You are on page 1of 15

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Nama Pelajar NOORAIN MAISARAH BINTI ZAINAL

Angka Giliran 2021162344162

No Kad Pengenalan 020913-10-1542

Kumpulan/Unit 1PISMP RBT1

Kod & Nama Kursus RBTS3023 – PENGURUSAN BENGKEL DAN


KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Tajuk Tugasan TUGASAN 1 : PENULISAN ILMIAH 1B

Nama Pensyarah ENCIK RUBA’IE BIN SAID

Tarikh Hantar 20 OGOS 2021

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Noorain Tarikh: 20/8/2021

Markah:

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK)

Nama: NOORAIN MAISARAH BINTI Angka Giliran Pelajar : 2021162344162


ZAINAL
Tajuk Tugasan : TUGASAN 1 : PENULISAN ILMIAH 1B
Pensyarah : ENCIK RUBA’IE BIN Subjek/ Kursus: RBTS3023 –
SAID PENGURUSAN BENGKEL DAN
KESELAMTAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
Tarikh Hantar : 20 OGOS 2021 Tarikh Diterima : 26 JULAI 2021

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ............Noorain..................... Tarikh : 20 OGOS 2021


(NOORAIN MAISARAH BINTI ZAINAL)

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa Moderator
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :


Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah :

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuk dan fahami.
Tandatangan Pelajar : Noorain Tarikh : 20 OGOS 2021

PENGHARGAAN

2
Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,


nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah


subjek RBTS3023, Encik Ruba’ie bin Said kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam proses perlaksanaan kerja kursus ini.

Terima kasih…

3
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 5
2.0 JUSTIFIKASI CADANGAN REKA BENTUK PELAN DAN SUSUN ATUR
SEBUAH BENGKEL REKA BENTUK TEKNOLOGI (1B)
2.1 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL 6
2.2 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL 9
2.3 PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BENGKEL 10
2.4 PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN 12
BENGKEL DNA KESIHATAN PEKERJAAN
3.0 PENUTUP 13
4.0 RUJUKAN 14

4
PENGENALAN

Bengkel merupakan pusat dan tempat kerja bagi subjek Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT). Proses pengajaran dan pembelajar subjek RBT juga sering
dijalankan di dalam bengkel. Jadi organisasi dan pengurusan bengkel amatlah
penting. Keselamatan dalam bengkel juga perlu diberi perhatian.

Dalam tugasan ini, saya diminta untuk menghasilkan satu penulisan ilmiah
tentang cadangan reka bentuk pelan dan susun atur bengkel Reka Bentuk Teknologi
yang telah kumpulan saya reka. Saya juka perlu memberi justifikasi terhadap elemen
dalam pelan dan susun atur bengkel yang telah kumpulan saya sediakan
merangkumi aspek organisasi dan pengurusan bengkel, pengurusan keselamatan
bengkel, pengurusan dan pengendalian bengkel, dan peraturan dan perundangan
dalam pengurusan bengkel dan kesihatan pekerjaan.

5
JUSTIFIKASI CADANGAN REKA BENTUK PELAN DAN SUSUN ATUR SEBUAH
BENGKEL REKA BENTUK TEKNOLOGI (1B)

2.1 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL

Definisi Organisasi & Pengurusan Bengkel

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Organisasi merupakan kesatuan atau


gabungan yang merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang
diselaraskan atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat
yang ditetapkan. Pengurusan pula ditakrifkan sebagai perihal kerja dan
sebagainya seperti menyediakan sesuatu program, merancang pembahagian
sumber, mengagihkan tugas, mengatur alat dan kelengkapan serta melaras
kewangan.

6
Pelan 1 pelan lantai cadangan reka bentuk dan susun atur

Kemudahan Pengajaran

- Ruang dan Kawasan Kerja


Ruang bengkel mempunyai saiz yang sesuai dengan bidang-bidang
dalam subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah seperti amali jahitan,
penanaman, pertukangan, dan penyambungan litar
Kawasan kerja juga menempatkan stesen-stesen kerja kepada pelajar
seperti kerja individu dan khas, kawasan pengstoran, ruang perbincangan,
laluan untuk bekerja, kawasan menempatkan alatan kesihatan dan
kebakaran serta ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

- Papan Tulis
Kewujudan papan tulis membantu untuk proses pembelajaran teori
dalam bengkel. Memudahkan untuk menerangkan sesi pembelajaran seperti
melukis rajah atau memberi ukuran.

- Kemudahan Alatan dan Bahan


Kemudahah alatan dan bahan untuk setiap aktiviti amali yang ada di
dalam DSKP Reka Bentuk Teknologi (RBT) Tahap 4 dan Tahap 5.

Pencahayaan & Pengudaraan

- Pencahayaan
Terdapat 8 pasang lampu pendarflour berkembar di dalam bengkel
yang memberi bantuan pencahayaan disamping sumber cahaya semulajadi,
matahari, dari tingkap di sekeliling bengkel.
Satu daripada 8 pasang lampu pendarflour berada di dalam stor untuk
memberi sumber pencahayaan dalam stor.

- Pengudaraan
Sebanyak 4 buah kipas siling disediakan bagi membantu mengalirkan
pengudaraan yang baik di dalam bengkel. Serta mengimbangkan
pengudaraan yang datang dari luar bengkel menerusi tingkap dan pintu.

7
Sistem Stor

- Penyimpanan Bahan dan Alatan


Bahan dan alatan yang diterima hendaklah disimpan dengan teratur
mengikut jenis dan di tempatkan dengan selamat. Bagi Bahan yang mudah
terbakar mestilah di labelkan dan di asingkan dari bahan yang lain. Begitu
juga alatan yang berat letakkan dibahagian paling bawah.
Bahan dan Alatan yang belum digunakan juga perlu diasingkan
daripada bahan dan alatan yang telah digunakan atau rosak.

- Pengeluaran Bahan dan Alatan


Bahan dan Alatan hendaklah dikeluarkan hanya atas kebenaran guru
atau kakitangan bengkel. Pengeluaran barang-barang hendaklah dicatatkan
dalam buku stok pada hari dikeluarkan dan hendaklah ditandatangani oleh
penerima.
Bahan dan Alatan yang telah dikeluarkan tetapi tidak digunkan
hendaklah dikembalikan ke stor. Catatan hendaklah dibuat di dalam buku
stor.

- Pemeriksaan Bahan dan Alatan


Guru hendaklah memastikan bahawa bilangan bahan dan alatan adalah
sama seperti sebelum digunakan. Walau bagaimanapun pemeriksaan
bahan dan alatan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Pemeriksaan stok bertujuan untuk memastikan stok masih boleh
digunakan. Stok yang tidak boleh digunakan lagi hendaklah dihapus kira.
Sekiranya selepas pemeriksaan stok terdapat kehilangan stok atau
kekurangan yang tidak dapat dikesan/cari, perkara ini hendaklah dilaporkan
kepada ketua Jabatan supaya tindakan susulan dapat diambil.
- Penyelenggaraan Alatan
Sekiranya alatan tangan telah selesai digunakan ianya perlu
diselenggara untuk memanjangkan tempoh hayatnya. Alatan-alatan yang
rosak juga perlu diperbaiki untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan
kepada penggunaannya.
Bagi mesin-mesin yang terdapat di dalam bengkel kayu sekiranya
berlaku kerosakan atau memerlukan penyelenggaraan di pusat servis maka
catatan menyelenggara perlu dicatatkan di dalam kad butir-butir
8
penyelengaraan harta modal dengan memenuhkan butir-butir seperti tarikh,
butir-butir servis pembaikkan, nama tempat pusat servis serta kosnya.

9
2.2 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Peti Pertolongan Cemasan

Peti pertolongan cemas dan tempat rawatan berada penjuru bengkel


berdekatan dengan meja guru. Peti pertolongan cemas perlu dikemaskini
sekurangnya 2 kali sebulan untuk memastikan ubat dan alatan cukup dan tidak
capai tarikh luput.

Alat Pemadam Api

Kedudukan yang mudah dicapai dan jelas dapat dilihat iaitu berada
berdekatan dengan meja guru di bahagian hadapan bengkel. Serta di tempat
yang berisiko berlalaku kebakaran seperti stor. Alat pemadam api perlu diganti
sebelum tamat tarikh luput.

Simbol & Tanda Amaran

Carta keselamatan di hadapan bengkel memaparkan tanda tanda amaran


dan simbol untuk setiap bahan. Selain itu, paparan laluan kecemasan diletakkan
di tempat yang selalu dilihat. Boleh juga mempamerkan simbol-simbol dan tanda
amaran pada dinding di sekeliling bengkel.

Laluan Kecemasan

Laluan kecemasan perlu sentiasa dikosongkan supaya tiada halangan


sekiranya berlaku kemalangan.

10
2.3 PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BENGKEL

Definisi Pengurusan & Pengendalian

Pengurusan – Bengkel ialah sebuah tempat, ruang atau bilik yang digunakan
untuk melakukan ujikaji atau aktiviti kerja amali.

Pengendalian – Proses mengelola, mengawal, mengarah semua perkara yang


berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel.

Efisien

Persekitaran Kawalan guru


yang selamat yang mudah

Prinsip
pengendalian
& pengurusan

Keperluan Selamat untuk


psikologi peralatan

Pengcahayaan
yang baik

Peta 1 prinsip pengendalian dan pengurusan

Sisih

Susun

Amalan 5S Sapu

Seragam

Sentiasa Amal

11
Peta 2 Amalan 5S

Pelaksanaan Amalan 5S dilihat telah memberi impak yang besar kepada


Jabatan dan organisasi yang membudayakan Amalan 5S. Amalan 5S bukan
sahaja memberi kesan kepada persekitaran kerja tetapi juga kepada aspek
kualiti yang lain seperti kualiti kerja dan kualiti peribadi guru dan murid.

Amalan 5S inil diharapkan dapat diterapkan dalam Pengurusan Bengkel


RBT agar persekitaran yang wujud dalam proses pembelajaran dan pengajaran
lebih kondusif, selesa, ceria dan menarik. Justeru murid akan lebih berminat
dalam subjek kemahiran hidup serta berjaya menanam nilai-nilai positif di dalam
diri murid.

12
2.4 PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL &
KESIHATAN PEKERJAAN

Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ditubuhkan


untuk mencegah kemalangan industri dan penyakit pekerjaan menjelang tahun
2010. Nilai Korporat mereka adalah tegas, adil dan mesra. Dasar mereka adalah
menyediakan dan menyenggarakan kawasan dan sistem kerja yang selamat
dan sihat serta memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat,
arahan latihan dan penyeliaan berkenaan cara menjalankan tugas dengan
selamat tanpa risiko pada kesihatan. Perkara ini adalah untuk menyiasat semua
kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan menyambil
langkah-langkah untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

Guru bengkel adalah orang yang bertanggungjawab untuk setiap perkara


yang berlaku di dalam bengkel. Tetapi adalah tugas setiap guru untuk mengenali
dan memahami Akta 514 serta perlu mematuhi peraturan-peraturan di bawah
akta ini. Guru juga bertanggungjawab membantuk agensi niosh untuk
menerapkan keselamatan dalam bengkel di sekolah.

13
PENUTUP

Reka bentuk dan susun atur bengkel yang efektif sememangnya memberi impak
yang besar dalam melahirkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat.
Oleh yang demikian, setiap sekolah haruslah merancang reka bentuk dan susun atur
yang efisien selaras dengan misi perundangan dan peraturan pengurusan bengkel di
Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Reka bentuk dan susun atur bengkel juga merangsang keaktifan pelajar dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, setiap perangcangan bengkel mesti
diatur dengan baik supaya pengurusan bengkel menjadi sistematik.

14
RUJUKAN

Kamil, M. (2017). RBT 3112 PENGURUSAN. Academia.


https://www.academia.edu/9188118/RBT_3112_PENGURUSAN

Wan Ahmad, W. A. (2011). Kerangka model. AMALAN 5S DALAM PENGURUSAN


BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH RENDAH ZON SEMERAH,
BATU PAHAT, JOHOR, 19(1/97), 22–23.
http://eprints.utm.my/id/eprint/36702/1/WanAbdullahWanAhmad2013_Amalan
5SdalamPengurusanBengkelKemahiranHidup.pdf

Q. (2016). Prinsip Pengendalian Dan Pengurusan Bengkel. Scribd.

https://www.scribd.com/presentation/320139089/Prinsip-Pengendalian-Dan-

Pengurusan-Bengkel

Bengkel RBT. (n.d.). Portal Rasmi- SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

http://smksultanahbahiyah.edu.my/portal/index.php/pss/rangkaian-sumber-

pss/bengkel-rbt

Buku panduan pengurusan mata pelajaran reka bentuk dan teknologi (RBT). (2019).

Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia.

https://www.moe.gov.my/tadika-muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/buku-

panduan/3885-buku-panduan-rbt/file

15

You might also like