You are on page 1of 2

5/1/23, 1:16 PM Tujuan Perniagaan

Tujuan Perniagaan
 

1.1 Tujuan Perniagaan

Tujuan perniagaan:

a) menawarkan barang atau perkhidmatan.


b) memenuhi keperluan dan kehendak manusia
c) untuk mendapatkan keuntungan (untuk organisasi bermotifkan untung)
d) bukan bermatlamatkan untung (untuk organisasi bukan bermotifkan untung)
e) membantu masyarakat yang memerlukan
f) menjalankan tanggungjawab sosial

  Barang  

-Benda yang dapat dilihat, disentuh@dipegang


  -Dihasilkan dari proses pengeluaran  
-Untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia

     

  Perkhidmatan  

Aktiviti seseorang/individu yang beri manfaat pada orang lain


   
-seperti sumbangan tenaga fizikal dan mental,kemahiran,kepakaran dan pengalaman.

     

  Gabungan barang dan perkhidmatan  

-Perniagaan yang menjual barang dan juga perkhidmatan


-Contoh: Salon kecantikan
   
-Perkidmatan : Rawatan muka
-Barang : Produk kecantikan(pencuci muka, krim pelembab)

     

  Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)  

- Terlibat secara langsung dalam pengeluaran barang.


  - Jual barang @ perkhidmatan untuk dapat untung  
- Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

     

Kepentingan keuntungan kepada perniagaan:

a) Ukur tahap prestasi dan hala tuju perniagaan.


b) Mengembangkan perniagaan.
c) Melambangkan imej perniagaan.
d) Menarik pelaburan baru.
e) Menjalankan tanggungjawab sosial(sumbang semula keuntungan untuk masyarakat)

  Organisasi Bukan Bermotifkan Keuntungan (OBBU)  

- Memenuhi keperluan orang awam


  - Contoh :pendidikan,keagamaan,sosial,budaya  
- Membantu orang kurang upaya, miskin, gelandangan,warga tua dan haiwan terbiar.

     

www.pandai.org
Matlamat penubuhan OBBU

-Tidak bermotifkan keuntungan.


-Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan.
-Penglibatan semua golongan membantu golongan yang tidak berkemampuan.

https://question.pandai.org/note/read/kssm-pn-10-01-01/kssm-f4-pn-01/tujuan-perniagaan 1/2
5/1/23, 1:16 PM Tujuan Perniagaan

 
 

Kaedah perniagaan bagi OBBU

a) Secara Percuma

Barang secara percuma disediakan oleh kerajaan atau NGO. Contoh : Jabatan Kebajikan Masyarakat

b) Jualan pada harga Kos

Penjual tidak dapat untung/Harga barang sama dengan harga kos.


Harga yang dikenakan hanya untuk tampung kos jualan

c) Jualan pada harga Di bawah kos

Harga jualan rendah berbanding dengan kos sebenar.


Mendapat subsidi dari kerajaan

© 2023 Pandai.org Hakcipta Terpelihara Didikan penuh  dari Malaysia

https://question.pandai.org/note/read/kssm-pn-10-01-01/kssm-f4-pn-01/tujuan-perniagaan 2/2

You might also like