You are on page 1of 37

JKE413 – KULIAH INTENSIF

TEORI,
KEUSAHAWANAN
DA N P E R N I AG A A N
MUSLIM
DR. AZREEN HAMIZA ABDUL AZIZ
KANDUNGAN KULIAH
• Pengenalan
• Sistem Pasaran Islam
• Penawaran Dan Permintaan
• Keusahawanan
• Usahawan Dalam Perniagaan Muslim
-Ciri-ciri Usahawan Muslim
-Prinsip Keusahawanan Islam
• Perniagaan Muslim
-Perkara Haram Dalam Perniagaan Muslim
-Tanggungjawab Perniagaan Muslim
-Zakat Perniagaan
P E R N I AG A A N M U S L I M DA L A M
S I S T E M PA S A R A N I S L A M
• Usahawan (individu) dan perniagaan (entiti)
Muslim merupakan pengeluar dalam sistem
pasaran Islam

• Disamping memenuhi tanggungjawab


kepada Allah SWT, pengeluar Islam
mengamalkan tingkah laku yang boleh
menyenangkan orang lain – pengguna atau
masyarakat

• Tanggungjawab kepada orang lain ini


membentuk kerjasama dari aspek peruntukan
dan pengagihan semula sumber

JKE 413
Pengeluar Pengguna

3
S I S T E M PA S A R A N I S L A M

JKE 413
4
PA S A R
Pasar merupakan interaksi pembeli dan
penjual menentukan paras harga.
Fungsi Pasar
Merupakan tempat berlaku pemindahan
• Menentu nilai – harga
dan pemilikan barang dan perkhidmatan
antara pihak penjual dan pembeli (tidak • Menyusun pengeluaran – output yang

semesti secara fizikal, boleh termasuk paling cekap

secara maya) • Mengagih pengeluaran

• Mencatu penggunaan

JKE 413
• Merancang ekonomi untuk masa hadapan

5
S I S T E M PA S A R A N I S L A M
• Pasaran penting sebagai tempat pertukaran keperluan antara pengeluar dengan pengguna
• Pengeluar memerlukan pasaran bagi mendapat input dan memperoleh wang dari barang
yang dikeluarkan
• Pengguna memerlukan pasaran untuk mendapatkan barang keperluan
• Keuntungan bukan matlamat utama dalam sistem pasaran Islam
• Usahawan dan perniagaan Muslim mesti bebas daripada nafsu amarah (nafsu yang paling
jahat – mengandungi sifat tamak, keji dan mementingkan diri)
• Tindak-tanduk usahawan dan perniagaan Muslim sebagai pengeluar perlu sentiasa
memikirkan kepentingan dan kebajikan masyarakat

JKE 413
• Tindakan ini berasaskan kesedaran bahawa usahawan dan perniagaan Muslim itu juga
sebahagian daripada masyarakat yang membentuk persaudaraan antara satu sama lain

6
• Dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW pernah diminta untuk menetapkan harga barang semasa
berlaku kenaikan harga barang di Madinah
• Baginda menolak untuk menetapkan harga kerana berpandangan bahawa penetapan
tersebut bakal menzalimi peniaga hingga menyebabkan mereka kerugian
• Penolakan untuk menetapkan harga ini dilakukan dalam keadaan Rasulullah SAW meyakini
kejujuran peniaga
• Kenaikan harga barang pada waktu tersebut berlaku kerana harga import barang yang sedia
tinggi
• Pemerintah boleh mengambil tanggungjawab dalam menjaga kebajikan masyarakat

JKE 413
• dan peniaga dalam hal ini dengan peruntukan subsidi kepada barang keperluan bagi
mengelakkan harga tinggi dalam pasaran

7
M E K A N I S M E PA S A R A N I S L A M

• Sebagai mekanisme pelarasan sistem ekonomi


• Dengan syarat barang dan perkhidmatan mesti halal dan suci
• Dibuat dengan telus, tiada riba, tiada unsur penipuan dan gharar.
• Sebagai perkhidmatan kepada pengguna untuk mendapat barang dan perkhidmatan
• Sebagai perkhidmatan kepada pengeluar untuk mendapat pembeli bagi barang dan
perkhidmatan yang ditawar
• Hak pembeli dan penjual sentiasa terjamin

JKE 413
8
P E N A W A R A N DA N P E R M I N TA A N

• Keseimbangan harga (P = price) pasaran dan


kuantiti (Q = quantity) sesuatu barang berada
pada titik pertemuan (e = equilibrium) antara
permintaan (D =demand) pengguna dan
penawaran (S = supply) pengeluar
• Seimbang apabila kuantiti yang ditawarkan
sama dengan kuantiti yang diminta
• Jika permintaan meningkat (keluk D1)
sedangkan penawarannya kurang harga
barang akan naik (P1)
• Sebaliknya, jika penawarannya bertambah

JKE 413
(keluk S1) sedangkan permintaannya
berkurang, harga barang akan jatuh (P2)

9
KEUSAHAWANAN
1. USAHAWAN DALAM PERNIAGAAN MUSLIM

2. 4 BENTUK KEUSAHAWANAN

3. CIRI-CIRI USAHAWAN MUSLIM

JKE 413
4. PRINSIP KEUSAHAWANAN ISLAM

10
KEUSAHAWANAN
Keusahawanan: kata terbitan daripada perkataan usahawan. Istilah ini lahir daripada
perkataan usaha yang bermaksud daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan dan lain-lain
perkara untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan

Hisrich Robert. D & Peters Micheal P. (2002): proses mencipta sesuatu yang baru
dengan usaha dan masa serta melibatkan pelbagai risiko kewangan, fizikal dan sosial
untuk mendapatkan ganjaran yang berbentuk kewangan, kepuashatian dan kebebasan

William. D.B. dan Charles. W.H (1991) usahawan adalah seorang memerhati sesuatu
peluang dan membina sebuah organisasi untuk mengejar peluang tersebut

JKE 413
Lain-lain: keupayaan dan kesanggupan membangun, mengatur dan mengurus suatu
perusahaan niaga yang turut termasuk risiko yang ada demi mendapatkan keuntungan

11
• Walaupun pasaran penting dalam memastikan
keseimbangan ekonomi negara dan kesejahteraan
masyarakat, namun pasaran juga boleh menyebabkan
KEUSAHAWANAN manusia menjadi lalai, leka dan lupa tanggungjawab
kepada Allah SWT, boros dan membazir dalam
perbelanjaan
• Pasaran juga boleh menyebabkan berlakunya
kezaliman, kecurangan dan penipuan demi
kepentingan sendiri
• Allah SWT memberi peringatan dan amaran kepada
peniaga tentang keburukan pasaran ini dalam al-
Quran:
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam
timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila
menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain
mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya)

JKE 413
apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang
lain, mereka kurangi.” (al-Mutaffifin, 83:1-3)
• Usahawan Muslim MESTI mempunyai ciri dan integriti
tinggi dalam perniagaannya

12
KEPERLUAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

• Kemahiran mencari peluang

• Kemahiran mengambil risiko

• Kemahiran mencari sumber perniagaan [bahan mentah, pembekal,


rakan perniagaan, teknologi]

• Kemahiran komunikasi dalam perniagaan

JKE 413
• Kemahiran membentuk jaringan

• Kejurujualan

13
KE US AHA W ANAN DAN I S L A M
Definisi:
Mustafa Daud (1995) pelbagai definisi telah diberi oleh ulama Islam berkaitan dengan
keusahawanan, perniagaan atau jual beli.

Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad (2005), perniagaan disebut dengan dua perkataan: Tijarah
dan Bai’un (jual beli).

Al-Qurtubi - dalam kitabnya Al-Jami’ Li al Ahkam menjelaskan bahawa perniagaan atau jual beli
itu adalah kegiatan jual beli antara dua pihak iaitu penjual dengan pembeli.

Ibnu Khaldun - dalam kitabnya Al-Muqaddimah, jual beli sebagai satu cara perluasan modal.

Al-Syaibani dalam kitabnya Al-Iqna pula mendefinisikan perniagaan sebagai pertukaran wang

JKE 413
dengan barang atau barang dengan barang untuk mendapatkan keuntungan.

14
(Surah as-Saff, 61:10-11)
Nas Al-Qur’an
Surah an-Nisa’ (04:29)

JKE 413
15
“ Diriwayatkan daripada Qais bin Abu Garazah, maksudnya: daripada
Qais bin Abu Garazah r.a. dia berkata: Ketika kami di masa Rasulullah
SAW, Rasulullah SAW pernah memanggil kami dengan gelaran yang
lebih bagus daripadanya, iaitu beliau bersabda: “Wahai golongan
peniaga, sesungguhnya jual beli itu dihadiri sama dengan kata-kata
kosong dan sumpahan. hendaklah kamu mencampuri jual beli itu ”
dengan sedekah”.

HADIS RIWAYAT ABU DAUD

JKE 413
16
17 JKE 413
4 BENTUK KEUSAHAWANAN
• Ekonomi
• Usahawan merupakan individu yang menyatukan faktor-faktor buruh, material dan faktor lain yang
menjadikannya lebih bernilai, dan individu yang membuat perubahan, pembaharuan serta inovasi.
• Melalui pengagihan sumber ekonomi yang efisyen, penyediaan peluang pekerjaan, mencetuskan inovasi,
pengagihan semula pendapatan
• Sosiologi
• Usahawan membentuk kelompok masyarakat yang menjadikan keusahawanan sebagai bidang pekerjaan
berdikari dan boleh mengubah status kehidupan sendiri dan masyarakat
• Psikologi
• Usahawan merupakan mereka yang didorong oleh kuasa tertentu seperti keperluan terhadap sesuatu, untuk
mengkaji atau mengelakkan daripada kongkongan orang lain
• Usahawan mempunyai gelagat atau ciri dan personaliti yang khusus seperti kreatif dan inovatif. Usahawan
juga mempunyai karekteristik kepimpinan dan etika yang tersendiri

JKE 413
• Pengurusan
• Usahawan sebagai pengurus strategik yang berperanan memastikan perniagaan berlangsung secara inovatif
dan memperoleh keuntungan yang berkembang. Selain memainkan peranan melakukan inovasi dalam
produk pengeluarannya, usahawan juga perlu melihat secara keselurusan pengurusan perniagaan yang
dijalankan

18
• Peniaga juga mempunyai keempat-empat aspek usahawan
• Namun, yang membezakan antara keduanya ialah usahawan perlu melaksanakan inovasi dan
menghasilkan produk atau perkhidmatannya selain memastikan ia memberi manfaat kepada
penggunanya/masyarakat
• Peniaga merangkumi kesemua bentuk perniagaan yang membolehkannya mendapatkan
keuntungan

JKE 413
19
CIRI-CIRI USAHAWAN
MUSLIM
1. Mempunyai pengetahuan mencukupi tentang hukum syariah
2. Menjalankan perniagaan niat dan tujuan yang baik – memenuhi
tuntutan fardhu kifayah
-Perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota
masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika
diabaikan atau tiada siapa pun yang melakukannya maka
seluruh masyarakat berdosa.
3. Prihatin tentang akhirat dan sentiasa mengingati Allah SWT
dalam urusan keusahawanannya
4. Mengelakkan perkara-perkara syubhah (yang tidak pasti
halal/haram)
5. Melakukan semakan kendiri (muhasabah) untuk

JKE 413
penambahbaikan berterusan
6. Membayar zakat perniagaan
7. Mematuhi etika perniagaan dan undang-undang

20
1. Keusahawanan sebahagian daripada ibadah dan jihad
PRINSIP -Perlu pastikan perniagaan yang dijalankan
mematuhi norma moral
KEUSAHAWANAN
ISLAM 2. Tujuan pengeluaran untuk memenuhi keperluan individu sekali
gus memenuhi keperluan masyarakat
-Hanya boleh keluarkan barangan yang halal

3. Islam mengiktiraf keadaan “tiada keuntungan tanpa risiko”


-Keuntungan diterima sebagai hasil daripada
keusahawanan tetapi mesti disimpan atau
dilaburkan ke dalam institusi kewangan yang bebas riba
dan berasaskan Syariah

4. Tidak menggunakan pinjaman dengan kadar bunga yang


mengandungi riba untuk mendapatkan modal
-Opsyen: Menggunakan kontrak mudharabah dan
musyarakah untuk perolehan modal

JKE 413
5. Memastikan perniagaan tidak mengandungi unsur gharar
(ketidakpastian/uncertainty) dan monopoli

6. Menggunakan teknologi berdasarkan pertimbangan


mengutamakan manfaat dan menolak mudarat (more benefit than
harm)

21
PERNIAGAAN MUSLIM
1. PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN MUSLIM

2. TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN MUSLIM

3. ZAKAT PERNIAGAAN

JKE 413
22
PERNIAGAAN MUSLIM

• Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ّ ِ ‫ َواﻟ‬،‫ﺻد ُوُق اﻷ َِﻣﯾُن َﻣَﻊ اﻟﻧﱠِﺑِﯾّﯾَن‬


‫ َواﻟ ﱡ‬،‫ﺻ ِد ّﯾِﻘﯾَن‬
‫ﺷَﮭدَاِء‬ ‫اﻟﺗ ﱠﺎِﺟُر اﻟ ﱠ‬
Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan
orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi (1209)] [Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-
Tirmizi]

• Rasulullah SAW merupakan contoh peniaga yang jujur dan amanah sepanjang tempoh Baginda
terlibat dengan perdagangan sebelum menerima wahyu kenabian

JKE 413
23
S I FA T P E N I A G A M U S L I M
BE RDAS ARKAN RAS ULUL L AH S A W
• Nabi Muhammad SAW adalah contoh pribadi yang jujur dalam tindakan dan perkataannya. Siddiq merupakan berkata
benar dalam setiap perkara yang diungkapkan dan tidak berdusta dengan sesuatu perkara.
Siddiq

• Sifat amanah adalah sesuatu sifat yang ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW. Amanah merupakan sesuatu tanggungjawab yang
diberi dengan ikhlas serta benar dalam melaksanakannya. Amanah berlawanan dengan khianat. Sifat amanah Rasulullah SAW
dalam menjalankan perniagaan yang diberikan kepercayaan oleh Siti Khadijah r.ah kepada baginda tidak dapat disangkal,
Amanah baginda Nabi SAW melaksanakan tugas tersebut dengan telus dan penuh bertanggunjawab.

• Tabligh bermaksud menyampaikan sesuatu sama ada dari sudut syariat Allah SWT atau dari segi pemahaman
Tabligh seseorang ke atas sesuatu perkara.

JKE 413
• Fathonah memberi erti bijaksana di dalam sesuatu perkara atau pandai dalam menguruskan sesuatu hal.
Kebijaksanaan Rasulullah SAW terbukti tatkala ketika baginda nabi SAW berhijrah ke madinah. Beliau
Fathonah mengetahui kaum Yahudi menguasai pasar-pasar di Madinah dan mereka mengutamakan amalan jual beli.

24
PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
MUSLIM

1. Riba.
Riba diharamkan dalam Islam dan disebutkan secara jelas dalam al-Quran dan sunnah
tentang pengharamannya
Riba boleh terjadi sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan,
membuat pelaburan dan seumpamanya
Barang ribawi: emas, perak, gandum, barli, garam dan kurma

JKE 413
25
Riba’

Riba’ al-duyun Riba' al-buyu’


(Riba dalam (Riba dalam
hutang) Transaksi)

Pertukaran barang ribawi Bayaran tertangguh


Tambahan nilai yang tidak sama barang ribawi
pada pinjaman tinbangan, sukatan atau Emas, perak , gandum,
semasa dijelaskan ditukar pada barli, kurma, garam. -
penyerahannya kuantiti mesti sama

Riba al-Jahiliyah Riba al-fadlu Riba al-nasiah


Riba al-Qardu

JKE 413
Bayaran lebih daripada Jual beli bahan ribawi
Hutang bersyarat, Jualbeli bahan ribawi
hutang jika tidak jelaskan Sama/berlainan jenis
menjanjikan manfaat Sama jenis berbeza
hutang mengikut Serahan ditangguhkan oleh
kepada tuan hutang timbangan/sukatan
tempoh satu pihak

26
PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
MUSLIM

2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil (salah)
Mengambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku dalam
pelbagai cara
-Mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesame kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesame sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”.

JKE 413
(Surah al-Nisa, 3:29)

27
PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
MUSLIM
3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
• Perbuatan mempromosi dan merancang strategi untuk menarik pelanggan untuk tujuan
melariskan barang perniagaan atau perkhidmatan dibenarkan dalam Islam
• Perlu pastikan bahawa promosi tersebut dilakukan tanpa sebarang bentuk penipuan atau
pembohongan atau helah
• Penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual
barang tiruan, menjual barang tidak seperti yang dijanjikan dan menipu pelanggan dengan
iklan-iklan yang palsu.
• Bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan juga termasuk
perbuatan menipu seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di
kota ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah
sebaliknya.

JKE 413
28
PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
MUSLIM
3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.

Hadis Rasulullah SAW tentang penipuan dalam perniagaan. Maksudnya:


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang
dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-
jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu
menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah bersabda: “kenapa
tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang
siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).”
Hadis Rasulullah SAW tentang sumpah dalam mempromosi perniagaan. Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

JKE 413
“awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah
dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.”

29
PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
MUSLIM
4. Rasuah.
• Rasuah salah satu dosa besar dalam Islam

• Boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan - dianggap sebagai duit kopi/ duit under-table

• Digunakan untuk membantu mengenali orang-orang penting, membantu mendapat projek dan peluang
perniagaan yang lebih luas, memudahkan perjalanan projek dan lain-lain kepentingan

• Menukarkan istilah rasuah dengan istilah lain seperti pertolongan/ bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya
• Rasuah - pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan
dengan cara yang sebenar à tidak sama dengan istilah lain yang ditukarkan

• Sedekah - pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT semata-mata,

• Hadiah - pemberian yang dibuat dengan tujuan mempereratkan ikatan silatul rahim dan kasih saying

JKE 413
• Rasuah membawa keuntungan singkat, namun menghakis keberkatan dalam perniagaan, mendapat laknat Allah
SWT. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan
penerima rasuah.
• Gejala rasuah dalam semua situasi dan keadaan termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah dilarang

30
sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela.
PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
MUSLIM
5. Memonopoli barangan (ihtikar).
• Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam dilarang dalam Islam
• Biasanya dibuat agar barangan keperluan berkurangan dalam pasaran dan hasilnya harga barangan
tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal sehingga peniaga mendapat
keuntungan yang berlipat kali ganda
• Perbuatan terkutuk ini dilarang dalam Islam kerana menyebabkan kemudaratan dan kesulitan
kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.
• Antara bentuk monopoli yang diharamkan juga boleh berlaku dengan cara para perniaga
bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga
pasaran
• Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan

JKE 413
terhadap masyarakat umum

31
PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
MUSLIM

JKE 413
32
PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
MUSLIM

JKE 413
33
PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
MUSLIM

JKE 413
34
TA N G G U N G JA W A B P E R N I A G A A N
MUSLIM
• Memperoleh lesen sah dalam perniagaan
• Mematuhi undang-undang dalam
transaksi perniagaan Tanggungjawab
• Membayar cukai
• Memastikan perniagaan tidak
kepada negara
memudaratkan alam • Menjaga margin keuntungan sesuai dengan
harga pasaran
• Menjalankan perniagaan yang boleh
membantu masyarakat
• Menunaikan hak Allah SWT – menjaga • Menyediakan peluang pekerjaan
perkara-perkara fardhu ain • Memberi khidmat kepada masyarakat –
• Membayar zakat perniagaan khususnya melalui CSR (corporate social responsibility)
kepada institusi zakat • Berkolaborasi dengan institusi agama,
• Memberi sedekah organisasi masyarakat atau NGO untuk
• Menjaga dan memelihara alam ciptaan membangunkan masyarakat
Allah SWT
Tanggungjawab

JKE 413
Tanggungjawab
kepada
kepada agama
masyarakat

35
Z A K AT P E R N I AG A A N
Zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan
barangan atau perkhidmatan

Syarat Wajib Zakat Perniagaan

1. Muslim. Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan
Muslim, hanya
bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
2. Sempurna milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi
pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh
ke atas harta.
3. Cukup nisab. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta
dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
4. Cukup haul. Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan
mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
5. Niat berniaga. Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu

JKE 413
dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah
menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
6. Barang perniagaan dan perkhidmatan yang halal. Perniagaan yang halal sahaja yang
diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti
arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba tidak diwajibkan zakat.

36
T H A N K YO U
Dr. Azreen Hamiza Abdul Aziz
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
azreenhamiza@usm.my

JKE 413
37

You might also like