You are on page 1of 20

POLIS DIRAJA MALAYSIA

BUKIT AMAN Tel: 03-2266 2222


50560 KUALA LUMPUR Fax : 03-22748892

“KOMUNITI SEJAHTERA, KOMITMEN KAMI”

Rujukan : KPN 21 / 44
Tarikh : 16 April 2012

ARAHAN KETUA POLIS NEGARA BIL 86

GARIS PANDUAN PENGURUSAN


LAMAN FACEBOOK RASMI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

1. PENDAHULUAN

Facebook merupakan media sosial paling popular di dalam negara ini.


Menyedari Facebook sebagai satu platform yang berpotensi membentuk imej
sesebuah organisasi di samping sebagai satu saluran komunikasi alternatif
dan bertindak sebagai front liners di dunia siber, maka semua agensi
kerajaan digalakkan untuk mewujudkan Facebook bagi tujuan tersebut.

Sehubungan itu, Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diwujudkan


sebagai satu daripada inisiatif yang disenaraikan di bawah inisiatif NKRA
untuk mengurangkan kadar jenayah dan membetulkan persepsi negatif,
selain daripada perkongsian dan hebahan maklumat di antara PDRM dan
masyarakat.

Facebook Rasmi PDRM Induk telah dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri
pada 21 September, 2010 dan dikendalikan oleh Pasukan Pentadbir
Facebook PDRM di Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), Bukit Aman.
Platform yang bertujuan untuk berinteraksi secara terus dengan masyarakat
ini bukan sahaja dapat merapatkan jurang di antara masyarakat dan PDRM,
malah, dapat meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap
perkhidmatan PDRM.

2. TUJUAN

Tujuan arahan ini dikeluarkan adalah bagi menerang dan melaksanakan


konsep pengurusan Facebook Rasmi PDRM di semua peringkat. Ia juga
menggariskan panduan mengenai tindakan dan tanggungjawab yang perlu
diambil bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikeluarkan serta
maklum balas yang diberi adalah tepat.
1
3. DEFINISI FACEBOOK

Facebook merupakan media interaktif maya (media sosial) yang berkesan


bagi tujuan interaksi, mendapatkan maklumat/kerjasama, menyampaikan
idea, pandangan, mengemukakan komen, cadangan atau penambahbaikan.
Ia merupakan media sosial yang kandungannya dipapar mengikut turutan
kronologi. Kandungan Facebook melibatkan teks, imej, video dan pautan
kepada laman-laman lain yang berkaitan.

Facebook Rasmi PDRM merujuk kepada Facebook Rasmi Polis Diraja


Malaysia (www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia), termasuk Facebook bagi
setiap Kontinjen, Daerah dan Balai. Facebook Rasmi ini merupakan satu
platform interaktif di antara orang awam dengan PDRM. Pegawai
Pentadbir Facebook pula merujuk kepada pegawai yang
dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kandungan Facebook Rasmi
PDRM. Mereka juga bertanggungjawab berinteraksi dan memberi respon
kepada sebarang pertanyaan orang awam dalam platform tersebut.

Ke arah memelihara PDRM sebagai 1 Pasukan, dan platform ini berfungsi


sebagai One Stop Centre PDRM, maka Pegawai Pentadbir Facebook
Jabatan akan bersama – sama mengendalikan page Facebook Rasmi PDRM.
Dengan cara ini, keseragaman penggunaan bahasa dan pengendalian
profesional dapat diselaraskan mengikut ketetapan yang digariskan oleh
pihak MAMPU.

Sebarang cadangan mewujudkan page Facebook Rasmi


Jabatan/Cawangan/Unit hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Ketua
Polis Negara terlebih dahulu. Sungguhpun demikian, Jabatan/Cawangan/Unit
boleh mewujudkan Closed Group Facebook Jabatan/Cawangan/Unit masing -
masing sebagai satu saluran komunikasi dalaman di kalangan pegawai polis
dan pegawai awam.

4. OBJEKTIF FACEBOOK RASMI PDRM

Pengurusan Facebook Rasmi PDRM yang berkesan dan aktif dapat


meningkatkan komunikasi dua hala di antara PDRM dengan kumpulan
sasaran. Kumpulan sasaran bagi Facebook Rasmi PDRM adalah masyarakat
yang peka ICT, golongan remaja, belia dan pihak media massa.

Objektif-objektif Facebook Rasmi PDRM adalah :-

4.1. Sebagai platform alternatif untuk menyampaikan maklumat PDRM dan


mendekati masyarakat terutamanya golongan / generasi yang
internet savvy.

2
4.2. Sebagai saluran untuk memperbetul dan mengelakkan spekulasi
dengan tujuan mengurangkan sindrom “fear of crime” di kalangan
masyarakat.

4.3. Sebagai platform yang interaktif untuk mencapai persefahaman,


menjalinkan perhubungan dan memelihara keyakinan masyarakat
untuk bekerjasama dengan polis dalam usaha membanteras jenayah
sebagai satu tanggungjawab bersama.

4.4. Sebagai satu inisiatif berterusan PDRM yang menggunakan internet


dan teknologi dalam memperluaskan hubungan untuk mendekati
masyarakat secara terus.

4.5. Menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan dan


pencegahan jenayah.

4.6. Bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada masyarakat


terhadap perkhidmatan PDRM.

5. FAEDAH FACEBOOK RASMI PDRM

Faedah - faedah yang boleh diperoleh melalui Facebook Rasmi PDRM


adalah :-

5.1. Sebagai “Community Oriented Page”, Facebook Rasmi PDRM


adalah medium yang berkesan untuk PDRM menerima maklum balas
daripada masyarakat.

5.2. PDRM juga boleh berhubung dengan kumpulan sasaran daripada


pelbagai latar belakang. Pendapat dan pandangan berbeza dari
pelbagai kumpulan sasaran merupakan input bagi meningkatkan kualiti
penyampaian perkhidmatan.

5.3. Kaedah pengurusan kandungan yang mudah melalui Facebook,


membenarkan Pasukan Pentadbir Facebook memuat naik video,
gambar dan maklumat–maklumat untuk dikongsi bagi mendapatkan
maklum balas masyarakat.

5.4. Facebook juga membuka ruang kepada PDRM untuk memberi


penjelasan dan gambaran sebenar terhadap salah faham dan isu–isu
yang berlaku di kalangan masyarakat melalui saluran rasmi ini dengan
cepat.

5.5. Memandangkan faedah penggunaan Facebook yang signifikan,


pewujudan “Page” Facebook di semua kontinjen sehingga ke peringkat
balai adalah perlu supaya perkhidmatan atau maklumat polis dapat
disalurkan sehingga ke segenap pelusuk negara.
3
6. PENGURUSAN FACEBOOK RASMI PDRM

Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), Bukit Aman telah


dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mewujudkan laman
Facebook Rasmi PDRM dengan menggunakan nama Polis Diraja Malaysia
(Royal Malaysia Police). Pasukan Pentadbir Induk Facebook PDRM terdiri
daripada pegawai Unit Laman Web dan Media Sosial PDRM, Urus Setia KPN
(Perhubungan Awam)bersama Pegawai Pentadbir Jabatan yang dilantik oleh
jabatan masing – masing. Pasukan ini bertanggungjawab menyelenggara
serta memberi maklum balas kepada sebarang pertanyaan yang
dikemukakan oleh masyarakat mengikut kapasiti jabatan masing-masing.

Bagi tujuan keseragaman, semua Facebook Page Rasmi Kontinjen perlu


menggunakan nama yang bermula dengan Polis diikuti dengan negeri,
contohnya, Polis Selangor atau Polis KL. Manakala bagi daerah pula
dengan nama Polis Daerah xxx, contohnya Polis Daerah Kajang dan bagi
Balai pula dicadangkan Polis Balai xxx, contohnya Polis Balai Dang Wangi.

Konsep pengurusan Facebook di peringkat Bukit Aman hendaklah dijadikan


rujukan atau contoh pengisian kandungan Facebook bagi peringkat
Kontinjen, Daerah dan Balai mengikut kesesuaian.

Dalam pada itu juga, Facebook Rasmi PDRM adalah pelengkap kepada
Laman Web Rasmi PDRM yang sedia ada. Oleh itu, maklumat yang dimuat
naik ke Laman Web Rasmi PDRM boleh dimuat naik ke dalam Facebook
Rasmi PDRM.

6.1. Tugas Dan Tanggungjawab Pegawai Pentadbir.

Tugas dan tanggungjawab Pegawai Pentadbir Facebook Rasmi PDRM


perlu dimasukkan sebagai satu daripada tugas hakiki pegawai yang
dilantik. Tugas ini memerlukan tumpuan dan pemantauan sepenuh
masa, justeru, dicadangkan jawatan hakiki perlu diwujudkan bagi
pegawai yang terlibat.

6.1.1. Memegang mandat pucuk pimpinan untuk menyiarkan


sebarang berita atau maklumat yang bersesuaian, yang dapat
menaikkan imej pasukan dan tidak bertentangan dengan dasar
kerajaan dan pasukan.

6.1.2. Memastikan logo rasmi PDRM digunakan dalam Facebook


Rasmi PDRM.

6.1.3. Hanya e-mel rasmi yang dipaparkan dalam Facebook Page


Rasmi PDRM (Contoh : mcc@rmp.gov.my).

4
6.1.4. Memperoleh, mengenal pasti dan menyunting serta
menetapkan maklumat yang akan dimuat naik bagi tujuan
hebahan, memberi penjelasan, mendapatkan bantuan
masyarakat dan sebagainya.

6.1.5. Memastikan gambar dan/atau video yang dimuat naik dapat


memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan.

6.1.6. Memastikan penyataan penafian (disclaimer) dipaparkan.

6.1.7. Memastikan kandungan berita atau maklumat yang dipaparkan


mempunyai nilai (newsworthiness) dan kepentingan kepada
umum serta menarik minat kumpulan sasaran.

6.1.8. Memastikan maklumat sentiasa dikemaskini dan relevan.

6.1.9. Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima


daripada orang awam yang tidak relevan contohnya komen
yang berbaur perkauman dan hasutan.

6.1.10. Memantau dari masa ke semasa isu-isu yang dipaparkan.

6.1.11. Memperoleh bahan-bahan yang informatif sama ada daripada


jabatan/kontinjen/daerah/balai untuk dimuat naik.

6.1.12. Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan


perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan.

6.1.13. Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh


menjejaskan imej kerajaan dan pasukan.

6.1.14. Memastikan pertanyaan di ruangan komen dijawab dan diberi


penjelasan dalam masa 24 jam.

6.1.15. Sekiranya sesuatu berita yang dipamerkan adalah penting dan


perlu dihebahkan kepada kontinjen lain, maka pegawai
pentadbir kontinjen berkenaan hendaklah dimaklumkan di
dalam Facebook Group Pegawai Pentadbir supaya berita
tersebut dapat dikongsi oleh Facebook Page Induk dan
kontinjen yang lain.

6.1.16. Bagi tujuan penyeragaman, arahan daripada Ketua Pegawai


Pentadbir Facebook Induk, hendaklah dipatuhi oleh Pegawai
Pentadbir Facebook semua peringkat. Arahan tersebut akan
dimaklumkan melalui Facebook Group Pegawai Pentadbir
PDRM.

5
6.1.17. Sekiranya mana-mana berita atau maklumat yang diperoleh
daripada sumber lain untuk dimuat naik, sumber maklumat
perlu dinyatakan. (Rujuk Lampiran A).

6.1.18. Semua Pentadbir Facebook hendaklah memastikan semua


Facebook Page Induk dan Facebook Page Kontinjen lain
disenaraikan di ruangan “Like”. Sebarang pautan ke Laman
Page Facebook yang tidak rasmi atau tidak berkaitan dengan
PDRM hendaklah dielakkan. Ia bertujuan memudahkan
peminat untuk mencapai pautan Facebook Page yang lain.
(Rujuk Lampiran B, B1).

6.1.19. Satu pautan Polisi Facebook PDRM yang telah disediakan


dalam Notes Facebook Rasmi PDRM Induk hendaklah
dipautkan ke Facebook Kontinjen, Daerah dan Balai sebagai
garis panduan kepada peminat untuk berinteraksi di platform
Facebook Rasmi PDRM. (Rujuk Lampiran C).

6.1.20. Pegawai Pentadbir Facebook hendaklah memastikan semua


gambar yang dimuat naik ke Facebook page PDRM bukan
sahaja mempunyai caption malah juga perlu mengandungi
tanda “Hak Milik (Logo PDRM). (Rujuk Lampiran D).

6.1.21. Sekiranya paparan orang hilang, suspek atau saksi yang


dikehendaki disiarkan, Pegawai Pentadbir di semua peringkat
perlu berkongsi (share) maklumat tersebut sebagai hebahan di
Facebook Page masing-masing.

6.2. Perkara yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pegawai


Pentadbir Facebook Rasmi PDRM.

6.2.1. Menggunakan bahasa yang sesuai, mesra dan ikhlas semasa


menjawab soalan atau komen yang dikemukakan di Facebook
Rasmi PDRM. Tidak menjawab secara emosi dengan
menggunakan bahasa yang kasar.

6.2.2. Berbincang dengan Pasukan Pentadbir Induk sekiranya


terdapat kesangsian dalam mengemukakan maklum balas di
Facebook Rasmi PDRM.

6.2.3. Menjawab soalan secara padat dan tepat kerana maklum balas
yang tidak menepati jangkaan (expectation) akan mengundang
kritikan daripada orang ramai.

6.2.4. Semua komen atau soalan akan dijawab mengikut bahasa yang
digunakan semasa pertanyaan dikemukakan. Misalnya, soalan
dalam Bahasa Melayu akan dijawab dengan Bahasa Melayu,

6
Bahasa Inggeris dijawab dengan Bahasa Inggeris dan
sebagainya.

6.2.5. Tidak mendedahkan maklumat terperingkat, atau “trade craft”


PDRM.

6.2.6. Tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan yang


dikemukakan tanpa mendapatkan maklumat lanjut terlebih
dahulu.

6.2.7. Perlu bersikap terbuka dan elakkan daripada memberi maklum


balas secara defensif.

6.2.8. Bagi tujuan keselamatan, Pegawai Pentadbir Facebook perlu


menukar kata laluan akaun Facebook persendirian masing –
masing secara berkala dan elakkan daripada menambah rakan
yang tidak dikenali di profil persendirian. Ini adalah bagi
mengelakkan daripada sebarang pengodaman akaun Facebook
yang boleh menjejaskan keselamatan Facebook Page Rasmi
PDRM.

6.3. Kandungan Facebook Rasmi PDRM.

Antara kandungan Facebook Rasmi PDRM adalah seperti berikut:

6.3.1. Tip-tip Pencegahan Jenayah.


Memaparkan tip-tip pencegahan jenayah untuk dikongsi
bersama masyarakat. Tip-tip pencegahan jenayah hendaklah
dipamerkan secara kreatif dan menarik.

6.3.2. Maklumat Orang Dikehendaki / Saksi yang Dikehendaki.


Semua maklumat Orang Dikehendaki / Saksi yang
dikehendaki termasuk gambar lakaran atau butiran peribadi
bagi sebarang kes jenayah perlu dimuat naik ke Facebook
Rasmi PDRM sebagai hebahan kepada masyarakat. Ia akan
memudahkan orang ramai mengenal pasti mereka dan sekali
gus membantu pihak polis menyelesaikan kes. Sebarang
laporan Orang Dikehendaki / Saksi yang Dikehendaki yang
berjaya dikesan seboleh - bolehnya dimaklumkan bagi
memastikan kerjasama berterusan daripada orang awam.

6.3.3. Maklumat Orang Hilang.


Memaparkan gambar-gambar orang hilang yang terkini.
Setiap laporan kehilangan orang yang dilaporkan, mestilah
disertakan dengan gambar dan butiran peribadi serta
disalurkan terus ke Pegawai Pentadbir Facebook Rasmi
PDRM untuk disiarkan dalam tempoh 24 jam. Sebarang
7
laporan dijumpai semula juga perlu dimaklumkan dalam
tempoh 24 jam bagi memastikan tiada maklumat lama
dikekalkan di dalam Facebook Rasmi PDRM.

6.3.4. Alert Tren Jenayah Terkini.


Memaparkan alert tren dan modus operandi jenayah terkini
untuk pengetahuan serta peringatan kepada orang ramai
agar sentiasa berhati - hati dan mengelak daripada menjadi
mangsa.

6.3.5. Maklumat Kejayaan/ Penghargaan/ Anugerah yang


Diperoleh.
Memaparkan sebarang bentuk kejayaan /penghargaan
/anugerah yang diperoleh untuk dikongsi dengan
masyarakat bagi meningkatkan imej Pasukan. Maklumat-
maklumat tangkapan dan rampasan yang berjaya dibuat
perlu dilaporkan segera kepada Pegawai Pentadbir Facebook
Rasmi PDRM.

6.3.6. Maklumat Aktiviti Pencegahan Jenayah, Community Policing


dan lain-lain aktiviti.
Membuat pengumuman aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan usaha - usaha pencegahan jenayah seperti Program
Community Policing yang melibatkan masyarakat (Contoh :
Hari Pelanggan, Hari Terbuka, Dialog Bersama Masyarakat).
Hebahan atau publisiti mengenai aktiviti tersebut perlu
dimaklumkan di Facebook sekurang-kurangnya 3 hari
berturut-turut sebelum majlis berlangsung. Aktiviti yang
telah dijalankan juga perlu disiarkan sebagai liputan
kejayaan sesuatu aktiviti yang melibatkan orang awam.
Berita tersebut perlu dimuat naik pada hari yang sama
aktiviti berlangsung. Maklumat sebegini dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat mengenai usaha PDRM untuk
mendekati masyarakat.

6.3.7. Maklumat Kenderaan / Barang Hilang atau Curi.


Memaparkan maklumat kenderaan atau barang yang hilang
atau dicuri. Ini bagi membantu pemilik dan pihak polis
mengesan dengan lebih pantas dengan bantuan
masyarakat.

6.3.8. Maklumat Umum.


Memaparkan maklumat yang perlu untuk pengetahuan
masyarakat. Ini termasuk maklumat pengambilan yang
sering ditanya melalui Facebook Rasmi PDRM. Selain
daripada itu, maklumat-maklumat semasa yang sesuai dan
menarik perhatian umum contohnya Sharing is caring

8
dalam PDRM iaitu paparan personaliti PDRM yang
mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri.

Juga termasuk paparan mengenai kenaikan pangkat


pegawai ke jawatan strategik, berita berkenaan pencapaian
ahli sukan PDRM, maklumat penutupan jalan, maklumat
kesesakan lalu lintas, peringatan terhadap keselamatan
umum dan sebagainya. Maklumat sebegini amat dialu –
alukan oleh masyarakat kerana ini merupakan salah satu
cara penyampaian perkhidmatan yang menunjukkan
keprihatinan PDRM.

6.4. Kriteria pemilihan gambar/video untuk dimuat naik ke


Facebook Rasmi PDRM.

6.4.1. Memastikan semua gambar/video yang dimuat naik adalah


hak milik PDRM. Sekiranya ia diperoleh daripada sumber
lain, maka sumber asal perlu dinyatakan. Ia adalah bagi
mengelakkan isu hak milik dipertikaikan.

6.4.2. Gambar/video yang menunjukkan pelaksanaan program/


aktiviti PDRM secara profesional.

6.4.3. Gambar/video hendaklah disertakan dengan penerangan


(caption) yang mengandungi nama program/aktiviti, tarikh,
masa, tempat dan tetamu yang terlibat.

6.4.5. Memastikan gambar/video yang boleh meningkatkan imej


PDRM.

6.4.6. Memaparkan gambar/video yang boleh menggalakkan


perbincangan serta percambahan idea kreatif dan inovatif.

6.4.7. Gambar/video yang dapat mempromosikan inisiatif kerajaan


amnya, PDRM khasnya.

6.4.8. Gambar/video yang dimuat naik hendaklah jelas dan


berkualiti.

6.5. Gambar/video yang perlu dielakkan.

6.5.1. Gambar/video yang tidak sesuai dan tidak berkaitan dengan


program/ aktiviti PDRM (Contoh: Program ceramah tetapi
meletakkan gambar yang menunjukkan pegawai sedang
menikmati jamuan).

9
6.5.2. Gambar/video yang boleh menjejaskan imej dan etika
pegawai PDRM. (Contoh : Gambar pegawai dengan mata
terpejam, menggaru atau sedang menguap atau
memaparkan gambar pegawai yang mengundang kritikan
umum).

6.5.3. Gambar/video yang diambil dari sudut yang tidak sesuai


(Contoh: Gambar pegawai dari arah belakang).

6.5.4. Gambar/video lokasi tanpa kehadiran pegawai (Contoh:


Tempat duduk yang kosong bagi sesuatu majlis seperti ianya
tidak mendapat sambutan, melainkan gambar atau video
diambil bagi tujuan tertentu).

6.5.5. Gambar yang berulang-ulang. (Contoh: Beberapa gambar


yang menunjukkan imej dan lokasi yang sama).

6.5.6. Kualiti gambar/ video yang tidak memuaskan (tidak jelas).

6.6. Kandungan yang dilarang di dalam Facebook PDRM.

6.6.1. Kandungan yang menjejaskan imej PDRM dan kerajaan.

6.6.2. Kandungan yang bercanggah dengan dasar PDRM dan


kerajaan.

6.6.3. Iklan dan pautan kepada perkhidmatan komersil yang


ditawarkan oleh pihak luar.

6.6.4. Maklumat rahsia dan isu-isu sensitif seperti perkauman,


politik dan agama yang boleh menyentuh sensitiviti umum.

6.6.5. Kandungan berunsur fitnah, hasutan dan menyalahi undang-


undang.

6.6.6. Pautan kepada blog/laman web /Facebook Page yang tidak


rasmi dan tidak berkaitan dengan PDRM.

6.7. Tanggungjawab Warga PDRM

Kejayaan Facebook Rasmi PDRM bergantung kepada usaha,


kerjasama dan sokongan daripada semua warga PDRM. Justeru,
adalah menjadi tanggungjawab bersama semua untuk menjadikan
Facebook Rasmi PDRM satu platform berinteraksi yang harmoni
dan informatif. Platform ini juga merupakan salah satu saluran
komunikasi di antara warga PDRM dengan orang awam secara
10
terus yang sekali gus dapat merapatkan jurang di antara polis
dengan masyarakat. Ke arah itu, semua warga PDRM diseru
memainkan peranan positif semasa berinteraksi di dalam Facebook
Rasmi PDRM ini. Antaranya seperti berikut:

6.7.1. Memastikan maklumat rahsia kerajaan/PDRM atau maklumat


terperingkat tidak didedahkan melalui komen yang
diberikan. Ia juga termasuk komen/pendapat yang dibuat di
akaun Facebook individu masing – masing.

6.7.2. Memastikan komen/pendapat yang diberi tidak menjejaskan


imej pasukan. Sebarang pendapat yang diutarakan melalui
Facebook Rasmi PDRM dan Facebook individu masing –
masing adalah pandangan individu dan perlu
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap komen yang diberi.

6.7.3. Segala perbincangan mengenai isu-isu dalaman PDRM atau


trade craft PDRM adalah ditegah sama sekali dalam platform
ini.

6.7.4. Memberi dan menunjukkan sokongan dengan


komen/pendapat yang mantap serta membina semasa
berinteraksi dalam platform Facebook Rasmi PDRM.

6.7.5. Kerjasama semua pihak diperlukan untuk memberi maklum


balas terhadap pertanyaan atau persoalan yang
dikemukakan oleh orang awam melalui Facebook Rasmi
PDRM. Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan peluang
peminat tertentu yang memasukkan komen/pendapat yang
tidak relevan atau negatif sementara menunggu maklum
balas rasmi daripada pihak Pentadbir Facebook Rasmi PDRM.

6.7.8. Sentiasa mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan


oleh pihak MAMPU.

7. ARAHAN-ARAHAN MAMPU BERKAITAN PENGGUNAAN MEDIA


SOSIAL.

7.1. Kesalahan melalui media sosial yang ditetapkan oleh Bahagian Dasar
dan Perancangan ICT MAMPU adalah seperti berikut:

7.1.1. Menghasut untuk memupuk rasa benci terhadap kerajaan.

7.1.2. Menyebarkan maklumat palsu yang boleh menggugat


keselamatan negara.

7.1.3. Menghina agama.

11
7.1.4. Mengapi-apikan sentimen perkauman.

7.1.5. Penyebaran ajaran agama Islam yang sesat atau ideologi yang
bertentangan dengan negara.

7.1.6. Aktiviti penipuan melibatkan laman web perbankan dan


pelaburan palsu.

7.1.7. Perlanggaran hak cipta dengan mengedar atau berkongsi


kandungan berbentuk imej, audio atau visual tanpa kebenaran
pemilik.

7.1.8. Memfitnah seseorang dengan tujuan menjatuhkan maruah,


imej dan nama baik orang tersebut di mata masyarakat.

7.1.9. Penyebaran kandungan pornografi, lucah dan sumbang.

7.2. Arahan – arahan pentadbiran dan garis panduan mengenai


penggunaan media sosial yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU :

7.2.1. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU : Amalan Terbaik


Penggunaan Media Jaringan Sosial dan E-mel Arahan Ketua
Pengarah MAMPU (Bertarikh 8 April 2011 – Amalan Terbaik
Penggunaan Media Sosial di Sektor Awam).

7.2.2. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU (Bertarikh 17 Julai 2009


- Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam).

7.2.3. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003


- Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan
Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan.

7.2.4. Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 – Rangka Dasar


Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan.

7.2.5. Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam


Malaysia (MyMIS).

7.3. Semua arahan dan garis panduan MAMPU yang dinyatakan di atas
boleh diperoleh di http://www.mampu.gov.my/web/guest/pekeliling.

7.4. Beberapa undang-undang berkaitan media sosial telah digariskan.


Segala pengurusan Facebook tertakluk di bawah undang – undang
tersebut. Undang – undang yang dinyatakan adalah seperti berikut:

7.4.1. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik (EGAA) dan Arahan Teknologi


Maklumat, Disember 2007
12
7.4.2. Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

7.4.3. Akta Hak Cipta (Pindaan) Akta A994 1997.

7.4.4. Akta Jenayah Komputer Akta 563 1997.

7.5. Selain daripada itu, Kod Kandungan, Forum Kandungan Komunikasi


dan Multimedia Malaysia 2004 hendaklah dipatuhi bagi tujuan
melancarkan pengurusan dan pengendalian media sosial rasmi PDRM.

8. Tarikh Kuat Kuasa

Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan dan hendaklah
dibaca bersama garis panduan berkaitan pelaksanaan dan penggunaan
media sosial di sektor awam seperti dinyatakan di Para 7.

9. Penutup

Garis panduan ini juga boleh diguna pakai bagi tujuan pengendalian media
sosial rasmi PDRM yang lain yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara.
Tindakan undang-undang atau tatatertib boleh dikenakan sekiranya garis
panduan ini gagal dipatuhi.

Kejayaan Facebook Rasmi PDRM adalah tanggungjawab bersama semua


pihak di dalam PDRM. Kerjasama dan komitmen berterusan adalah
diharapkan. Penyampaian perkhidmatan PDRM yang profesional adalah
penting di platform media sosial ini kerana ia merupakan front liner PDRM
secara maya. Oleh yang demikian, pengendalian media sosial PDRM ini perlu
dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan tatacara yang telah
ditetapkan bagi mamastikan hubungan erat polis dengan masyarakat dapat
dijalinkan.

”INTEGRITI AMALAN KITA”

( TAN SRI HJ ISMAIL BIN HJ OMAR) IGP


Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

13
EDARAN: Ketua Pen. Peng. Pengurusan (Perkhidmatan)
Ketua Pen. Peng. Pengurusan (Perjawatan)
Pesuruhjaya Polis Sabah Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran)
Pesuruhjaya Polis Sarawak Ketua Urus Setia NKRA
Pen. Urus Setia KPN (Perhubungan Awam)
Ketua Polis Kedah Pen. Peng. Pengurusan (Hal Ehwal Awam)
Ketua Polis Pulau Pinang Pen. Peng. Pengurusan (Pentadbiran)
Ketua Polis Perak Pen. Peng. E7 Cawangan Khas
Ketua Polis Selangor
Ketua Polis Kuala Lumpur Bes Komander PSP No. 1 & 4 (Cheras)
Ketua Polis Johor Bes Komander PSP No. 2 (Johor Bahru)
Ketua Polis Negeri Sembilan Bes Komander PSP No. 3 (Pulau Pinang)
Ketua Polis Melaka Bes Komander PSP No. 5 (Ipoh)
Ketua Polis Perlis Bes Komander PSP No. 6 (Terengganu)
Ketua Polis Terengganu Bes Komander PSP No. 7 (Seremban)
Ketua Polis Kelantan
Ketua Polis Pahang Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1 P.Pinang
Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 2 Johor
Tim. Peng. Pengurusan (Latihan) Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 3 Terengganu
Tim. Pgrh. I Jab. KDN/KA Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 4 Sabah
Tim. Pgrh. I Jab. Logistik Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5 Sarawak
Tim. Pgrh. I JSJK
Tim. Pgrh. I Cawangan Khas Peg. Pemerintah Bn. 1 Ulu Kinta
Tim. Pgrh. I Jabatan Narkotik Peg. Pemerintah Bn. 2 Kulim
Tim. Pgrh. I Jab. Siasatan Jenayah Peg. Pemerintah Bn. 3 Bidor
Tim. Peng. Pengurusan (Perkhid/Perj) Peg. Pemerintah Bn. 4 Cheras
Tim. Peng. Pengurusan (Pentadbiran) Peg. Pemerintah Bn. 5 Simpang Renggam
Ketua Urus Setia KPN (Peny/Pemb) Peg. Pemerintah Bn. 6 Bakri, Johor
Tim. Ketua Urus Setia KPN (Tatatertib) Peg. Pemerintah Bn. 7 Kuantan
Tim. Peng. Pengurusan (BAKA) Peg. Pemerintah Bn. 8 Pengkalan Chepa
Tim. Pgrh. II Jab. Siasatan Jenayah Peg. Pemerintah Bn. 9 Kuala Terengganu
Tim. Pgrh. II Jab. KDN/KA Peg. Pemerintah Bn. 10 Sibu
Tim. Pgrh. II Jabatan Narkotik Peg. Pemerintah Bn. 11 Batu Kawa, Kuching
Tim. Pgrh. III Jabatan Narkotik Peg. Pemerintah Bn. 12 Miri
Tim. Pgrh. II Jab. Logistik Peg. Pemerintah Bn. 14 Tawau
Tim. Pgrh. III Jab. Logistik Peg. Pemerintah Bn. 15 Sadakan
Tim. Pgrh. II Cawangan Khas Peg. Pemerintah Bn. 16 Kota Kinabalu
Tim. Pgrh. Jab. KDN/KA (PGK) Peg. Pemerintah Bn. 17 Lahad Datu
Peg. Pemerintah Bn. 19 Cheras
Komander UTK
Komander 69, PGK Pegawai Kebajikan Pasukan
Komander Pasukan Gerakan Marin Kem Komandan
Komander Briged Utara, PGA Ulu Kinta Kurator Muzium PDRM
Komander Briged Tengah, PGA Cheras KPT Istiadat
Komander Briged Tenggara, PGA Kuantan Pen. Peng. NCB/Interpol
Komander Briged Sarawak, PGA Kuching Supt. Sekretariat ASEANAPOL
Komander Briged Sabah, PGA Kota Kinabalu Pegawai Turus Pembantu
Komander Unit Udara Pegawai Turus Persatuan
Ketua Trafik Pasukan Setiausaha Majlis Sukan
Komander PSP Setiausaha Mes Pegawai Kanan Polis
Ketua Trafik Pasukan Pegawai Turus PTKPN
Pendaftar Pasukan
Komandan Maktab PDRM, Cheras
Komandan Maktab Teknik Bakri, Muar s.k.
Komandan PULAPOL Kuala Lumpur
Komandan Maktab PDRM, KKB SUPM (untuk makluman KPN & T/KPN)
Komandan PULAPOL Air Hitam Pengarah Pengurusan
Komandan PULAPOL Muar Pengarah Cawangan Khas
Komandan PULAPOL Langkawi Pengarah Jab. Siasatan Jenayah
Komandan PULAPOL Kuching Pengarah Jab. KDN/KA
Komandan PULAPOL Kota Kinabalu Pengarah Jab. Siasatan Jenayah Narkotik
Komandan PULAPOL Bukit Sentosa Pengarah Jab. Logistik
Komandan Sekolah Latihan PGA, Ulu Kinta Pengarah Jab. Siasatan Jenayah Komersil
Komandan Sekolah Latihan MARIN, Tampoi Pengarah Jab. Pasukan Petugas Khas
(Operasi/Counter Terrorism)
14
PERLIS KUALA LUMPUR KELANTAN
KPD Padang Besar KPD Dang Wangi KPD Kota Bharu
KPD Kangar KPD Brickfields KPD Pasir Mas
KPD Arau KPD Cheras KPD Tumpat
KPD Sentul KPD Tanah Merah
PULAU PINANG
KPD Putrajaya KPD Kuala Krai
KPD Timur Laut KCT Kuala Lumpur KPD Pasir Puteh
KPD Barat Daya KPD Machang
KPD Seberang Perai Utara KPD Gua Musang
MELAKA
KPD Seberang Perai Tengah KPD Bachok
KPD Seberang Perai Selatan KPD Melaka Tengah KPD Jeli
KPD Alor Gajah
KPD Jasin
KEDAH SABAH
KPD Kubang Pasu NEGERI SEMBILAN KPD Kota Kinabalu
KPD Padang Terap KPD Tawau
KPD Seremban
KPD Kota Setar KPD Sandakan
KPD Kuala Pilah
KPD Sik KPD Penampang
KPD Port Dickson
KPD Pendang KPD Papar
KPD Tampin
KPD Yan KPD Kudat
KPD Jelebu
KPD Kuala Muda KPD Kota Belud
KPD Jempol
KPD Baling KPD Tuaran
KPD Rembau
KPD Kulim KPD Ranau
KPD Nilai
KPD Bandar Bahru KPD Lahad Datu
KPD Langkawi JOHOR KPD Semporna
KPD Keningau
KPD Johor Utara
PERAK KPD Beaufort
KPD Johor Selatan
KPD Sipitang
KPD Ipoh KPD Kluang
KPD Kinabatangan
KPD Taiping KPD Batu Pahat
KPD Kota Marudu
KPD Batu Gajah KPD Muar
KPD Beluran
KPD Manjung KPD Seri Alam
KPD Kunak
KPD Hilir Perak KPD Nusa Jaya
KPD Tenom
KPD Kuala Kangsar KPD Pontian
KPD Labuan
KPD Sungai Siput KPD Segamat
KPD Gerik KPD Kota Tinggi
SARAWAK
KPD Perak Tengah KPD Kulai Jaya
KPD Tanjong Malim KPD Mersing KPD Kuching
KPD Kerian KPD Bau
KPD Tapah KPD Lundu
PAHANG
KPD Kampar KPD Kota Samarahan
KPD Pengkalan Hulu KPD Kuantan KPD Serian
KPD Selama KPD Pekan KPD Simujan
KPD Rompin KPD Sri Aman
SELANGOR KPD Temerloh KPD Saratok
KPD Jerantut KPD Betong
KPD Kajang
KPD Raub KPD Lubok Antu
KPD Shah Alam
KPD Bentong KPD Sarikie
KPD Sepang
KPD Cameron Highland KPD Maradong
KPD Hulu Selangor
KPD Maran KPD Matu/Daro
KPD Kuala Langat
KPD Kuala Lipis KPD Julau
KPD Petaling Jaya
KPD Bera KPD Sibu
KPD Sabak Bernam
KPD Dalat
KPD Ampang Jaya
KPD Lawas
KPD Kuala Selangor TERENGGANU
KPD Mukah
KPD Subang Jaya
KPD Besut KPD Kanowit
KPD Gombak
KPD Setiu KPD Bintulu
KPD Serdang
KPD Kuala Terengganu KPD Tatau
KPD Klang Utara
KPD Hulu Terengganu KPD Belaga
KPD Klang Selatan
KPD Marang KPD Kapit
KPD Dungun KPD Song
KPD Kemaman KPD Miri
KPD Limbang
KPD Baram
15
LAMPIRAN A

Nyatakan sumber dari mana berita diperoleh.

Contoh : Sumber berita : Kosmo Online


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
16
LAMPIRAN

Sebarang pautan yang tidak rasmi atau tidak berkaitan dengan PDRM hendaklah dielakkan.

17
LAMPIRAN B1

Hanya sertakan pautan FB Polis Kontinjen lain bagi memudahkan pencarian umum.

18
LAMPIRAN

Polisi Facebook Rasmi PDRM.

URL : http://www.facebook.com/note.php?note_id=163477690359569

19
LAMPIRAN

Caption “Hak Milik (Logo PDRM)

20

You might also like