You are on page 1of 2

BAHASA LAMBANG PERPADUAN RAKYAT

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudari-saudari peneraju majlis,


kombinasi kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru
penggerak generasi berwawasan seterusnya warga dewan yang berkarisma.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Arena pada hari ini saya lakari dengan sebuah pidato berpaksikan tajuk “
Bahasa Lambang Perpaduan Rakyat ”

Dalam 1 persidangan antarabangsa bertajuk ‘Pengajian Melayu 2014 hubungan


Malaysia-China’ di Beijing, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata,
Bahasa Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia dengan
lebih 300 juta orang penutur. Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu kini
menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.

Hadirin yang dimuliakan,

Meniti hujah saya yang pertama, Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa
kebangsaan. Di Malaysia , terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina
dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dengan
kepadatan melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di
sini. Oleh sebab itu, Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan
berdasarkan kaum majoriti penduduk. Menurut Penyata Razak 1987 dalam
asas Ordinan Pelajaran 1987, Bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai
alat untuk meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara penduduk yang
berbilang kaum.

Warga dewan yang cakna sekalian,

Hujah saya yang kedua. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan
bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan
oleh kaum-kaum lain. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini adalah kerana jaminan yang
diberikan dalam Perlembagaan Malaysia iaitu bahasa-bahasa lain masih boleh
digunakan dengan bebas. Gerakan Cintailah Bahasa Kita dilancarkan pada 11
Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya kerajaan dalam mengangkat
martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak
itu, banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum telah
diadakan.

Warga dewan yang setia,

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan
kebangsaan. Begitulah hujah saya yang ketiga, Bahasa ilmu adalah bahasa yang
digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-
ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu itu yang menjadikannya sebagai
bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada memudahkan ia menyerap
pelbagai budaya ilmu. Bahasa Melayu mampu bersaing dan berdaya maju
dalam mencapai bahasa ilmu. Pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dapat dilihat apabila negara luar mengiktiraf Bahasa Melayu. Contohnya
adalah dengan pengwujudan dan penawaran Kursus Pengajian Melayu Kursus
Bahasa Melayu di pusat pengajian tinggi luar negara. Intihanya, Bahasa Melayu
yang dahulunya hanya berperanan sebagai “linguafranca” dan bahasa kedua.
Akhirnya menjadi bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa
komunikasi, bahasa perundangan dan bahasa yang dapat mengungkapkan
pelbagai genre dan domain ilmu.

Bahasa melayu telah menjurus negara kearah keharmonian dan perpaduan


yang memantapkan 1 Malaysia sehingga menjana negara sebagai pelopor
perpaduan dan menjadi contoh negara yang mengamalkan demokrasi pelbagai
kaum. Oleh itu, aspirasi negara melakui Gagasan 1 Malaysia boleh
direalisasikan melalui fungsi-fungsi Bahasa Melayu kerana, “Bahasa Lambang
Perpaduan Rakyat”.

Akhir kata ,

Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

ِ‫ق َوبِاهلل‬
ُ ‫واله َدايَ ُة ال َّت ْوفِ ْي‬
ِ ‫السال َ ُم َو‬
َّ ْ ‫م ُة َعلَ ْيك‬
‫ُم‬ ْ ‫َوبَ َر َكا ُت ُه هللاِ َو َر‬
َ ‫ح‬
Sekian terima kasih.

You might also like