini akan
membolehkan kanak-kanak lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan
gangguan-gangguan yang berada di sekitar mereka. Oleh itu, penting bagi seseorang pendidik mempunyai
suara yang lantang dan tegas agar kanak-kanak dapat mendengar dengan baik apa yang ingin disampaikan
oleh pendidik.

4
4.0 KEKURANGAN

Kelemahan yang saya kenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makropengajaran ini ialah pengurusan masa.
Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran slot (RPS) yang telah dibuat, didapati masa
yang saya gunakan untuk menjalankan langkah pengajaran tidak seiring. Masa yang saya gunakan di luar
jangkaan, RPS yang saya rancang ialah 30 minit, tetapi saya menggunakan hampir 40 minit. Hal ini disebabkan
terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan
aktiviti ini. Sebenarnya, saya perlu berusaha bagi meningkatkan teknik pengurusan kelas saya. Terdapat
beberapa kanak-kanak membuat bising semasa saya mengajar. Saya perlu memikir cara untuk mengawal
disiplin mereka.

Kelemahan dan kekurangan yang seterusnya ialah penyampaian saya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan , adakalanya saya terkeluar loghat Kelantan. Contohnya perkataan “sor” dan “takse”.
Saya tidak dapat menyedari bahawa saya telah terkeluar daripada penggunaan Bahasa Melayu yang
sebenarnya. Setelah saya menilai semula persembahan dalam rakaman video makropengajaran dan
pembelajaran tersebut barulah saya sedar akan kesalahan bahasa yang saya gunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

Antara lain kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran saya pada kali ini ialah melibatkan pergerakan
saya yang tidak boleh bergerak bebas. Saya hanya boleh bergerak ketempat tertentu sahaja. Faktor ini
disebabkan saiz kelas yang terlalu sempit dan kanak-kanak hanya duduk dalam dua kumpulan sahaja yang
seramai 8 orang. Contohnya, dalam kelas 4 anggerik, saya hanya boleh bergerak dihadapan kanak-kanak
sahaja kerana tidak boleh bergerak kebelakang kanak-kanak.

5
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan supaya meningkatkan lagi
kualiti pengajaran saya pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan
pengajaran pada kali ini, perlu dilakukan penambahbaikan dari segi ketepatan penggunaan masa semasa
menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas tersebut. Saya perlu menepati ketepatan masa seperti yang
dirancang dalam Rancangan Pengajaran Slot (RPS). Ketepatan masa perlu diikut bagi melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai orang Kelantan dan bercakap bahasa Kelantan setiap hari sudah tentu sukar untuk mengubah
percakapan loghatnya. Walaubagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya untuk berlatih bercakap Bahasa
Melayu terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contohnya, saya akan cuba untuk
bercakap dalam bahasa bangku ketika ingin berbual dengan rakan-rakan saya. Hal ini dapat mengubah saya
sedikit demi sedikit, bab kata pepatah “ sikit-sikit, lama-lama jadi bukit ”

Seterusnya bagi masalah berkaitan dengan saiz kelas yang sempit, saya akan membuat perbincangan dengan
pihak pentadbiran agar memohon peruntukan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya
memperluaskan saiz kelas bagi keselesaan guru dan kanak-kanak semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Jika kelas berada dalam keadaan zon yang selesa kanak-kanak akan memberi
tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

6
6.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, Rancangan Pengajaran Slot (RPS) amat penting untuk melancarkan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Rancangan Pengajaran Slot (RPS) hendaklah dirancang dengan penuh
teliti supaya objektif pengajaran dapat dicapai dengan sempurna. Pendidik hendaklah mempunyai daya
pemikiran yang kritis dan kreatif untuk membina RPS yang bersesuaian dengan pembelajaran kanak-kanak.
Pendidik perlulah mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya dapat melahirkan modal insan kelas pertama.

Selain itu, bahan bantu mengajar yang maujud pastinya akan dapat menarik perhatian kanak-kanak. Hal ini
kerana, kanak-kanak dapat melihat dan memegang bahan bantu mengajar dengan tangan mereka sendiri yang
akan menyebabkan mereka lagi bersemangat untuk melakukan aktiviti tersebut.

7
7.0 LAMPIRAN

GAMBAR CATATAN

Pendidik memberi salam serta memperkenal diri


kepada kanak-kanak dan membimbing kanak-kanak
untuk membaca doa sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Pendidik sedang menerangkan aktiviti yang akan


dilakukan pada hari tersebut serta pendidik
menunjukkan alatan yang akan digunakan bagi
melakukan aktiviti tersebut.

Pendidik sedang membahagikan kanak-kanak


kepada dua kumpulan.

Pendidik sedang menunjukkan cara permainan


tersebut dimainkan sebelum pendidik membenarkan
kanak-kanak untuk melakukan aktiviti tersebut.

8
Kanak-kanak sedang melakukan permainan
tersebut sehingga ke akhir permainan.

Pendidik meminta kanak-kanak untuk berkumpul


di tepi mangkuk yang berisi bola pingpong
sebelum proses pengiraan bola pingpong
dilakukan.

Pendidik dan kanak-kanak sedang mengira bola


pingpong yang terdapat dalam mangkuk ahli
kumpulan masing-masing.

Pendidik memberikan cenderamata kepada


kanak-kanak setelah selesai melakukan aktiviti
permainan tersebut.

Pendidik dan rakan-rakan bergambar dengan


kanak-kanak sebelum pulang ke kolej.

You might also like