You are on page 1of 3

Baca petikan di bawah, kemudian pindahkan maklumat yang dikehendaki

ke dalam ruangan yang disediakan.

Chun Wei ialah abang Chun Han. Beliau berumur 22 tahun. Beliau
belajar di Kolej Perubatan Sunway. Beliau akan menjadi doktor selepas
tamat belajar.

Abangnya suka melakukan kerja amal pada cuti semester. Beliau


pergi ke hospital untuk menghiburkan pesakit. Beliau akan bersolek
menjadi seorang badut.

Apabila sampai di hospital, beliau akan ke wad kanak-kanak. Beliau


menyanyi lagu dan menari supaya kanak-kanak gembira. Selepas itu,
beliau pergi ke wad orang dewasa untuk membuat persembahan silap
mata dan memberi hadiah kepada mereka. Beliau berasa gembira
melihat pesakit-pesakit terhibur.

Biodata Doktor Badut

Nama : _______________________________________________

Umur :_________________

Tempat belajar : ___________________

Aktiviti masa cuti :____________________

Wad yang dilawati : ______________________________________

Aktiviti yang dilakukan di wad : _____________________________

____________________________________________________
Baca petikan di bawah, kemudian pindahkan maklumat yang dikehendaki
ke dalam borang yang disediakan.
Nama saya Sim Zi Wei. Saya berumur sepuluh tahun. Saya seorang
budak lelaki yang berbangsa Cina. Saya lahir pada 1 Jun 2012 di Kuala
Lumpur.

Saya tinggal di No 1, Jalan 1, Desa Park City 52100 Kepong, Kuala


Lumpur. Keluarga saya ada 4 orang. Bapa saya bernama Sim Tai Hong.
Beliau seorang doktor. Ibu saya bernama Tan Sook Ling. Beliau seorang
suri rumah.

Hobi saya bermain bola sepak. Saya bermain bola dengan kawan-kawan
di padang pada masa petang. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor
seperti bapa saya.

Biodata Murid

Nama : Umur:

Jantina: Bangsa:

Tarikh Tempat
lahir: lahir:

Alamat :

Nama bapa: Pekerjaan bapa:

Nama ibu: Pekerjaan ibu:

Hobi:

Cita-cita:

You might also like